Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, November 13, 2017

ISU TANAH DI MUKIM IJOK, AHLI PARLIMEN UMNO-BN DAN ADUN IJOK PKR, HANYA TAHU BESARKAN TELUR SENDIRI!!!



DUN Ijok terletak dalam Parlimen Kuala Selangor. Ahli Parlimen Kuala Selangor adalah Irmohizam Ibrahim mewakili UMNO-BN. Parlimen Kuala Selangor dirampas dari tangan Dzulkefly Ahmad yang ketika itu mewakili PAS dan merupakan penyandang pada PRU-13 tahun 2013. Irmohizam berjaya memperolehi undi majoriti 460 undi sahaja.

ADUN Ijok pula adalah Idris Ahmad dari PKR. Idris Ahmad pernah dinamakan sebagai calon Menteri Besar Selangor ketika krisis kepimpinan melibatkan penggulingan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Namun akhirnya Idris Ahmad yang disokong oleh PAS, terpinggir sebaliknya yang naik menggantikan Khalid Ibrahim yang berjaya digulingkan dengan bantuan DAP adalah Azmin Ali.

Isu tanah di Mukim Ijok masih berlarutan sehingga ke hari ini biarpun sudah mencecah hampir tiga dekad. Dari zaman Barisan Nasional sebagai pentadbir Negeri Selangor, tanah yang sepatutnya diserahkan dan dibangunkan oleh penduduk, akhirnya jatuh ke tangan pihak pemaju menerusi proses perundangan dan mahkamah.

Beberapa buah blog dan portal telah mendedahkan isu berkenaan. Selangor-leaks.com contohnya mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri yang menjual tanah yang sepatutnya diserahkan kepada lebih 200 orang penama. Turut didedahkan ialah proses mahkamah dan pampasan yang sepatutnya diterima oleh penama dan pewaris mereka. Selain itu portal berkenaan turut mendedahkan tentang pembabitan beberapa syarikat termasuklah yang dimiliki oleh penyokong kuat Dr. Mahathir, Khairuddin Abu Hassan yang mengancam akan menyaman sesiapa sahaja yang cuba mengaitkannya dengan tanah berkenaan.

Projek Bandar Alam Perda dan Tanah Revolusi Hijau sememangnya merupakan skandal tanah terbesar di Selangor. Peralihan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat pada tahun 2008 sehingga kini telah memburukkan lagi situasi berkenaan, malahan telah menghitamkan nasib para penama ke atas tanah-tanah yang dimajukan itu. (RUJUK SINI)


Sepatutnya ADUN Ijok dari PKR menjadi juara mengembalikan hak rakyat yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri pimpinan Azmin Ali. Apatah lagi ADUN Ijok, Idris Ahmad itu sendiri banyak bercakap tentang hak dan kuasa rakyat dalam usahanya untuk menjadi ADUN.

Atau Ahli Parlimen Kuala Selangor, Irmohizam Ibrahim yang mewakili UMNO-BN menjadi jurucakap rakyat khususnya mereka yang teraniaya dalam isu Projek Bandar Alam Perda dan Tanah Revolusi Hijau memandangkan ia membabitkan kawasan di dalam Parlimennya.

Malangnya, baik dari Pakatan, mahupun dari UMNO-BN, tidak banyak yang mahu bercakap isu tanah ini. Mereka seolah-olah telah memihak kepada pihak pemaju yang ramai juga tahu, mereka adalah pemodal dan pembiaya sebuah parti politik yang baru sahaja selesai pemilihan CECnya yang menyaksikan TIADA SEORANG PUN MELAYU-BUMIPUTERA dalam hierarki tertinggi kepimpinan parti.

Apa sudah jadi dengan KEBERANIAN MELAYU?

Kalau sesama sendiri, berpolitik sesama sendiri, bukan main hebat tetapi apabila membabitkan kepentingan rakyat, khususnya masa hadapan pemilikan hartanah, TIADA SESIAPA PUN termasuklah wakil-wakil rakyat yang dipilih berani bersuara?

