Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 1, 2015

KEPUTUSAN PERBICARAAN 'KAJANG MOVE' MELIBATKAN RAFIZI RAMLI AKAN DIKELUARKAN PADA 29 JULAI!!!



Mahkamah Sesyen pada Rabu menetapkan 29 Julai untuk keputusan kes Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli yang didakwa atas pertuduhan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan anggota UMNO melalui kenyataannya dalam satu artikel Februari lepas.

Hakim Azwarnida Affandi menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah daripada Ketua Unit Pendakwaan Selangor Mohd Azari Harun dan peguam Eric Paulsen, yang mewakili Mohd Rafizi.

Mohd Azari dalam hujahnya berkata tertuduh sengaja mengeluarkan kata-kata menghina dalam kenyataannya semasa ditemu ramah seorang wartawan portal fz.com Mohd Azril Annuar melalui telefon.

"Semasa temu bual itu, tertuduh dengan sengaja membuat kenyataan tersebut, sedangkan dakwaan UMNO sebagai dalang yang membaling 'molotov cocktail' ke gereja tidak sepatutnya dibuat.

"Sepatutnya temu ramah itu adalah berkisar mengenai langkah-langkah yang akan diambil pihak pembangkang dalam isu politik dalam erti kata lain 'The Kajang Move' dan bukan mengenai dakwaan tersebut," katanya.

Mohd Azari berhujah tertuduh juga berniat membangkitkan kemarahan anggota UMNO apabila mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Saksi pendakwaan kedua, Mohd Halim Wahab, selaku Ketua Pemuda UMNO Ulu Langat dalam keterangannya menyatakan tohmahan ke atas UMNO boleh membangkitkan kemarahan, malah kenyataan itu boleh menyebabkan ketegangan, huru-hara agama Islam dan Kristian," katanya.

Mohd Azari berkata berdasarkan elemen tersebut, pihak pendakwaan percaya kes prima facie telah berjaya dibuktikan selepas mengemukakan seramai tujuh saksi.

Sementara itu, Eric pula berhujah elemen menghina dalam kenyataan itu tidak dibuktikan pihak pendakwaan.

"Kesemua saksi pendakwaan memberitahu mereka tahu keadaan negara (masa itu) agak tegang dengan isu perkauman dan agama.

"Jelas dalam konteks ini, Mohd Rafizi mengeluarkan kenyataan yang bukan niatnya untuk menghina atau menimbulkan kemarahan sesiapa tetapi untuk menerangkan mengenai 'Kajang Move'," kata Eric.

Mohd Rafizi, yang juga anggota Parlimen Pandan, didakwa dengan sengaja mengaibkan dan membangkitkan kemarahan kepada anggota UMNO melalui kenyataannya dalam artikel bertajuk 'Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?' yang boleh menjejaskan keamanan awam.

Rafizi yang ketika itu sebagai Pengarah Strategik PKR didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat The Edge Malaysia Communication Sdn Bhd, Menara KLK, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara pada 11.40 pagi, 4 Feb lepas.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. (SUMBER)


KERANA MASALAH AIR, KILANG JVC DI SHAH ALAM, AKHIRNYA DITUTUP DAN MELAYU JADI MANGSA TERBESAR HILANG PEKERJAAN!!!



Dengan ketibaan Aidilfitri dalam tempoh dua minggu dari sekarang, dengan peningkatan kos kesan daripada kenaikan harga minyak, sudah tentulah bekas kakitangan kilang JVC Shah Alam adalah golongan yang paling terkesan dengan apa yang mereka terpaksa hadapi kini.

Kilang tempat mereka mencari rezeki telah ditutup dan dihentikan operasi. Sekaligus menjadikan mereka kehilangan sumber pendapatan.

Tetapi berita ini tidak mendapat tempat langsung, bahkan langsung tidak diperkatakan. Para penyokong Pakatan Rakyat yang mendabik dada mereka adalah pejuang rakyat, senyap sunyi. Para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP dan PKR, juga tidak keluar beramai-ramai, bersalam-salaman dan kemudian mengutuk Barisan Nasional, UMNO dan Najib Abdul Razak.

