Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, November 3, 2016

BILA DIKATAKAN KPDNKK DIKUASAI OLEH KARTEL, SENTAP DAN MEROYAN... TAPI...!!!



Isu kenaikan harga minyak masak atau dalam bahasa yang lebih mulus, penarikan subsidi terus diperkatakan. Sehinggakan peniaga pisang goreng yang biasanya menggunakan minyak masak paket yang harganya tidak berubah dan masih bersubsidi pun mengeluh sama kononnya keuntungan mereka semakin berkurang.

Namun pada masa yang sama, di sana sini terdapat laporan yang mengatakan, bekalan minyak masak berpaket sangat susah ditemui atau diberitahu telah kehabisan stok.

Pasaran bebas atau lebih tepat lagi kapitalis kini menjadi amalan di Malaysia. Biarpun kerajaan menanggung sebahagian daripada kos menerusi pemberian subsidi tetapi kerana sudah terlalu biasa, maka subsidi yang bernilai berbilion ringgit setahun, tidak dirasai, bahkan dianggap sebagai satu keperluan.



Hampir kesemua keperluan asas di Malaysia dikuasai oleh kartel-kartel yang sentiasa mencari peluang untuk mencipta keuntungan luar biasa. Subsidi kerajaan tidak dapat menghalang mereka, bahkan sama seperti rakyat pengguna yang lain, subsidi dianggap pemberian wajib kerajaan kepada mereka.

Kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan dan keperluan pengguna pula, dilihat sangat relaks dan mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan isu-isu membabitkan keperluan pengguna.

Isu minyak masak masakini merupakan contoh terbaik bagaimana lemahnya KPDNKK menguruskan persepsi mahupun memberikan penjelasan lebih awal kepada masyarakat pengguna. Ironinya, kementerian hanya boleh bersuara dengan menterinya berwajah garang dan bernada tegas, hanya selepas kartel terlebih dahulu mengambil tindakan menaikkan harga, mengehadkan bekalan stok dan menggunakan media massa dan sosial untuk menimbulkan kepanikan sekaligus mendorong pembelian luar biasa daripada kalangan pengguna.


Apabila Menteri dari MOF dan KPDNKK mengeluarkan kenyataan, konon-kononnya untuk menyejukkan hati, mereka mengatakan subsidi minyak masak masih kekal. Namun subsidi untuk minyak masak yang dibotolkan pula telah ditarik dan harga minyak masak botol dalam kategori berat yang berbeza, diapungkan mengikut pasaran.

Kontradiks daripada kenyataan-kenyataan tersebut menimbulkan kemarahan masyarakat pengguna. Lebih marah lagi ialah bilamana kementerian terbabit seperti mengikut sahaja kehendak kartel dan penguasa minyak masak dengan menjadikan rakyat pengguna sebagai bahan ujikaji.

Pada masa yang sama, cerita-cerita tentang penyeludupan minyak masak, khususnya yang membabitkan minyak masak berpaket, mulai didedahkan dan dipublisitikan di media-media massa dan sosial. Walaupun untuk membenarkan rasionalisasi subsidi, berita-berita tersebut tidak mampu menyejukkan hati pengguna yang marah walaupun kenaikan harga masih rendah.


Sewajarnya, cakap-cakap tentang penguatkuasaan oleh KPDNKK disertakan dengan tindakan yang lebih menyeluruh. Kalaupun kekurangan anggota penguatkuasa - sepertimana alasan yang sering diberikan - KPDNKK boleh meminta kerjasama daripada pelbagai agensi berkaitan termasuklah PDRM dan Kastam untuk tujuan tersebut.

Bahkan laman sesawang KPDNKK sendiri perlu dikemaskini dan ditambahbaik bagi tujuan pengaduan dan tindakan segera bagi aduan tersebut. Memaparkan nombor telefon untuk aduan sahaja tidak memadai. Pelbagai aduan yang dibuat pula, kemudiannya sekadar dibalas yang minyak masak banyak diseludup ke negara asing dan subisidi yang diberikan oleh kerajaan lebih banyak dinikmati oleh orang asing berbanding rakyat Malaysia sendiri.

