Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, May 29, 2016

PUNYALAH BUTA PERUT, HAL-EHWAL ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN DINAFIKAN, SEKOLAH-SEKOLAH VERNAKULAR YANG TIDAK ADA DALAM PERLEMBAGAAN DIBELA!!!



Kata dua beberapa Menteri Kabinet dari MCA dan GERAKAN kepada kepimpinan UMNO berhubung RUU Hukum Hudud yang dibentangkan oleh Presiden PAS, sememangnya cukup menyakitkan hati.

Undang-undang tersebut sekiranya diluluskan, hanyalah memperkasakan undang-undang syariah sedia ada yang kerana Perlembagaan, menyebabkan undang-undang itu hanya dikuatkuasakan kepada umat Islam negara ini sahaja. Tiada seorang bukan Islam pun yang pernah dihadapkan, dibicarakan dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Syariah.

Jadi, muncul persoalan besar, apa masalah sebenarnya puak-puak ini begitu beria-ia menentang pemerkasaan Undang-Undang Syariah di negara ini?

Lainlah kalau UMNO dan PAS bergabung bersama-sama parti Bumiputera lain dan mereka menguasai lebih dua pertiga kerusi Parlimen majoriti sekaligus membolehkan Perlembagaan dipinda dan undang-undang yang digunapakai di negara ini adalah Undang-Undang Syariah sepenuhnya yang terkandung di dalamnya adalah Hudud, Qisas dan Takzir.

Kedudukan agama Islam dan hal-ehwal agama serta tadbir urus umat Islam, sudah dinyatakan secara terang di dalam Perlembagaan. Puak yang diketuai oleh DAP, sekarang ini menggunakan Perlembagaan untuk menutup kejahatan dan sikap dengki mereka sedangkan mereka sendiri tidak begitu memahami Perlembagaan Persekutuan.

Pada bahagian manakah yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan? Pada menyatakan bahawa semua undang-undang lain yang bertentangan dengan Perlembagaan terbatal (ARTIKEL 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN).

Bagaimana pula dengan ARTIKEL 3 (5) berkenaan Agama Persekutuan yang membabtikan peruntukan-peruntukan bagi hal ehwal agama Islam?


Bagaimana pula dengan Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan yang tidak terdapat langsung peruntukannya di dalam Perlembagaan Persekutuan?

Mengapa pula dalam hal ini, para pemimpin MCA, GERAKAN dan DAP langsung tidak bersuara sedangkan sekolah-sekolah vernakular tersebut jelas bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan membabitkan pendidikan?

Kalau kerajaan sudah bertoleransi dengan kewujudan sekolah-sekolah vernakular yang melahirkan chauvanist yang tidak mampu bertutur dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan secara fasih, malah gagal menyanyikan lagu Negaraku, mengapa pula mereka terlalu sibuk dalam hal-ehwal agama Islam?

Elok jugalah mereka meletak jawatan atau keluar dari Barisan Nasional memandangkan selama ini pun mereka lebih banyak menumpang Melayu dan Bumiputera untuk memperolehi kedudukan sekarang. Elok juga Kabinet terdiri daripada Melayu dan Bumiputera yang lebih memahami keperluan undang-undang syariah sekalipun ramai Bumiputera yang tidak beragama Islam!!!


AZMIN ALI MERAJUK DI SUNGAI BESAR, HABIS SEMUA DIBATALKANNYA!!!



Beria-ia Azmin Ali berjanji dia akan terus berkampung di Sungai Besar sehingga hari pengundian. Azmin Ali dikatakan mahu meletakkan calon PKR di kerusi parlimen tersebut. Beberapa nama juga sudah diangkat.

Tetapi apabila UMNO dan PAS menamakan calon masing-masing, Azmin Ali mulai kendur. PAS yang dikatakannya akan termakan dengan pujukannya, bukan sahaja tidak mengendahkan, tetapi mereka memperolok-olokkan Azmin Ali dengan pencalonan Dr. Rani Osman, ADUN Meru. Manakala UMNO-BN pula mencalonkan Budiman Zohdi, ADUN Sungai Panjang.

Tidak cukup dengan itu, tiada sebuah bendera PKR pun di sepanjang laluan Sungai Besar ke Sabak Bernam atau Tanjung Karang. Sebaliknya yang kelihatan hanyalah kelompok-kelompok bendera berwarna jingga milik parti Amanah.