Sebabnya, kejadian malang ini berlaku di Selangor, di sebuah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Di sebuah negeri yang telah ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebagai negeri terkaya di seluruh Malaysia. Yang mempunyai semua fasiliti dan infrastruktur sebagai kawah emas Malaysia.

Malangnya selepas Pakatan Rakyat mengambilalih Selangor pada 2008, satu persatu masalah menimpa Selangor. Selangor hilang kredibiliti sebagai negeri yang paling aktif menarik pelaburan kerana para pemimpinnya leka bermain politik dan retorik. Para pemimpin Kerajaan Negeri Selangor memandang mudah kepentingan bekalan air bersih di seluruh Selangor dengan harapan, Kerajaan Persekutuan yang pusat pentadbirannya di Putrajaya tidak ada kaedah lain, melainkan terpaksa membantu Selangor, yang kemudian akan didabik dadakan sebagai usaha keras dan kepandaian mereka.


Projek Langat II telah dijadikan bahan politik dan tuduh-menuduh. Akhirnya projek yang sepatutnya siap pada tahun 2009 dan menjadi jaminan bekalan air di seluruh Selangor dan Lembah Kelang, kekal menjadi polemik untuk Kerajaan Negeri Selangor terus mengugut Kerajaan Persekutuan.

Masalah air di Selangor sudah enam tahun diperkatakan tetapi Pakatan Rakyat yang cukup pandai berdalih, menyatakan rakyat Selangor dan penduduk Lembah Kelang boleh menggunakan air banjir dan air lombong. Projek Langat II dikatakan sebagai perkakas UMNO hendak mencuri duit rakyat.

Nah, kerana masalah air, satu persatu kilang-kilang yang sudah berpuluh tahun bertapak di Selangor, keluar dan meninggalkan negeri ini. Beratus-ratus rakyat Selangor dan penduduk Selangor yang sebelum ini gah dengan kemenangan Pakatan Rakyat, khususnya DAP, kehilangan sumber pendapatan.


Namun yang paling ramai sudah tentulah Melayu yang bertugas di bahagian pengeluaran di kilang-kilang, selain vendor-vendor serta pembekal-pembekal yang majoriti mereka bukan Melayu.

Hebat sangat DAP, hebat sangat PKR kan?

Tak payah mengeluh... terima sahajalah perubahan yang diimpikan...

BERUBAH DARIPADA BERPENDAPATAN KEPADA PENGANGGURAN!!!

Kilang mana pulak lepas ni akan ditutup di Selangor?

Kelantan tidak banyak kilang walaupun kononnya bumi rahmat kerana dipimpin ulama kerana masalah air.

Kedah yang mempunyai Kulim Hi-Tech, ketika zaman pentadbiran PAS, kehilangan lebih separuh daripada kilang-kilang yang telah bertapak di kawasan tersebut dari zaman Mahadzhir Khalid, juga kerana masalah air.

Banyak juga kilang di Pulau Pinang, berhenti beroperasi kerana masalah air sehingga Guan Eng terpaksa sauk apa-apa sahaja kilang, termasuklah kilang yang mengeluarkan bahan bahaya seperti Jinko Star semata-mata untuk menutup kelemahannya.

Selangor pula, semakin sunyi daripada kilang-kilang yang berpindah operasi kerana masalah air yang berterusan...

TAHNIAH PENYOKONG PAKATAN RAKYAT!!!



PEMILIK AKHBAR THE EDGE DAN BEKAS KRONI ANWAR IBRAHIM, BAKAL DITANGKAP DAN DISIASAT POLIS?




Pemilik The Edge, Tong Kooi Ong di bawah siasatan polis?

Ya atau tidak?