Menteri KPDNKK sudah bersilih ganti. KP KPDNKK juga berganti-ganti tetapi nampaknya cerita dan kisahnya tetap juga sama!!!


BILA SEBUT KEKAYAAN CHEN MAN HIN, NGA KOR MING DAN GUAN ENG, WAKIL DAP DI PARLIMEN TERUS MEROYAN MACAM KERASUKAN!!!



Teresa Kok meroyan sakan...

Kashturi Patto pun meroyan....

Meroyan bukan sebab apa... sebab kekayaan pemimpin-pemimpin utama parti sosialis demokrasi yang sentiasa berlakon kononnya mereka jenis zuhud, didedahkan.

Panaslah telinga wakil-wakil DAP di Dewan Rakyat apabila Chen Man Hin yang merupakan antara pengasas dan penasihat agung DAP, didedahkan telah menerima lebih RM1 bilion daripada FGV menerusi ladangnya di Johor. Panas jugalah telinga apabila Rumah Putih Nga Kor Ming di Ipoh didedahkan. Begitu juga dengan kekayaan tidak terhitung Lim Guan Eng.

Teresa Kok meroyan dan mengatakan, wakil BN menggunakan publisiti murahan kerana menggunakan orang yang tidak ada dalam Dewan Rakyat. Kashturi Patto pun bercakap dengan nada yang serupa. 

Tetapi mereka lupa, DAP seringkali menyerang dan mengata-ngata Najib ketika Najib tidak ada di Dewan. Malah mereka juga mengata-ngata dan mempertikaikan Rosmah Mansor yang tiada di Dewan, bahkan bukan Ahli Dewan Rakyat pun.

Kalau bab orang lain, mereka cukup seronok mengata, bahkan menfitnah dengan alasan untuk negara. Tetapi apabila kena kat batang hidung mereka, meroyan pulak. 

Agak aneh, dalam meroyan dan beria-ia mengatakan semua itu hanyalah publisiti murahan, baik Teresa Kok mahupun anak Patto tidak berani menafikan pendedahan tersebut. Ketika mereka begitu seronok bercakap kononnya Malaysia akan bankrap di bawah pentadbiran UMNO-BN, kekayaan para pemimpin DAP yang entah dari mana dan semakin kaya tidak pula berani didedahkan, mahupun diperakui.

Hipokrasi sebeginilah yang sedang mengaku mereka berjuang untuk Malaysia walaupun pada masa yang sama, mereka sebenarnya sedang mengaut kekayaan dan kekayaan mereka cuba disenyapkan dengan cerita kononnya Malaysia sedang bankrap bagi tujuan menimbulkan panik, sekaligus menutup cerita sebenar tentang mereka.


Wednesday, November 2, 2016

SEKALI KHAIRY JAMALUDDIN PANGKAH KEBODOHAN SADDIQ, TERUS MEROYAN NAK BUAT FORUM DEBAT!!!



Dalam senarai terbaharu yang dikeluarkan dan sedang viral tersiar di media-media sosial, status dan hierarki Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jauh lebih tinggi berbanding Khairy Jamaluddin.

Khairy Jamaluddin hanyalah seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia, manakala Syed Saddiq pula merupakan KETUA ARMADA Parti Cap Bunga.

Ketua Armada dalam kata lain, lebih kurang Laksamana jugalah!

Terkenal dengan gelaran, Juara Debat Asia Tiga Tahun Berturut-Turut, Syed Saddiq cuba menagih perdebatan daripada mana-mana pihak menerusi Twitter. Malangnya, kenyataannya disahut dan disambut oleh Khairy Jamaluddin.