Inikah cerminan nasib yang bakal menimpa rakyat Selangor apabila wakil-wakil rakyat mereka hanya tahu MEMBESARKAN TELUR SAHAJA?


KOMPOSISI CEC DAP KUATKAN LAGI DAKWAAN BAHAWA DAP ADA AGENDA KRISTIANISASI!!!



Akhirnya berlalulah sudah pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada Kongres Khas 12 November 2017-nya. Mengikut Perlembagaan DAP, pemilihan semula ini adalah bagi memilih 20 ahli CEC. Seperti dimaklumi, keputusannya tidaklah jauh berbeza dengan keputusan pemilihan CEC DAP pada 15 Disember 2012, di mana apa yang berbeza, selain urutan kedudukan calon-calon, hanyalah kemasukan Ronnie Liew Tian Khiew dan V Siva Kumar yang mengambil-alih tempat Karpal Singh dan Dr Boo Cheng Hau.

Berikut adalah keputusan pemilihan semula CEC pada 12 November 2017:
1. Lim Kit Siang: 1,199 undi
2. Gobind Singh Deo: 1,198 undi
3. Lim Guan Eng: 1,180 undi
4. Anthony Loke Siew Fook: 1,175 undi
5. Liew Chin Tong: 1,123 undi
6. Teo Nie Ching: 1,080 undi
7. Chong Chieng Jen: 1,057 undi
8. Teresa Kok Suh Sim: 1,033 undi
9. Tan Kok Wai: 1,021 undi
10. Tony Pua Kiam Wee: 1,020 undi
11. Nga Kor Ming: 967 undi
12. Fong Kui Lun: 949 undi
13. Chow Kon Yeow: 900 undi
14. M Kula Segaran: 826 undi
15. Chong Eng: 734 undi
16. Datuk Teng Chang Khim: 702 undi
17. Ronnie Liew Tian Khiew: 688 undi
18. Datuk Ngeh Koo Ham: 659 undi
19. Zairil Khir Johari: 649 undi
20. V Siva Kumar: 586 undi

Berikut pula adalah keputusan pemilihan CEC pada 15 Disember 2012 (setelah diperbetulkan kesilapan teknikalnya pada 4 Januari 2013):

1. Lim Kit Siang: 1607 undi
2. Lim Guan Eng: 1576 undi
3. Karpal Singh: 1411 undi
4. Chong Chieng Jen: 1211 undi
5. Anthony Loke Siew Fook: 1202 undi
6. Tan Kok Wai: 1199 undi
7. Gobind Singh Deo: 1197 undi
8. Tony Pua Kiam Wee: 1162 undi
9. Datuk Teng Chang Khim: 1152 undi
10. Fong Kui Lun: 1137 undi
11. Nga Kor Ming: 1075 undi
12. Chong Eng: 1006 undi
13. Chow Kon Yeow: 986 undi
14. Liew Chin Tong: 984 undi
15. M Kula Segaran: 984 undi
16. Dr Boo Cheng Hau: 958 undi
17. Teresa Kok Suh Sim: 925 undi
18. Teo Nie Ching: 903 undi
19. Datuk Ngeh Koo Ham: 824 undi
20. Zairil Khir Johari: 803 undi

Mengikut Perlembagaan DAP juga, CEC DAP mempunyai kuasa untuk melantik tidak lebih dari 10 orang ahli tambahan ke CEC.

