Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, May 3, 2017

NAIB KETUA PEMUDA PAS KATA, LIM GUAN ENG SEBENARNYA YANG SESAT LAGI MENYESATKAN!!!



Selepas Guan Eng tuduh PAS sesat kerana tidak lagi berbaiah dan berwala' dengan DAP, khususnya kepada dirinya dan bapanya, hari ini, Pemuda PAS mengembalikan tuduhan sesat itu kepada Lim Guan Eng pula. 

Lebih daripada itu, Pemuda PAS turut mengukuhkan hujah mereka dengan berkata, Setiausaha Agung DAP itu bukan sahaja sesat, tetapi juga SANGAT MENYESATKAN kerana mendakwa beberapa pihak bersekongkol dengan PAS.

Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Guan Eng sudah beberapa kali menuduh, sebarang undi untuk PAS bermakna menyokong BN.

Lim Guan Eng barangkali terlupa, dia juga telah mengisytiharkan yang PAS adalah musuh utama DAP. Lim Guan Eng juga terlupa, PAS sebenarnya meletakkan calon menentang UMNO-BN bukannya di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh calon-calon DAP.

Namun yang paling dilupakannya ialah, hampir kesemua orang PAS adalah orang Melayu. Manakala sebahagian besar orang UMNO pula juga adalah orang Melayu yang berkongsi satu akidah iaitu Islam.

Hanya kerana sebahagian orang Melayu-Islam tersebut tidak mahu mendewa-dewakannya dan menjilatnya, maka dituduh sesat, jelas menunjukkan hujah Naib Ketua Pemuda PAS itu adalah tepat.

Ahmad Fadhli turut mengungkit bagaimana Lim Guan Eng bertindak dan mengumumkan putusnya hubungan DAP dengan PAS ketika PAS sedang bermuktamar. 

Selama dua penggal Lim Guan Eng dan DAP menikmati kuasa, angkatan chauvinist yang memasukkan Melayu dan India dalam saf kepimpinan menerusi lantikan, bukannya pemilihan itu, sudah berasakan mereka adalah Maharaja Besar di negara ini sehingga perlu bagi setiap orang Melayu dan Islam tunduk patuh kepada mereka. Kalau tidak, akan dilabelkan sebagai perasuah, penyeleweng, sesat dan pengkhianat kepada negara.

Lim Guan Eng sudah terlupa barangkali, banyak isu yang membabitkan dirinya dan pentadbirannya di Pulau Pinang, tidak pernah dijawab. Dia dan pegawai-pegawai bahkan para penyokongnya masih gagal menjawab MISTERI RM305 JUTA yang menukarkan dari Terowong Dasar Laut kepada Jambatan Ketiga di kawasan yang sepatutnya dibina Jambatan Kedua Pulau Pinang, tetapi dipindahkan ke lokasi sekarang kerana tidak sesuai, malah DAP sendiri menghasut penduduk dan pemilik tanah agar menentang pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di tapak itu dahulu.

Lim Guan Eng juga masih tidak dapat menjawab tentang SKANDAL TANAH TAMBAK yang diserahkan kepada syarikat-syarikat dari China dan Taiwan dan kemudian rakyat pula dikenakan bayaran sebagai ufti kepadanya dan syarikat-syarikat berkenaan. 

Lim Guan Eng juga sehingga kini langsung tidak menjawab tentang nasib penduduk dari kaum India terutama di Kampung Buah Pala yang kediaman mereka telah dirobohkan dan sewa rumah mahal yang tidak mungkin mampu mereka jelaskan. Malah beberapa PPRT seperti di Bukit Jambul yang mana masalah bekalan air dan elektrik yang terpaksa dicuri kerana bekalan telah dipotong atas arahan, juga tidak dipedulikan memandangkan penduduk di situ majoritinya orang Melayu.

Justeru, hujah Naib Ketua Pemuda PAS itu memang ada asas dan bukannya bersifat retorik. Apatah lagi, Lim Guan Eng sendiri mempunyai dendam peribadi terhadap PAS Pulau Pinang kerana PAS Pulau Pinang sudah beberapa kali mendedahkan penyelewengan dan salahguna kuasanya kepada umum.






Tuesday, May 2, 2017

LEBAI BERKETAYAP JADI AJK MASJID, TAPI PERANGAI MENGALAHKAN SYAITAN!!!



