Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, January 5, 2016

MARA DIGITAL MALL BENAR-BENAR MEREBUS HATI DAN EGO PUAK-PUAK DAP DAN PENYOKONG MEREKA!!!



Tempoh tiga bulan MARA Digital Mall di Jalan Tunku Abdul Rahman/Jalan Raja Laut ditutup telah pun berlalu. Tidak seperti yang dijangkakan, pusat membeli-belah barangan komunikasi yang diwujudkan selepas tragedi Low Yatt Plaza tiada sebarang tanda-tanda akan ditutup, ditambah pula dengan bantuan dan sokongan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diterajui oleh Ismail Sabri.

Ketika pengumuman bahawa akan diwujudkan sebuah panel di mana barangan akan melalui entiti tersebut sebelum dijual bagi memastikan ketulenannya, maka bersuaralah para pemimpin DAP dan penyokong mereka yang menyamar sebagai penyokong UMNO tetapi sentiasa memberikan maklumat yang salah kepada masyarakat serta pembacanya.


Yang menariknya, bekas pendatang yang kemudiannya mendapat keistimewaan sehingga dibolehkan menjadi Ahli Parlimen turut mempertikaikan kewujudan MARA Digital Mall yang diperuntukkan untuk Bumiputera sambil menimbulkan isu-isu perkauman.

Mereka terlupa bahawa MARA Digital Mall itu terletak di bangunan MARA. MARA diwujudkan untuk memajukan orang Melayu dan Bumiputera Malaysia. Dan MARA sekalipun untuk Melayu-Bumiputera, turut mengambil kira matlamat penubuhannya yang bertepatan dengan Perlembagaan Pesekutuan.

Hannah Yeoh, Ahli Parlimen Subang turut mempertikaikan perlantikan sebuah agen tunggal yang akan memastikan barangan yang dijual di MARA Digital Mall adalah barangan tulen. Teresa Kok juga nampaknya tidak berpuas hati. Beberapa pemimpin DAP lain yang sebelum ini begitu kuat kecinaan mereka, turut memperkecil-kecilkan penubuhan pusat membeli-belah tersebut.


Kalau hendak diharapkan sokongan daripada puak-puak itu, jangan haraplah kerana mereka sangat-sangat menjaga kepentingan kaum mereka. Mereka akan menggunakan isu perkauman untuk menunjukkan bahawa penubuhan MARA Digital Mall sebagai tidak selayaknya ada di negara ini.

Perasaan sakit hati itu semakin bertambah-tambah apabila Ismail Sabri mengumumkan penubuhan dua lagi MARA Digital Mall di Shah Alam dan di sebuah tempat lain. Persepsi buruk terus diberikan dengan kerjasama seorang 'MAMAK' yang kecewa kerana gagal memperolehi projek IPP dengan kerajaan Malaysia.

Digital Mall MARA memerlukan sokongan dan dokongan. Inilah masanya untuk menunjukkan siapa yang mempunyai kuasa beli yang lebih besar. Kalau kuasa beli tidak besar, para pemimpin DAP tidakan akan riuh rendah seperti sekarang.

Yang pasti, mereka amat bimbang para penyokong mereka yang sudah lama menghirup darah rakyat Malaysia dengan pelbagai barangan tiruan dan penipuan dalam perniagaan, perlahan-lahan ketinggalan dengan penubuhan MARA Digital Mall.


PELAJAR UIA MENGADU PENGSAN SEBAB TAK MAKAN... KENA BALUN DENGAN PELAJAR-PELAJAR UIA LAIN SEBAB MENGADA-NGADA!!!



Gombak: “Saya pernah pengsan dalam kelas sebab dua hari ikat perut, tak makan, duit belanja langsung tak ada,” kata Ella, 22, (bukan nama sebenar) ketika berkongsi cerita mengenai masalah kekurangan wang.

Katanya, dia lebih rela berlapar kerana malu untuk meminta daripada bapanya yang hanya bekerja kilang menyara isteri dan 10 anak berusia antara 8 hingga 23 tahun.

