Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, November 28, 2014

MULANYA BEKAS SETIAUSAHA AKHBAR KHALID MENGAKU TERIMA PAMPASAN TINGGI, TAPI KEMUDIAN SALAHKAN TWITTER DIGODAM!!!

Bekas Setiausaha Akhbar Tan Sri Khalid Ibrahim buat pertama kali tampil secara terbuka mengaku menerima pampasan sebanyak RM478,000 dan sedia disiasat sama ada terlibat dalam penyelewengan dana Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Mengemukakan beberapa bukti dokumen di laman sosial Twitter, Arfa'eza Abdul Aziz berkata, pampasan kepada dirinya dan 7 bekas rakan sejawatnya yang lain itu munasabah.

"Saya akui terima sejumlah RM478k & Cik Faekah RM695k. Saya tegaskan jumlah yang diterima pegawai-pegawai lain juga munasabah," katanya merujuk kepada Faekah Husin, bekas ketua pegawai eksekutif MBI.

"Saya mengalu-alukan siasatan terbuka oleh mana-mana pihak; saya yakin ia adalah proses yang telus," katanya lagi menerusi akaun Twitternya.

Namun tidak sampai seminit kemudian, beliau menafikan memuat naik pesanan Twitter tersebut, sebaliknya mendakwa akaunnya digodam pihak tidak bertanggungjawab.

"Twitter saya diceroboh. Tweet di bawah bukan daripada saya! Manipulasi Twitter ini kerja orang pengecut!"

Tiga kenyataan mengenai pampasan MBI sebelum itu juga dilihat dipadamkan.

Merujuk kepada laporan daripada salah satu portal pro-pembangkang TMI , Faekah didakwa menerima RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan, manakala Arfa'eza menerima pampasan RM358,000 dan RM55,000 ganti kepada notis tiga bulan dan Setiausaha Politik Mustapa Mohd Talib menerima RM265,000.

Pembantunya yang lain didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.

Khalid menafikan sebarang salah laku, mengatakan beliau mengikut prosedur yang betul dan bayaran tersebut dibuat mengikut Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang ditawarkan kepada pembantunya apabila beliau meletakkan jawatan.

Dalam menjawab persoalan mengenai rasional pembayaran tersebut, Khalid berkata bayaran VSS tersebut hanya kurang 2% daripada rizab MBI yang berjumlah RM112 juta.

Beliau berkata, bayaran tersebut diluluskan ahli lembaga pengarah MBI, termasuk setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri, serta exco kerajaan negeri.

SUMBER

AHLI-AHLI PARLIMEN YANG LEBIH BANYAK JADI BADUT, MARAH SEBAB KENAIKAN ELAUN MEREKA DISIFATKAN TERLALU KECIL!!!



Bukan sahaja orang tidak berparti, penyokong UMNO-BN, bahkan penyokong mana-mana komponen Pakatan Rakyat pun, meluat dengan perangai serta gelagat sebilangan besar Ahli-Ahli Parlimen yang cukup marah dengan kenaikan elaun mereka yang disifatkan tidak cukup besar, sedangkan semua orang boleh nampak melalui siaran secara langsung menerusi kaca televisyen, bagaimana kebanyakan kerusi Ahli-Ahli Parlimen lebih banyak kosong berbanding diisi. Lebih banyak Ahli-Ahli Parlimen yang ponteng dan bermain-main dalam Dewan Rakyat berbanding bersungguh-sungguh membangkitkan keperluan rakyat untuk diperbahaskan.

Beritanya

Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014, yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari ini, ditarik balik selepas ahli Parlimen daripada kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang mahu kenaikan lebih tinggi elaun bulanan mereka daripada apa yang dicadangkan.

Rang undang-undang dibentangkan bagi bacaan pertama semalam oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim untuk meningkatkan elaun bulanan ahli Parlimen daripada RM6,580.59 kepada kepada RM11,000.

Apabila rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua hari ini, ahli Parlimen daripada kedua-dua pihak meminta rang undang-undang itu ditarik balik kerana mereka mahu elaun lebih tinggi daripada yang dicadangkan dalam rang undang-undang.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian mengarahkan rehat 15 minit untuk membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya kerana beliau berkata ia akan menyebabkan rang undang-undang kerajaan ditolak, sambil menambah ia akan turut memberi kesan lain.

Apabila persidangan disambung semula, Shahidan berkata beliau menarik balik rang undang-undang itu, yang akan dibentangkan di Parlimen seterusnya pada Mac tahun depan.

