Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, October 1, 2015

MAHKAMAH TINGGI BENARKAN PERMOHONAN NAJIB GANTUNG KESEMUA PROSIDING SAMAN ANINA SAADUDIN!!!


Mahkamah Tinggi di sini, Khamis membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantung kesemua prosiding saman yang difailkan bekas anggota Umno, Anina Saadudin berhubung pembayaran berjumlah RM2.6 bilion.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab. Rauf Yusoh serta peguam Mohd Hanif Khatri Abdulla yang mewakili Anina.

Berikutan keputusan itu, Najib dan Ab. Rauf, yang turut dinamakan sebagai defendan, tidak perlu memfailkan pernyataan pembelaan dan sebarang afidavit lain.

Najib dan Ab Rauf sebelum ini memohon mahkamah menggantung prosiding sehingga mahkamah mendengar permohonan mereka untuk mengetepikan writ saman Anina.

Mahkamah menetapkan 6 Oktober ini untuk pengurusan kes bagi permohonan mengetepikan saman itu.

Mohd Hafarizam memberitahu pemberita bahawa hakim membuat keputusan itu berdasarkan alasan bahawa pemfailan afidavit pembelaan boleh memberi kesan kepada permohonan defendan untuk mengetepikan writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan Anina.

"Hakim juga memutuskan bahawa tiada prejudis kepada plaintif sekiranya pembelaan tidak difailkan sekarang kerana sekiranya mahkamah menolak permohonan untuk mengetepikan writ saman dan pernyataan tuntutan, pihak plaintif masih berpeluang melihat pembelaan yang difailkan defendan," katanya.

Pada 28 Ogos lepas, Anina memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan antaranya bagi menuntut pembayaran RM2.6 bilion (US$650 juta) yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik Umno di Singapura. - Bernama

BANTUAN KE SEKOLAH AGAMA RAKYAT DITARIK BALIK, PAS MINTA PENJELASAN DAP!!!


Pas menuntut Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjelaskan dakwaan berhubung penarikan balik bantuan tahunan kepada beberapa sekolah agama milik ahli-ahli Pas di negeri itu.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali turut mendakwa surat tawaran bantuan yang telah dihantar juga ditarik balik.

"Kami ingin meminta penjelasan kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dan PKR berhubung dakwaan bantuan kepada sekolah agama rakyat yang ditarik balik daripada beberapa buah sekolah rakyat milik persendirian ahli-ahli Pas.

"Beberapa buah sekolah agama persendirian ini telah mendapat bantuan tahunan sejak beberapa tahun yang lalu.

"Tetapi akhir-akhir ini bantuan mereka telah dihentikan. Bahkan surat tawaran bantuan yang telah dihantar ke beberapa buah sekolah terbabit didakwa telah ditarik balik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga menyifatkan, tindakan DAP dan PKR itu seolah-olah memberi mesej bahawa apabila berkuasa, mereka juga menjadi zalim dengan sesiapa yang berbeza ideologi politik.

"Dewan Ulama Pas Pusat mengingatkan kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang agar jangan bertindak seperti parti pemerintah sebelum ini yang menyekat dan tidak memberi bantuan kepada sebahagian sekolah agama rakyat milik ahli-ahli Pas kerana sentimen politik.

"Tindakan ini memberi mesej bahawa DAP dan PKR yang sebelumnya menjadi pembangkang apabila berkuasa juga menjadi zalim dan tidak memberikan keadilan dan hak terhadap mereka yang tidak sehaluan politik dengan mereka," katanya. (SUMBER)


WSJ, AKHBAR PUJAAN ANTI-NAJIB, CUBA GALAKKAN CHINA BERPERANG DENGAN MALAYSIA!!!


Sekali lagi Wall Streets Journal menjulang namanya di samping cuba menjadikan Malaysia tersepit dalam pertarungan IMF v BRICS yang melibatkan blok ekonomi yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan blok baru ekonomi dunia yang diketuai oleh China.

Ia samalah seperti kejadian tembak jatuh pesawat MH17 oleh kuasa-kuasa bergolak di wilayah rebutan Russia dan Amerika Syarikat yang berproksikan pemerintahan Ukraine.

