Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 5, 2019

HARI INI DALAM SEJARAH, ROMBONGAN PAS MEMASUKI IBU PEJABAT UMNO DEMI MEMBELA UMAT ISLAM DAN SYIAR ISLAM SERTA HARTA MELAYU-BUMIPUTERA YANG SEDANG DIJARAH PAKATAN HARAPAN!!!



Ketika MCA dan MIC menggunakan nama Setiausaha Agung Barisan Nasional, Nazri Aziz yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Rengas sebagai punca mereka mengambil keputusan untuk berjauh hati dengan Barisan Nasional, satu lagi perkembangan menarik sedang berlaku.

Dari semenjak tahun 1951, PAS yang asalnya hanyalah sebuah Biro Agama dalam UMNO, mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai sebuah parti politik yang terasing dari UMNO sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1976 apabila PAS memulakan kempen mentakfir UMNO kerana ulah beberapa orang pemimpin utama UMNO khususnya Dr. Mahathir, penghujung 2003 PAS yang dipimpin oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sudah mula memperlihatkan sikap lunak terhadap UMNO yang berada di bawah kepimpinan Tun Abdullah Badawi.


Dan kelunakan serta kemesraan antara PAS dan UMNO semakin terserlah apabila Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak mengambilalih tampuk kepimpinan UMNO. PAS dan UMNO cuba melupakan persengketaan silam mereka selain cuba mencari titik persamaan biarpun pada 9 Mei 2018, mereka masih bertanding sesama sendiri dalam PRU-14.

Kesilapan pada PRU-14 menyaksikan kuasa Islam, Melayu dan Bumiputera tergadai. 126 kerusi Parlimen yang sepatutnya dikuasai oleh PAS atau UMNO, akhirnya diserahkan kepada musuh politik mereka, iaitu PKR, DAP, PPBM dan PAN menerusi majoriti kecil kesan daripada pertandingan tiga penjuru.

Bermula 9 Mei 2018, Malaysia berhadapan dengan kehancuran ekonomi dan kewangan yang sangat teruk. Lebih teruk lagi ialah apabila Kerajaan Pakatan Harapan dilihat memangsakan apa-apa sahaja ekuiti, aset dan harta yang berkaitan Melayu-Bumiputera dan Islam. Penjarahan dan penghinaan turut dilakukan secara berleluasa terhadap agama Islam, dan apa-apa sahaja yang berkaitan peruntukan untuk Melayu-Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Gangguan dan provokasi tersebut akhirnya membuatkan umat Islam dan Melayu mendesak agar PAS dan UMNO memulakan kerjasama secara rasmi dan secara jitu.

PRK Parliman Cameron Highland dan PRK DUN Semenyih yang menyaksikan kemenangan calon Barisan Nasional (UMNO) dalam majoriti yang selesa, merupakan titik mula kepada kerjasama atau penggabungan yang lebih rasmi.




Hari ini, 5 Mac 2018, pada jam 5:00 petang, rombongan jawatankuasa PAS berhubung kerjasama dengan UMNO buat kali pertama melangkah masuk ke Ibu Pejabat UMNO dan bermesyuarat di Menara Dato Onn sebelum membuat sidang media bersama pada jam 5:30 petang.

Sesuatu yang paling ditakuti oleh Pakatan khususnya DAP, kini telah menjadi kenyataan. Sekurang-kurangnya ada dua buah negeri yang sedang terancam apabila PAS dan UMNO bergabung iaitu Kedah dan Perak.


Gabungan PAS dan UMNO di Kedah akan menghasilkan kedudukan kerusi DUN sebanyak 17 (2 UMNO + 15 PAS dengan satu kerusi iaitu Guar Chempedak telah melompat parti pada November 2018 berbanding Pakatan, 18 + 1 kerusi DUN. Manakala gabungan PAS dan UMNO di Perak pula menguasai 30 kerusi DUN berbanding Pakatan yang hanya menguasai 29 kerusi DUN.

Malah lebih daripada itu pula, banyak kerusi-kerusi Parlimen yang dimenangi oleh Pakatan menerusi majoriti mudah akibat pertandingan tiga penjuru membabitkan UMNO-BN, PAS dan Pakatan, turut memperlihatkan ancaman ke arah menjadikan Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Sepenggal.




3 comments:

Hanan said...

Yang ada pada kita sekarang adalah Islam yang sedang diserang, dan inilah benteng pertahanan kita yang terakhir..

whiteorange said...

eloklah diserang sebab dah jadi parti perompak

sampoi said...

Harap gabungan ini berjalan lancar demi ummah dan agama islam tanpa mengabaikan perpaduan antara kaum

 
Blogger Templates