Dalam rang undang-undang itu, gaji speaker Dewan Rakyat akan dinaikkan kepada RM20,000 daripada RM14,907.20 manakala gaji timbalan speaker akan dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM10,847.65.

Kenaikan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2015 jika rang undang-undang itu diluluskan.

Rang undang-undang itu juga melibatkan perbelanjaan tambahan yang dianggarkan sebanyak RM14.75 juta setahun. Ia juga mencadangkan elaun bulanan bagi ahli-ahli senat dinaikkan kepada RM7,000 daripada RM4,112.79. (SUMBER OMAK KAU!)

CONTOH STANDARD AHLI PARLIMEN YANG MAHUKAN KENAIKAN ELAUN LEBIH BESAR:

Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menerima padah diusir dan diarah keluar Dewan Rakyat pada sesi petang Khamis sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Malaysian Airline System Berhad.

Beliau yang bersikap tidak serius sewaktu Speakar Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur sikap Ahli Parlimen PAS Sepang, Hanipa Maidin yang mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar memasukkan satu klausa ke dalam rang undang-undang berkenaan.

Speaker itu menegur supaya ahli-ahli parlimen yang jadi peguam jangan menjadikan Dewan Rakyat seperti mahkamah mempertahankan hujah masing-masing.Sebelum itu, Pandikar Amin berulang kali menegur beberapa ahli parlimen terutama Sepang kerana mahu berhujah walaupun tidak dibenarkan mencelah oleh Abdul Wahid.

“Sepang, ini masalah Yang Berhormat kepada peguam-peguam. Ini Dewan Rakyat bukan mahkamah. Saya bertolak ansur, tolong Yang Berhormat bertolak ansur dengan saya. Itu jawapan sama ada bersetuju atau tidak, itu jawapan menteri, kalau tidak setuju nanti saya panggil mengundi,” katanya.

Beliau kemudian meminta ahli-ahli Yang Berhormat mematuhi peraturan Dewan dan jangan main-main ketika perbahasan.

Pandikar juga mahu hanya yang dipanggil berhujah, bangun berhujah bukan mencelah tanpa kebenaran.

Beliau kemudian menegur dan memberi amaran kepada Mahfuz kerana membuat bising menegur cara perbahasan ketika itu.

“Make my day” kata Pandikar Amin yang menyifatkan Mahfuz main-main ketika orang lain berbahas .
“Saya tak main-main Tan Sri, saya kasihan dengan Tan Sri kerana Akta Saraan ahli parlimen terlalu kecil.. Kenaikan Yang Di Pertua terlalu kecil dengan tugas yang terlalu besar,” kata Mahfuz.Bagaimanapun, ahli parlimen Pokok Sena bangun dan cuba menyindir Speaker.

Pandikar Amin lantas mengarahkan Mahfuz keluar dari dewan sambil menyifatkan ahli parlimen itu tidak serius dan bermain-main.

Kemudian terdengar Mahfuz menjawab ” Saya memang mahu balik”.

Sebelum itu pun, Pandikar Amin hari ini telah beberapa kali menegur anggota-anggota Parlimen yang bertanyakan soalan membabitkan dasar dan soalan tidak bermatlamat jelas.

Pandikar Amin yang jelas cuba mengawal ruang waktu perbahasan lantaran mahu menamatkan sesi mengikut jadual nyata kecewa dengan sikap ahli-ahli parlimen membazirkan waktu.

“Saya serius, saya akan pinda peraturan mesyuarat di mana anggota Parlimen tidak boleh bertanya soalan melibatkan dasar.

“Jadi ayuh sama-sama disiplinkan diri, kalau bertanya jangan sembarangan tanya, fikir dulu kerana ada masa 14 hari, soalan itu apa matlamat sebenarnya. Selepas itu menteri jawab kepada perkara yang dibangkitkan sahaja,” tegasnya. (SUMBER PECAH PALAK MIKIR)

ADUHAI NURUL IZZAH... INGATKAN CERDIK, RUPA-RUPANYA TAK TAHU BEZA ANTARA KRITIK DENGAN HASUTAN!


Walau sebodoh mana sekalipun, selagi menjadi pemimpin Pkaatan Rakyat, selagi itulahakan disanjung dan dipercayai. Bukan itu sahaja, sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang pandai menyamar sebagai orang pandai pun, akan dibelasah dan diberikan pelbagai label.

Katanya anak sulung Anwar Ibrahim ini mengaji sampai dua tiga universiti. Katanya lagi, anak sulung Anwar Ibrahim bernama Nurul Izzah ini sangat hebat, cemerlang pelajarannya, cerdik mengalahkan bapanya dan sangat hebat otaknya.