Sokongan DAP dan Wan Azizah Wan Ismail secara terbuka kepada Parti Amanah Negara, dikatakan menjadi faktor utama Azmin Ali merajuk dan berkemas meninggalkan Sungai Besar. Keengganan PAS dan PAN menyerahkan kerusi Parlimen Sungai Besar untuk ditandingi PKR, adalah faktor kedua. Dia tidak sahaja merajuk tetapi juga memulaukan pilihan raya kecil itu.

Untuk menunjukkan dia benar-benar merajuk dan ambil hati, beberapa pihak mendakwa Azmin Ali telah menyekat segala peruntukan yang dicanang-canangkannya sebelum ini ke Parlimen itu seperti peruntukan berbuka puasa di setiap masjid, peruntukan membaik pulih masjid dan surau usang dan sebagainya. Malahan Azmin turut menutup semua bilik gerakan yang dibukanya semenjak 7 Mei lalu.

Selain itu, Azmin turut membatalkan semua tempahan hotel, chalet, homestay dan rumah-rumah sewa yang sepatutnya menempatkan jentera PKR di Parlimen Sungai Besar.

Selepas Wan Azizah menyatakan sokongan agar Parti Amanah Negara mencalonkan calon mereka di PRK Sungai Besar, cadangan Azmin Ali untuk meletakkan calonnya sendiri, tidak mendapat sokongan. Tanpa sokongan daripada DAP dan kem Wan Azizah, bermakna Azmin Ali hanya membuat kerja sia-sia.

Jadi tidak hairanlah mengapa Menteri Besar yang berlakon dengan kain pelikatnya kemas kain baju dan pulang segera meninggalkan Sungai Besar!!!


Saturday, May 28, 2016

TIDAKLAH SEJAHIL MANA: CALON BN KUALA KANGSAR TIDAK AKAN KELUAR BERKEMPEN KERANA IHDAD!!!



Assalammualaikum warahmatullahhiwabarokatuh
Alhamdulillah robbil alamin wabihi nastai
Allahhummasoli'ala saidina Muhammad wa'ala ali Muhammad

Salam sejahtera salam 1 Malaysia salam Perak Aman Jaya dan Salam ukhuwah kita Orang Kuale.

Pertamanya saya ingin memanjatkan kesyukuran ke Hadrat Allah swt kerana atas ketentuannya jua kita di Kuala diuji dengan pemergian suami saya Dato Wan Khair-il selaku Ahli Parlimen tuan-tuan dan puan-puan ke rahmatullah.

Memang berat ujian ini buat saya dan keluarga namun berkat doa serta sokongan kaum keluarga sahabat handai khususnya taulan dan rakyat di Kuala Kangsar, kami sekeluarga redho mengharungi waktu getir ini.

Hari ini setelah 2 minggu insiden yang berlaku di Sarawak berlalu, atas ketentuan Allah swt saya dinamakan sebagai calon bagi mewakili Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil P067 Kuala Kangsar untuk mengisi kekosongan kerusi Ahli parlimen di sini. Sudah tentu ini adalah amanah berat yang diberikan kepada saya kerana ia bukan hanya sekadar menggalas tanggungjawab kepercayaan parti kepada saya tetapi kerusi parlimen Kuala Kangsar sebelum ini disandang oleh Arwah suami saya sendiri.

Saya berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti khususnya kepada YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar Perak atas kepercayaan menamakan saya sebagai calon, namun saya memohon maaf kepada semua kerana menurut amalan parti dan gerak kerja pilihanraya selaku orang yang dinamankan sebagai calon saya seharusnya berada bersama-sama seluruh jentera parti dan masyarakat untuk berkempen bagi berkongsi semangat untuk memenangi pilihanraya kecil ini, tetapi batas agama seperti yang dijelaskan dalam hukum dan pandangan mufti serta agamawan, menghadkan pergerakan saya sebagai isteri yang masih di dalam tempoh edah selama 4 bulan 10 hari dan edah.
Tempoh syarak ini wajib saya patuhi. Sehubungan itu saya mengharapkan kefahaman seluruh jentera parti khususnya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi akan kedudukan saya ini.