Berdasarkan peruntukan Perlembagaan DAP ini, CEC DAP telah melantik 10 orang ahli tambahan ke CEC yang terdiri daripada:

3 Ahli Parlimen, iaitu:
Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt (Pengerusi DAP Sabah)
Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su Keong Siong
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming

5 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), iaitu:
ADUN Canning, Wong Kah Woh (Pengerusi Kebangsaan DAPSY)
ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan (Naib Ketua Wanita DAP)
ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin
ADUN Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
ADUN Ayer Keroh, Melaka, Khoo Poay Tiong

1 Pemimpin DAP Sarawak, iaitu Dr John Brian Anthony

1 Pemimpin DAP Sabah, iaitu Jannie Lasimbang

Setelah menyelidiki latar belakang 10 orang ahli tambahan yang dilantik ke CEC ini, adalah didapati bahawa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan ini adalah penganut Kristian tegar, di mana sebahagian daripada mereka pula diketahui sebagai terlibat dengan aktiviti evangelisme Kristian, iaitu Stephen Wong Tien Fatt, Thomas Su Keong Siong, Dr Ong Kian Ming, Hannah Yeoh Tseow Suan, Yeo Bee Yin, Dr John Brian Anthony dan Jannie Lasimbang.

Saya tidak pasti apa agama anutan Wong Kah Woh, walaupun beliau kerap memaparkan gambar beliau bersama isteri beliau mengunjungi Gereja St Anne di Bukit Mertajam di samping kerap memaparkan gambar beliau merayakan Hari Krismas, begitu juga dengan agama anutan Khoo Poay Tiong. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji pula adalah penganut Islam.

DAP sebenarnya telah mensesiakan peluang cukup baik untuk memperbaiki imejnya di kalangan pengundi Melayu Islam yang terbentang luas melalui pemilihan semula CEC ini.

Jika DAP benar-benar serius mahu memperbaiki imejnya di kalangan pengundi Melayu Islam, sudah tentulah tokoh-tokoh Melayu Islam yang bertanding di dalam pemilihan semula CEC ini, seperti Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Dr Ariffin Omar, akan dipilih. Malangnya, hanya Zairil Khir Johari, yang disifatkan banyak pihak sebagai bukan Melayu tulen tetapi Melayu celup, kekal menjadi sesatu calon yang terpilih.

Lebih jauh lagi, jika DAP benar-benar serius mahu memperbaiki imejnya di kalangan pengundi Melayu Islam, sudah tentulah tokoh-tokoh Melayu Islam yang hanya memasuki DAP selepas pemilihan CEC pada 15 Disember 2012, seperti Dr Abdul Aziz Bari, Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Yeop Adlan Che Rose, selain mana-mana tokoh-tokoh Melayu Islam yang kalah di dalam pemilihan semula CEC ini, dilantik untuk mengisi kuota 10 orang ahli tambahan.

Bagaimanapun, di sebalik mengisi CEC dengan lebih ramai tokoh-tokoh Melayu Islam, DAP malangnya sekadar mengekalkan 1 kuota Melayu Islam di dalam kuota lantikan ini dengan melantik Tengku Zulpuri Shah Raja Puji bagi menggantikan tempat yang disandang oleh Dr Ariffin Omar.

Sangat pelik sekali melihat cara para pemimpin DAP berpolitik ini kerana di saat ia sedang menghadapi krisis keyakinan yang serius di kalangan pengundi Melayu Islam, dan di saat ia sedang diserang dengan isu Kristianisasi, tokoh-tokoh Kristian jugalah yang menjadi pilihan utamanya untuk dilantik ke CEC sedangkan ini hanya akan memperkuatkan lagi dakwaan bahawa DAP memang mempunyai agenda Kristianisasi.

Dr Kamarul Zaman Yusoff


Friday, November 10, 2017

LIM GUAN ENG KEMBALI SALAHKAN ORANG LAIN KERANA BANJIR DI PULAU PINANG!!!