Tersentap dengan jawapan yang diberikan oleh Khairy Jamaluddin yang jelas menyebabkan dahinya berkerut dan kebengapannya terserlah, Syed Saddiq kelam-kabut mahu mengadakan forum perdebatan di Facebook dengan Khairy Jamaluddin.

Perlu diingat, Syed Saddiq gagal bahkan enggan berdebat dengan beberapa individu Facebook seperti Azmi Arshad, bahkan bertindak menyekat dan membuang Azmi Arshad daripada membaca tulisannya serta senarai 'friend' di dalam Facebook.

Heran juga, kenapa Syed Saddiq takut sangat dengan Khairy Jamaluddin sampai terkeluar cakapnya, Khairy Jamaluddin mengatanya sebagai 'empty cans' (tong kosong)? Dia faham ke tidak maksud 'tong kosong'? Syed Saddiq yang konon-kononnya canggih tidak faham maksud perumpamaan dalam seni Bahasa Melayu?

Drama apa pulak ler lepas nih!!!


BERANIKAH NAJIB ABDUL RAZAK BERSIHKAN SEKTOR AWAM SEPERTI ERDOGAN BUAT DI TURKI?!!!



Rampasan kuasa yang berlaku di Turki yang ditunjangi oleh tentera, telah digagalkan oleh rakyat awam yang menyokong kerajaan. Ramai pegawai dan anggota tentera serta polis yang telah ditangkap dan ditahan.

Dan dalam mengukuhkan kedudukan serta menstabilkan kerajaan serta negara, pentadbiran Recep Tayyib Erdogan telah memecat lebih 10,000 orang kakitangan awam, manakala 37,000 orang yang lain telah digantung tugas. Media-media yang menentang kerajaan pula telah ditutup dan tidak dibenarkan beroperasi. (RUJUK SINI)

Kini, Turki sedang menikmati fasa keamanan dan kestabilan dengan Kerajaan pimpinan Erdogan kembali meletakkan Turki ke asas dan landasan yang sebetulnya.

Barangkali kalau itulah yang dilakukan di Malaysia bagi memulihkan kembali pentadbiran dan pengurusan negara, tentu sudah kiamat. Namun dari semasa ke semasa, kita sedang melihat kemusnahan yang dilakukan dari dalam pada peringkat yang agak parah, sekalipun belum kritikal.

Sudah sampai masanya, pentadbiran Najib keluar dari kepompong lemah-lembut dan terlalu bertoleransi. Dengan tangga gaji yang lebih baik, kebajikan yang lebih terjaga, serta pelbagai kemudahan lain, ia seolah-olah menjadi syurga dan permintaan untuk menjadi kakitangan awam juga sangat tinggi.

Sekaligus memberi isyarat bahawa pembuangan sebahagian daripada kakitangan awam yang mempunyai potensi untuk membantu pihak yang mahu merampas kuasa atau berniat menggulingkan kerajaan sepertimana yang berlaku di Turki, tidak akan melompongkan perkhidmatan awam. Sebaliknya kekosongan tersebut dapat diisi pada kadar yang lebih cepat.

Tindakan tegas daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam, kebelakangan ini amat bias. Kakitangan yang aktif menyokong kerajaan di media-media sosial, dikenakan tindakan tatatertib sebaliknya kakitangan yang menentang kerajaan pula, tidak sahaja menikmati pekerjaannya, bahkan ada yang dinaikkan pangkat dan sebagainya.

Sektor pendidikan merupakan sektor yang paling kritikal. Dari guru, sehinggalah ke kerani sekolah, Facebook terutamanya mempamerkan kecenderungan mereka. Sedangkan pada masa yang sama, lepasan jurusan pendidikan mengeluh kerana tempat untuk mereka dalam perkhidmatan awam, hampir tertutup dan mereka terpaksa beratur panjang menunggu giliran untuk bertugas dengan sektor awam.

Najib Abdul Razak seharusnya meneladani Recep Tayyib Erdogan bagi memastikan sektor awam benar-benar menjalankan tugas dan amanah menjalankan dasar-dasar dan polisi kerajaan, bukan mengkhianati dan mensabotaj dengan membersihkan sektor awam daripada parasit-parasit ini.

