Dengan memutarbelitkan kenyataan Ismail Sabri pada 1 Mei di Permatang Pauh, N.Surendran cuba mencipta fantasinya sendiri menerusi dakwaan kononnya Ismail Sabri cuba merasuah pengundi-pengundi di Permatang Pauh dengan kelulusan projek pertanian.
Oleh kerana itu, N.Surendran berkata, Ismail Sabri telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10(a) Akta Pilihanraya 1954 kerana cubaan memberi rasuah menerusi tawaran atau membuat janji 'memberikan ganjaran' kepada para pengundi dalam usaha menggalakkan mereka untuk mengundi mana-mana calon.
"Seksyen 11(1) menyatakan, kesalahan rasuah akan dihukum dengan hukuman penjara sehingga dua tahun," kata N.Surendran. (RUJUK SINI)
N.Surendran turut menyalahkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz yang menurutnya hanya mendiamkan diri dan tidak mengambil sebarang tindakan berhubung amalan rasuah tersebut. Menariknya, janji dan rasuah Lim Guan Eng, tidak pula disentuh oleh N.Surendran. (RUJUK SINI)
Kalau kita jenis berfikiran sehala, kita akan menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh N.Surendran. Bagaimanapun, penjelasan Ismail Sabri sendiri berhubung perkara tersebut, menjelaskan bagaimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Pakatan Rakyat sendiri cuba MEMBUNUH dan MEMUSNAHKAN golongan yang terbabit dalam bidang pertanian terutama di kawasan Permatang Pauh. Dan Ismail Sabri menggunakan inisiatifnya sendiri bagi membela golongan yang ditindas oleh Pakatan Rakyat itu.
Perlu diingat, sebarang berita tentang masalah yang melanda di kawasan Permatang Pauh, jarang sampai ke pendengaran awam kerana sikap Pakatan Rakyat yang bertindak menyembunyikannya. Justeru apabila Pilihanraya Kecil Permatang Pauh diadakan dan para pemimpin serta pelbagai agensi digerakkan ke kawasan tersebut, barulah pelbagai masalah yang selama ini disembunyikan di bawah karpet, terbongkar.
Barangkali kerana malu itulah, N.Surendran cuba mengugut untuk memenjarakan Ismail Sabri.
Maka tidak hairan jugalah, mengapa Lim Guan Eng yang begitu malu kerana PERANGAI JAHAT Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke atas penduduk Permatang Pauh, khususnya yang terlibat dalam bidang pertanian, menjadi marah dan menggelarkan Ismail Sabri sebagai KURANG AJAR dan BIADAP. (RUJUK SINI)
Berikut adalah penjelasan Ismail Sabri yang dibuat menerusi Facebook peribadinya: (RUJUK SINI)
Apabila saya berucap di kg kuala mengkuang permatang pauh..saya membandingkan lebih mudah saya bantu mrk melalui wakil rakyat bn dari wakil rakyat pembangkang. Pertamanya krn saya kenal suhaimi personally..seterusnya krn dari parti yg sama. Lagi pun selama saya menjadi menteri tdk seorg pun wakil rakyat pembangkang mohon bantuan dari saya utk rakyat yg mrk wakili.
Yg lapurkan ucapan saya tsb adalah malaysia insider yg tentukan saja akan spin. Maka melompat lah pemimpin pembangkang termasuk lim guan eng attack saya atas alasan diskriminasi kepartian..
Tapi yg sedihnya mca komponen bn pun spt dap attack saya.
Tambah menyedihkan ramai di kal penyokong2 umno dlm media sosial pun attack saya.
Sedih krn mrk menari ikut rentak pembangkang..kita seolah2 bersetuju yg dap di penang tdk mengamalkan diskriminasi kepartian.
Apakah dap berlaku adil & melayan baik adun umno dgn meluluskan permohonan adun umno utk rakyat kaw mrk??
Apakah kaw yg diwakili adun umno mendpt layanan yg sama??
Adun umno & kaw mrk dianak tirikan!!
Permohonan JKP & perda utk dirikan 10 ribu rumah mampu milik utk 30 ribu pemohon ditolak wpun di atas tanah milik perda.
Why?? Sbb JKP & perda di bwh kerajaan pusat BN.
Permohonan fama utk ujudkan bbp pasar tani utk bantu peniaga kecil juga di TOLAK!!. Sdgkan penguatkuasa pbt2 bertindak ganas merampas brg perniagaan mrk jika berniaga di tepi2 jln.
Why tolak ?? Sbb fama agensi kerajaan pusat BN.
Sewa tapak utk pasar pagi di batu kawan utk peniaga2 kecil yg dianjurkan oleh koperasi usahawan TEKUN dinaikkan dari rm300 kpd rm3000. Tujuan nya tdk lain dari nk menutup pasar pagi tsb..
Why?? Sbb koperasi usahawan Tekun adalah di bwh progrem Tekun..ie agensi di bwh krjaan pusat BN.
So apakah dap tdk menjlnkan diskriminasi kepartian??
Jadi jgn lah mudah terperangkap dgn lge & dap yg berlagak malaikat yg menyebabkan mca & bbp yg lain terperangkap dgn attack saya seolah2 pemimpin2 umno ni yg jahat krn mengamalkan diskriminasi kepartian.
Sebenarnya lge & dap lah yg mengamalkan diskriminasi kepartian selama ini.
Kpd mca & dll...lge & dap lah yg perlu diserang!!
1 comment:
Guan Eng yang sepatutnya dipenjarakan kerana saya mempunyai senarai hitam kontraktor2 yang perlu ditolak tender mereka yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri. Senarai ini telah diedarkan kepada semua Agensi-Agensi Kerajaan Negeri.
Post a Comment