Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, February 5, 2015

DAP TERUS BERUSAHA ALIH ISU KE RASIS UNTUK SELAMATKAN AIR MUKA GUAN ENG YANG PENGECUT!!!



Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali telah mencabar Lim Guan Eng berdebat tentang pilihanraya PBTyang didakwa oleh Lim Guan Eng, PAS hanyalah barua yang menurut perintah. Mustafa Ali bingkas dan menyatakan, PAS tidak pernah menyatakan persetujuan tentang perlaksanaan Pilihanraya PBT yang bukan sahaja melanggar undang-undang negara dan merupakan satu serangan ke atas Perlembagaan, tetapi juga bakal memecah belahkan negara ini semata-mata untuk KETUANAN CHAUVINIST yang diketuai oleh DAP. 

Selepas dicabar berdebat, Lim Guan Eng terus tersentap dan tersentak. Tiada lagi kenyataan darinya. Malah Lim Guan Eng juga terpaksa melarikan diri ke Bangkok atas alasan perubatan untuk mengelak daripada berdebat dengan Mustafa Ali berhubung Pilihanraya PBT yang bakal menyaksikan Lim Guan Eng dan DAP dilondehkan jikalau perdebatan benar-benar berlaku. 



DAP sedang menanggung banyak isu terutama sekali kenaikan pelbagai cukai di Pulau Pinang, selain kegagalan Lim Guan Eng untuk menjelaskan tentang kewangan negeri yang 'HILANG SECARA MISTERI' sekalipun menurut EXCEL kegemarannya, Pulau Pinang mempunyai lebihan pendapatan walaupun hakikatnya, laporan Ketua Audit Negara, bertentangan sama sekali daripada laporan yang dibuat oleh Lim Guan Eng. 

Dengan Cina-Cina Pulau Pinang sendiri sudah mula menyatakan kebencian ke atas kepimpinan Lim Guan Eng, DAP perlu mencari sesuatu yang bersifat agresif untuk menutup isu sebenar Lim Guan Eng di seluruh negara. 



Kebetulan pula, Ismail Sabri muncul dengan kenyataan yang sedikit kurang cerdik kerana dituturkan dari mulut Menteri, DAP segera mengambil kesempatan dengan memainkan isu RASIS, walaupun sebenarnya mereka sendiri bersifat RASIS dan hasutan. 

DAP bagaimanapun, sekali lagi berjaya membuktikan bahawa mereka mereka benar-benar dapat menyatukan Cina apabila mereka beramai-ramai membuat laporan polis biarpun pada masa yang sama, sudah beribu-ribu laporan polis dibuat ke atas kenyataan-kenyataan RASIS para pemimpin dan penyokong DAP di seluruh negara. 

Isu hangat yang sedang dimainkan oleh DAP sekarang, hanyalah salah satu usaha untuk mengalihkan isu-isu di sekeliling Lim Guan Eng dan DAP. 

Ia tidak lebih dari itu walaupun DAP cuba membayangkan apa yang mereka lakukan adalah untuk negara memandangkan kalau dalam bab RASIS, merekalah juaranya!!!

 

TERESA KOK TAK PUAS HATI SEBAB DIHALAU DAN DIHALANG MASUK SABAH!!!



Teresa Kok menyalak apabila dia tidak dibenarkan memasuki Sabah. Dan seperti biasa, dia segera bertanya, apakah alasan utama Kerajaan Negeri Sabah tidak membenarkan dia masuk ke negeri itu, setelah dia juga dihalau dan dilarang memasuki Sarawak.

Teresa Kok dipertanggungjawabkan untuk memastikan DAP menang besar di Sarawak dan Sabah. Di kedua-dua negeri itu, pemimpin tempatan DAP dilihat tidak begitu mampu menjalankan tugas mereka secara agresif termasuklah memainkan isu-isu melibatkan keagamaan dan kaum memandangkan mereka tidak biasa dengan budaya perkauman sepertimana yang berlaku di Semenanjung.

Justeru, DAP lebih senang mengimport pemimpin-pemimpin dari Pusat seperti Teresa Kok, Anthony Loke, Tony Pua dan sebagainya yang tidak peduli dengan adat resam serta kehidupan harmoni di kedua-dua negeri itu.