InshaaAllah sekiranya diberikan tanggungjawab sebagai ahli parlimen nanti, saya akan melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin sebagai kesinambungan kepada apa yang telah dirintis oleh arwah suami saya. Namun saya amat yakin dengan kekuatan dan kekompakan jentera parti kerana saya pernah menyaksikan semangat seluruh jentera parti dalam memenangkan arwah suami saya sebagai calon parti pada 2 pilihanraya iaitu pada tahun 2008 dan 2013.

Saya amat mengharapkan sokongan seluruh jentera parti kerana ini adalah perjuangan semua, perjuangan UMNO dan Barisana Nasional juga perjuangan orang Kuala.
Saya sekadar penyambung kepada perjuangan serta memikul amanah untuk meneruskan khidmat bakti arwah suami saya kepada orang Kuala.

Untuk itu saya berdoa kepada Allah agar sokongan orang Kuala kepada parti dan arwah dapat diteruskan pada Pilihanraya Kecil yang bakal diadakan pada 18 Jun 2016 ini nanti. Pilihanraya ini bukan soal saya tetapi Barisan Nasional sebagai wadah perjuangan seperti mana amanah yang pernah digalas oleh arwah suami saya dalam menabur bakti kepada rakyat.
Kepada Allah dipohonkan agar kita semua dikurniakan kekuatan pemuafakatan serta keberkatan dalam perjuangan ini.

Sekali lagi kemaafan saya pohonkan kerana sepanjang tempoh ini gerakan serta penglibatan saya terbatas. Saya yakin atas hikmah yang ditetapkan Allah kepada kita semua pada Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar ini.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak yang akan tiba beberapa hari lagi kepada seluruh warga Kuala daripada saya dan seluruh ahli keluarga.

Sekian. Assalammualaikum wbt dan Al-Fatihah kepada arwah suami saya Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Mastura Mohd Yazid
Calon BN PRK Kuala Kangsar


KERANA LARANGAN IHDAD, CALON BN KUALA KANGSAR TIDAK BOLEH KELUAR RUMAH UNTUK BERKEMPEN!!!!



Calon BN Puan Mastura dilihat sebagai calon kontroversi kerana masih dalam tempoh 'iddah.
Sudah pasti secara prinsipnya kita perlu kembali kepada nas2 agama yg merentasi fahaman mahupun ideologi politik.
Hukum bg wanita yg sedang iddah telah disepakati oleh ulama tentang larangan "keluar" dari rumah selama 4 bulan 10 hari.
Antara dalil dari Al-Quran dan Al-Sunnah yg digunakan sebagai hujjah oleh para ulama dalam menetapkan hukum hakam asas bagi iddah:
1. Al-Quran
Firman Allah SWT:
( وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ ( 234 ) )
Maksudnya: "Maksudnya: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari." (QS Al-Baqarah, 2:234)
2. Hadis Nabi SAW
عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لَا تُحِدُّ امْرَأَةٌ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلَاثٍ إِلَّا عَلَى زَوْجٍ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا وَلَا تَلْبَسُ ثَوْبًا مَصْبُوغًا إِلَّا ثَوْبَ عَصْبٍ وَلَا تَكْتَحِلُ وَلَا تَمَسُّ طِيبًا إِلَّا إِذَا طَهُرَتْ نُبْذَةً مِنْ قُسْطٍ أَوْ أَظْفَارٍ
Dari Ummu 'Athiyyah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Tidak dibenarkan bagi seorang wanita untuk berkabung atas kematian seseorang lebih daripada 3 hari kecuali atas kematian suaminya iaitu selama 4 bulan 10 hari. (Selama tempoh itu) Dia tidak boleh memakai pakaian yang beraneka warna kecuali jika pakaian itu kain putih dan coraknya sekadar garis-garis (belang) (sejenis kain buatan Yaman pada zaman Nabi), dia juga tidak boleh memakai celak dan tidak pula boleh berwangi-wangian melainkan ketika ia bersih (daripada haid). (Adapun ketika haid) maka (diperbolehkan) dia mengenakan sedikit wangian dengan cebisan kapas/kain (untuk menghilangkan bau tidak enak pada kemaluannya)." (HR al-Bukhari & Muslim)
Jadi persoalannya bagaimana dgn Puan Mastura?
Saya ingin memberi cadangan kepada pemimpin tertinggi Barisan Nasional supaya tetap menghormati keputusan AGAMA iaitu Puan Mastura TIDAK BOLEH KELUAR dari rumah utk berkempen. Sebaliknya biarlah anak beliau menjadi pengganti beliau utk berkempen sepanjang tempoh pilihanraya. Kehendak agama WAJIB didahulukan dari kehendak manusia. Saya amat yakin umat Islam mampu memahami situasi ini dengan baik. Dan saya berharap kepada pengundi2 non-muslim juga memahami sensitiviti hukum yg telah diputuskan dalam agama kami.
Wallaahualam.