Malangnya, Nurul Izzah tidak faham dan tidak dapat membezakan antara KRITIKAN dengan HASUTAN. Dia bantaiserupa untuk kedua-dua istilah tersebut.

Maka tidak hairanlah apabila dia tidak mengaku bersalah dan tidak melihat perbuatannya memecahkan rahsia pertahanan negara kepada media asing sebagai perbuatan salah kerana pada tanggapannya itu hanyalah kritikan, bukan hasutan.

Dan tidak hairanlah juga mengapa Nurul Izzah tidak melihat perbuatan bapanya yang menjaja-jaja pelbagai cerita yang direka-reka ke luar negara bagi mendapatkan sokongan terutama untuk kes liwatnya sebagai satu hasutan, sebaliknya melihat perbuatan bapanya sebagai satu kritikan kepada kepimpinan negara.

Dan tidak hairanlah juga mengapa Nurul Izzah menyertai Nga Kor Ming, Lim Guan Eng, Tony Pua, Tian Chua dan sebagainya yang tidak begitu faham Bahasa Kebangsaan, menentang Akta Hasutan kerana beranggapan Akta Hasutan akan mengekang mereka daripada mengkritik dan membuka kelemahan Kerajaan Barisan Nasional.

Patutlah juga dia mengambil masa sehingga selepas PRU-13 dan selepas dia menang Kerusi Parlimen Lembah Pantai untuk mengakui yang dia menfitnah Raja Nong Chik kerana dia sebenarnya tidak dapat membezakan maksud perkataan FITNAH dengan KRITIK.

Thursday, November 27, 2014

DAH TAK TAHU NAK KATOK MACAM MANA LAGI, DAPAT TUKAR GAMBAR PUN JADILAH!!!



Inilah kerja puak-puak berbayar Pakatan Rakyat.

Janji ada nampak macam bekerja. Janji dapat menyakitkan hati dan janji ada posting.

Bodoh ke, bengong ke, sewel tahap cipan sekalipun, tak mengapa, asalkan kelihatan macam menyindir gila babi.

Fitnah tak termasuk dalam mana-mana kerja 'pekerja' Pakatan Rakyat sebab ia merupakan hidangan wajib.

Macam ni ler...

Suka ler dapat tayangkan kehebatan kerja mereka.

NAJIB MUNGKIR JANJI AKTA HASUTAN, AZMIN ALI MARAH... ANWAR IBRAHIM MUNGKIR JANJI BERSARA POLITIK, TAK PULA AZMIN ALI HENTAK KAKI!!!

Seperti yang diduga, pengekalan Akta Hasutan 1948 membuatkan para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang sudah mempunyai pelbagai rancangan buruk ke atas negara ini dalam usaha mereka untuk memenangi PRU-14, melolong dan meraung seperti dirasuk polong.

Pengekalan akta tersebut bermaksud, mereka tidak bebas seperti yang dirancang. Malah, bantuan-bantuan dari mahkamah yang mereka terima selama ini pun, tidak akan berleluasa lagi kerana kekangan Akta Hasutan. Mustahil golongan terbabit mahu mengambil risiko kehilangan jawatan dan kedudukan dengan memilih untuk menentang Akta Hasutan menerusi keputusan-keputusan 'luar biasa' sepertimana yang berlaku dalam beberapa kes melibatkan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.

Azmin Ali menuduh Najib sebagai mungkir janji kerana mengekalkan Akta Hasutan 1948. Katanya lagi, sewaktu janji pemansuhan Akta Hasutan 1948, Najib sekadar melakukannya untuk meraih sokongan pada PRU-13 lalu.

Dan sememangnya pun, keputusan memansuhkan Akta Dalam Negeri dan Akta Hasutan tidak membantu Najib untuk menang besar, sebaliknya Barisan Nasional kehilangan majoriti dua pertiga. Lebih buruk lagi ialah, semakin subur pula budaya anarki dan subversif di dalam negara kesan daripada pentadbiran yang terlalu terbuka dan lembut.

Tiada apa-apa yang perlu dimalukan dengan pemungkiran janji Najib Abdul Razak. Sebaliknya, majoriti rakyat Malaysia yang mencintai negara ini, yang mahu hidup aman damai, yang mahu bekerja tanpa sebarang masalah, yang enggan hidup dalam huru-hara dan yang mahu penanda aras tertentu diletakkan pada kebebasan bersuara, mengalu-alukan keputusan Najib mengekalkan Akta Hasutan dengan penambahbaikan, malah lebih mengalu-alukan tindakan mempertegaskan dan memperkuatkuasakan Akta Hasutan terutama bagi mereka yang selama ini cukup megah dengan perkataan 'KAMI MENGHASUT'.