Dan semenjak agresifnya DAP di Sabah dan Sarawak, kita mula menyaksikan ketegangan beragama dan kaum di Sabah dan Sarawak, terutama sekali pada Pilihanraya Negeri Sarawak pada tahun 2011 menerusi pelbagai kempen Anti-Christ. Selain keagresifan SSKM yang sedang giat berkempen 'memerdekakan' Sabah dan Sarawak dari Malaysia, beberapa isu lain membabitkan kaum dan agama sedang menjadi anai-anai yang bakal menghancurkan Sabah dan Sarawak.


Pertanyaan Teresa Kok, adakah kerana dia seorang TERRORIS maka dia tidak dibenarkan masuk ke Sabah (RUJUK SINI) adalah sesuatu yang amat menggelikan hati.

Hak membenarkan dan sebaliknya, adalah hak Sabah mahupun Sarawak. Kedua-dua negeri tersebut memiliki autonomi mereka yang tersendiri berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung.

DAP sendiri yang kata Sabah dan Sarawak tidak ada keistimewaan, tapi sekarang, Teresa Kok yang memekak kenapa dia tidak dibenarkan masuk Sabah dan Sarawak sampai boleh pula bertanya, adakah dia TERORIST atau RASIS.

Wednesday, February 4, 2015

DAP CUBA MENGERJAKAN ISMAIL SABRU CUKUP-CUKUP MENERUSI ISU RASIS, BUKAN ISU HARGA BARANG!!!



DAP semakin rancak menyerang Ismail Sabri, Datuk Kazim Elias dan melindungi kepentingan peniaga-peniaga rakus yang melihat kempen turunkan harga sebagai sesuatu yang sangat merbahayakan maksud dan matlamat mereka.

Kini DAP sedang menjadikan isu yang dibangkitkan oleh Ismail Sabri melibatkan peniaga-peniaga rakus sebagai RASIS. Tony Pua yang cukup terkenal dengan perangai RASIS, tiba-tiba sahaja menjadi Santo yang merasiskan Ismail Sabri. Dia yang difahamkan berada di London, sedang menghasut para pelajar Malaysia di negara itu selain Dyana Sofya di Amerika Syarikat, menyatakan kehairanan sekiranya Ismail Sabri disokong dan dijulang.



Ngeh dan Nga pula berpadu tenaga apabila kepentingan mereka diusik. Sepertimana Ngeh Koo Ham membela Nga Kor Ming yang terdesak dalam isu balak dan banjir di Hulu Kelantan, begitulah juga Nga Kor Ming membalas semua jasa sepupunya apabila Ismail Sabri menyebut Ngeh dalam isu Old Town, walaupun semua orang secara jelas sangat tahu bahawa Ngeh bukanlah Ngeh Koo Ham seorang di Malaysia atau di dunia ini. Malah isu status HALAL JAKIM Old Town juga pernah kecoh apabila Ngeh sendiri menyatakan, tidak perlu mendapatkan status halal bagi produk minuman kopi premis berkenaan.


Mengapa DAP yang paling kuat melompat dan mengapa pula MCA yang tidak pernah menang bersaing mendapat undi Cina berbanding DAP, 'menyertai' DAP dalam isu ini?

Begitu banyak isu-isu RASIS melibatkan para pemimpin DAP yang sekadar diberikan alasan, KEBEBASAN BERSUARA, KEBEBASAN BERKREATIF, KEBEBASAN MENGKRITIK dan segala macam kebebasan yang lain. Tetapi setiap kali dibangkitkan tentang kepentingan Melayu atau penganiayaan yang dilakukan oleh para peniaga Cina terutama sekali pemborong dan pembekal yang hampir keseluruhannya adalah mereka sendiri, maka ianya dianggap RASIS.

Memang benar para peniaga terdiri dari pelbagai kaum. Memang benar juga, kenaikan harga yang masih bertahan sehingga sekarang, melibatkan semua kaum yang berniaga. Dan memang benar juga, bukan semua Cina yang menyokong DAP, namun setakat ini, hanya beberapa nama Cina sahaja yang menentang kenaikan harga barang dan menyokong kempen turun harga.


