Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, August 2, 2015

TIAN CHUA DAN THE MALAYSIAN INSIDER WAJAR DIKENAKAN TINDAKAN KERANA PUTARBELIT DAN MENIPU!!!



Rasa-rasanya ramai yang terpedaya dengan penipuan yang dilakukan oleh Tian Chua menerusi Twitter semalam apabila dia mengeluarkan kenyataan kononnya reman ke atas Rashpal Singh dan Jessica Sidhu yang sedang disoalsiasat oleh polis, telah ditolak oleh majistret. Apatah lagi pembohongan tersebut dilakukan pada malam hari sebelum dijawab pada sebelah siang, sekaligus memberikan ruang dan tempoh masa yang panjang untuk ditanam dan dipercayai oleh pembacanya.


Pagi tadi, Ketua Polis Negara telah menafikan kenyataan awal Twitter Tian Chua. Malah Ketua Polis Negara menyifatkan Tian Chua cuba mengelirukan orang awam.

Pada masa yang sama, The Malaysia Insider yang merupakan milik Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat, dua individu penting dalam JUSTO-GATE kerana pembabitan, penipuan dan pemerdayaan mereka, cuba memburuk-burukkan Cawangan Khas PDRM yang dikatakan telah menyerbu pejabat Timbalan Pendakwaraya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairy. (RUJUK SINI)

Dalam satu perkembangan yang lain, Timbalan Perdana Menteri yang turut difitnah mengeluarkan kenyataan kononnya akan bertindak menamatkan penggunaan media sosial di negara ini pada Selasa ini, menegaskan tindakan tanpa amaran akan dikenakan kepada mana-mana media yang memutarbelitkan laporan mereka.

Kenyataan tersebut dibuat ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Bayan Baru, Pulau Pinang pagi tadi.


5 comments:

Anonymous said...

Pemfitnah2 ni patut lama dah kena dakwa.

Sumbat je dalam jel. Melampau2 menipu rakyat.

Anonymous said...

Rakyat melihat KPN AG Najib tak dakwa dan bertindak kpd Thian Chua..merupakan satu kegagalan Najib.

Kisah lahat daru, Thian Chua lepas dgn senyuman.

Menteri hanya ada sifat negatif malas takut biarkan shj.

Hidup segan mati tak mahu..

Kuasa ada tp bodo

Lagi baik letak jawatan.

Anonymous said...

Masukkan dalam jel je pemfitnah haram jadah ni.

Anonymous said...

Aku tak boleh lupa komen nya tentang peristiwa Lahad Datu. Pada Allah aku berserah. Menitis air mata kerana geram atas komen nya.

Anonymous said...

Saya sokong tindakan tegas terhadap pembuat fitnah dan sentiasa buat firnah ... juka tidak... menteri yg berkaitan tak jalankan kerja namanya... ayuh tegas membasmi fitnah yg kian menjadi2....

 
Blogger Templates