Tidak hairanlah The Edge berkata, tiga hari lalu bahawa mereka akan berhenti menggunakan e-mel yang diperolehi dari Sarawak Report mengenai 1MDB kerana keraguan atas kesahihan dokumen-dokumen itu setelah bekas eksekutif PSI ditangkap.

http://www.themalaymailonline.com/…/after-ex-petrosaudi-exe…

http://www.malaysia-today.net/the-edge-owner-tong-kooi-ong…/

Ingat bahawa peras ugut atau penipuan dan konspirasi untuk menipu negara adalah satu perkara yang sama sekali berbeza dengan isu semasa mengenai beban hutang RM42 bilion dan isu aliran tunai 1MDB yang saya fikir 1MDB sedang selesaikannya sekarang.

1MDB masih perlu memainkan peranan dan membersihkan diri dengan PAC, Laporan Ketua Audit Negara, siasatan BNM serta mengurangkan beban hutang dan menyusun semula aliran tunai mereka.

Adakah laporan RPK ini betul? Saya rasa ramai rakyat Malaysia akan menyambut baik siasatan terhadap bekas kroni Anwar, Tong Kooi Ong.

 Lim Sian See


TROL: MINYAK NAIK RM0.10 TAPI KFC RAMAI JUGA ORANG. BEBAN DI MANA? - AHMAD MASLAN!!!




Tak tahulah mana punya maarop dah buat lawak...

Kalau kenyataan itu untuk menaikkan darah dan membuatkan kepala berasap, si pembuat kenyataan yang menggunakan nama Ahmad Maslan, cukup berjaya.

Kalau kenyataan itu sekadar satu gurauan dan lawak jenaka, ia adalah satu langkah yang sangat buruk. Kenyataan itu tidak melegakan, bahkan boleh mencetuskan kemarahan yang lebih besar kepada Ahmad Maslan dan Kerajaan, terutama sekali kepada Najib Abdul Razak.

Walaupun ada kebenaran dalam kenyataan tersebut, bab-bab ini tidak akan diambil kira. Pembaziran makanan serta bahan bakar umpamanya, tidak pernah dituding kepada diri sendiri, sebaliknya kepada kerajaan.


Ahmad Maslan telah menafikan, kenyataan itu dikeluarkannya. Malangnya, penafiannya tidaklah seviral kenyataan yang disifatkannya sebagai fitnah itu. Makin ramai yang percaya, itu kenyataan tulen Ahmad Maslan memandangkan Menteri terbabit kerapkali terbabit dalam melangkau sempadan ketika membuat kenyataan.

Lagipun selepas gagal membalun kerajaan pada Mac sehingga Mei kerana harga minyak tidak dinaikkan, kenaikan pada Jun yang kemudian disusuli pada Julai, perlu dipergunakan sepenuhnya untuk menghentam kerajaan.

Sudah ada cakap-cakap yang kerajaan sebenarnya tidak mampu mengawal harga kerana desakan persatuan-persatuan pengusaha pam minyak sepertimana kerajaan tidak mampu mengekang kekuasaan TELCO yang enggan menurunkan harga kad pra-bayar. Kerajaan hanya pelaksana kepada kehendak persatuan yang lebih berpengaruh dan vokal.


Naik RM0.10 ke, naik RM10.00 ke, ianya tidak akan mengubah sebarang persepsi yang telah tertanam dalam minda. Turun RM0.10 ke atau RM10.00 sekalipun, seperti sebelum-sebelum ini, bahagian yang lain pula akan dicari untuk dijadikan buah mulut dan sasaran kecaman.

Cuba BACA DI SINI

Nama pun, rakyat Malaysia.... siapa suruh kerajaan muakan dan manjakan sangat rakyat Malaysia. Sekarang terimalah keadaan rakyat Malaysia yang serba manja.


SEJAK SURIA KLCC MEMPUNYAI CEO BARU, JENAMA DAN PRODUK TEMPATAN TELAH DIDISKRIMINASI!!!