Kalau di Facebook, nama-nama seperti Lim Sian See, Tan Khai Beng, Simon Sim Kai Siong serta beberapa nama lain hanyalah segelintir kecil yang cukup istiqomah menentang DAP dan menyetai kempen turun harga barang. Manakala selebihnya pula, lebih gemar menjadikan kenyataan Ismail Sabri, keluar dari konteks dan melabelkannya sebagai RASIS, senada seperti yang ditunjukki oleh para pemimpin DAP.

Namun sama ada sedar atau tidak, sudah ada pihak yang mula mepersoalkan tindakan pihak berkuasa selain membanding-bandingkan kes antara Ismail Sabri dengan para pemimpin DAP yang sentiasa bebas daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Tuesday, February 3, 2015

BERSATU BETUL UNTUK TERUS NAIKKAN HARGA DENGAN DAP MEMAINKAN ISU RASIS UNTUK TAKUTKAN PENDESAK TURUN HARGA!!!



Macam-macam alasan diberikan untuk tidak menurunkan harga barangan. Dan mereka bukan sahaja Cina tetapi juga Melayu, India dan mamak. Semuanya kelihatan sepakat apabila memperkatakan tentang keengganan menurunkan harga.

Dari alasan cuaca sehinggalah alasan harga barang mentah tak diturunkan selain alasan GST dan stok lama, sememangnya nampak tiada harapan untuk penurunan harga barang.

Lebih menarik isu desakan penurunan harga barang, kemudiannya disusuli dengan isu RASIS yang dianggap sebagai dosa besar untuk menutup isu sebenar sekaligus mengurangkan tekanan dan desakan agar harga diturunkan.

Permainan ini mempunyai DAP di belakangnya. Watak utama permainan mengalihkan perhatian adalah Ong Kian Min yang begitu seronok apabila Ismail Sabri kononnya dimarahi oleh Perdana Menteri.

Sama ada perasan atau sengaja buat-buat tak nampak, toada seorang pemimpin Pakatan Rakyat terutama DAP yang mahu mendesak mahupun memujuk para penyokong mereka yang terdiri daripada pemborong dan orang tengah untuk menurunkan harga barang. Sebaliknya mereka pula yang membantu orang tengah dan pemborong agar terus menaikkan harga barang dengan seribu satu alasan selain memainkan isu RASIS untuk menutup cerita sebenar penurunan harga barang.

Kita akan menyaksikan lebih banyak isu RASIS akan dikeluarkan apabila tekanan ke atas para pemborong dan orang tengah dibuat. Lebih banyak laporan polis dan mendesak agar Akta Hasutan dikuatkuasakan walaupun pada masa yang sama mereka jugalah yang menentang Akta Hasutan.

Itu modus operandi mereka yang anat berjaya sebelum ini dan rasa-rasanya kali ini juga mereka akan berjaya.


KAZIM ELIAS PULA DIKATAKAN RASIS SEBAB CUBA SEDARKAN MELAYU AKAN KEDUDUKAN MEREKA DI NEGARA SENDIRI!!!



Laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki Cina di Tumpat berhubung ceramah Kazim Elias yang dikatakan sangat rasis, telah menimbulkan polemik di kalangan orang Melayu sendiri. Maka semakin mengesahkan bahawa sesiapa sahaja tidak boleh menyebut atau membangkitkan semangat melawan di kalangan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini kerana ia akan dianggap sebagai RASIS dan perkauman.

Orang Melayu tidak boleh disedarkan tentang kedudukan ekonomi mereka yang dikuasai oleh pihak lain.

Orang Melayu tidak boleh dinaikkan semangat untuk memajukan diri dan bersaing dalam bidang yang dikuasai oleh kaum lain.

Orang Melayu tidak boleh diberitahu bahawa mereka adalah pribumi dan bumiputera negara kerana dianggap mengancam kedudukan kaum lain.

Orang Melayu tidak boleh diberitahu bahawa Islam sedang terancam kerana perangai orang Melayu sendiri yang mudah sangat terliur dan terlembik tengkuk dengan pujukan orang lain.

