Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, December 4, 2016

PELABEL MAHATHIR PELACUR, BAPA AYAM DAN ULAR, PANAS HATI DAN TINGGALKAN DAP SEBAB PEMBOHONGAN KIT SIANG!!!



Shamsher Singh Thind, orang yang bertanggungjawab menggelarkan Mahathir sebagai BAPA AYAM, PELACUR dan ULAR, hari ini mengisytiharkan keluar dari DAP. Malah dia turut menegaskan, Lim Kit Siang tidak lagi boleh dipercayai selepas kehadiran Mahathir dalam Konvensyen DAP mengesahkan kerjasama antara Mahathir, Muhyiddin yassin dengan DAP.

"Saya boleh menulis tesis tentang hal ini dan tentang segala tuduhan yang dibuat oleh Mahathir serta pemimpin-pemimpin utama pembangkang ke atas Mahathir dan Muhyiddin sebelum ini. Daripada apa yang saya lihat, sama ada Kit Siang berbohong tentang Mahathir dan Muhyiddin, atau dia sebenarnya tiada masalah untuk bekerjasama dengan kedua-dua orang pencabul kuasa dan pengamal rasuah itu. Mana-mana pun pandangan yang diambil, poinnya ialah saya mahu membuktikan bahawa Kit siang telah kehilangan kredibilitinya," katanya ketika ditanya sama ada suatu hari nanti Kit Siang akan bekerjasama pula dengan Najib untuk menggulingkan seorang lagi Perdana Menteri. 


"Sekiranya kerjasama dengan Mahathir untuk menumbangkan Najib boleh diterima, saya sangat yakin, Kit Siang tidak akan berhadapan dengan sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Najib untuk menumbangkan Perdana Menteri yang lain pula."

Dalam Persidangan Tahunan Delegasi DAP Pulau Pinang bulan lepas, Shamsher yang merupakan delegasi DAP Cawangan Chai Leng Park mempersoalkan tindakan pimpinan tertinggi DAP bekerjasama dengan Mahathir dan Muhyiddin. 

Pada ketika itulah dia memberikan label yang terkenal itu kepada Mahathir. 

"Respons yang saya terima amat menghairankan. Saya ditanya sekiranya Kit Siang yang teruk dikerjakan oleh Mahathir, sanggup mengenepikan perbezaan dan bekerjasama demi kononnya kepentingan negara, jadi apa yang menjadi masalah saya?

"Terkedu saya bila dengar soalan ini. Mahathir memang tidak pernah buat apa-apa kepada saya secara peribadi, jadi buat apa saya nak kisah. Ia samalah, Najib juga tidak pernah buat apa-apa kepada saya secara peribadi, mengapa pula saya harus melawannya."


HARI INI, DAP MENANG BESAR SELEPAS BERJAYA REALISASIKAN IMPIAN MENDIANG LEE KUAN YEW JINAKKAN MAHATHIR DI DALAM SANGKAR!!!



Hari ini merupakan HARI KEMENANGAN TERBESAR buat DAP.

Dan kalaulah pada hari ini, Lee Kuan  Yew masih lagi bernyawa, sudah pasti dia merupakan orang yang paling kuat melompat dan menari-nari setelah Mahathir yang pernah dilabelkannya sebagai Ultra-Malay di Parlimen Malaysia tatkala Lee Kuan Yew dan PAP masih lagi bertapak dalam Parlimen Malaysia sebelum pemisahan Singapura dari Malaysia.

Tunku Abdul Rahman juga pastinya akan menepuk dahi sekiranya masih hidup kerana Mahathir adalah mereka yang bergelar The Young Turk dalam UMNO yang kononnya tidak sukakan sikap Tunku yang sangat liberal dan terbuka, sebaliknya menggesa agar Tunku dan dasar kerajaan yang lebih bersifat Melayu.

Sulaiman Palestin, Jaafar Albar, malah Tun Dr. Ismail juga tentu sekali akan meludah kepala Mahathir setelah kata-kata mereka lebih 60 tahun lalu bahawa Mahathir adalah seorang pengkhianat, hari ini terbukti dengan terang dan jelas.

