Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, December 12, 2014

TAHNIAH!!! MALAYSIA TERSENARAI SEBAGAI NO.8 NEGARA PALING BANYAK PELACUR DI DUNIA!!!

Malaysia kononnya Negara Islam...

Ahli-ahli politiknya sangat cenderung kepada agama. Tak kiralah sama ada mereka Islam, Buddha, Hindu, apatah lagi Kristian yang pelbagai mazhab. Begitu juga dengan rakyatnya. Yang beragama Islam, sibuk nak mengislam negara ini. Asal bercakap sahaja, semuanya syurga dan neraka. Nampak rambut perempuan, nafsu ghairah mereka tidak tertahan-tahan dan akhirnya mendahului Allah Taala dalam menjatuhkan hukuman neraka kepada perempuan sasaran mereka. Yang beragama Hindu pula, tak kiralah apa dewa yang mereka sembah, berlumba-lumba membina tokong sehinggakan kita boleh lihat, berselang beberapa meter sahaja, ada tokong baru dan lama, kecil dan besar dengan tok saminya pula semakin tebal calit di dahi dan di perut. Kuil pula yang jemaahnya tidaklah seramai mana, jauh lebih cantik dan selesa berbanding rumah jemaahnya, manakala saminya pula walaupun tidak bekerja, kaya raya dengan emas berbungkal di tangan, jari dan leher. Yang Kristian, cuba meliberalkan pegangan agama mereka sendiri, terutama sekali golongan Katholik dan Methodist sehinggakan terpaksa menipu dengan memasukkan kalimah ALLAH dalam Bible semata-mata untuk salvation dan meneruskan Perang Salib yang kali terakhir, mereka kehilangan Baitul Maqdis tetapi berjaya dirampas kembali oleh British menerusi pengkhianatan Kamal Attaturk, si Ateis yang merupakan Presiden sekular pertama Turki.

Pendek kata, kalau dilihat dari mata kasar, dengan gabungan semua agama di Malaysia, sepatutnya tidak adalah unsur-unsur dosa, khianat, kejahatan mahupun kemaksiatan dan jenayah. Ini adalah kerana dalam kesemua agama utama rakyat Malaysia, memiliki satu persamaan dari segi teori dan amalan iaitu menjauhkan kejahatan dan mengamalkan kebaikan.

Namun keagamaan di Malaysia hanyalah topeng semata-mata. Pembohongan dan pendustaan lebih mudah dilaksanakan menerusi jalan agama. Mencari kuasa dan pengaruh juga amat senang apabila gerombolan politikus menggunakan agama sebagai platform mereka, tak kiralah sama ada di masjid-surau, kuil, tokong atau gereja, bahkan di bawah pokok besar yang dibalut kain berwarna kuning, jingga dan merah sekalipun.

Senarai negara-negara yang mempunyai pelacur teramai di dunia, turut menyenaraikan Malaysia di tempat ke-8. Sesuatu yang amat 'membanggakan' kerana sebagai sebuah negara yang kuat beragama dan dikenali sebagai negara Islam moderat terkemuka dunia, Malaysia berada dalam senarai pelacuran yang sangat hebat.


Menurut Denis Foynes, terdapat lebih kurang 3 juta orang mengembara setiap tahun dalam perjalanan pelancongan seks dan jumlahnya bukannya semakin kecil. 10 buah negara yang mempunyai jumlah pelacur bagai setiap 10,000 orang rakyatnya, disenaraikan di bawah.

1. Venezuela: 119 orang pelacur bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Persekitaran ekonomi di Venezuela amat buruk dan ini merupakan antara salah satu alasan yang telah menggandakan jumlah pekerja seks di negara tersebut.

2. Korea Selatan: 110 orang pekerja seks bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Sekalipun terdapat undang-undang yang melarang pelacuran selain penguatkuasaan polis, pelacuran semakin berkembang di Korea Selatan, manakala pekerja-pekerja seks semakin aktif beroperasi di seluruh Korea Selatan.

3. Peru: 102 orang pekerja seks bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Di Peru, pelacuran adalah aktiviti yang sah bagi wanita berusia 18 tahun ke atas dan sekiranya mereka berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan selain membawa sijil kesihatan. Bagaimanapun, negara itu turut menunjukkan peningkatan dalam pelacuran kanak-kanak saban tahun.