Banjir di Pulau Pinang telah surut. Bantuan dan peruntukan pun telah diluluskan untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dan seperti yang dijangka, apabila segala-galanya kembali pulih, 'pulihlah' juga perangai menyombong Lim Guan Eng dan kepimpinannya. Cakap-cakap besar selain tuduh menuduh mula diatur bagi membolehkan Lim Guan Eng kekal kelihatan seperti Super Hero yang telah menyelamatkan rakyat serta penduduk Pulau Pinang walaupun hakikatnya, tiada apa-apa yang dilakukan oleh Guan Eng, melainkan berlakon menangis memohon bantuan yang telah digerakkan lebih awal sebelum dia mula merintih.

Peruntukan RM1 bilion telah diluluskan oleh Perdana Menteri. Bagaimanapun, rakyat turut mempersoalkan tentang RM2.6 bilion peruntukan sebelum ini yang telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi perparitan dan saliran yang sepatutnya siap untuk berhadapan dengan bencana banjir, masih tidak wujud semenjak tahun 2013.

Pada ketika banjir sedang melanda, DAP dan para penyokong mereka berkata, banjir tidak boleh dipolitikkan kerana mereka sedar, mereka tidak mempunyai kelebihan. Sebarang tekanan dan pendedahan berlebihan akan mendedahkan kelemahan dan salahguna Lim Guan Eng serta DAP sepanjang mentadbir Pulau Pinang. Namun apabila banjir surut, DAP serta para penyokong mereka berlumba-lumba cuba 'memulihkan' tanggapan orang ramai bahawa yang bekerja kuat menyelamatkan rakyat serta penduduk adalah DAP tanpa bantuan daripada Pusat apatah lagi dari UMNO-BN dan PAS.

Hari ini, Lim Guan Eng menyalahkan Kedah kerana limpahan air di Seberang Perai. Dia menyalahkan Sungai Muda dan bertanyakan Kerajaan Negeri Kedah, sanggup atau tidak membayar kerugian kesan banjir yang diakibatkan daripada Sungai Muda. Alasannya, untuk mendapatkan air mentah di Sungai Muda, Kerajaan Negeri Pulau Pinang membayar Kerajaan Negeri Kedah walaupun hakikatnya, tiada satu sen pun yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Kedah. Malah, pajakan tanah Seberang Perai dan Pulau Pinang kepada Kedah pun, dibayar oleh Kerajaan Persekutuan, manakala Lim Guan Eng dan konco-konconya berkeras mengatakan, Pulau Pinang adalah entiti terasing dari Kedah dan tidak mempunyai sebarang ikatan perjanjian dengan Kedah.

Lim Guan Eng juga menyalahkan Jabatan Meteorologi kerana kononnya lambat memberi amaran awal hujan lebat di Pulau Pinang walaupun amaran awal telah dikeluarkan pada 1 November oleh jabatan berkenaan. Lim Guan Eng bagaimanapun tidak menyalahkan tentang lumpur dan selut yang dibawa oleh banjir tersebut yang datang daripada tapak-tapak pembinaan di kawasan-kawasan bukit yang telah digondolkan oleh pentadbirannya untuk mengaut keuntungan besar.

Yang paling menarik, Lim Guan Eng langsung tidak dapat menjawab, ke mana perginya kesemua wang hasil jualan tanah dan mengapa langsung tidak boleh digunakan untuk membantu rakyat ketika dalam bencana banjir sehingga perlu menunggu bantuan daripada Kerajaan Pusat terlebih dahulu, sedangkan banjir adalah masalah dan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. (RUJUK SINI)

Ibarat melepaskan anjing tersepit!


Thursday, November 9, 2017

HARGA MINYAK NAIK LAGI, ANJING-ANJING GUA MENYALAK TERUS!!!



Harga minyak bagi minggu ini mencatatkan kenaikan. Dan seperti biasalah, setiap kali berlaku kenaikan walaupun setengah sen, para haters akan mengecam dan mula memperlihatkan seolah-olah kehidupan mereka telah terjejas teruk. Dunia seolah-olah sudah terbalik dengan kesan kenaikan minyak. Kadar inflasi telah mengosongkan dompet dan akaun bank mereka. Malah lebih teruk lagi, ada pula yang menggambarkan kenaikan harga minyak telah menyebabkan syarikat tempat mereka bekerja, muflis dan mereka sekarang menjadi penganggur.