Dan orang Melayu tidak boleh diberitahu tentang apa yang berlaku kepada Melayu Singapura bermula dari tahun 1964 yang akhirnya menjadikan Melayu Singapura sebagai warganegara kelas ketiga yang terpaksa berpindah ke negara lain setelah kerajaan PAP Singapura lebih memilih untuk mengimport lebih ramai Cina dari negara-negara lain semata-mata untuk menunjukkan bahawa orang Melayu tidak berhak ke atas negara itu.

Apa sebenarnya yang sudah terjadi kepada negara ini? Apakah PENJAJAHAN sedang berlaku sehinggakan orang Melayu tidak boleh langsung menyebut tentang Melayu dan Islam kerana ia akan dianggap sebagai RASIS sedangkan orang lain bebas mempermain-mainkan, memperlekeh-lekehkan, menghina dan mencemuh Melayu serta Islam dalam sebarang bentuk sebagaimana yang dilakukan oleh para pemimpin DAP?


Mengapa tindakan lebih pantas diambil ke atas orang Melayu-Islam berbanding para pemimpin DAP seperti Teresa Kok yang jelas melakukan penghinaan menerusi klip video Tahun Baru Cinanya yang terbaharu?

Apakah kerana mereka Cina, maka teori, undi Cina diperlukan untuk kemenangan BN, maka tindakan ke atas orang Melayu lebih pantas dibuat berbanding ke atas mereka?

Sepanjang sejarah negara ini selepas 1957 termasuklah Sabah dan Sarawak masakini, orang Melayu-Bumiputera telah menerima orang lain sebagai sebahagian daripada rakyat negara ini tanpa banyak masalah. Malah walaupun pada ketika mereka tertekan dan terpaksa menerima tekanan seperti kenaikan harga, orang Melayu tidak menyerang, merampas dan memusnahkan kaum lain, tetapi apabila orang Melayu yang terdiri daripada pelbagai suku kaum pribumi dan Bumiputera, Islam dan sebaliknya cuba menyedarkan bangsa mereka sendiri, mereka segera dianggap RASIS.

Malah seperti di Sabah dan Sarawak, kaum pribumi dan Bumiputeranya segera diasingkan daripada kelompok Melayu dengan anggapan Melayu adalah Semenanjung!

Tidakkah perbuatan tersebut adalah RASIS yang terang dan nyata tanpa sebarang tindakan?


ISMAIL SABRI JADI TRENDING DAN FOKUS CINA-INDIA!!!


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ismail Sabri berjaya mencungkil perangai khawarij di kalangan Melayu dan kesungguhan pihak MIC dan MCA yang berada sebaris dengan UMNO dalam Barisan Nasional. Sekaligus menunjukkan secara jelas betapa takutnya MIC yang sedang menuju kehancuran dan kepupusan dari muka bumi ini di bawah kepimpinan lemah Palanivel dan MCA yang masih belum mampu mencari solusi meraih sokongan masyarakat Cina untuk partinya bagi berhadapan dengan DAP yang mendapat sokongan lebih 90% masyarakat Cina.

Kenyataan bersama Ketua Pemuda MIC dan Ketua Pemuda MCA semalam yang mengecam Ismail Sabri kerana RASIS kununnya, tetapi terlupa bagaimana TAKUT DAN KECUTNYA mereka untuk membalun Tony Pua, Teo Nie Ching, Teresa Kok, Lim Guan Eng, Anthony Loke, Lim Kit Siang, Zairil Khir Johari dan deretan nama lain yang membelasah Melayu dan India. Haram tak berbunyi langsung kedua-dua Ketua Pemuda ini.

Berbeza dengan Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy yang bertegas menyokong kenyataan Ismail Sabri, hampir kesemua mereka tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Ismail Sabri menerusi istilah PENIAGA CINA dalam kenyataannya.

Mana puak-puak ini ketika rakyat mengeluh tentang kenaikan harga barang? Bukankah mereka juga sebahagian daripada golongan yang berpendapat kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh Kerajaan? Di mana mereka ketika kebanyakan peniaga Cina menyatakan, HARGA BARANG DINAIKKAN KERANA GST sedangkan sebenarnya kenaikan tersebut DISENGAJAKAN untuk mereka mengaut keuntungan besar?

