Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, February 27, 2018

KERANA NAJIB SENTUH KUDA MAHATHIR, 'KUDA-KUDA' MAHATHIR JADI AGRESIF DAN SERANG BERTALU-TALU DENGAN INFOGRAFIK TIGA SUKU FITNAH!!!



Memang benar kata orang, Mahathir dan kuda tidak boleh dipisahkan. Mahathir dan kuda ibarat nafas dengan roh. Tidak ada nafas, maka roh pun bercerai dari badan. Tidak ada roh, maka tidak wujudlah nafas. Tidak ada Mahathir, maka tidak adalah kandang kuda dengan 40 ekor kuda baka baik di Langkawi!

Asal mulanya, Mahathir melihat kegelinciran lidah Najib yang menyebut, di rumah dia tidak makan nasi, sebaliknya quinoa (bunyinya, 'keen wah') sejenis bijirin yang berasal dari Amerika Tengah dan seringkali disyorkan oleh pakar pemakanan bagi mereka yang menjaga kesihatan terutama sekali kencing manis mahupun tahap kolestrol dan pesakit jantung.


Antara kelebihan quinoa adalah memasaknya lebih cepat, dan kandungan protein tumbuhan yang lebih tinggi yang amat sesuai untuk golongan yang kurang memakan daging.

Harga di pasaran Malaysia adalah antara RM15.90 sehingga RM49.00 bergantung kepada jumlah berat, jenis, jenama dan negara pengeluar.

Mahathir dan pemimpin Pakatan khususnya dari DAP segera menggunakan isu tersebut dengan menggambarkan, Najib memakan makanan yang mahal-mahal sedangkan rakyat cuma mampu makan nasi beras tempatan.

Dan Mahathir sendiri pun turut berseronok mengata Najib.

Umpan mengena!


Seperti yang diketahui, Najib mempunyai masa yang sangat terhad di rumah. Lebih banyak masanya makan di luar berbanding di rumah. Lebih banyak dia menjamah makanan tempatan yang terdiri daripada nasi dan makanan ruji lain berbanding quinoa termasuklah nasi lemak dan nasi vanggey seperti yang dilakukannya bersama-sama keluarga mahupun bersama orang ramai. Terlalu mustahil untuk Najib makan quinoa sebulan 10 kilogram!

Apabila Mahathir cuba berlagak seolah-olah dia sangat naif, sangat zuhud dan sangat bersederhana, Najib segera mengusik tentang KUDA-KUDA Mahathir.


Kata Najib, makanan untuk kuda-kuda Mahathir jauh lebih mahal berbanding quinoa yang diambilnya untuk tujuan kesihatan.

Agak menarik juga, Najib tidak menyentuh secara lanjut tentang rawatan stem cells yang dilakukan oleh Mahathir. (RUJUK SINI) Kalau tidak, pasti para penyokong Mahathir akan melompat lebih tinggi.

Sedar bahawa usikan Najib terhadap Mahathir dan kuda-kudanya boleh menyebabkan banyak benda lain terbuka, terutama sekali ladang kuda di Argentina yang sepatutnya atas nama TAN SRI APPAVOO PACKIRI ARUMUGAM.


Media-media antarabangsa melaporkan TAN SRI APPAVOO PACKIRI ARUMUGAM memiliki ladang biri-biri berkeluasan 600,000 hektar dan ladang pembiakan kuda serta resort ski di Los Lenas, Argentina. Dia turut dikatakan memiliki ladang berkeluasan 12,000 hektar berhampiran Buenos Aires.

Siapa TAN SRI APPAVOO PACKIRI ARUMUGAM?

Tan Sri A.P. Arumugam memperolehi kekayaan daripada/;

~ RM1.8 billion Projek Empangan Pergau
~ RM500 juta avionics/navigation contract KLIA
~ RM180 juta EMU Railway coaches contract
~ Kontrak armed forces bunker Jalan Gurney – dan banyak lagi.

Dia juga mempunyai urusan perniagaan bersama anak Mahathir dan anak-anak yang lain dilantik sebagai pengarah dalam syarikatnya. (RUJUK SINI)


Sedar yang Najib sebenarnya sedang membuka Kotak Pandora Mahathir secara perlahan-lahan, jentera dan penyokong Mahathir terpaksa mencari jalan untuk menyelamatkan idola mereka. Info-info grafik yang mengandungi bahan-bahan fitnah termasuklah isu-isu yang telah dijawab dan 'diselesaikan' seperti isu cincin RM24 juta, kembali dimainkan. Begitu juga dengan isu Rafizi Ramli dan lembu di dalam kondo yang sebenarnya telah dijawab bahawa Rafizi adalah seorang penfitnah dan RM250 juta yang konon-kononnya wang rakyat, sebenarnya adalah pinjaman dari bank yang perlu dibayar semula.

Info-info grafik fitnah ini sedang berleluasa di media-media sosial, khususnya WhatsApp dalam usaha mereka untuk menutup dan mengalihkan isu kekayaan Mahathir dan kroninya.

Atau lebih tepat lagi, pemilikan kuda-kuda hibrid tinggi yang menjadi kebanggaan Mahathir.

Hanya kerana kuda!!!



 
Blogger Templates