Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, May 4, 2015

BETUL KER BERITA YANG DIBACA INI ATAU IANYA FITNAH... HASAN MALEK KATA BN AKAN MENANG SEBAB PENDUDUK TERIMA GST!!!



Penduduk di Rompin telah menerima baik pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Keyakinan itu disuarakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata, penduduk di Rompin menerima GST hasil penerangan yang baik dan penuh keikhlasan oleh BN menggunakan pendekatan cara orang kampung.

Hasan berkata, dengan penerimaan baik GST itu memberi keyakinan BN akan berjaya mengekalkan Parlimen Rompin.

“Saya yakin BN akan menang dan mempertahankan kerusinya. Terpulang kepada cara kita untuk menambah undi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Bazar Ramadhan (SBR) 2015 di Kuala Rompin pada Ahad.

Mengulas lanjut penerimaan GST oleh penduduk di Rompin, Hasan berkata kesimpulan itu dibuat hasil tinjauan di beberapa kampung yang mendapati mereka telah menerima sistem pencukaian baharu tersebut.

“Saya mengakui pada peringkat awal, memang saya meragui dengan pelbagai cerita dan tomahan yang dibuat-buat, direka-reka untuk menunjukkan rakyat rasa gelisah dan risau.

“Tetapi apabila kita turun ke bawah, mereka dapat terima bahawa GST memudahkan mereka berurus niaga dan memberi keyakinan untuk pembangunan yang lebih pesat,” katanya. (SUMBER)



NOTA THE SAVIOUR:

Tak tahulah nak kata apa.... mungkin ianya hasil daripada SYOK SENDIRI menteri terbabit. Atau barangkali untuk menyedapkan hatinya sendiri... atau barangkali juga terlalu banyak elemen LANCAPAN PERIBADI sehingga dia terlupa untuk melihat realiti di akar umbi, atau boleh jadi juga, ianya merupakan satu sabotaj yang mencabar pengundi-pengundi Rompin untuk membuat keputusan sebaliknya. 

Malah mungkin juga satu fitnah portal berita terbabit... kalau ianya fitnah, harap-harap Menteri KPDNKK yang kerap menjadi sasaran selama ini, BERSEGERALAH mengambil tindakan undang-undang ke atas portal tersebut. 

3 comments:

Anonymous said...

TFK kau kena kerja keras lagi untuk back up hassan malek....memang betul kata beliau rakyat dah terima gst!!!!hahaha(gelak setan Ahmad albab)

Anonymous said...

Hasan malik ni dh byk minum air ketum yg byk tanam belakang dapur rumah dia di kuala pilah nih...kah3....sewel laa ko san

Anonymous said...

Topup .. Prepaid ... Tak boleh kawal telco .. Telco Lagi berkuasa pada kerajaan .. Lupa ke apa .. Aku (rakyat) perati jer ko nie...

 
Blogger Templates