Nama MAHATHIR KUTTY ISKANDAR KUTTY kali pertama diperdengarkan oleh Hishamuddin Rais yang memperolok-olokkannya. Orang UMNO segera mempertahankan Mahathir kononnya, Mahathir adalah Melayu walaupun bapanya memang sah berketurunan India Kerala. Nasab Melayu Mahathir dinisabkan kepada keturunan ibunya.

Dari awal sehinggalah beberapa ketika sebelum BOBOI kehilangan jawatan Menteri Besar Kedah dan dipecat dari UMNO, Mahathir memperkenalkan dirinya sebagai pejuang Melayu, sebagai pejuang Islam, bahkan sebagai seorang ultra fundamentalis Islam yang berasaskan Melayu. Sajak-sajak dan buku-buku Mahathir banyak tentang Melayu.

Semuanya Melayu kerana Mahathir berkuasa atas kepala Melayu. Apabila kepentingannya terjejas menerusi pencantasan projek-projek kerajaan kepada kroni-kroni dan proksi-proksi serta jawatan dan laluan politik anak lelakinya, si Boboi.


Maka tidak hairanlah mengapa kroni-kroni utamanya terdiri daripada YTL, BERJAYA, Ananda Krishnan, Arumugam dan Teng Peck King serta beberapa nama lain yang tidak ada nahu Melayu-Bumiputera pun pada nama mereka.

Berdekad-dekad dia cuba menampilkan dirinya sebagai PEJUANG ULTRA MELAYU walaupun hakikatnya apabila dia mendapat kuasa, Melayu-Bumiputera tidak lebih daripada sekadar selipar jambannya manakala kek ekonomi terbesar untuk orang lain, akhirnya Mahathir menampilkan wajahnya yang sebenar...

Dan hari ini, DAP dan Lim Kit Siang berjaya merealisasikan impian dan keinginan terbesar Lee Kuan Yew semasa hidupnya....

BRAVO MAHATHIR!!!


DENGAN SUARA KIT SIANG-DAP, MAHATHIR ARAHKAN PAS SEGERA BERGABUNG DENGAN PAKATAN HARAPAN!!!



Kesian Mahathir....

Mahathir memberi kata dua kepada PAS supaya cepat-cepat menyertai Pakatan Harapan yang diterajui oleh Lim Kit Siang dan DAP.

Alasan yang diberikan Mahathir ialah parti-parti pembangkang seharusnya bergabung demi menggulingkan Najib Abdul Razak.

PAS awal-awal lagi telah menyatakan bahawa mereka tidak akan sama sekali menjalin hubungan atau kerjasama dengan DAP yang telah menyebabkan PAS menjadi 'anjing berulat kepala' sepanjang parti tersebut berada di dalam Pakatan Rakyat yang telah pun dibubarkan oleh DAP.

Tahap permusuhan antara PAS dan UMNO memuncak pada zaman pentadbiran Mahathir selama 22 tahun. Dari semenjak PAS diterajang keluar dari Barisan Nasional yang sama-sama ditubuhkan dengan Mahathir adalah salah seorang faktornya, sehinggalah ke zaman di mana Mahathir menggunakan kuasa politik dan undang-undang untuk menekan PAS dengan kemuncak pembunuhan di Memali, hubungan PAS dengan UMNO seperti tidak dapat diperbaiki lagi.


Namun selepas Najib Abdul Razak mengambilalih jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, usaha-usaha untuk merapatkan hubungan yang telah sekian lama terpisah, mula digerakkan secara aktif walaupun senyap terutama dengan penglibatan secara langsung Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Mahathir ternyata tidak dapat menerima hakikat itu. Sepanjang 22 tahun pentadbirannya, PAS adalah pihak yang paling lantanh dan kuat menentang dasar-dasar kerajaan Mahathir termasuklah penswastaan dan konsesi yang diberikan kepada proksi dan kroni terapat terutama sekali anak-anaknya.


Kini PAS menerusi kepimpinan Abdul Hadi Awang lebih mesra dan lebih lunak dengan pentadbiran Najib. Bahkan PAS telah pun mengisytiharkan bahawa zaman maki hamun sudah berlalu sebaliknya PAS lebih mendekati politik matang yang lebih bersifat dakwah... dan pada masa yang sama tetap menjadi pengimbang kepada kerajaan menerusi konsep ulama-umara.