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka telah menahan dua lelaki selepas disyaki telah menerima wang rasuah sebanyak RM116,000 dalam urusan jual beli tanah wakaf milik Masjid Al-Hamideen di Melaka.

Mereka yang ditahan merupakan mantan pengerusi dan mantan setiausaha Masjid Al-Hamideen.

Kedua-duanya ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Negeri Melaka untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes tersebut kira-kira jam 7 petang hari ini.

Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang berusia 61 tahun dan 46 tahun telah melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2012.

Tanah wakaf milik Masjid Al-Hamideen yang terletak di Kampung Bukit Cina, Melaka disyaki telah dijual kepada seorang lelaki bukan Islam yang tidak layak untuk memiliki tanah wakaf tersebut.

Difahamkan, kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah dengan menjual tanah yang diamanahkan kepada mereka untuk kepentingan diri sendiri.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kedua-duanya akan direman esok untuk membantu siasatan kes tersebut.



PAS TAK ADA PUN, PAKATAN AKAN MENANG... BUKTINYA, MELAYU RAMAI DATANG DENGAR CERAMAH PAKATAN, KATA MAHATHIR!!!!



Mahathir cuba memujuk hati sendiri sekaligus menenangkan perasaan rakan kongsi barunya, Lim Kit Siang.

Kata Mahathir, Pakatan tak payah pedulikan PAS kerana Pakatan boleh menang tanpa PAS. Malahan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP, akan mendapat sokongan lebih ramai Melayu walaupun PAS tidak menjadi balaci DAP lagi seperti dua PRU yang lepas.

Mahathir membuat andaian tersebut berdasarkan ramainya orang Melayu yang datang ke program-program Pakatan. Malahan Mahathir memberitahu, ramai daripada orang Melayu itu adalah ahli-ahli UMNO sendiri yang menyokong kuat Cap Bunga dan Pakatan Harapan. (RUJUK SINI)

Hakikatnya, melihat kepada reaksi dan tutur kata Mahathir yang tidak keruan memperlihatkan kerisauan dan kebimbangannya terhadap egonya yang tercalar.

Selama ini, Mahathir diangkat, disanjung, dipuja, bahkan diidolakan dengan segala perbuatannya dibela oleh orang UMNO. Mahathir sangat percaya, dia adalah penyelamat orang Melayu, khasnya ahli-ahli UMNO walaupun kebanyakan ahli-ahli UMNO terutama golongan yang melihat perkembangan UMNO dari zaman Mahathir mengharamkan UMNO pada tahun 1988 sebelum menubuhkan UMNO Baru untuk legasi kuasanya, pemecatan Anwar Ibrahim, permusuhan peribadi dengan PAS selain sokongan secara diam-diam kepada DAP bagi membolehkan dia muncul sebagai PEJUANG MELAYU yang disanjung-sanjung, Mahathir sentiasa hidup dalam kepompong fantasi.

Kekecewaannya amat jelas setelah dia menggunakan segala-galanya - kecuali kekayaan anak-anaknya - termasuklah pengaruhnya, Najib Abdul Razak masih gagal digulingkan. Bukan itu sahaja, PAS yang merupakan musuh utamanya, pula telah beralih sikap dengan menunjukkan lebih kemesraan dan kerjasama kepada Najib Abdul Razak.

Menggunakan tentera-tentera tuanya yang selama ini tidak tercabar dalam menyebarkan propaganda tentang betapa hebatnya Mahathir di dunia ini, Mahathir lebih banyak tidak berpuas hati sehingga terpaksa mencipta cerita-cerita fantasi sekadar untuk syok sendiri.

Maka apabila dia mengatakan, lebih ramai orang Melayu yang datang untuk mendengar celoteh dan temberang yang dikenali sebagai ceramah Pakatan Harapan, Mahathir sebenarnya sekadar mahu percaya dengan apa yang didengarnya, bukannya percaya dengan apa yang dilihatnya!

Kesian Mahathir... dia sepatutnya sudah benar-benar bersara, bukannya sibuk mahu menjaga dan membela anak-anak, kroni dan proksinya untuk terus mengaut kekayaan negara ini untuk tembolok sendiri!!!