Dr Fathul Bari bin Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

NOTA THE SAVIOUR:
Jumhur ulama termasuklah dari golongan Syafiiyyah yang sangat keras disiplin hukumnya, mengharuskan wanita yang sedang berihdad (berkabung) kerana kematian suami, untuk keluar dari rumah pada waktu siang bagi menguruskan keperluannya yang mendesak terutama sekali dalam mencari nafkah. Manakala hukum bersolek, berhias, berdandan, berpakaian dan sebagainya adalah jelas.
Bagaimanapun, wanita berkenaan perlu pulang bermalam di rumah Allahyarham suaminya sepanjang tempoh iddah dan ihdadnya (4 bulan 10 hari).
Mencari jalan tengah dengan mewakilkan anak dalam kempen bagi calon BN Kuala Kangsar itu adalah yang sebaik-baiknya.


MUSLIMAH BERTEMU WANITA, DOKTOR BERTEMU PEGUAM... SITUASI DI KUALA KANGSAR SANGAT MENARIK!!!



Seperti yang dijangkakan ramai, akhirnya balu Allahyarham Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar terpilih sebagai calon PRK Kuala Kangsar mewakili UMNO-BN.

Allahyarham Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar adalah penyandang kerusi Parlimen tersebut dan terkorban dalam tragedi helikopter terhempas pada awal Mei lalu di Sebuyau, Sarawak.

PAS lebih awal mengumumkan calon mereka, Dr. Najihatussalehah Hj. Ahmad, yang berasal dari Pasir Salak dan pernah berkhidmat di Hospital Besar Kuala Lumpur. Dia adalah Ketua Muslimat PAS Perak.


Parti Amanah Negara (AMANAH @ PAN) belum lagi mengumumkan calon mereka, meskipun begitu yakin, kemenangan di Kuala Kangsar akan berpihak kepada PAN.

Kedua-dua calon dari UMNO-BN dan PAS ini terdiri daripada kaum muslimah yang berlatar belakangkan akademik dan kerjaya profesional. Bagaimanapun, dari sudut tempatan, Datin Mastura Mohd Yazid lebih berkelebihan memandangkan sepanjang Allahyarham suaminya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar, dia tidak pernah ketinggalan untuk sama-sama berkhidmat kepada masyarakat.

Baik UMNO mahupun PAS, berhadapan dengan masalah kepimpinan yang agak meruncing di Kuala Kangsar. Kuala Kangsar pernah menyaksikan bekas Ketua Wanita UMNOnya, Kamelia Ibrahim keluar dari parti sewaktu PRU-13 hampir berlangsung sehingga menyebabkan majoriti yang diperolehi oleh Allahyarham Datuk Wan Muhammad Khairul Anuar merosot terus berbanding keputusan pada PRU-12.

Ancaman sabotaj merupakan masalah yang perlu dihadapi oleh UMNO-BN di Kuala Kangsar.


Begitu juga dengan PAS yang berhadapan dengan masalah serpihannya, PAN. Setakat ini, tidak diketahui seramai manakah ahli-ahli PAS menyeberangi parti itu ke pangkuan PAN yang dipimpin oleh Mat Sabu. Walaupun dikatakan jumlahnya terlalu kecil berbanding cakap-cakap besar para pemimpin PAN yang cuba mendapatkan kekaguman daripada taukeh-taukeh mereka dalam DAP, hakikatnya, ancaman daripada PAN tidak boleh dipandang ringan oleh PAS.

Pada masa yang sama, PAS dan UMNO berhadapan dengan satu lagi musuh bersama iaitu Tun Dr. Mahathir dan team Deklarasi gilanya!