Sukar Mahathir untuk menerima realiti ini. Dan hari ini Mahathir menunjukkan belang dan tembelang sebenarnya.


Saturday, December 3, 2016

GANGSTER MEMERINTAH!!! KLIP VIDEO LELAKI DIBELASAH SEBAB MENGATA DATUK YANG DIBUNUH BODYGUARD MELAYUNYA, SEDANG VIRAL!!!



Satu klip video memaparkan seorang lelaki dibelasah secara kejam sedang viral di Whatsapp. Dikatakan lelaki tersebut adalah individu yang memperkenalkan bodyguard yang telah menembak mati Datuk Ong Teik Kwong beberapa hari lepas. Sumber yang lain pula mengatakan, lelaki tersebut dibelasah kerana mengata-ngata Datuk tersebut di Facebook.

Di dalam video tersebut, lelaki berkenaan dilihat melutut dan memohon ampun manakala beberapa orang individu lain memaki hamunnya. Ketakutan amat jelas pada wajah dan matanya 

Seorang lelaki lain mencabarnya didengar mengugut dan mencabarnya untuk meninggalkan tempat tersebut. 

Samseng-samseng tersebut telah menanggalkan bajunya dan mempersiapkannya untuk disebat menggunakan hos getah. Mangsa kemudiannya ditanya, "Kau tak kenal dia (Datuk)?" sambil menuding ke arah sesuatu yang kelihatan seperti keranda. Lelaki tersebut menjawab, "Saya kenal dia," sebelum diterajang sehingga jatuh oleh salah seorang samseng. 

Lelaki tersebut kemudiannya disebat berulang-ulang kali oleh lelaki yang lain. Dia juga diberi amaran agar tidak bangun sepanjang tempoh tersebut. 

Mangsa yang ketakutan kemudiannya diarahkan untuk melutut di hadapan 'Datuk' dan terus disebat berulang-ulang kali pada bahagian belakangnya. Beberapa individu turut menjerit dan mengarahkannya agar tidak bergerak walaupun mangsa jelas dalam kesakitan. 

Tidak mampu bertahan selepas disebat berulang-ulang kali dan sekuat-kuat hati, mangsa menyungkur menyebabkan seorang lelaki memegangnya dan tidak menekannya agar tidak bangun. Mangsa merintih-rintih sambil memohon ampun dengan berkata, "Saya bersalah, Datuk.


Beberapa khabar angin menyatakan, bodyguard yang diupah itu telah membunuh si Datuk yang merupakan ketua kongsi gelap, manakala beberapa spekulasi yang lain menyatakan, bodyguard tersebut menghadapi penyakit jiwa. 

Sumber video di atas tidak diketahui. Namun yang jelas, beberapa sumber begitu yakin, lelaki berkenaan dibelasah hanya kerana dia mengumpat mengeji si mati dalam Facebook. 

Netizen yang menonton video tersebut melahirkan simpati kepada lelaki berkenaan tetapi beberapa netizen yang lain pula menyatakan, balasan tersebut memang padan dengannya kerana dia merupakan sebahagian daripada gangster.


Friday, December 2, 2016

MELAYU MEMANG MAJORITI DAN TIDAK HILANG KUASA POLITIK... TAPI DENGAN DAP, MELAYU CUMA MACAI!!!



Betullah kata-kata Lim Kit Siang itu bahawa Melayu-Bumiputera tidak mungkin akan hilang kuasa politik kerana Melayu-Bumiputera adalah majoriti di negara ini. Nama-nama Melayu juga menduduki jawatan-jawatan penting baik di dalam Kerajaan mahupun GLC dan entiti-entiti Kerajaan yang lain.

Betullah juga dakwaan bahawa kalaupun DAP menang 60 kerusi Parlimen, kuasa politik tetap di tangan Melayu kerana daripada 222 kerusi Parlimen yang ada sekarang, Melayu-Bumiputera mungkin menguasai lebih dua pertiga.

Sekali imbas apa yang dikatakan oleh Lim Kit Siang adalah benar belaka. (RUJUK SINI)

Maka untuk menilai kembali kebenaran kata-kata Lim Kit Siang itu, ianya perlu kembali merujuk kepada sejarah lampau. 