BIMBANG EXCO SELANGOR LOMPAT PARTI, AZMIN BAWA LARI KE LUAR NEGARA



Sepatutnya hari ini, empat orang ADUN Selangor telah pun 'menukar' situasi politik di Selangor. Sepatutnya hari ini jugalah, Azmin Ali sudah boleh berkira-kira mengemas meja dan pejabat Menteri Besarnya, di samping berkira-kira bagaimana hendak melepasi kawalan pada setiap pintu dan tingkat bangunan SUK bagi membolehkan fail-fail diangkut untuk disimpan di tempat rahsia.

Bagaimanapun, perkembangan di dalam Muktamar PAS Ke-63 di Kota Sarang Semut, Alor Star telah memberi ilham kepada Azmin Ali untuk membawa lari sebahagian daripada ADUN bersama-samanya ke luar negara bagi tujuan memujuk dan bagi tujuan untuk memastikan, mereka tidak melompat parti.

Selepas menang pada PRU-13 lalu, kebanyakan ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan (DAP dan PKR) langsung tidak peduli tentang rakyat. Walaupun DAP cuba membuat projeksi di Sarawak dengan memasuki kawasan-kawasan pedalaman Sarawak dengan pengumuman projek-projek untuk rakyat yang kemudian, sekadar sebatang tiang dan gambar tiang yang berjaya dipacakkan itu diambil sebelum dijadikan bahan propaganda, kesemua projeksi tersebut adalah untuk Pilihanraya Negeri Sarawak yang menyaksikan DAP Sarawak dan Chong Chien Jen, gagal dalam misi menawan Petrajaya. Sekarang ini, DAP mengalihkan ke Sabah pula. Namun beberapa orang pemimpin kanan DAP seperti Teresa Kok dan Tony Pua yang tidak dibenarkan memasuki Sabah, menyebabkan projeksi menghampiri rakyat ketika hampirnya PRU, sukar dilaksanakan.


Begitu jugalah dengan Azmin Ali. Sebelum ini, kebanyakan masanya hanyalah melibatkan pemaju-pemaju hartanah sehinggakan kawasan simpanan seperti Wetland pun dijualkannya. Tiba-tiba apabila sayap-sayap PAS mahu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR Selangor, Azmin Ali terus meninggalkan taukeh-taukeh pemaju hartanah dan merapati rakyat.

Berita tentang gerak kerja yang diatur oleh Faekah Hussin dan Khalid Ibrahim, begitu membimbangkan Azmin Ali sehinggakan tanpa berfikir panjang dia mengangkut EXCO-EXCO Selangor ke negara-negara Afrika Utara untuk bercuti, dengan pertemuan-pertemuan dan pemberian bantuan diumumkan sebagai kaedah propaganda.

Secara tiba-tiba Azmin Ali bermurah hati dengan menganugerahkan RM50,000 kepada pelajar-pelajar Malaysia di Rabat, sedangkan di Selangor, kawasan banjir seperti Kajang, penyelenggaraan perparitan dan salur air, berhadapan dengan masalah kewangan sekalipun peruntukan daripada Kerajaan Pusat telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Manakala penyelenggaraan rumah-rumah pangsa PPRT pula, diakui sendiri oleh Exco Perumahan Selangor, Iskandar Samad, menggunakan peruntukan MARRIS yang merupakan PERUNTUKAN DARIPADA KERAJAAN PUSAT untuk penyelenggaraan dan pembaikian jalan-jalanraya di Selangor.

Azmin tidak mungkin dapat membawa lari kesemua EXCO dan ADUN-ADUN Pakatan ke luar negara selama-lamanya. Yang pasti, mereka terpaksa pulang semula ke Selangor dan pada ketika itulah, sama ada pujukan dan 'DEDAK' Azmin Ali di luar negara berfungsi atau tidak, boleh dilihat kepada keputusan yang bakal dibuat oleh beberapa orang EXCO dan ADUN itu.

Yang pasti, Azmin memang tidak senang duduk... ke mana lagi selepas Afrika Utara untuk dia bawa EXCO dan ADUN melancong sambil belajar?


SEBAB TAK MAHU LAGI JILAT DIA DAN DAP, LIM GUAN ENG KATA PAS SESAT!!!



Sepatutnya dengan keadaan terkini, UMNO-BN berada dalam keadaan yang sangat selesa. Sebabnya, Pakatan yang diketuai oleh DAP sedang berkecamuk ekoran 'serangan' gerila PAS. Cap Bunga dan PKR yang bersungguh-sungguh mahu memujuk PAS agar terus bersama-sama mereka, juga nampaknya sudah mula hilang sabar dan menjadikan Presiden PAS sebagai sasaran serangan mereka.