Katanya, walaupun mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM3,200 setiap semester, namun wang itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaannya di universiti.
.
Komentar: banyak lagi saluran wang yang boleh kau cari. Member aku, takde, pergi kerja jadi cashier dan kerja kat Masjid. Kalau tak sempat nak kerja, kau boleh apply zakat. Mengadu je kat 26 orang YB SRC yang ada, sebelum mengadu kat Metro. .
Apatah lagi dengan kenaikan harga barang yang mendadak kebelakangan ini, situasi berkenaan amat memberi kesan kepada pelajar, katanya.
.
Komentar: SEMUA orang hadapi masalah yang sama.
.

Namun sebagai menunaikan tanggungjawab kepada ibu bapa tercinta, dia turut memberikan sebahagian wang PTPTN untuk menampung duit belanja bapanya.

“Ayah hanya kerja kilang yang menyara 10 anak dan ibu pula suri rumah. Semua adik-beradik masih belajar dan bersekolah.

“Selepas ditolak yuran pengajian semester dan asrama, hanya tinggal lebih kurang RM2,000 untuk semua perbelanjaan termasuk membeli buku rujukan, tugasan luar kampus, makan dan minum. Memang tak cukup,” katanya.

Ella yang juga penuntut tahun dua Kulliyah Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa malaysia (UIAM) berkata, situasi itu sering membuatkan dirinya tertekan.

Bagaimanapun, dia lebih banyak mengadu kepada Allah SWT dengan berdoa supaya urusan pembelajarannya dipermudahkan.
.
Komentar: lastnya mengadu pada Metro.
.
“Saya tidak mahu menyusahkan kawan-kawan, apatah lagi untuk meminjam.
.
Komentar: Masalahnya, kau juga tak nak susahkan pihak Welfare UIA. .
“Kerana itu, saya tidak bercerita dengan mereka, tetapi selepas peristiwa pengsan dalam kelas itu saya mendapatkan bantuan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM melalui Sekretariat Kebajikan dan alhamdulillah mereka membantu saya sebaik mungkin,” katanya.
.
Komentar: Jadi, lepas SRC tolong? Kau teruskan tak untok minta tolong lagi? .
Seorang lagi pelajar, Salmah (bukan nama sebenar) berusia 20 tahun yang turut mengalami nasib sama berkata, dia kerap berpuasa untuk mengehadkan perbelanjaan sehariannya.

Katanya, perkara pertama yang dilakukannya setiap kali mendapat wang PTPTN ialah memberikan sebahagian kepada bapanya di Ketereh, Kelantan.

“Saya rasa malu kalau tak bagi pada ayah,” katanya.
.
Komentar: Dik, bagus kalau kau bagi kat ayah. Tapi benda ni jangan jadikan alasan sebab kau terpaksa berlapar..
Anak keenam daripada 13 adik-beradik berusia antara 29 hingga tujuh tahun itu berkata, dia hanya memperuntukkan wang makan sebanyak RM5 hingga RM7 sehari.
.
Komentar: Makan pagi RM2. Makan tengah hari, ambil suspended meal. Makan malam RM2. Makan roti canai takpun makan roti petak. So, dah jimat RM3 kat situ. .
Pelajar tahun pertama jurusan Bahasa Arab Untuk Komunikasi Antarabangsa berkata, ramai lagi siswa dan siswi mengalami nasib seperti mereka berikutan kesempitan hidup dan latar belakang keluarga yang susah.

“Saya bersyukur MPPUIAM dapat membantu kami, sekurang-kurangnya ada yang prihatin,” katanya.
.
Komentar: Yaaaaa.. Bagus. Memang SRC tolong hang. Tapi hang tahu-tahu je lah Metro bagi berita macam mana. Diorang takkan mention besar-besar yang SRC tolong kau. Dia akan cakap ramai sangat budak UIA hidup susah tanpa bantuan.
.



KALAU DAH PELAJAR DAFTAR TAHUN 1 CUMA SEORANG, DAN KESELURUHAN PELAJAR HANYA 13 ORANG, LEBIH BAIK SEKOLAH VERNAKULAR ITU DITUTUP!!!



Berita tentang hanya seorang pelajar yang mendaftar untuk Tahun 1 di sebuah sekolah vernakular, amat menarik untuk diberikan perhatian.

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Chee Nan di Jerlun hanya mempunyai 13 orang pelajar dari Darjah 1 sehingga Darjah 6 selain 9 orang guru. Sekolah tersebut merupakan antara salah sebuah 'Sekolah Kurang Murid' di negara ini.

