Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, March 1, 2019

CLARE REWCASTLE-BROWN KANTOI BOHONG, CEK BANK ISLAM PULA TULISAN ANWAR IBRAHIM MEMAKSA RAFIZI CAMPURTANGAN!!!



Semakin dekat dengan hari membuang undi di DUN Semenyih, maka semakin banyaklah drama fitnah dan pembohongan yang disajikan untuk penonton dan orang ramai. Dan memandangkan sekarang ini, kekuatan UMNO dan PAS telah digembelingkan dan kelihatan benar-benar mengancam peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri, maka antara UMNO dan PAS perlu dipecahkan.

Serangan ke atas UMNO telah berjaya menggunakan isu 1MDB, Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor. Kini serangan menggunakan modus operandi yang sama terhadap PAS pula dilakukan.

Rafizi Ramli dilihat mengetuai serangan tersebut dengan memanipulasi gambar sekeping cek dan 'bukti' yang dipaparkan oleh Clare Rewcastle-Brown kononnya Editor Sarawak Report tersebut telah dibayar oleh PAS dan Hadi Awang untuk membubarkan kes saman fitnah di London.

Rujuk:



Berturut-turut kali Rafizi memuatnaikkan status Facebooknya sehingga 'terlupa' sudah masuk waktu Solat Jumaat ketika dia bertekak di ruang komen dengan pengkomen-pengkomen yang mempertikaikan hujah-hujahnya.

Dan seperti biasa, Rafizi Ramli akan cuba menunjukkan dia lebih pandai dari orang lain apabila akaun Bank Islam yang dikatakan menjadi penyalur dana tersebut dimiliki oleh RAMELI BIN MUSA yang baginya merupakan PROKSI PAS dan Hadi Awang untuk pembayaran kepada Clare.

Semuanya bermula apabila netizen mempertikaikan kewujudan akaun tersebut apabila nombor akaun yang dipaparkan oleh Clare, telah dinafikan kewujudannya oleh Bank Islam sendiri.

Paling ketara ialah apabila netizen mempertikaikan mengapa orang yang menandatangani cek tersebut, dihitamkan. Begitu juga dengan tandatangan dan nombor akaun sebenar seperti yang tercatat pada bahagian bawah cek tersebut dihitamkan.

Namun yang paling menarik sekali ialah, tulisan pada cek tersebut dikaitkan secara langsung dengan Anwar Ibrahim. Dan kebetulan pula, Anwar Ibrahim yang beria-ia berucap dalam ceramah PRK DUN Semenyih, dia mempunyai bukti iaitu sehelai kertas hitam yang didakwanya sebagai bukti.


Blogger MINDA RAKYAT turut mempertikaikan kesahihan cek yang ditampilkan sebagai bukti oleh Clare itu.

1) Pelik sungguh .. cek kononnya dari TGHA ialah kepada Tetuan Americk Sidhu bukannya kepada Editor Sarawak Report .. sepatutnya Americk Sidhulah yang membuat pengesahan bahawa cek berkenaan sememangnya dari TGHA untuk tujuan pembayaran penyelesaian kes saman fitnah luar mahkamah antara PAS/TGHA dengan Editor Sarawak Report.

2) Macam mana Sarawak Report boleh dapatkan salinan cek berkenaan sedangkan ianya diberikan kepada Tetuan Americk Sidhu???

3) Mengapa beberapa butiran amat penting dihitamkan dari pengetahuan dan penilaian umum seperti siapa tanda tangan dan nombor akaun bank cek berkenaan??

4) Dimana pengesahan dari Bank Islam pengesahan yang cek berkenaan kepunyaan TGHA dan dibayar kepada Americk Sidhu???

5) Cuba perhatikan tulisan cek berkenaan .. macam pernah kenal dan nampaklah sebelum ini siapa punya tulisan??? Tapi dimana ya??? Tulisan siapa ya???



Kelakarnya, peguam Americk Sindhu yang namanya terpapar pada cek Bank Islam pun tak berapa berani nak defend dan mengaku dia telah menerima wang berkenaan, sebaliknya menyerahkan kepada Maybank pula untuk menjawab bagi pihaknya. 

7 comments:

cikminah said...

Peguam Americk Sidhu mengesahkan nombor akaun yang digunakan pada cek RM1.4 juta yang diterima anak guamnya, editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.

Americk tampil membuat pengesahan itu selepas Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan mendakwa nombor akaun pada cek bayaran itu sebagai palsu.

"Saya boleh sahkan cek ini sudah dijelaskan melalui akuan Maybank anak guam saya, yang bermakna cek ini asli atau bank yang luluskan itu buat kesilapan besar," katanya kepada Malaysiakini.

Americk yang merupakan penama dalam cek berkenaan menambah bahawa cek berkenaan ditulis di hadapannya, namun enggan mendedahkan pemegang akaun penulis cek itu.

[Berita lanjut menyusul]

Unknown said...

bila pula hj hadi nak buat pengesahan ...? tak kan pula nanti kleuar video atau rakaman suara pulak

Long term investment said...

Jebon

megat panjialam said...



Nombor akaun 14032010001388 sebenarnya milik Dato Rameli Musa. Beliau adalah rakan baik Anwar Ibrahim sejak MCKK, dan kini di bawah Kerajaan PH, beliau dilantik sebagai pengerusi KTMB menggantikan Datuk Nawawi Ahmad selepas kekalahan BN

Persoalannya apakah PH membayar wang guaman Clare melawan TGHH?

https://www.malaysia-today.net/2019/03/01/why-did-rameli-pay-clare-rm1-4-million-and-why-did-anwar-leak-the-story/

Anonymous said...

Dedahkan la siapa yg t/tangan cek tu? Kenapa dihitamkan bhg tertentu. Kalau boleh sahkan penerimaan cek tu, takkan tak boleh tunjukkan apa yg disembunyikan di bhg yg dihitamkan tu..

Anonymous said...

INI LAH PERANGAI BAKAL PM KITEE
ASAL BUKAK MULUT MESTI BOHONG BLAKA
PERANG SUDARA TUN VS DSAI NAK MULA
PANJI MANA LINGKUP DOLU TEPUK KUAT2 YEA


KIKIKIKIKI...

#BANGKITLAWANFITNAHSYAHID

Unknown said...

Sebab itu Mat Sabu gelar orng selerti ini AL-JUBURI. Suka tikam belakang

 
Blogger Templates