Sejarah di mana Melayu-Bumiputera menjadi minoriti dan kemudian kembali menjadi majoriti dalam tempoh yang sangat singkat sebelum pemberian kewarganegaraan secara besar-besaran diberikan untuk tidak menghilangkan kuasa politik kaum imigran yang gagal menjadi warganegara United Kingdom atau British apabila ditinggalkan oleh kuasa penjajah itu setelah membawa mereka beramai-ramai ke negara ini.

Dari tahun 1955 menerusi Pilihanraya Umum Pertama, kuasa politik di tangan Melayu. Seandainya MCA dan MIC tidak bergabung dalam Perikatan pun, ianya tidak akan menjejaskan apa-apa. Bahkan Melayu-Bumiputera mungkin akan menjadi lebih kuat dan lebih ekstrem berbanding sekarang. Malah, besar kemungkinan juga pemberian kewarganegaraan secara besar-besaran pada tahun 1957 dan 1974 juga tidak akan berlaku melainkan kepada mereka yang benar-benar boleh berbahasa Melayu dan menerima teras negara ini yang berlatarbelakangkan masyarakat Nusantara (Melayu-Bumiputera).

Namun bermula pada tahun 1961, tahun di mana Lee Kuan Yew dan PAP mula mempertikaikan kedudukan orang Melayu, kemudian berlarutan sehingga Lee Kuan Yew dan PAP serta Singapura dikeluarkan dari Wilayah Melayu pada tahun 1965 biarpun sudah ribuan tahun pulau tersebut diduduki oleh Melayu-Bumiputera, sehinggalah kemunculan DAP menggantikan PAP pada tahun yang sama, dalam tempoh 3 tahun kemudian, berlaku pertumpahan darah besar-besaran melibatkan etnik dan agama. 

Kuasa politik masih di tangan Melayu!

Bagi mengelakkan tragedi yang sama, DEB digubal. Walaupun di atas kertas dan teorinya, Dasar Ekonomi Baru adalah untuk Melayu-Bumiputera, tetapi pada penghujung DEB terutama pada zaman Mahathir sebagai Perdana Menteri, DEB untuk Melayu-Bumiputera itu telah ditelan dan dilahap oleh taukeh-taukeh yang menjadi kroni dan proksi Mahathir. DEB telah digagalkan oleh Mahathir tetapi bijak diselindungi dengan cerita-cerita kononnya orang Melayu-Bumiputera lebih berjaya dari zaman pentadbiran sebelumnya, walaupun hakikatnya Melayu-Bumiputera kekal sebagai macai melainkan sekelompok yang menikmati keistimewaan berada dalam GLC dan badan kerajaan serta korporat yang dibantu sepenuhnya oleh Kerajaan.

Tetapi apa pun, kuasa politik masih di tangan Melayu!

Tahun 1999 mula menyaksikan perubahan besar apabila PAS-Anwar Ibrahim bergabung dengan DAP. DAP berjaya memperolehi lebih banyak kerusi Parlimen berbanding PRU-PRU sebelum itu. DAP yang kurang menjadi perhatian, kini mula menampilkan para pemimpin yang bersuara lantang. Melayu-Bumiputera, Islam dan Bahasa Melayu kembali menjadi topik hangat mereka terutama menjelang PRU tahun 2004. Kehangatan tersebut berakhir seketika apabila Mahathir meletak jawatan pada tahun 2003 dan pada tahun 2004, BN yang dipimpin oleh Abdullah Badawi mencatatkan kemenangan terbesar dalam sejarah.

Namun 2008, keadaan mula berubah apabila dasar-dasar yang lebih liberal dan terbuka diperkenalkan oleh Abdullah Badawi. Mahathir dan segerombolan orang UMNO bersatu menjatuhkan Abdullah Badawi menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional kehilangan majoriti dua pertiga pada PRU 2008.

2008 juga menyaksikan bagaimana DAP yang tetap berkata, kuasa politik kekal di tangan Melayu, berebut jawatan Menteri Besar Perak dan Pengerusi DAP Perak pada waktu itu, Ngeh Kor Ham memberi kata dua kepada Institusi Kesultanan Melayu, khususnya Perak kerana dia tidak boleh diangkat menjadi Menteri Besar akibat kekangan Undang-Undang Tubuh Negeri yang hanya mengkhususkan Melayu dan Islam sebagai Menteri Besarnya.