Apakah perkataan CINA sudah menjadi taboo di negara ini? Adakah mereka langsung tidak boleh disentuh sedangkan merekalah yang menguasai jaluran ekonomi dan kewangan negara? Adakah mereka bebas berbuat sekehendak hati sedangkan pada masa yang sama, mereka juga bebas menyalahkan Melayu-Bumiputera dan India apabila mereka sedang mengejar kuasa politik negara?

Perhatikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Teo Nie Ching pula!



Teo Nie Ching menyalahkan Syed Mokhtar Al-Bukhary, Mokhzani Mahathir dan Ananda Krishnan, sedangkan tidak sekalipun dia menyebut tentang kumpulan yang sebenarnya memegang kuasa perniagaan yang pemborong dan pemasaran!

Golongan mana yang langsung tidak disentuh, tidak berani disebut dan merupakan pemain utama harga barang dan perkhidmatan di negara ini? Bukankah mereka terdiri daripada pemborong, pembekal dan orang tengah?

Adakah kerana persatuan mereka begitu kuat, didalangi dan strategi mereka pula dikuasai oleh otak DAP, maka mereka tidak boleh disentuh sama sekali?


Siapa yang paling kuat menyalak ketika harga minyak naik? Dan mengapa pula mereka langsung tidak bersuara ketika harga minyak sudah turun sebaliknya memberikan pelbagai alasan termasuklah GST untuk terus mengekalkan harga tinggi?

Bukankah para peniaga Cina yang menguasai bidang perniagaan? Kenapa mereka segera memainkan isu RASIS hanya kerana desakan kepada mereka agar menurunkan harga barangan dan perkhidmatan?

Rasis juga ke perkara sebegini?


Monday, February 2, 2015

DASAR LIM GUAN ENG CINA-DAP TONYOK!!!! ORANG LAIN TAK BOLEH, DIA BOLEH DAN DIA DIHALALKAN!!!



15 Disember 2013, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar tindakan DBKL mahu menaikkan kadar taksiran. "Tidak akan ada peningkatan kadar taksiran di Pulau Pinang pada tahun hadapan." (RUJUK SINI)

Alasan yang diberikan oleh DBKL untuk kenaikan kadar taksiran adalah, "kali terakhir kadar taksiran dinaikkan ialah pada 21 tahun lalu."

Tetapi kurang setahun kemudian...

Pada 24 November 2014, Kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan kelulusan untuk 'peningkatan kecil' kadar taksiran tahun bagi tahun 2015 yang akan menyaksikan perolehan dua PBT Pulau Pinang meningkat kepada RM40 juta pada tahun 2015. Kadar baru taksiran semula Pulau Pinang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2015. (RUJUK SINI)

Alasan yang diberikan oleh Lim Guan Eng alah, 'kali terakhir kenaikan kadar taksiran adalah 10 tahun lalu dan ia sepatutnya dikaji semula setiap lima tahun."

Sungguh menarik dan sungguh mengasyikkan!!!

Tidak sampai pun setahun selepas bercakap besar, Lim Guan Eng sebenarnya yang menaikkan kadar taksiran. DBKL yang mahu menaikkan kadar taksiran selepas 21 tahun, dikatakan salah dan menzalimi rakyat, dikutuk dan dihina oleh DAP seolah-olah perbuatan tersebut akan menjahanamkan penduduk Kuala Lumpur tetapi tidak sampai setahun pun, DAP melakukan perbuatan yang sama dan memberikan alasan itu adalah kenaikan pertama dalam tempoh 10 tahun selain kenaikan tersebut adalah sesuatu yang baik untuk negeri.

Macam tu pun boleh ke?

Mula dengan tarif air dan sekarang u-turn untuk kadar taksiran.

Mungkin sebab Lim Guan Eng dan keluarganya telah berjoli besar menggunakan wang cukai rakyat Pulau Pinang selain berbelanja 4 kali ganda dalam tempoh 6 tahun, memaksa Guan Eng melakukan transformasi dengan menjadi BIAWAK LIDAH BERCABANG!!!


 
Blogger Templates