Dengan kata lain, serangan ke atas UMNO dan Barisan Nasional sudah pun tertangguh.

Terbaharu ialah, serangan dan perlecehan yang dibuat oleh SUSPEK RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA yang sedang berusaha menangguhkan kes perbicaraannya menerusi pelbagai manipulasi undang-undang termasuklah mencabar Perlembagaan dan Akta SPRM, Lim Guan Eng.

Kata Lim Guan Eng, PAS sudah sesat!

PAS juga katanya sudah lari daripada matlamat asal perjuangan parti tersebut. Ini adalah kerana menurut fahaman SUSPEK RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA itu, matlamat utama PAS adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional dan UMNO. Apabila PAS menyerang DAP dan PKR, Cap Bunga serta PAN serta enggan bekerjasama dengan DAP, maka PAS telah sesat sepenuhnya. (RUJUK SINI)

Kalau kita perhatikan pun di media-media sosial, para penyokong DAP dan Pakatan sangat galak menyerang serta memberikan pelbagai label kepada PAS semata-mata kerana PAS enggan bekerjasama dan meneruskan tahaluf siyasi dengan komponen-komponen Pakatan Harapan bagi menumbangkan UMNO-BN.

Sedangkan pada masa yang sama, PAS tidak pernah pula berundur daripada matlamatnya untuk mengalahkan UMNO. Bahkan PAS tidak pernah pula dalam mana-mana Muktamar, membuat keputusan untuk membenarkan kemenangan 'percuma' wakil-wakil UMNO dan BN dalam pilihanraya.

Ini adalah kerana kebanyakan calon PAS akan mencabar atau mempertahankan kerusi-kerusi yang turut ditandingi oleh UMNO. Hampir kesemua kerusi yang ditandingi oleh PAS, ditandingi oleh calon-calon UMNO.

Hakikatnya, pelbagai label tersebut diberikan kepada PAS hanyalah kerana PAS enggan tunduk sujud menjilat punggung dan telapak kaki Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Hanya kerana PAS enggan memberikan kuasa kepada DAP, maka PAS dilabelkan sesat dan lari daripada matlamat perjuangan.

Selagi PAS tidak menyatakan persetujuan untuk bersama-sama DAP, maka selagi itulah, kita akan terus menyaksikan bagaimana PAS sekarang ini menjadi mangsa serangan bertali arus hasil gabungan pemimpin dan jentera propaganda DAP, PKR, PAN dan Cap Bunga.

Monday, May 1, 2017

KERANA BENGONG DAN TAKUT KEHILANGAN JAWATAN, AZMIN ALI TERKANTOI MENIPU SALAHKAN JAKIM KERANA KONSERT SELENA GOMEZ!!!



Kebengongan dan kemantulan setelah perwakilan PAS sebulat suara meluluskan usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR selain kembang-kuncup sementara menantikan keputusan Majlis Syura PAS atas isu yang sama, telah membuatkan Azmin Ali mengantoikan dirinya sendiri.

Sekaligus menunjukkan otaknya sedang berkecamuk sehingga tidak tahu apa yang harus dilakukannya selain daripada mencari jalan untuk menyalahkan orang atau pihak lain untuk menutup keresahannya.

PAS sebelum ini menyatakan antara salah satu sebab mengapa mereka ingin memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR ialah kerana PKR tidak menghormati tuntutan mereka agar konsert Selena Gomez di Shah Alam tahun lepas tidak diadakan.

Tidak tahu apa yang harus dijawab, Azmin Ali kemudiannya mendakwa JAKIM yang memberikan kebenaran agar konsert tersebut diadakan. Seperti budak manja yang minta dibelikan aiskrim, Azmin Ali kata, dia tidak boleh dipersalahkan. PKR juga tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya PAS harus menyalahkan JAKIM kerana JAKIMlah yang membenarkan konsert tersebut diadakan.

Katanya, tidak adil dia dikritik kerana konsert tersebut kerana menurutnya, Kerajaan Negeri Selangor tidak ada kaitan dengan konsert berkenaan. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, hari ini, JAKIM menafikan pihaknya mengeluarkan kelulusan untuk konsert penyanyi dari Amerika Syarikat itu di Shah Alam, tahun lepas.