4. Filipina: 85 orang pekerja seks bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Filipina menawarkan khidmat wanita-wanita penghibur yang dikenali sebagai 'bargirls'. Wanita-wanita itu biasanya perlu berpakaian teg pengenalan 'bargirl' di tempat-tempat yang telah dikenalpasti. Mereka juga perlu menjalani pemeriksaan penyakit kelamin secara kerap.



5. Nigeria: 63 orang pekerja seks bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Pasaran pelancongan seks untuk wanita-wanita barat yang sudah bercerai sedang meningkat dengan pantas di Nigeria.

6. China: 60 orang pekerja seks bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Menurut sesetengah pengkaji yang terkenal di China, terdapat lebih kurang 10 juta orang pelacur aktif di seluruh China. Dengan kata lain, aktiviti pelacuran ini telah menyumbang kepada KDNK negara tersebut sebanyak 5% (sekalipun pendapatan tersebut tidak dicukai, ia masih menyumbang kepada ekonomi menerusi kepenggunaan).


7. Brazil: 53 pekerja seks bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Pelacuran adalah dibenarkan menurut undang-undang Brazil. Bagaimanapun pusat pelacuran atau mengupah pelacur dengan sebarang cara adalah bersalahan dengan undang-undang negara itu.

8. Malaysia: 52 pekerja seks bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Pelacuran di Malaysia amat aktif. Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia dalam senarai teratas negara-negara yang terlibat dengan pemerdagangan manusia dan pencabulan hak asasi termasuklah pelacuran kanak-kanak. Menariknya, hampir 95% wanita yang terlibat dengan pelacuran adalah warga asing, manakala agennya pula adalah warga tempatan dari kalangan masyarakat Cina. Kelonggaran dan kurangnya penguatkuasaan terutama membabitkan Imigresen membolehkan aktiviti pelacuran berkembang biak dengan pantas di Malaysia. Kebanyakan pelacur menggunakan visa pelawat tamat tempoh dan pas pelajar untuk bekerja dalam sektor pelacuran di Malaysia. Pertumbuhan pesat pusat-pusat hiburan selain pusat-pusat urut, juga merupakan antara faktor penting pertambahan jumlah pelacur di Malaysia.



9. Jerman: 49 orang pekerja seks bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Pelacuran juga halal di Jerman. Agak menakjubkan apabila fakta mendapati pelacuran terancang dan tersusun di negara itu sudah bermula dari tahun 1200 Masehi lagi.

10. Thailand: 45 orang pekerja seks bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Pelacuran adalah haram di Thailand tetapi wujud tolak ansur oleh pihak berkuasa memandangkan ia menjadi tarikan pelancongan utama di Thailand. (DIPETIK DARI SINI)




18 comments:

Anonymous said...

Wahaha.....well said.....setuju 100%....salute...

Anonymous said...

Kaum cina punya pelacur ramai di malaysia.

Anonymous said...

Tak paham kenapa imigresen kita terlalu longgar.....mohon kerajaan perketatkan.....dan saya pun terkejut di KLIA pun boleh lepas pendatang tanpa izin dan ini adalah berdasarkan pengakuan pendatang itu sendiri kepada saya. Yuhhhh mengerikan begitu murah maruah negara malaysia di gadaikan oleh segelintir pegawai yg khianat kepada negara....

Anonymous said...

Permintaan tinggi terhadap china doll dan pelancong cina yang hilang secara beramai-ramai selepas memasuki negara. Adalah antara punca utama. Mana bole tahan beb. Bayangkanlah kiri, kanan, depan, belakang mesti nampak amoi yang pakai suar pendek sampai nampak paha yang putih melepak.

Anonymous said...

Pemimpin Islam/Melayu yg. telah GAGAL membanteras JENAYAH PELACURAN ini - jawablah kau pd. ALLAH SWT! Teruslah kau hidup dlm. kemewahan VVIP kau bersama ank-beranak kau dgn. banglo-banglo BERJUTA kau tapi sekeliling kau penuh MAKSIAT kat NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang kita ni!

lagipun, cm. mana PELACURAN tak meningkat kat NEGARA ISLAM ni; GRO-GRO Ikan bilis saja asyik duitangkap;sedangkan Pendatang KAPIRDAJAL TAUKEH-TAUKEH asyik TERLEPAS, juga PELANGGAN SIAL depa!