Amerika dan sekutunya, menyalahkan Russia dan menuduh Russia yang telah menembak jatuh pesawat malang milik Malaysia itu, manakala Russia pula menampilkan bukti yang menunjukkan tembakan peluru berpandu secara sengaja telah dilepaskan oleh pesawat-pesawat tempur Ukraine.

Sebaik-baik sahaja berita malang itu dihebahkan ke seluruh dunia, Amerika tanpa sebarang bukti telah menuduh Russia bersalah.

Dalam perebutan wilayah ekonomi, Amerika Syarikat sekali lagi menggunakan IMF dan Bank Dunia untuk menekan ekonomi rantau sebelah sini yang turut melibatkan Malaysia, sekaligus menyaksikan penyusutan nilai Ringgit berbanding Dollar Amerika Syarikat, hutang luar yang bertambah kesan daripada penyusutan nilai Ringgit selain tekanan dan kekangan ke atas pasaran saham dan pasaran modal Malaysia.

BRICS Bank mengandungi Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan yang secara kolektif  bergerak ke hadapn dalam rancangan mereka untuk menjatuhkan Dollar Amerika sebagai takhta mata wang perdagangan global dan digantikan dengan matawang Renminbi China sebagai matawang antarabangsa.


Kenyataan Duta Besar China ke Malaysia yang berkaitan Petaling Street secara nyata, telah diputarbelitkan oleh Ronnie Liu. Duta Besar China itu sendiri telah menegaskan bahawa pemalsuan dan putarbelit tersebut dilakukan oleh 'pihak-pihak tertentu' yang berkepentingan serta ingin melihat kehancuran Malaysia.

Amaran turut dikeluarkan oleh Duta Besar China yang kemudian menegaskan bahawa tindakan undang-undang mungkin akan diambil ke atas Ronnie Liu yang telah dikesan melakukan penipuan ketika mengalihkan perkataan 'Rakyat China yang tinggal di Malaysia' dalam tulisan Cina menjadi 'China akan melindungi orang Cina di Malaysia' dalam tulisan rumi berbahasa Inggeris.

WSJ yang menjadi batu api dalam melaporkan berita separuh benar tentang Justogate serta 1MDB, telah mengambil dan menggunapakai kenyataan putarbelit dan penipuan Ronnie Liu. Media berkenaan menyatakan, kenyataan Huang - yang sebenarnya adalah kenyataan Ronnie Liu - adalah sesuatu yang amat memeranjatkan memandangkan China telah mengubah polisi luar mereka terutama yang membabitkan orang Cina Seberang Laut. (BACA DI SINI)




Penjelasan daripada Dr. Huang sendiri langsung tdak diterimapakai oleh akhbar tersebut. Sebaliknya, akhbar yang sekarang ini digunakan secara meluas untuk membantai Kerajaan Malaysia dan Najib Abdul Razak secara peribadi itu cuba menimbulkan kecurigaan di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang sosio budaya.

Gambaran bahawa kekacauan akibat persengketaan kaum yang akan wujud serta jaminan daripada Kerajaan Negara China kepada orang-orang Cina, dengan harapan, China akan mengesyaki Malaysia sebenarnya yang meminta WSJ atau Amerika untuk melakukan serangan tersebut secara tidak langsung ke atas China.

WSJ cuba mencetuskan riak-riak reaksi negatif daripada negara-negara kuasa besar tersebut dengan menjadikan Malaysia sebagai batu loncatan mereka.

Agak menarik ialah apabila sebahagian daripada rakyat Malaysia pula, amat terpengaruh dengan WSJ yang dibenci oleh Mahathir ketika pemerintahannya, hanya kerana WSJ anti-Najib!!!


SELAMAT JALAN WAHAI PERWIRA NEGARA YANG TIDAK DIDENDANGKAN OLEH LIM KIT SIANG DAN DAP KERANA TELAH BANYAK BUNUH KOMUNIS!!!


“I am Malay, I am Indian and I am also a Chinese. If someone talk bad about the Malay – it is like that someone is hurting one part of my body….”

Beliau adalah antara watak penting dalam PDRM yang melumpuhkan pengaruh komunis di bumi Malaysia.

Pada beberapa kesempatan, Yuet Leng telah menyamar sebagai pengganas komunis. Dia masuk ke dalam hutan dan menyusup ke dalam kelompok pengganas, penyergapan, pertempuran.

