Peguam, Choo Shi Jin yang mewakili Najib dan isterinya memberitahu pemberita, perkara itu dimaklumkan semasa kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noraini Abdul Rahman di kamar hakim di sini hari ini.
Yang turut hadir peguam, Ng Siau Sun yang mewakili Rafizi dan Joanne Leong yang mewakili pemilik portal dalam talian, Mediarakyat.com, MR Multimedia, Chan Chee Kong.
Menurut Shi Jin, pihaknya akan mengemukakan permohonan itu sebelum 21 Ogos ini dan mahkamah telah menetapkan tarikh tersebut untuk pengurusan kes saman berkenaan.
Pada 16 April lalu, Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman terhadap Rafizi dan Chee Kong yang didakwa memfitnah mereka dengan dakwaan yang mengatakan duit rakyat telah masuk ke poket Najib manakala Rosmah membelanjakan wang subsidi harga minyak yang dihapuskan untuk kepentingan diri sendiri.
Najib berkata, dakwaan tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan reputasi mereka berdua di Malaysia mahupun peringkat antarabangsa.
Katanya, pernyataan yang dibuat Rafizi pada 22 November tahun lalu itu adalah fitnah semata-mata tanpa disokong dengan sebarang bukti, selain dibuat dengan niat jahat untuk merosakkan nama baik Perdana Menteri dan isterinya.
Dakwaan yang dilemparkan Rafizi itu juga memberi impak yang berat dan akan memberi manfaat kepada Ahli Parlimen Pandan tersebut serta PKR.
Dalam pernyataan tuntutan saman tersebut yang difailkan atas kapasiti peribadi, Najib selaku plaintif pertama dan Rosmah plaintif kedua menyatakan, Rafizi yang dinamakan sebagai defendan pertama merupakan salah seorang penceramah utama dalam satu forum yang dihadirinya di Bandar Tun Razak.
Ucapan tersebut telah dirakamkan oleh Media Rakyat dan dimuat naik oleh Chee Kong yang dinamakan sebagai defendan kedua dalam laman sosial YouTube dan di laman sesawang mediarakyat.net di bawah tajuk, Rafizi Ramli: Kenapa kita pertahankan subsidi minyak. (
1 comment:
Saman jangan tak saman supaya puak-puak PKR ni Jangan nak senang-senang sebar fitnah. Tapi kes 1MDB bila nak saman?
Post a Comment