Tan Sri Othman Mustapha berkata, kelulusan persembahan untuk konsert seperti itu tidak terletak di bawah bidang kuasa JAKIM.

Kata Ketua Pengarah JAKIM, tuduhan liar yang dilemparkan oleh Azmin itu, boleh menjejaskan reputasi dan kredibiliti JAKIM sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam di negara ini.

Sepatutnya Azmin mahupun beberapa pihak yang lain membuat rujukan dengan JAKIM terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan JAKIM.

Kesian sungguh Azmin Ali!

Sudahlah menipu, terkantoi pulak tu... takkanlah seorang Menteri Besar yang pandai bercakap, yang hebat auranya, boleh tidak tahu bidang kuasa agensi berkuasa?

Atau sememangnya penipuan sudah menjadi darah dagingnya?




HARI PEKERJA: ZAMAN SEKARANG, ZAMAN GAJI BESAR TAPI JADI TAK BERANI DAN TERLALU BERGANTUNG KEPADA PEKERJA ASING!!!



Siapa yang boleh menafikan nasib golongan pekerja di Malaysia di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak jauh lebih baik berbanding zaman-zaman sebelumnya?

Siapa yang boleh menafikan, sektor perkhidmatan awam kini menjadi buruan lepasan universiti sehinggakan jawatan yang disandang, hendak dipegang sehingga usia 62 tahun sebagaimana yang dituntut oleh CUEPAC?

Siapa yang boleh menafikan, zaman kerani kaunter berwajah bengis, masam mencuka, layan pelanggan acuh tak acuh sambil mengait benang, sudah digantikan dengan kerani kaunter yang lebih mesra pelanggan?

Dan siapa yang boleh menafikan, kakitangan bawahan kini sudah boleh bercakap tentang bercuti di luar negara bersama keluarga, berbelanja bukan lagi mengikut keperluan tetapi lebih kepada kehendak, perbualan berkisar tentang model kereta baru atau superbike dan sebagainya, sesuatu yang tidak pernah berlaku pada zaman-zaman sebelum ini.

Namun, apabila tangga gaji dan kadar upah telah dinaikkan, maka secara tidak langsung harga barang dan perkhidmatan juga akan naik serentak, bahkan berkali ganda. Dengan kuasa beli yang lebih besar berbanding zaman ibu bapa atau datuk nenek, generasi pekerja sekarang turut mempunyai kehendak yang lebih besar walaupun pada masa yang sama, mereka menuntut agar harga barang dan perkhidmatan diturunkan bagi membolehkan gaji besar yang mereka terima sekarang dapat dimanfaatkan secara maksimum.

Pelbagai negara kini galak mengadakan rundingan dengan Malaysia agar rakyat mereka dipermudahkan mencari rezeki di negara ini. Tenaga kerja asing kini mendominasi hampir kesemua sektor kerja-kerja rencam yang kurang menarik perhatian tenaga-tenaga kerja tempatan. Dan daripada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan sehingga berakhir Februari 2017, jumlah tenaga kerja di Malaysia adalah seramai 14,401.8 juta, naik 0.1% berbanding Januari 2017. Manakala kadar pengangguran pula kekal 3.5%. (RUJUK SINI)



Maklumat-maklumat tersebut diperolehi daripada Kajiselidik Tenaga Kerja (LFS) yang dikendalikan untuk mengumpulkan maklumat terhadap struktur dan pengagihan tenaga kerja, pekerjaan dan pengangguran.

Konsep dan definisi yang digunakan di dalam LFS adalah berdasarkan kepada garispanduan standard Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menerusi 'Manual on Concepts and Methods: Surveys of Economically Active Population, Employment, Unemployment and Underemployment' yang juga digunakan oleh negara-negara lain.

Bagaimanapun, Malaysia berhadapan dengan satu krisis yang kurang diperkatakan dan kurang diperhalusi, iaitu pekerja mahir!

Mungkin 'pekerja-pekerja mahir' itu telah berpindah ke sektor Internet di mana mereka boleh menjadi pakar dari aviation, ekonomi, politik, dan terkini, fiqh syariah membabitkan GST dan cukai pula!