Nizar Jamaluddin dilantik mewakili 6 kerusi DUN PAS di Perak. Selebihnya adalah DAP dan PKR. Nizar Jamaluddin menjadi boneka dan paling terkenal dengan pelupusan pajakan tanah 99 tahun sebaliknya ditukarkan menjadi 999 tahun. Dasar-dasar serta penguasaan sepenuhnya dalam pentadbiran dan pengurusan negeri, dipegang oleh DAP. Melayu-Bumiputera masih pegang kuasa politik tetapi tali pacunya pada tangan Ngeh-Nga DAP.

Selangor juga memperlihatkan fenomena yang sama. Pulau Pinang, DAP berkuasa sepenuhnya. Di sebalik laungan kata, Melayu-Bumiputera adalah majoriti dan tidak mungkin DAP boleh menjadi Perdana Menteri walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan bangsa atau kaum atau agama tertentu khusus untuk jawatan Perdana Menteri, tetapi Melayu-Bumiputera bahkan masyarakat India dikejami dengan penuh sistematik. Mereka tidak sahaja dihalau menerusi kenaikan mendadak hartanah tetapi juga kemasukan pekerja-pekerja asing bagi jawatan-jawatan dan kerja-kerja rencam. Malah Lim Guan Eng yang mengepalai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pernah berusaha untuk mendapatkan dua bidang tanah wakaf yang perkuburan bagi tujuan membangunkan kemewahan yang tidak mungkin dapat dibeli atau dimiliki oleh Melayu-Bumiputera Pulau Pinang.

Bagaimanapun, bijak berputarbelit dan dengan bantuan orang Melayu yang pro-DAP, isu tersebut dipulas balik dengan menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana kononnya tidak MEMBELI DAN MENGKHUSUSKAN LAPAN LOT TANAH TERSEBUT sejak dari tahun 1999 lagi bagi tujuan dijadikan tanah perkuburan. Sedangkan tanah merupakan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Dan tanah itu sendiri berada di Pulau Pinang, negeri yang ditadbir dan diuruskan oleh DAP.

Menjelang PRU 2018, DAP semakin galak menentang apa-apa sahaja yang berkaitan Melayu-Bumiputera, Islam, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu. Penggunaan atau berselindung di sebalik NGO seperti BERSIH yang mendapat dana langsung daripada George Soros yang mahu menghapsukan MALAY RULING, membuktikan apa yang diikrarkan oleh Lim Kit Siang, hanyalah dongengan semata-mata.

Secara bodoh, memang 60 kerusi DAP tidak akan mampu mengambilalih pentadbiran dan pengurusan negara. Tetapi 60 kerusi tersebut pasti akan bercampur dengan kerusi-kerusi dari parti-parti lain yang menyertai DAP. DAP sebagai parti dominan, sudah tentu akan mengutamakan dasar-dasarnya MALAYSIA MALAYSIAN yang tidak lagi dilaung-laungkan tetapi terus berjalan seperti tahun 1963.

Bukankah gabungan itu yang diamalkan oleh Barisan Nasional sehingga membolehkan UMNO menerajui negara? Mengapa pula DAP perlu dikesampingkan sebagai sebuah parti individu walhal sekarang pun, gabungannya dengan PKR dan PAS (di Selangor), menjadikan DAP sangat dominan?

Selepas mengambil kira apa yang berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor, betulkah Melayu-Bumiputera tak hilang kuasa politik kalau DAP dibenarkan menguasai Putrajaya?

Temberang pukau apakah Lim Kit Siang nak buat?


Thursday, December 1, 2016

KECOH SELEPAS PERSIDANGAN AGUNG UMNO HENTAM MAHATHIR.. CAP BUNGA TAK PUAS HATI!!!