Aliran vernakular yang mendapat bantuan daripada kerajaan, tidak terdapat dalam Perlembagaan. Semuanya hanya kerana budi bicara Kerajaan semata-mata, tetapi banyak pihak terutama sekali yang membabitkan DAP dan PKR mendesak agar aliran Vernakular di negara ini disamatarafkan dengan Aliran Kebangsaan.


Desakan agar negara hanya memperkenalkan satu aliran, mendapat tentangan yang cukup kuat daripada DAP sekalipun DAP mendabik dada kononnya mereka bukannya berteraskan Cina sebaliknya Malaysia. Lebih aneh lagi, ramai pemimpin DAP seperti Teresa Kok datangnya daripada aliran vernakular, menjadikan otaknya sangat sempit dan sangat chauvinis termasuklah berusaha untuk mengenepikan Perlembagaan negara yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, walaupun tidak dinyatakan secara terang-terangan.

Menyerap aliran vernakular ke dalam aliran kebangsaan, dilihat sebagai satu dosa besar kepada kebebasan beragama, berbahasa dan berbudaya di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Namun kelemahan penguasaan Bahasa Kebangsaan di kalangan rakyat terutama yang berasal daripada aliran vernakular, walaupun gred peperiksaan untuk matapelajaran Bahasa Kebangsaan telah direndahkan, tidak pula dianggap sebagai sesuatu yang keji dan menjijikkan.


Sekolah seperti SJKC Chee Nan itu sepatutnya sudah boleh dilupuskan dan para pelajarnya diserapkan ke sekolah lain yang berhampiran. Sekaligus, kerajaan bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan menguruskan sebuah sekolah yang sepatutnya diurus sendiri oleh Lembaga Pengelolanya seperti yang dinyatakan di dalam Perlembagaan, bahkan tenaga guru berjumlah 9 orang itu boleh menampung dan mengurangkan beban kerja guru-guru di sekolah-sekolah kebangsaan berhampiran.

Malangnya, kerana masalah politik, pembaziran besar seperti itu tidak dapat diatasi. Sama ada berkurangan pelajar atau hanya guru-guru di sekolah berkenaan, ia dilihat tidak akan mengubah status sekolah tersebut.

Kerajaan Malaysia terlalu lembut sehinggakan Dasar Pelajaran Kebangsaan pun, boleh ditoleransikan!

SEKOLAH BANTUAN PENUH KERAJAAN, TETAPI SEKOLAH PULA PEKENAKAN IBU BAPA!!!



Fenomena ini bukan perkara baru. Sudah terlalu lama berlangsung. Terutama dengan pelbagai program yang dibuat oleh Kementerian setiap kali Menteri dan Ketua Pengarahnya berbeza.

Anehnya, Kerajaan telah memberikan bantuan sepenuhnya kepada setiap pelajar. Malah seorang pelajar, Kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM8,000 bagi setiap kepala. Dengan segala skim terutama buku teks, pemansuhan yuran sekolah dan yuran peperiksaan, sepatutnya perbelanjaan yang dikeluarkan oleh setiap ibu bapa, jauh lebih rendah berbanding apa yang terpaksa dibelanjakan hari ini. Malah kerajaan turut memberikan bantuan perbelanjaan persekolahan.

Dalam hal ini, tidak timbul masalah Kerajaan membebankan ibu bapa sebaliknya, yang mengenakan dan membebankan ibu bapa adalah pentadbiran sekolah.


Kalau diperhatikan, setiap sekolah akan ada buku-buku kerja, modul dan pelbagai bacaan tambahan yang lain, yang telah disenaraikan sebagai bahan wajib beli. Termasuk jugalah segala macam yuran yang telah diwujudkan oleh pihak sekolah, termasuklah yuran PIBG yang kemudian, boleh dipertikaikan untuk tujuan apa, memandangkan bantuan yang diberikan oleh PIBG kepada anak-anak pelajar tersangat kecil berbanding jumlah yuran wajib PIBG yang perlu dibayar.

Barangkali jumlah RM200 bukanlah jumlah yang besar bagi seorang anak. Bagaimana pula dengan sebuah keluarga yang ada sekurang-kurangnya tiga orang anak di sekolah rendah dan dua orang anak di sekolah menengah?