Anehnya, gaya hidup golongan haters dan banyak komplen itu tidak berubah sedikit pun. Mereka masih lagi berjoli dan berfoya-foya. Mereka masih lagi berasa selamat dengan sumber dan keadaan kewangan mereka walaupun di media-media sosial, mereka mengatakan mereka memperjuangkan nasib orang di kampung.

Harga minyak di negara ini diapungkan mengikut harga semasa secara mingguan. Harga minyak dunia menyaksikan trend menaik sekaligus menyebabkan harga dalam negara juga meningkat.

Bagaimanapun, haters yang selama ini cukup cakna dengan perkembangan dunia terutama sekali yang membabitkan isu-isu 1MDB, apabila membabitkan harga minyak, tiba-tiba sahaja mereka bertukar menjadi orang yang paling tidak tahu apa-apa. Mereka seolah-olah diserkup tempurung besi dan terpisah daripada dunia luar.



Apa yang berlaku di Arab Saudi memberi kesan kepada harga minyak di seluruh dunia. Berita-berita media antarabangsa yang selama ini sering menjadi rujukan haters, turut memaparkan peningkatan harga minyak dunia semasa ekoran krisis yang berlaku di Arab Saudi.

Arab Saudi merupakan negara pengeluar petroleum terbesar dunia.

Antara hujah yang paling biasa diberikan untuk menghalalkan kemarahan mereka ialah harga barang. Kenaikan harga minyak akan menyebabkan harga barang naik. Oleh sebab itulah, kerajaan perlu mengekang kenaikan harga minyak bagi mengelakkan kenaikan harga barang.

Masalahnya ialah, di Malaysia harga barang tidak bersandarkan kepada kenaikan harga minyak. Memang benar, para orang tengah dan pemborong akan menggunakan alasan harga minyak untuk memaksimakan keuntungan tetapi ketika harga minyak turun, harga barang tidak ikut turun, bahkan beberapa barangan lain khususnya barangan pengguna melibatkan makanan, terus meningkat.

Hairannya, ke mana kebijaksanaan mereka semua yang dalam kes 1MDB, mereka akan merujuk kepada pelbagai saluran media antarabangsa? Mereka akan memberikan hujah-hujah bersandarkan apa yang ditulis oleh media-media antarabangsa, tetapi dalam isu kenaikan harga minyak mereka hanya berhujah bersandarkan kepada apa yang mereka nampak semata-mata?


Wednesday, November 8, 2017

SURAT MAHATHIR MEMBELA DIRI, SEBENARNYA LEBIH MENYERLAHKAN PENYELEWENGAN DAN SKANDAL PADA ERA DIA BERKUASA DAHULU!!!



Sepucuk surat bertandatangan Dr. Mahathir menjadi tular di media-media sosial semalam. Ada yang berpendapat, surat tersebut ditulis oleh Dr. Mahathir apabila dia semakin terdesak apabila isu 'Bugis Lanun' yang sepatutnya membuatkan Najib semakin dicemuh, bertukar menjadi cemuhan ke atas dirinya. Tetapi ada pula yang mempersoalkan surat tersebut daripada Dr. Mahathir memandangkan gaya bahasa yang digunakan sedikit berbeza gaya tulisan kebiasaan Mahathir.

Namun yang pasti, isu 'Lanun Bugis' atau 'Bugis Lanun' telah memberi kesan kepada hubungan dua hala antara Malaysia-Indonesia. Tekanan daripada pelbagai pihak di Indonesia agar Mahathir meminta maaf secara terbuka berhubung kenyataannya itu telah dibuat secara terbuka, termasuklah menerusi demonstrasi.