Biarpun, dari segi fizikalnya Yuet Leng seorang Cina namun beliau sendiri mengakui bahawa dalam dirinya mengalir jiwa Melayu dan India yang sangat menebal yang mana semuanya berlaku sejak beliau menjadi anggota polis.

''Jika boleh dibelah badan saya pasti anda akan melihat ia terbahagi kepada tiga, Melayu, Cina dan India. Jiwa saya begitu dekat dengan tiga bangsa ini kerana saya banyak belajar memahami adat dan budaya mereka ketika menyertai polis.

''Dalam polis tidak ada istilah bangsa dan kaum. Kami berjuang atas satu pasukan demi mempertahankan Malaya daripada ancaman komunis,'' katanya

Ada kisah yang lebih mengejutkan mengenai anak jati Perak ini, apabila selepas 31 tahun barulah doktor dapat menemui adanya peluru tertanam di dadanya.

''Pengganas komunis banyak kali cuba membunuh saya, tetapi saya tidak melarikan diri. Malah, selepas bersara pada 1984 komunis masih mahu membunuh saya.


Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mencadangkan supaya saya berhijrah ke negara lain.

''Pada mulanya saya bersetuju, tetapi kemudian memberitahu Tun Hanif, mengapa saya perlu melarikan diri? Malaysia adalah tempat saya dibesarkan,'' katanya

Yuet Leng menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi dalam usia 88 tahun. Sesungguhnya kita sebagai rakyat Malaysia sangat terhutang budi padanya.

SELAMAT JALAN TAN SRI, SALUTE!

Syahril A.Kadir


AKHIRNYA FARIZ MUSA DAN JINGGA 13 HANCUR ANGKARA KETAMAKAN, KEHALOBAAN DAN KESERAKAHAN!!!



Jangankan PAS yang dipecahkan oleh kumpulan PARASIT penyembah Lim Guan Eng, PKR juga nampaknya turut mengalami perpecahan yang amat nyata. Walaupun tidak sebising seperti golongan pro-Tun dalam UMNO atau Parti Cangkul dalam PAS, PKR yang sudah lama berpecah membabitkan kumpulan pro-Khalid Ibrahim dengan pro-Azmin Ali serta pro-Wan Azizah, kini bertambah lagi apabila barisan hadapan mereka yang bergerak dalam NGO dan menguasai media siber suatu masa dahulu, JINGGA 13 pula sedang berpecah teruk.

Sama seperti PENYAKIT GILA KUASA dan PERANGAI KUKU BESI yang melanda pucuk kepimpinan, begitulah juga yang berlaku dalam JINGGA 13.

Perangai kuku besi Anwar Ibrahim, nampaknya telah terjangkit kepada Fariz Musa yang merupakan Ketua Koordinator JINGGA 13.

JINGGA 13 sedang menghadapi krisis kepimpinan yang sangat teruk ekoran perletakan jawatan dan penarikan diri salah seorang pengasasnya yang dikenali dengan nama ORENJI.

Tidak dapat dipastikan dengan tepat, mengapa Orenji yang menjadi antara tulang belakang NGO itu menarik diri, tetapi berdasarkan sumber-sumber dalaman PKR dan JINGGA 13 yang boleh dipercayai, tindakannya itu berkait rapat dengan beberapa isu yang melibatkan pergerakan JINGGA 13 selaku jentera tempur PKR yang penting.

Diberitakan juga Ketua Koordinator JINGGA 13, Fariz Musa teruk diserang dan dibelasah oleh orang kanannya sendiri, Orenji, setelah mengambil sikap enggan mempedulikan ahli-ahli bawahan, malahan menyimpang jauh daripada landasan sebenar penubuhan JINGGA 13 termasuklah beberapa isu penting membabitkan politik PKR.

Fariz Musa selaku ketua JINGGA 13 sengaja buat-buat pekak badak dan buta mata dengan tidak menghiraukan isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli, termasuklah oleh Orenji sendiri. Gelagat hodohnya itu, akhirnya menimbulkan jurang keretakan besar antara pemimpin-pemimpin dalam JINGGA 13.