Pengurusan Suria KLCC sekali lagi mendapat kecaman dan menjadi perhatian apabila menganaktirikan produk tempatan...

Cuma kali ini, pengurusan Suria KLCC tidak tampil memberikan penjelasan mengapa mereka menolak jenama produk tempatan di premis yang dibina menggunakan wang rakyat itu.

Tindakan Suria KLCC Sdn. Bhd. mengarahkan BTC Clothier Sdn. Bhd. berpindah ke lokasi baru, memberikan gambaran bahawa pengurusan tersebut mendiskriminasi jenama-jenama Malaysia. Itu yagn dikatakan oleh Liew Yam Ngoon, 64, pengasas, CEO dan pengarah BTC Clothier yang memiliki dan menguruskan 'BritishIndia', di Mahkamah Tinggi semalam.

BTC Clothier telah menyaman Suria KLCC kerana membatalkan perjanjian sewa mereka menerusi surat bertarikh 4 Julai 2014.

Menurut Liew, Suria KLCC sebelum ini menunjukkan sokongan kuat ke atas jenama-jenama tempatan dan telah membantu pameran BritishIndia bersama-sama jenama-jenama antarabangsa yang lain.

"Bagaimanapun, kini Suria KLCC tidak lagi memberikan sokongan kepada jenama-jemana Malaysia dan berusaha keras untuk mendiskriminasinya. Semenjak Andrew Brien menjadi CEO Suria KLCC, semuanya berubah secara drastik. Satu demi satu, jenama Malaysia dikeluarkan dari premis-premis defendan seperti Kelantan Delights, Ombak, Mayfair dan Carat Club," katanya pada hari kedua perbicaraan.

Menurut saksi, lima tahun lepas, Suria KLCC telah mencuba secara tidak sah untuk membatalkan Perjanjian Sewa dengan BTC Clothier dengan memberikan alasan yang mereka mempunyai rancangan bagi sewaan baharu secara campuran.

Saksi itu berkata, lima tahun kemudian, Suria KLCC masih menggunakan alasan yang sama tetapi sehingga sekarang, tiada rancangan besar atau bukti yang diberikan kepada BTC Clothier mengenai perkara itu walaupun banyak permintaan dibuat.

Liew berkata BTC Clothier telah membuka sebuah kedai di Suria KLCC sejak 1998 dengan menyewa lot-lot di Lot 111A-B, Aras 1, dan ia terletak di lokasi strategik di gedung beli-belah itu.

Pada 24 Februari, tahun ini, BTC Clothier memperoleh injunksi daripada Mahkamah Tinggi untuk menghalang Suria KLCC daripada mengganggu perniagaannya di premis tersebut sementara menunggu kes saman itu didengar.

Pada Julai 2014, BTC Clothier, selaku plaintif, memfailkan saman terhadap Suria KLCC mendakwa defendan secara menyalahi undang-undang menamatkan perjanjian sewaan melalui surat bertarikh 4 Julai, 2014.

Dalam pernyataan tuntutannya, BTC Clothier berkata Suria KLCC mengancam untuk menutup premis BritishIndia pada 10 malam pada 7 Julai, 2014, jika plaintif enggan menerima tawaran sewaan baharu daripada defendan.

BTC Clothier mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa perjanjian sewaan sekarang antara kedua-dua pihak masih sah dan bahawa tindakan defendan untuk menamatkannya adalah menyalahi undang-undang.

BTC Clothier juga mahu supaya defendan atau kakitangan mereka tidak mengganggu urusan perniagaan di premis tersebut atau menutup atau menyekat peragaan produk.

Syarikat itu juga memohon ganti rugi am, faedah dan kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

BTC Clothier yang menjual pakaian berjenama dan barangan kelengkapan rumah, mempunyai 13 cawangan di Malaysia dan lima di Singapura selain rangkaian runcit di seluruh Asia Tenggara.