Difahamkan ada ura-ura tajaan ke atas seorang Ketua Cawangan UMNO untuk menjadi calon BEBAS di Kuala Kangsar. Bukan untuk menang tetapi sekadar untuk memecahkan undi dan memalukan UMNO serta PAS.

Ditambah pula dengan ikrar Tun Dr. Mahathir sendiri bahawa dia akan turun berceramah, berkempen dan menghasut para pengundi agar tidak memberikan undi kepada BN mahupun PAS yang disifatkannya sebagai berkompromi untuk memenangkan calon BN.

Perkembangan yang amat menurut sementara menunggu hari pencalonan dan hari-hari berkempen!!!


TAK PERLULAH BAWA BUDAYA POLITIK SAMSENG DI SUNGAI BESAR KALAU BAPA PENYOKONG UMNO, IBU MUSLIMAT PAS, ANAK LELAKI KETUA AMK DAN ANAK PEREMPUAN KETUA PUTERI CAWANGAN!!!



Politik di Sungai Panjang adalah tidak seperti di Ampang atau Pandan mahupun di Tanjung atau Kuala Kedah. Walaupun komposisinya adalah Jawa dan Banjar, kebanyakan daripada mereka mempunyai tali persaudaraan sama ada menerusi perkahwinan mahupun memang asalnya begitu.

Jadi, jangan terkejut sekiranya si bapa adalah penyokong kuat PAS, si ibu pula Ketua Wanita UMNO Cawangan dan anak lelaki pendokong PKR tegar manakala anak perempuan adalah Ketua Puteri Cawangan.

'Industri' utama adalah padi. Jangan pula terkeliru dengan orang luar yang mengambil upah mengerjakan sawah bendang di DUN Sungai Panjang kerana ia sudah menjadi kelaziman. Jadi kalau ada yang bercakap lain macam seperti penyokong PAN atau DAP, sah-sahlah mereka adalah orang luar.

Nak harapkan pengundi Sungai Panjang menyingsing lengan, berparang dan berkapak kerana sokongan kepada parti politik masing-masing, memang tidak wujudlah. Mereka mungkin penyokong kuat PAS, tetapi sebahagian daripada mereka adalah pengundi BN kalau kena dengan hati. Mereka mungkin kelihatan seperti penyokong UMNO-BN tetapi mereka tidak akan segan silu untuk mengundi calon PAS kerana calon PAS mudah dilihat di masjid dan surau serta anak tempatan yang telah dikenali.


Atau nak mengharapkan ada ceramah berapi-api yang bukan sahaja menghasut tetapi juga cubaan memutuskan silaturrahim di Sungai Panjang, memang tidak adalah. Kenduri-kendara tidak dipulau, bahkan majlis rumah terbuka seperti yang dibuat oleh bekas ADUN Sungai Panjang merangkap bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo sebelum-sebelum ini turut dihadiri oleh orang PAS. Bahkan markas besar PAS Sungai Panjang, terletak bersebelahan sahaja dengan rumah Dr. Khir Toyo di Simpang Lima.

Dalam tempoh sebulan ini, Sungai Panjang akan menjadi salah satu daripada dua lokasi yang paling kerap dikunjungi dan didatangi orang luar. Sewa rumah melonjak tinggi sehingga boleh mencecah RM20,000 untuk sebulan. Harga mentarang bakar di tepi jalan pun, akan turut melonjak tinggi. Pekan Sungai Besar yang biasanya hanya sibuk dek orang tempatan pada hujung minggu, akan menjadi medan berkumpulnya orang yang bercakap loghat negeri-negeri di seluruh Malaysia, termasuklah Sabah walaupun sebelum ini, loghat yang ketara hanya Jawa dan Banjar.


Ada yang kata, PRK akan menjadi medan parti pemerintah (Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri) untuk menabur dedak dan rasuah bagi mendapatkan undi untuk calon masing-masing. Jalanraya akan diturap. Rumah penduduk kampung akan dilawati walaupun sebelum ini, batang hidung pegawai-pegawai daripada agensi-agensi kerajaan, memang susah nak tengok.