Beberapa orang tenaga penting dalam JINGGA 13 juga dikhabarkan tidak senang dengan apa yang berlaku dan berkemungkinan besar akan mengikut jejak langkah Orenji yang merupakan Ketua Koordinator Penerangan dan Komunikasi JINGGA 13.

Perlu diingatkan, setiap pemimpin di dalam JINGGA 13 mempunyai pengaruh dan bala tentera siber mereka sendiri. Justeru, adakah ini merupakan titik mula kepada penghapusan JINGGA 13, sama seperti yang berlaku kepada begitu banyak NGO Pro-PKR sebelum ini?

Apa sebenarnya yang berlaku sehingga mencetuskan masalah meruncing itu? Apakah Fariz Musa sekadar menggunakan JINGGA 13 sebagai kenderaan politiknya memandangkan dia mempunyai cita-cita besar sebagai orang politik, bukannya orang NGO sebagaimana yang dibuktikannya dalam PRU-13 lalu?

Yang pasti, UMNO sudah terlalu lama mengenali Fariz Musa yang ketika berada di dalam UMNO, hanya berjuang untuk jawatan dan politik bukannya untuk rakyat. Orang seperti Orenji dan para pengikut PKR telah dibutakan dengan retorik keterlaluan sepertimana mereka dibutakan dengan pembohongan dan tipu perdaya Anwar Ibrahim. Sekarang baru mereka tahu siapa Fariz Musa yang sebenarnya.

Nak kata apa lagi... PADAN MUKA sahajalah perkataan yang paling sesuai!!!


E-MEL DARI SABAH.... PUAK PRO-TUN TERDESAK UNTUK DAPATKAN SOKONGAN DI TAWAU, SABAH SAMPAI TERPAKSA GUNAKAN SUSPEK KES TIPU!!!



Email:
1.Serangan berterusan drp Tun Dr Mahathir ke atas Dato Seri Najib semakin menjadi jadi sejak akhir akhir ini.Tun kelihatan menjelajah hampir ke seluruh malaysia bagi memberikan tekanan kepada Dato Seri Najib  utk meletakkan jawatan. Tun M jelas tidak keberatan utk bekerjasama hatta dgn pembangkang sekalipun demi meralisasikan impian Tun tersebut.  



2. Pada 05 hb Okt 2015 ini Tun M dijangka akan turun ke tawau sabah bagi menghadiri forum bersama Tun M, yang agak mendukacitakan ialah ketua penganjur program ini adalah bekas Calon Parti Pembangkang Parti Star Sabah pada Pru ke 13 yang lepas di Dun Sebatik Tawau Sabah.

Nama individu ini ialah Mohammad Jeffry Rosman. Individu ini juga jelas telah menggunakan gelaran Dato' Seri Dr palsu dan tidak diikitiraf oleh kerajaan malaysia. (gambar Mohammad Jeffry Rosman berkempen menentang calon BN pd pru lepas disertakan). Rujuk juga dalam lama sosial facebook https://www.facebook.com/GelaranPalsu



3. Mohammad Jeffry Rosman juga ketika ini masih lagi menghadapi perbicaraan kes tipu melibatkan wang sebanyak RM90,000. Rujuk link ini http://ww1.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140226/ma_06/Bekas-calon-Star-Sebatik-mengaku-tidak-salah-kes-tipu




4. Tun Mahathir tidak sedar akibat drp tindakan ini akhirnya UMNO yg akan mendapat akibat buruk. Bayangkan kesan drp kerjasama antara Tun dan individu yg bernama Mohammad Jeffry Rosman pasti undi utk Umno di Tawau Sabah akan turut terjejas ini adalah kerana pengundi tegar umno beranggapan Tun kini adalah penyokong kpd pembangkang khususnya di sabah. sabah adalah kubu kuat UMNO sudah tentu tindakan ini sedikit sebanyak akan membrikan ruang kepada pembangkang serang umno dan pembangkang akan mendapat sokongan moral.



5. Terdesaknya Tun sehingga sanggup bekerjasama dgn Mohammad Jeffry Rosman bekas calon pembangkang dan penipu bagi warga Tawau sabah.

HUKUMAN SETAHUN PENJARA KE ATAS KHIR TOYO TERLALU RINGAN, KATANYA!!!