Walaupun yuran PIBG hanya perlu dibayar oleh salah seorang anak di sekolah yang sama, tetapi hakikatnya, kepelbagaian yuran yang diwujudkan oleh pihak sekolah, ternyata menyusahkan kalau tidak pun membebankan.


Jangan kata, setiap ibu bapa perlu mempersiapkan anak-anak mereka dengan perbelanjaan sewajarnya memandangkan yang terbabit adalah SEKOLAH BANTUAN PENUH KERAJAAN, bukannya sekolah persendirian yang sememangnya menjadikan keuntungan daripada perniagaan pendidikan sebagai dasar mereka.

Semenjak awal 80-an, penggunaan buku-buku kerja seolah-olah telah diwajibkan kepada para pelajar. Bermula dengan para pelajar aliran sains tingkatan empat yang perlu membeli buku-buku kerja Biologi, Fizik dan Kimia, kemudiannya berjangkit kepada matapelajaran-matapelajaran lain, termasuklah untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Malah, buku rampaian atau buku tulis pula, sekadar menjadi syarat kerana pembelian buku-buku tulis pula perlu dibeli dari koperasi sekolah.

Kementerian Pelajaran di bawah Menteri yang baru ini, perlu melihat masalah yang sudah berlarutan bertahun-tahun ini. Sudah sampai masanya untuk sekolah bantuan penuh kerajaan kembali semula kepada dasar tulennya, bukannya menjadi sampingan kepada syarikat-syarikat penerbitan tertentu mengaut keuntungan berdasarkan 'WAJIB BELI' yang dikenakan kepada ibu bapa.


SULTAN 'GILA' MELAKA, DISIASAT DI BAWAH AKTA HASUTAN OLEH PASUKAN SIASATAN KHAS POLIS MELAKA!!!



Polis Melaka sudah menubuhkan satu pasukan siasatan khas mengenai seorang lelaki yang mengaku sebagai Sultan Melaka. 

Siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 itu dijalankan berikutan laporan daripada Pejabat Ketua Menteri. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata siasatan akan dijalankan di sekitar Lembah Klang bagi mendapatkan bukti selain mengesan saksi atau individu berkaitan kes berkenaan. 

"Kita juga sedang mengesan lelaki yang mengaku sebagai Sultan Melaka itu untuk merakam percakapannya selain penerima-penerima pingat atau darjah daripada beliau," katanya. 

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Shaikh Abdul Adzis, berkata polis sudah menerima laporan dibuat Pejabat Ketua Menteri Melaka terhadap ahli perniagaan Noor Jan Tuah, 58. 

Lelaki itu mendakwa dirinya Sultan Melaka di Balai Polis Ayer Keroh kira-kira jam 10.30 pagi pada 30 Disember lalu. 

Awal tahun lalu, Noor Jan pernah dikenakan tahanan reman oleh Mahkamah Rendah Melaka bagi membantu siasatan kes dirinya sebagai Sultan Melaka. Isu Noor Jan kembali hangat setelah gambar beliau mengadakan majlis pengurniaan darjah kebesaran kepada beberapa individu dan aktivis menjadi viral dalam media sosial. 

Antara yang dikurniakan darjah kebesaran membawa gelaran datuk ialah Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah. 

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, berkata Noor Jan perlu menghormati perkembangan serta perundangan negeri dan negara ini dan tidak memburukkan suasana keharmonian sedia ada. 

"Isu ini menyentuh urus tadbir sebuah negeri, ..sebuah negara yang berdaulat dan telah merdeka. "Perkara ini bukan bahan jenaka dan setiap rakyat perlu mendukung perlembagaan negara," katanya ketika ditemui pemberita. - BERNAMA


Monday, January 4, 2016

LAGI KISAH SIHIR YANG MENYUSAHKAN DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA!!!



Orang pertama yang bawa cerita kononnya Rosmah Mansor suka main bomoh dan sihir adalah Chegu Bard. Habis diusung kameraman dan segala macam pembiak fitnah masuk kampung, mencari sasaran yang boleh menimbulkan kepercayaan bahawa isteri Perdana Menteri itu sememangnya sukakan bomoh.