Kelebihan ini ada pada Budiman Mohd Zohdi, calon UMNO-BN Parlimen Sungai Besar. Dia sentiasa merayau dari sebuah rumah ke sebuah rumah di seluruh kawasan DUNnya, bertemu dan bersidang di kedai-kedai kopi tempat berkumpulnya para petani dan penduduk untuk mendengar permasalahan dan mencari penyelesaian, membantu penduduk tanpa mengira mereka menyokong parti apa serta sentiasa menyantuni warga Sungai Panjang yang telah dikenalinya dan mengenalinya semenjak dia dilahirkan ke dunia ini.


Justeru kepada para pelancong politik di Sungai Panjang, tidak perlulah menunjukkan sikap ekstrimis atau menghasut para penduduk untuk bergasak sesama sendiri bagi menzahirkan sokongan kepada parti masing-masing-masing. Para pelancong politik, seusai PRK akan pulang ke tempat masing-masing, tetapi para penduduk akan terus berhadapan dengan wajah-wajah dan batang tubuh yang sama.

Mereka sudah cukup aman, jangan diganggugugat keamanan itu dengan sikap ekstremisme.


Friday, May 27, 2016

AKHIRNYA WAIBI KUAT BEKERJA, TERPILIH SEBAGAI CALON BN UNTUK PRK SUNGAI BESAR!!!



Terus terang cakaplah, kalau tengok rupa memanglah susah nak jatuh hati sebab dia tidaklah sehensem De Caprio atau Orlando Bloom.

Kalau nak harapkan dia beryukya-yayea kat lobi-lobi hotel, sambil pekena kopi mahal atau sepinggan nasi berharga RM38, jangan haraplah.

Kalau nak berangan-angan nak jumpa dia kat mana-mana lokasi mewah, juga jangan haraplah kerana dia lebih banyak berada di kawasan, menginap di rumah ibu bapanya di Tebuk Haji Yusof, dan ke sana ke mari melawat, menziarah mahupun menyelesaikan masalah penduduk-penduduk di DUNnya, DUN Sungai Panjang.


Paling-paling kalau bernasib baik, bolehlah berjumpa dia di Dataran Budi yang dibinanya di seberang jalan besar Kelang-Teluk Intan bertentangan dengan rumah ibu bapanya melayan ziarah rakyat yang diwakili dengan pengaturan program-program Yayasan Budi yang ditubuhkannya semenjak dia menjadi ADUN.

Atau paling mudah, bertemu dengannya di pusat khidmatnya yang terletak di tengah-tengah pekan Sungai Besar. Pejabat yang sangat sederhana tanpa hiasan mewah tetapi menerima kunjungan tidak putus-putus daripada penduduk di DUN Sungai Panjang yang datang dengan pelbagai masalah... dari masalah-masalah besar, sehinggalah ke masalah anak tidak mendengar cakap ibu bapa!


Justeru, apabila terpilih sebagai calon yang akan mewakili UMNO-BN di PRK Sungai Besar, mengatasi beberapa nama lain, bagi menggantikan Allahyarham Dato Noriah Kasnon yang meninggal dunia dalam satu tragedi helikopter terhempas di Sebuyau awal Mei lalu, Budiman Zohdi sebenarnya telah memasuki peringkat yang lebih tinggi dalam kerjaya politiknya.

Walaupun terdapat permintaan dan desakan daripada para pengundi di Sungai Panjang agar Budiman menjadi calon kerana kerja-kerja kerasnya bersama-sama rakyat tanpa mengira masa, beberapa nama lain juga yang turut mempunyai kepentingan bagi pihak tertentu, turut dinamakan.


Bagaimanapun, ternyata pucuk pimpinan terutama sekali Presiden UMNO, Najib Abdul Razak melihat keperluan rakyat di Parlimen Sungai Besar diwakili oleh seorang wakil rakyat yang bekerja untuk rakyat, bukannya menggunakan rakyat untuk bekerja bagi pihaknya, sebagai kepentingan yang perlu diutamakan.

Budiman bagaimanapun, perlu kerja keras dan komitmen yang bukan kecil. Dia mungkin berhadapan dengan masalah di DUN Sekinchan, malah mungkin juga bakal berhadapan dengan onar yang dibuat oleh golongan kecewa yang gagal mencari projek.

Semoga kerja-kerja baiknya untuk rakyat selama ini, menjadi TAWASSUL yang memudahkan usahanya untuk menjadi Ahli Parlimen Sungai Besar.


 
Blogger Templates