Para pecacai dan PENYEMBAH PALAT Kit Siang sedang meroyan sakan sambil membandingkan hukuman penjara yang dijalani oleh bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dengan beberapa kes. Sama ada di Facebook, mahupun di WhatsApp, undang-undang kata mereka terlalu berat sebelah dan lebih menekan golongan marhein.

Antara mereka yang membuat kenyataan sebegitu adalah Waythamoorthy, pemimpin HINDRAF yang semakin ketandusan idea untuk menonjolkan diri selepas penubuhan HINDRAF hanyalah untuk kepentingan puak-puak tertentu yang mahu kaya cepat. (RUJUK SINI)

Cukup popular adalah dengan membandingkan hukuman setahun penjara ke atas Khir Toyo dengan hukuman penjara 2 tahun ke atas seorang pencuri tin sardin.

Sekali dengar, memang nampak tidak adilnya. Memang jelas ada kepincangan hukuman dan keadilan.

Namun, bagi yang tidak terburu-buru membuat kesimpulan berdasarkan apa yang dia dengar dan baca, terutama apabila ianya datang daripada puak yang sanggup berbuat apa-apa demi menjatuhkan Kerajaan dan demi memperolehi kuasa, dakwaan seperti itu menambahkan lagi perasaan jengkel dan meluat.

Barangkali kerana sudah ketagihan dengan nasi kangkang Anwar Ibrahim, rata-rata golongan ini bergantung harap kepada otak mereka yang semakin hari semakin mengecut dan sukar untuk menerima hakikat serta kebenaran.

Hukuman yang dijatuhkan kepada Khir Toyo mahupun pencuri tin sardin tersebut telah diputuskan oleh beberapa orang hakim yang arif dalam menilai dan menghukum. Pertimbangan segala aspek telah dibuat sebelum hukuman dijatuhkan. Setiap kesalahan jenayah itu akan ada hukuman minimum dan maksimumnya di dalam akta-akta yang berkaitan.

Contoh terbaik adalah Anwar Ibrahim sendiri, nabi dan rasul junjungan kaum PENYEMBAH PALAT KIT SIANG....

Sepatutnya hukuman maksimum yang diterimanya adalah penjara 20 tahun dan sebatang. Bagaimanapun, hakim hanya menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun sahaja tanpa sebatang. Adalah dengan kalkulus dan algebra puak PENYEMBAH PALAT KIT SIANG ini, hakim telah melakukan ketidakadilan? Adakah keluarga dan taukeh-taukeh besar yang menyokong Anwar Ibrahim telah kautim dengan hakim-hakim itu?

Seorang pesalah jenayah liwat bernama Abdul Rahim bin Abdul Rahaman telah didapati bersalah di bawah Seksyen 377B dan dijatuhi hukuman penjara selama 60 tahun di penjara dan 22 sebatang rotan.

Anwar Ibrahim juga didakwa di bawah Seksyen 377B, seksyen yang sama dengan Abdul Rahim Abdul Rahman, tetapi hukumannya hanya 5 tahun dan ianya bukanlah jenayah liwat kali pertama yang telah dilakukannya. 


Dalam kes perbandingan yang dibuat oleh PENYEMBAH PALAT KIT SIANG (PPKS), mereka langsung tidak mengambil kira beberapa faktor penting yang menyebabkan hukuman itu dijatuhkan. Mereka langsung tidak menekankan bahawa pencuri sardin tersebut adalah pesalah tegar yang melakukan kesalahan berulang dan telah mempunyai rekod melakukan pelbagai jenayah atau rekod lampau.

Malahan sewaktu hukuman dijatuhkan, pencuri sardin tersebut masih ada lagi kes mencuri motosikal yang masih tergantung!

Barangkali PPKS tidak menyedari atau langsung tidak faham bagaimana sistem keadilan berlaku dan pesalah berulang biasanya akan menerima hukuman lebih berat sebagai pengajaran kepadanya agar tidak meneruskan perbuatan tersebut atau hukuman seterusnya akan lebih berat.

Yang langsung tidak disebut ialah, selain menjalani hukuman penjara selama 12 bulan, Khir Toyo juga kehilangan hartanahnya yang bernilai RM6.5 juta yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri.

Kalau dah namanya PPKS, bangang abadi memang trademark mereka!

 
Blogger Templates