Dan itulah juga IMEJ NEGARA ISLAM yg. diberi - melalui Air aSIAL dgn. skirt merah pendek dan baju ketat - begitu juga Firefly; begitu juga kebaya ketat/pendek MAS sampaikan paramugari-paramugara Islam/Melayu tak dibenaqkan BERTUDUNG dan dipaksa hidangkan arak!

Nenek TUA Sambal Petai.

Anonymous said...

Terbukti tokey besar org Cina tu byk WANG, boleh la beli rumah besor bisnes besor apt mewah, PULAU PELACUR dah terlabel, di mana tempat byk cina pasti bisnes haram bersepah, tapi TAK MENGAKU, takpe khalifah diberi gelar, pas maaaaa

Anonymous said...

SPRM kata... Imigresen palibg kuat makan rasuah

Anonymous said...

Ini cth pelacur

Anonymous said...

Laaa.... diaorg dtg guna paspot pelancung. Mana ada tulis dlm paspot pekerjaan pelacor. Boddo....

Demand tinggi.... dari bsngsa cina...

Rumah pelacur tingi di slgor dan penang hasil kerjasama kjan dap...

90% org cina langan pelacur...

Anonymous said...

Taukeh cina belaan dap.... yg jd dalang pelacuran...

aku said...

..kaum cina ni memamg musibat la..
pelacur dia org bawak masuk judi pon diaorg jgk yg jdi taikun dadah..

Anonymous said...

Pelacuran VS Judi (kedai Kuda/internet)

-Kedai kuda duit habis dalam 5 minit.
Nombor ekor ada hope & wish.


Efek Negatif pelacuran/ Nombor Ekor tu lebih rendah.


-Untuk orang bujang, pelancongan- bangla, nepal dll benda2 ini memang perlu & boleh menurangkan jenayah rogol.(e.g rogol anak kandung dll)

Cuma janganlah Terang Terangan & banyak sangat e.g sampai dalam pekan kecil, kampong2 pun ada...

mcm sekarang ni ada "unofficial led light district" pun kira ok la..

Anonymous said...

pm melayu islam...tpm melayu islam... kbnykan mb melayu islam..kbnykan .peg imegresen melayu islam....kbnykan sprm melayu islam. kbnykan polis melayu islam....tapi bila RASUAH menjadi amalan...inilah akibatnya..tunggu sajelah bala Allah swt kpd golongan yg terlibat...

Anonymous said...

Buat sekatan terhadap iklan pelacuran dan telepon ..betul tauke cina ni ada mcm cara tersendiri menipu pihak berkuasa..tetapi apa yang kita dapat juga di internet lebih banyak secara terang2 tetapi apa tindakan diambil PDRM Imigresen dan PBT negeri SKMM guna la maklumat yang ada ...tetapi tak sebab kebanyakkan adalah penjaga ...tutup sj spa/rumah urut haramkan di malaysia...boleh semak dengan KDNK negara penyumbang paling besar adalah service/perkhidmatan dan pelacuran adalah sumber....ni yg hendak sgt DAP cina ni berkuasa di MAlaysia ...

Anonymous said...

tahniah sbb malaysia sdh dapat mengatasi thailand..

Anonymous said...

Satunya formula di Malaysia untuk jadi Negara Islam adalah majoriti dan dominasi Islam di Malaysia.

Kalau UMNO memang macam sekarang.
Kalau PAS dok tau objektif.

Kalau kita kaji apakah usaha yg dibuat oleh kedua ini. Bolehlah kut.

Masalahnya yg sebenar adalah terlampau bwnywk kafir harbi.

Banyak manakah kafir harbi ni di tarbiyah oleh PAS dgn tahalul siasinya. Atau banyak PAS jadi liberal kerananya.

Anonymous said...

Bukan kerana UMNO dan PAS. Bukan kerana Ulama menjadi PM boleh jadi negara Islam. Kerana izin Allah swt dan kerana usaha kaumnya. Biarlah kita sendiri yg menjsdi pemimpin. Pimpinlah anak Isteri dirumah. Berasamalah untuk memimpin masyarakat.

Anonymous said...

Betulkah citer yang bertiup kencang yang mengatakan ada pegawai tinggi kerajaan di luar negara yang terlibat dengan pelacuran tapi didiamkan je.

 
Blogger Templates