Kita tidak mahu apa yang berlaku di Turki, berlaku pula di Malaysia kerana kecenderungan ke arah itu sememangnya sedang ketara!!!


Tuesday, November 1, 2016

HIPOKRASI TAHAP GABAN.... CAMPURTANGAN GEORGE SOROS DIHALALKAN BAHKAN DITAGIH SEBAB NAK JATUHKAN NAJIB DAN UMNO-BN!!!



George Soros...

Nama yang pertama kali diperkenalkan dan dijaja-jaja oleh Mahathir Mohamad, yang pada waktu itu merupakan Perdana Menteri Malaysia dan Malaysia bukan sahaja sedang berhadapan dengan kejatuhan nilai Ringgit yang sangat teruk sehingga hampir tiada nilai, pasaran saham merudum sehingga urusniaga digantung, Indeks merosot sangat teruk dan saham-saham blue-chip bertukar menjadi saham-saham tidak berkualiti berharga rendah. Malah perbankan mengalami unjuran negatif manakala syarikat-syarikat multinasional milik kroni dan anak Mahathir terpaksa disuntik dengan wang rakyat terutama daripada Petronas, KWSP, Tabung Haji dan sebagainya untuk terus hidup.

Bagi memastikan syarikat-syarikat kroni yang banyak beroperasi di luar negara, Mahathir memutuskan untuk mengikat nilai Ringgit dengan US Dollar pada nilai USD1.00 = RM3.80.

Ekonomi mikro terpaksa disempitkan dan disukarkan. Rakyat diarahkan untuk mengikat perut dengan kadar faedah yang sangat tinggi tanpa diberi sebarang pilihan atau bantuan untuk menstimulasikan ekonomi dan kecairan. Syarikat-syarikat IKS banyak gulung tikar dan hutang pun menimbun-nimbun sehingga beberapa berita pembunuhan diri kerana kecewa dengan pengurusan ekonomi dan kewangan negara turut bertukar menjadi berita-berita sensasi.

Semua itu berlaku antara tahun 1998 sehingga awal 1999.

Berbanding menyalahkan fundamental dalam negeri, Mahathir sebaliknya menyalahkan George Soros dan melabelkan George Soros sebagai PENYANGAK MATAWANG.

Namun selepas keadaan agak reda dan ramai yang sudah mulai lupa, Mahathir bertemu dengan George Soros, mereka bersalaman dengan erat, berbual dengan mesra dan merakamkan gambar sambil tersengih-sengih lebar.

Amaran George Soros ketika kemuncak pertelingkahannya dengan Mahathir, 'SEE YOU AT 5' yang merujuk kepada nilai Ringgit berbanding US Dollar, terus dilupakan, malah cuba dilabelkan oleh para pentaksub Mahathir sekarang sebagai SATU DONGENGAN.

Kini nama George Soros muncul lagi selepas beberapa tahun dahulu, pendedahan dibuat oleh pelbagai pihak dalam portal serta media sosial yang mengaitkan George Soros dengan usaha-usaha menghancurkan negara ini menerusi pembiayaan ke atas entiti-entiti politik, separuh politik yang menyamar sebagai NGO mahupun entiti yang memperjuangkan hak asasi, selain portal berita seperti Malaysiakini dan sebagainya.

Pendedahan terbaharu dibuat oleh DC Leaks yang turut mendedahkan tentang skandal kewangan Hillary Clinton dalam kempen presidensi Amerika Syarikat yang sedang berlangsung. Setakat ini, golongan yang cukup kuat menyalak tentang dana asing yang diderma ke akaun peribadi Najib, langsung tidak bersuara. Tiada langsung kritikan, kutukan, bahkan menyebutnya pun mereka tidak bernafsu.