Bekas-bekas UMNO yang sekarang ini ralit mengulit dan mengasapdupakan Mahathir meluahkan sakit hati mereka apabila Mahathir menjadi sasaran dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Capang barangkali telinga mereka mendengar bagaimana Mahathir yang mereka sanjung dan mereka ketahui, amat disanjung sewaktu berada di dalam UMNO dahulu, kini menjadi karung sampah yang diisi pelbagai gelagat, lakonan dan amalannya yang selama berada di dalam UMNO, ditutup kejap-kejap agar tidak mengaibkan UMNO.

Kata mereka, persidangan agung UMNO seharusnya membawa masalah rakyat yang perlu diselesaikan oleh UMNO bukannya menghentam Mahathir. Malah UMNO seharusnya mengingati dan mengenang semula jasa-jasa Mahathir kerana UMNO yang ada pada hari ini adalah UMNO yang ditubuhkan oleh Mahathir.

Mereka lupa barangkali, pada tahun 1987-88, Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab memecahbelahkan UMNO dengan menjadi Team B sebagai sasarannya. Hanya kerana kelompok beberapa orang pemimpin yang masih bersama-samanya, termasuklah Najib Abdul Razak, Mahathir kekal dengan jawatan Presiden tetapi masih rasa tidak selamat sehinggalah akhirnya 'memutuskan' bahawa UMNO asal perlu diharamkan apabila pengasas-pengasas dan pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu memilih untuk bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah, bukan bersama-samanya.

Mahathir memang tidak memecat mana-mana penentangnya, tetapi Mahathir melupuskan terus parti asal, sekaligus memecat keseluruhan ahli UMNO. Dia tubuhkan UMNO Baru dan hanya yang menyokongnya sahaja menjadi ahli UMNO  manakala yang menentang dan terpecat pula,  menyertai Semangat 46 yang ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Selepas itu, apa yang tidak diumpat keji terhadap Tengku Razaleigh Hamzah dan Semangat 46. Kemudian apabila UMNO berpecah lagi dalam isu Anwar Ibrahim. Dan sekali lagi Anwar Ibrahim dan gerombolan PKRnya pula menjadi sasaran kecaman selain PAS.

Puak penyanjung UMNO mengakui budaya kecam itu bermula dari zaman Mahathir tetapi mereka cuba menghalalkannya dengan mengatakan, Mahathir jauh lebih baik berbanding Najib kerana Najib ada SIMPAN RM2.6 DALAM AKAUN PERIBADI.

Yang tidak mereka katakan ialah, pada tahun 1998 sehinggalah 2003, pelbagai pendedahan tentang Mahathir menyimpan lebih banyak dari RM2.6 bilion dalam akaun peribadi dan proksi telah dibuat termasuklah oleh Barry Wain, penulis buku Malaysian Maverick, tetapi berbanding Najib, Mahathir bukan sahaja tidak memberikan reaksi menerusi jawapan, bahkan cuba menyorokkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang dipaparkan oleh Barry Wain dengan mengharamkan buku berkenaan daripada dibaca dan ditatap oleh rakyat Malaysia.

Untungnya, pada waktu itu, media sosial tidak sehebat seperti sekarang. Jadi, Mahathir 'terselamat'. Hanya yang pernah membaca pendedahan yang dibuat oleh Barry Wain dengan pendedahan lebih RM100 bilion yang telah disonglap oleh Mahathir menerusi pelbagai kaedah termasuklah proksi dan projek penswastaan serta konsesi, berasa hairan, mengapa Mahathir masih terselamat meskipun dalam isu Bank Negara Malaysia kehilangan lebih RM30 bilion merupakan bukti nyata penyelewengan Mahathir.

Ada Akuan Bersumpah... ada laporan polis... ada laporan kepada BPR (sebelum SPRM) tetapi seperti dalam kes Perwaja Steel dan isu yang membabitkan saham untuk menantu Rafidah Aziz, ada campurtangan daripada Pejabat Perdana Menteri untuk menyenyapkan berita tersebut.

Sekarang, mereka meraung kononnya Mahathir tidak pernah berbuat curang kerana dia tidak pernah didedahkan, tidak pernah menyimpan RM2.6 bilion untuk peribadi memandangkan Mahathir tidak pernah mengaku dan mereka sendiri tidak pernah mendengar apa-apa pendedahan tentang itu.