Secara asasnya, meningkatkan rantaian bermakna, meningkatkan pengeluaran barangan dan perhidmatan yang bernilai tinggi, sekaligus akan menyebabkan produktiviti di Malaysia akan meningkat. Peningkatan produktiviti bermakna, golongan pekerja akan menikmati kadar gaji yang lebih tinggi tanpa bergantung kepada kelulusan atas kertas seperti yang berlaku sekarang. Inilah yang kerap menjadi asas kepada perdebatan antara pembuat polisi apabila mereka bercakap tentang modal insan mampu membantu ekonomi negara.


Bagaimanapun, realitinya adalah berbeza. Menurut data daripada Malaysian Productivity Corp, purata pertumbuhan produktiviti buruh secara tahunan antara tahun 2011 dan 2015 adalah 1.8% sedangkan sasaran sebenar adalah pertumbuhan tahunan sebanyak 3.7%. Gandaan pertumbuhan produktiviti buruh ini amat diperlukan untuk mencapai sasaran pendapatan tinggi dalam Model Ekonomi Baru Malaysia.

Semuanya kerana kekurangan jumlah tenaga kerja mahir.

Sasaran negara sekarang ialah, mereka yang memiliki diploma dan pendidikan tinggi akan mencecah 35% atau 5.35 juta daripada keseluruhan tenaga kerja pada tahun 2020. Sekarang ini, hanya 28% daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja daripada 14.76 juta dianggap sebagai tenaga kerja mahir.

Tanpa tenaga kerja mahir yang lebih ramai, ekonomi negara sukar berganjak ke rantaian nilai dan tidak akan mampu menarik lebih banyak pelaburan-pelaburan modal yang lebih besar.

Kerajaan seharusnya mempunyai perancangan yang lebih jitu untuk meningkatkan tahap kemahiran golongan pekerja di Malaysia yang setakat ini hanya menunjukkan keputusan bercampur-campur dengan jurang yang agak besar antara perancangan dan implementasi sebenar.

Para ekonomis berpendapat tenaga kerja asing tetapi dibayar murah, merupakan salah satu daripada faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Berdasarkan anggaran rasmi, sekurang-kurangnya 1.9 tenaga kerja asing berdokumentasi bekerja di negara ini dengan kerajaan sendiri meletakkan sasaran tenaga kerja asing pada kadar 15% daripada jumlah keseluruhan populasi pekerja.

Bagaimanapun, anggaran tidak rasmi pekerja asing, sama ada yang sah atau haram, adalah dua kali ganda dairpada angka yang diberikan dengan kesan negatif kepada jumlah keseluruhan kadar gaji dan upah kerja.

Industri sendiri sebenarnya tidak memerlukan pergantungan kepada tenaga kerja asing. Sebaliknya meminta kerajaan untuk mewujudkan ekosistem yang lebih boleh diharap bagi inovasi. Sokongan teknologi agak malap di negara ini dan kebanyakannya perlu dibawa dari luar negara. Kebanyakan teknologi tinggi untuk sektor pembuatan diperolehi dari Eropah dan Taiwan bagi meningkatkan proses produktiviti.

Lebih malang lagi, tenaga kerja mahir sukar diperolehi atau kurang bermotivasi berbanding tahun-tahun 1980-an dan 1990-an. Sebagai contoh, jurutera hari ini kurang berminat untuk cabaran manakala lepasan universiti pula gagal menyelesaikan atau mengendalikan masalah. Rakyat Malaysia juga kurang berminat dengan sektor pembuatan, sekalipun persekitaran kerja lebih kondusif dan mereka diberi peluang untuk meningkatkan input. (RUJUK SINI)


Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada perkembangan dan polisi-polisi yang diamalkan oleh pentadbiran terkini, harapan lebih cerah untuk melihat Malaysia lebih maju dalam modal insan berbanding sebelum ini. Apatah lagi dengan tumpuan kini diberikan kepada pelaburan modal berbanding pelaburan pembuatan dan pengilangan di mana Malaysia hanya mengutip cukai dan terpaksa mengeluarkan banyak insentif untuk mengekalkan pelabur-pelabur pembuatan dan pengilangan berbanding pelabur-pelabur modal. 

Apa-apa pun, 1 Mei adalah Hari Pekerja.

Maka, SELAMAT HARI PEKERJA buat seluruh warga kerja di Malaysia....


 
Blogger Templates