Campurtangan asing melibatkan George Soros meneruskan Yayasan miliknya membabitkan BERSIH dan Malaysiakini, khususnya tidak dianggap sebagai sesuatu yang penting berbanding RM2.6 bilion yang melibatkan Najib Abdul Razak.

Memandangkan George Soros membiayai usaha-usaha menggulingkan Najib Abdul Razak sekaligus memberikan kelebihan kepada DAP yang mewakili golongan minoriti, maka lelaki yang pernah dilabelkan sebagai PENYANGAK MATAWANG itu dilihat sebagai penyelamat.


Dan di sebalik cakap-cakap kononnya BERSIH dan DAP mendesak agar pilihanraya di negara ini diadakan secara adil dan saksama selain penentangan ke atas derma politik yang diterima oleh Najib Abdul Razak, pembiayaan oleh George Soros pula diterima dan cuba disorokkan, bahkan cuba untuk tidak dihiraukan walaupun telah didedahkan oleh DC Leaks.

Hipokrasi seperti ini barangkali boleh diterima selagi mana ia dilihat boleh menumbangkan kerajaan.

Barangkali elok juga UMNO dan BN mendapatkan pembiayaan daripada George Soros atau individu sejenisnya untuk menumbangkan Azmin Ali dan PKR di Selangor serta Lim Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang.


DAH KATA DAH TAK MAHU DENGAR... WEIII NAJIB, TUAN INGAT TUAN TU MAHATHIR ATAU GUAN ENG KA?



Dah kata dah tapi tak mahu dengar...

Yang Najib pi China bawa bini dan anak tirinya pasai apa?

Najib pi dgn jet kerajaan pasai apa? Kenapa tak naik MAS ke, China Airline ka tak pun keretapi Singapura-Kun Ming ataupun hitchhike?

Najib tak faham ka yang kos penerbangannya ditanggung rakyat? Sebagai Perdana Menteri, Najib janganlah ikut macam Tun Mahathir yang mana tukang masak, tulang dobi dan segala tukang peribadinya yang lain dibayar menggunakan wang rakyat dan apabila umur persaraan mereka telah tamat, Mahathir dan Siti Hasmah hanya bersalam dan berpeluk sambil gambar-gambarnya digunakan sebagai umpan meraih persepsi bahawa Najib telah mengejami mereka.


Najib tak boleh ulangi perangai TAHIK IDUNG MASIN Mahathir yang keseluruhan hidupnya disara oleh rakyat, namun nak keluar duit sendiri atau anak-anaknya yang kaya raya kerana projek-projek dan konsesi-konsesi  mewah kerajaan yang diperolehi masa Mahathir jadi PM, berkongsi bayar upah dan gaji pekerja peribadi, tersangatlah culas.

Tak kiralah sama ada Najib sekeluarga dijemput oleh Kerajaan China atau Najib bayar pelobi untuk jumpa Presiden dan Perdana Menteri China macam Mahathir bayar ratusan juta ringgit kepada orang tengah bagi membolehkannya berjumpa George Bush semata-mata untuk bersalam dan bergambar.


Najib kena sedarlah, anak tirinya bersama-sama ahli perniagaan yang dalam rombongan perdagangan Malaysia itu, adalah buah paling sedap untuk membalun Najib. Rafizi Ramli kaki fitnah yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi semalam pun kata penjelasan perlu diberikan kenapa Riza Aziz naik jet kerajaan ke China.

Jadi tak payahlah sembang apa pun, jelaskan apa pun termasuklah istiadat dan adat China (bukan Cina) tentang jemputan kebesaran melibatkan keluarga. Kalau orang lain, tak ada masalah kerana mereka bukan Najib dan Rosmah.


Memandangkan kes ini melibatkan Najib, kalau Najib sekeluaega merangkak dari Kuala Lumpur ke Tiongkok pun untuk memenuhi jemputan tersebut, ia akan menjadi satu kesalahan.