Namun mereka yang aktif menentang Mahathir pada tahun 1998-2003 tahu, dakwaan tersebut hanyalah untuk menyedapkan hati perut sendiri sahaja!

Ia samalah seperti persoalan, mengapa Mahathir tidak pernah berani berhadapan dengan Barry Wain walaupun ketika kecoh tentang pengharaman bukunya, Barry Wain meminta untuk bersemuka dengan Mahathir. Malah Mahathir tidak pernah berani menyaman Barry Wain pun kerana pendedahan-pendedahan berkenaan.

Sedangkan lama sebelum itu, Musa Hitam dan Tengku Razaleigh yang cuba dimusnahkan oleh Mahathir, telah menyaman penulis buku The Challenger, Syed Hussin Al-Attas dan menang saman fitnah ke atas penulis serta bekas pengasas Labu Peram yang terkenal itu.


APA YANG DIHAIRANKAN KALAU MAJLIS PEGUAM PERTIKAI POLIS SERBU BERSIH KERANA MAJLIS PEGUAM MESTI BELA GENG SOROS MEREKA JUGA!!!



Sungguh menarik drama yang dimainkan oleh Majlis Peguam dan BERSIH bergabung sambil berlakon dan berlagak seolah-olah rakyat Malaysia sudah terlupa dengan pengakuan mereka mengambil wang Soros bertujuan menggulingkan Kerajaan Malaysia, terutama menerusi pelbagai ulah dan gangguan yang mereka lakukan, termasuklah memanipulasikan undang-undang.

Majlis Peguam telah mengakui mereka memang menerima dana daripada Soros (RUJUK SINI)

BERSIH menerusi Maria Chin juga mengakui, menerima dana daripada Soros.

Malaysiakini, C4, Suaram dan beberapa entiti yang lain, turut didedahkan telah menerima dana daripada Soros menerusi OSF dan NED. (RUJUK SINI)

Rekod 'kedermawanan' Soros terbukti di beberapa buah negara yang sekarang ini telah hancur, termasuklah Ukraine, bahkan di Amerika Syarikat sendiri, Soros telah menggerakkan penentangan berterusan menerusi demonstrasi apabila Donald Trump dilantik sebagai Presiden oleh majoriti rakyat negara tersebut.

Sudan adalah negara yang paling terjejas di Afrika selain TUNISIA, Libya dan Mesir angkara George Soros dan OSFnya. Di Eropah, Sweden juga menerima nasib yang sama.

Apabila Maria Chin dan BERSIH diserbu oleh polis dan banyak dokumen-dokumen berkaitan BERSIH dengan OSF dirampas, beberapa pihak yang sebelum ini sama ada telah mengesahkan dan disahkan menerima pembiayaan George Soros, melatah sakan.

Ambiga menafikan dia adalah penggerak utama BERSIH, bahkan meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Maria Chin yang pada waktu itu ditahan untuk siasatan di bawah SOSMA. Apabila Maria Chin dibebaskan dari SOSMA bagi proses harbeas corpus dan siasatan di bawah beberapa akta jenayah yang lain termasuklah hasutan dan Perhimpunan Aman, barulah Majlis Peguam bersuara.

Majlis Peguam yang sekarang ini merupakan salah satu jentera politik pembangkang, berusaha memperlekehkan undang-undang negara ini dengan mempertikaikan hampir kesemua undang-undang pengekangan jenayah. Undang-undang Malaysia bagi Majlis Peguam hanyalah untuk dilawan.

Lebih banyak dilawan, lebih banyak pekerjaan dan keuntungan dapat dijanakan terutama apabila masyarakat mempercayai bahawa peguam-peguam berkenaan sedang membela mereka, walaupun tanpa mereka sedar, badan tersebut sebenarnya sedang menjana pendapatan besar untuk ahli-ahlinya, bukannya mencari keadilan selain pada masa yang sama, memenuhi keperluan pihak-pihak tertentu.

Rakyat Malaysia sedang disajikan dengan kerjasama melibatkan kesemua entiti yang ditaja dan dibiayai oleh Soros untuk menentang negara ini!

Jadi, tidak hairanlah mengapa Majlis Peguam mempersoalkan mengapa polis menyerbu pejabat BERSIH...


 
Blogger Templates