BTC Clothier diwakili peguam Gideon Tan sementara peguam Tan Sri Cecil Abraham mewakili Suria KLCC.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin bersambung 25 Ogos. – Bernama

SELURUH SELANGOR DAN LEMBAH KELANG SEMAKIN KERING AIR, KERAJAAN NEGERI SELANGOR PULA TERUS BERMAIN POLITIK... BARU NAK KAJI PERJANJIAN AIR!!!

Mungkin disebabkan kawasan rumahnya tidak berhadapan dengan catuan bekalan air, atau Azmin Ali serta seluruh pentadbiran negeri Selangor tidak perlu berbaris dengan timba atau tong menantikan kedatangan lori SYABAS, maka masalah air yang semakin meruncing di seluruh Selangor, langsung tidak diberikan perhatian.

Yang disibukkan oleh PKR dan DAP ialah gesaan agar Azmin Ali meletak jawatan atau desakan DAP agar Azmin Ali memilih antara DAP atau PAS untuk meneruskan Kerajaan Negeri Selangor.

Masalah air langsung tidak dibincangkan... langsung tidak dipentingkan dan langsung tidak disuarakan.

Elizabeth Wong yang mengetuai kumpulan yang mahukan SYABAS melepaskan pegangan ke atas bekalan air bersih di seluruh Lembah Kelang pun, turut mendiamkan diri dan tidak berani langsung bercakap tentang masalah air di Selangor.

Kerajaan Persekutuan pula yang terhegeh-hegeh menghulurkan bantuan kepada Kerajaan Negeri Selangor tetapi bantuan dan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan pula digunakan sebagai 'keuntungan negeri' tanpa sebarang pulangan kepada rakyat dalam bentuk akses air bersih.

Semalam, sekali lagi Kerajaan Negeri pimpinan Azmin Ali memberikan jaminan, penstrukturan industri bekalan air negeri akan diputuskan dalam tempoh terdekat.

Punyalah terdekat, masalah ini sudah berlarutan lebih dari 6 tahun. Tidak ada pula Exco atau ADUN Pakatan yang sanggup minum air lombong atau air banjir kerana itu adalah hujah mereka enggan menerima Projek Langat 2. 

Walaupun bekalan air semakin meruncing dengan sesetengah kawasan sudah dua minggu terputus bekalan air bersih, Azmin Ali menyatakan, masih terdapat satu lagi isu yang perlu diselesaikan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan selepas perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada minggu lepas.

Bagaimanapun, Azmin Ali tidak menjelaskan masalah yang dimaksudkannya walaupun turut memberitahu, dia telah bertemu dengan Menteri berkaitan iaitu Maximus Ongkili dan Perdana Menteri.

Pada 17 Jun lalu, Kerajaan Persekutuan mendesak Kerajaan Negeri Selangor untuk meneruskan kerjasama bagi implementasi penstrukturan dan projek Loji Rawatan Air Langat 2 serta sistem pengedaran air sebagaimana yang diputuskan menerusi kepimpinan negeri yang lepas.

Menurut Ongkili, sekiranya penstrukturan industri air di Selangor masih juga tidak dapat diselesaikan, Kerajaan Persekutuan boleh mengambilalih kawalan operasi pengagihan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berdasarkan Seksyen 114 Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.

Inilah yang dibangga-banggakan sangat oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Inilah perubahan besar yang dimahukan oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Dah tak ada air pun, Kerajaan Pakatan Rakyat tetap yang terbaik.

Cuba kalau Kerajaan Negeri Selangor yang serba culas dan lemah ini adalah Kerajaan Barisan Nasional, rasa-rasanya penuh jalanraya dengan manusia yang berarak dengan timba dan hanya bertuala sebagai tanda protes dan marah kerana terputus bekalan air!!!


UDAHLAH NAIK HARGA, CUBA NAK SEMBUNYIKAN LAGI... INI BUKAN ZAMAN MAHATHIR KONTROL MEDIA DAH!!!