Selepas itu, masyhurlah fitnah tersebut sekalipun sehingga kini tiada sebarang bukti yang ditampilkan oleh orang yang menuduh sebaliknya hanya lisannya semata-mata. Malah saksi-saksi yang menjadi sandarannya pun tidak mampu dijadikan bahan bukti di mahkamah. Tuduhan itu juga tidak dipanjangkan ke mahkamah walaupun terdapat peruntukan tentang amalan sihir dalam Undang-Undang Syariah sepertimana yang terdapat dalam Seksyen 8 Enakmen Jenayah Syariah Pahang Bil.3, 1992; EJNS, bil.4, 1992, Seksyen 52; EKSM bil.6, Seksyen 69.

Hari ini, Netizen rata-rata mengkritik satu tuduhan liar dan jahat malah langsung tidak masuk akal yang dilemparkan oleh seorang yang bergelar negarawan terhadap isteri Perdana Menteri itu memandangkan suatu ketika dahulu, dia merupakan orang yang paling kuat mengeji air jampi Haron Din.



Bagaimanapun, di Facebook, seorang pengguna telah memuatnaikkan keluhan tentang perbuatan jahat seorang imigran yang telah diupahnya untuk mengubahsuai rumahnya, tetapi imigran dari Indonesia itu dikatakan telah mengenakan sihir ke atas anak daranya yang berusia 18 tahun.

Minyak dagu yang dicalitkan oleh imigran tersebut telah menyebabkan anak perempuannya jadi tidak keruan dan seolah-olah hilang fikiran kerana asyik memanggil-manggil nama imigran tersebut.


Usaha-usaha untuk memulihkan anak perempuannya yang telah terkena sihir itu, telah dilakukan namun semuanya gagal.

Justeru, si bapa telah meminta bantuan daripada Netizen untuk mengusahakan pemulihan ke atas anaknya.

Zaman sudah moden, tetapi semakin moden, semakin mundurlah pemikiran sesetengah daripada kita.


PELAJAR MELAYU GAY DAN ATHEIST DI WINNIPEG, KANADA BERJAYA DAPAT DERMA UNTUK TERUSKAN PENGAJIANNYA!!!

Barangkali inilah yang diperjuangkan dan menjadi matlamat utama G25 yang bukan main berforum menghentam amalan syariah di Malaysia.

Dari Kanada, seorang budak Melayu asal Malaysia membuat kutipan derma dalam talian untuk meneruskan pelajaran.



Budak Melayu asal Malaysia... itu bukan luar biasa. Tetapi dalam kes ini, luar biasanya dia adalah, dia seorang GAY dan PENGANUT FAHAMAN ATHEIST.

Kononnya, kerana fahaman dan amalannya itu, dia telah dibuang oleh keluarga. Justeru, kaum sejenisnya mengumpulkan derma di atas talian bagi dia meneruskan pelajaran di Universiti Winnipeg, Kanada sekaligus membolehkan dia terus tinggal di Kanada.

Dalam laman GoFundMe, budak lelaki berkenaan, Hazim Ismail menulis, disebabkan dia adalah seorang gay dan atheist, dia telah dibuang oleh keluarga dan perbelanjaan pengajiannya juga telah dihentikan.

Bagi membolehkan dia terus tinggal di Kanada dan mengekalkan status imigresennya, kata gay Melayu tersebut, dia perlu menduduki tiga kelas bagi setiap penggal.

Difahamkan, pelajar di bidang psikologi itu telah berjaya memperolehi $5,000 bagi membolehkan dia membayar jumlah minimum untuk meneruskan pengajiannya di universiti berkenaan. Menurutnya, dia terhutang budi kepada masyarakat Winnipeg yang menyokongnya.

Universiti Winnipeg turut mengeluarkan kenyataan yang berbunyi:

"Hazim memiliki keberanian dan kepintaran, justeru kami berbangga dengan kehadirannya sebagai pelajar kami. Kami akan memantau kempen GoFundMe dan kami akan memastikan yang dia mampu menyempurnakan pengajian musim sejuknya."

Menurut Hazi, dia masih tidak memikirkan tentang masa hadapannya, sebaliknya memutuskan untuk memberi tumpuan kepada pengajiannya.

SUMBER


 
Blogger Templates