Sepatutnya Azmin Ali malu dengan KETUM. KETUM yang telah berusaha pelbagai cara untuk menjadi Perdana Menteri termasuklah dengan menawarkan RM100 juta kepada Anifah Aman serta 10 orang Ahli Parlimen dari Sabah yang lain, bersama-sama dengan jawatan-jawatan besar dalam kabinet, turut berjanji akan bersara dari dunia politik seandainya Pakatan Rakyat gagal menjadi Kerajaan Malaysia pada 2013.

Malangnya, KETUM langsung tidak menunaikan janji, sebaliknya berbangga-bangga dengan undi popular 51% yang menurutnya telah memenangkan Pakatan Rakyat, walaupun dari segi peguasaan kerusi yang mewakili kawasan Parlimen, Pakatan Rakyat ketinggalan lebih 40 kerusi.

Kenapa Azmin Ali tak hentak-hentak kaki marahkan KETUM sebab mungkir janji sebaliknya mengatur bersama-sama KETUM untuk Langkah Kajang dan seterusnya menyingkirkan Khalid Ibrahim dalam usaha membantu KETUM menjarah wang rakyat Selangor?

Sibuk dengan janji Najib, buat-buat bodoh dengan janji Anwar.

Najib mungkir janji dan kesannya ialah, negara akan lebih aman, para pelabur lebih berkeyakinan untuk melabur di negara ini.

Anwar Ibrahim mungkir janji dan kesannya ialah, negara diburuk-burukkan di seberang laut, para pelabur semakin takut untuk melabur di negara ini, negara semakin huru-hara dan rakyat semakin bersyak wasangka antara satu sama lain.

BILA BERCAKAP TENTANG MELAYU, MEREKA KATA RASIS, TAPI PENGUASAAN BAHASA KEBANGSAAN MEREKA, TAK GAMBARKAN MEREKA RAKYAT MALAYSIA!!!





Tinggal bertahun di Malaysia, bahasa kebangsaan masih tidak betul. Malah mereka yakin dengan penggunaannya sehingga tidak segan silu menayangkannya untuk menarik perhatian orang ramai.

Inilah akibat tidak mengambil berat bahasa kebangsaan, penggunaannya hanya ketika perlu sahaja. Perkataan dalam bahasa Inggeris diterjemahkan secara terus dan bercampur aduk. Akhirnya lahirlah generasi yang bahasa melayunya lintang pukang atau lebih teruk, tidak faham sepatah haram pun.

Bila bercakap tentang hak sebagai warganegara, semuanya mahu diberikan samarata.. Lebih sikit untuk Melayu dan Bumiputera, dikatakannya rasis.

Maaf cakap, ini bukan nak pertikai siapa pun.. Tapi bahasa adalah perkara yang paling asas dan perlu memahaminya sebelum mencanangkan diri lebih berhak sebagai seorang warganegara Malaysia.

Merujuk kepada gambar, kita hargai usaha pihak berkenaan yang cuba menampilkan bahasa kebangsaan daripada tidak menggunakannya langsung. Cuma perhatian yang lebih serius perlu diberikan terhadap ketepatan penggunaannya. Jika tidak ia hanya akan mengundang salah faham dan kegusaran di kalangan orang awam.

SUMBER: SARAWAKIAN MARKS

APA MASALAH CINA-DAP DENGAN NAMA SULTAN-SULTAN MELAYU?



Barangkali kerana terlalu dimanjakan dan diperlihatkan seolah-olah negara ini akan runtuh sekiranya tindakan keras diambil terhadap golongan yang kuat mahu menghapuskan Kesultanan Melayu, mereka jadi besar kepala dan tidak kenang diuntung.

Mengapa hanya orang Melayu sahaja yang perlu menjaga sensitiviti di negara ini? Mengapa tidak masyarakat bukan Melayu turut sama menjaga sensitiviti orang Melayu dan menyokong Perlembagaan Persekutuan yang telah membolehkan datuk nenek mereka memperolehi kewarganegaraan dan mereka sendiri boleh hidup bebas dengan hak-hak yang tidak diperolehi oleh kaum imigran di negara lain?

Apa masalah sebenar Cina-Cina DAP di Malaysia ni?..... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247
 
Blogger Templates