Hari tu, beria-ia juga menteri yang sama dengan cerita ketelusan dan penuh keberanian. Harga bahan api diturunkan dengan kaedah pengapungan. Ramai yang marah pada mulanya, rasa sedikit lega walaupun masing-masing menjangkakan, penurunan tersebut tidak akan bertahan lama. Paling lama pun, dua tiga bulan sahaja.

Seperti mahu menidakkan, harga bahan api terutama RON95 diturunkan menjadi RM1.70 seliter berbanding RM1.90 sebulan sebelumnya. Tiga bulan jugalah harga itu bertahan sebelum pada Mei 2015, ia dinaikkan pada kadar RM2.05 seliter dan terbaru, harganya adalah RM2.15.

Ketika kenaikan kali pertama hari tu, dikatakan bahawa harga perlu dinaikkan memandangkan harga minyak dunia sudah naik. Disebabkan bahan bakar di Malaysia telah diapungkan harganya, maka naiklah juga harganya itu.

Tidak pula dapat dipastikan, apakah harga minyak yang dimaksudkan merupakan harga minyak semasa atau harga minyak tiga, enam atau sembilan bulan sebelum kenaikan dibuat. Ini adalah kerana, ketika kenaikan dibuat, harga minyak dunia secara relatifnya masih tidak menunjukkan sebarang peningkatan ketara, biarpun telah beranjak daripada titik terendah sepanjang tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Namun yang pasti, ketika kenaikan harga dibuat, memang ada sedikit peningkatan.

Jadi kesimpulan ringkas yang boleh dibuat pada waktu itu ialah, harga bahan api di Malaysia terpaksa dinaikkan memandangkan harga minyak semasa telah naik.

Bagaimanapun, dua bulan ini, lain pula kisahnya. Harga minyak di pasaran dunia telah turun kerana beberapa kebimbangan, terutama sekali pada bulan ini, kebimbangan terhadap ketidakmampuan Greece untuk membayar hutang negara kepada institusi kewangan dunia serta blok Eropah. Malangnya juga, harga minyak Malaysia telah dinaikkan.

Apakah penurunan nilai Ringgit walaupun semalam berlaku pengukuhan berbanding Dollar Amerika, menjadi alasan dan sebab musababnya?

Apabila Rafizi Ramli mencadangkan dan memperjuangkan pengapungan selain kerajaan menarik kembali subsidi yang disifatkannya sebagai SATU BENTUK PENIPUAN, kemudian mendabik dada bahawa teorinya adalah benar ketika pengapungan harga kali pertama diperkenalkan dengan penurunan harga ketara, pihak KPDNKK segera muncul dengan hujah-hujah yang tersendiri.

Kemudian apabila harga bahan bakar menurun sebanyak RM0.20, Rafizi Ramli segera memperjuangkan para pengusaha pam minyak yang menurutnya tidak akan mampu bertahan sekiranya harga minyak terus diturunkan.

Kini, kerajaan seperti mengikut telunjuk Rafizi dengan menaikkan kadar harga seliter bagi mengelakkan pengusaha pam-pam minyak menanggung kerugian besar sehingga gulung tikar!

Dan sekali lagi, Rafizi menggunakan peluang ini untuk menyatakan kerajaan adalah kejam kerana menekan rakyat!

Mana hilang janji-janji pak-pak menteri dan orang besar negara apabila menyatakan, harga minyak akan ditetapkan pada harga minyak dunia?

Apakah dengan menyembunyikan berita kenaikan harga minyak daripada rakyat, akan membolehkan para pengusaha pam minyak berlumba-lumba menurunkan kadar harga bagi menarik lebih ramai pelanggan?

Rasa-rasanya tukang pemikir yang mencadangkan langkah tersebut, sudah tersalah negara? Barangkali disebabkan terlalu banyak sangat tengok VCD, tu yang keluar cadangan yang bukan-bukan dan kemudian dipraktikkan pula oleh Kementerian yang diterajui oleh Hasan Malek!!!

 
Blogger Templates