Lainlah kalau Najib tu Guan Eng. Rosmah Mansor adalah Betty Chew. Riza Aziz tu Tan Sri Arumugam. Atau Najib tu adalah Mahathir yang boleh berbuat sesuka hati dan dicintai rakyat Malaysia.

Faham tak?


SUDAH-SUDAHLAH SEMBANG PASAL NAK AMBIL TINDAKAN TEGAS... SEMUA ITU HANYALAH POYOOO SEMATA-MATA!!!



Desakan agar kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang digunakan oleh pihak asing untuk mencampuri dan menghancurkan negara ini sebagai sebuah negara koloni kapitalis tertentu, sudah lama dibuat. Desakan-desakan itulah yang membuatkan tindakan yang dilihat sebagai tindakan populis dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan digantikan dengan SOSMA yang tidak efektif, menjadikan pentadbiran Najib sebagai sasaran kecaman sehingga ke saat ini.

BERSIH sebagai contoh...

Beberapa pendedahan sama ada melibatkan dalam negeri atau di luar negara menunjukkan entiti tersebut dibiayai oleh dana asing bagi tujuan menimbulkan ketidakpercayaan dan ketidakstabilan negara, seperti dibakulsampahkan dan langsung tidak dipedulikan.

Tiada tindakan dari pihak berkuasa ke atas BERSIH sebaliknya yang dilihat sekarang adalah tindakan ke atas penentang BERSIH.

Dan kini BERSIH yang pada mulanya sebuah pertubuhan haram, telah menjadi sebuah syarikat perniagaan yang teras perniagaannya masih kabur.

Pendedahan DC Leaks mengundang komen dan reaksi pihak berkuasa Malaysia. Dan seperti biasalah, lagu-lagu lama kembali didendangkan untuk menyedapkan telinga dan menenangkan hati.

Daripada Menteri sehinggalah Ketua Polis Negara bahkan segelintir pemimpin politik yang mencari nama agar muka dikenali dan tempat terjamin sebagai calon PRU, kembali kedengaran cerita kononnya siasatan perlu dilakukan. Tindakan perlu dibuat. Negara ini perlu dipertahankan daripada campurtangan asing dan sebagainya.

Hakikatnya yang berlaku ialah, semua ikrar  dan desakan tersebut hanya untuk mengisi ruang-ruang pemberitaan dalam media semata-mata. Yang pasti tiada tindakan yang lebih tegas untuk merealisasikan ucapan berapi-api yang mahu menghalang campurtangan asing ke atas negara ini.

Zaman di mana kuasa besar menggunakan senjata untuk mengawal dan menguasai sesebuah negara sudah mula berlalu. Sebaliknya yang berlaku masakini adalah penjajahan yang dimulakan menerusi media dan persepsi.

Malaysia sudah lama berhadapan dengan 'serangan' tersebut. Tetapi Malaysia tidak langsung kelihatan cuba untuk menanganinya. Bahkan sebahagian besar rakyat Malaysia pula menjadi bidak-bidak pihak asing untuk menjadikan negara ini neraka dunia dengan label-label muluk seperti 'Selamatkan Malaysia', 'anti rasuah', 'pilihanraya adil dan saksama' mahupun 'hak samarata' dan 'hak asasi kemanusiaan'.

Pentadbiran lemah lembut dan gentleman yang ditunjukkan oleh pentadbiran Najib masakini akan hanya mengundang masalah lebih besar pada masa akan datang. Pentadbiran Najib sudah perlu untuk mengubah gaya ke arah kaedah yang lebih tegas dan tidak bertolak ansur keterlaluan terutama sekali yang membabitkan keselamatan dan kestabilan negara.

Terlalu mengikut kata puak-puak peguam yang berasakan mereka lebih tinggi dari undang-undang akan hanya menjadikan negara ini sebagai sebuah lagi negara Pakistan. Puak-puak peguam seharusnya ditunjukkan bahawa mereka yang bekerja untuk undang-undang bukan undang-undang bekerja dan menghasilkan laba untuk mereka!


 
Blogger Templates