Di Malaysia, kaum Melayu yang terdiri daripada pelbagai suku sebenarnya kurang peduli apabila nama suku masing-masing disebut kerana kebanyakan daripada orang Melayu khususnya golongan muda kurang peduli pun dengan suku masing-masing. Sebaliknya, mereka lebih senang dan bangga dikenali sebagai Melayu.

Tetapi apabila seorang bekas Perdana Menteri menjatuhkan tarafnya sebegitu rendah semata-mata untuk menggulingkan Najib Abdul Razak, ramai yang membuka mata dan mula membanding-bandingkan antara Najib dan Dr. Mahathir sendiri.

Sementara salasilah Najib daripada keluarga Kesultanan Gowa Sulawesi yang sangat jelas, keturunan dan salasilah Mahathir sendiri sangat kabur dan hanya terhenti pada sebelah ibunya.

Tidak sepatutnya orang tua seperti Dr. Mahathir memilih jalan terdesak dengan mengungkit latar belakang dan keturunan seseorang semata-mata untuk menjatuhkan saingannya. Apatah lagi, di bawah pentadbirannya sendiri, pelbagai pertanyaan terutama membabitkan pembahagian kekayaan negara hanya kepada kelompok tertentu terutama sekali anak-anaknya, tidak pernah berjaya dijawab oleh Mahathir. Itu belum lagi termasuk kehilangan wang negara yang bernilai berpuluh-puluh kalau tidak pun berbilion ringgit semasa era pentadbirannya.

Ungkitan ke atas asal usul Najib dan kemudian cuba menghalalkannya selepas dikecam teruk dengan kononnya Najib telah memalukan negara menerusi pelbagai skandal dan penyelewengan, sebenarnya tidak lebih daripada cerminan cerita peribadi Mahathir sendiri.


Sekarang maklumat sudah di hujung jari. Tidak perlu lagi mengorek fail-fail lama dan kemudian meletakkannya di hadapan musuh untuk menakutkan mereka, sebaliknya cukup sekadar melayari Internet, dan fail-fail serta isu-isu lama yang membabitkan penyelewengan dan skandal Mahathir boleh diakses dengan sangat mudah.

Namun sesuatu yang pasti ialah, Mahathir terus menafikan dia menghina Bugis dan enggan meminta maaf. Mahathir sebaliknya menuduh Najib telah MERASUAH DEDAK kepada semua orang dan meminta mereka untuk menunjukkan kemarahan kepadanya berhubung isu menghina Bugis. (RUJUK SINI)

Dan kalaulah itu teori Mahathir bermakna KDYMM Sultan Selangor, Majlis Istana Selangor, Naib Presiden Indonesia dan sebilangan besar kumpulan Bugis dari Indonesia dan Malaysia adalah salah, Mahathir pula betul?

Semua orang salah, Mahathir sahaja yang betul?

Kepala lutut!!!




Tuesday, November 7, 2017

DUIT RM2.95 BILION HILANG, AZMIN ALI DIPERSOAL MENGAPA BERDIAM DIRI!!!



Peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Selangor berjumlah RM2.95 bilion telah HILANG dari rekod kewangan Kerajaan Negeri Selangor!!!

Dengan kata lain, wang berkenaan telah disorokkan oleh pentadbiran Selangor yang diketuai oleh Azmin Ali.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang merupakan ADUN Batang Kali di Dewan Undangan Negeri Selangor semalam. 

Menurutnya, wang tersebut yang disalurkan menerusi MARRIS untuk pembaikian dan penyelenggaraan jalanraya-jalanraya di Selangor semenjak 2012, langsung tidak wujud dalam rekod kewangan Negeri Selangor. 

"Di bawah Perlembagaan Persekutuan, penyataan anggaran perbelanjaan dan jumlah wang yang diterima oleh Kerajaan (menerusi MARRIS) perlu dibentangkan di dalam mesyuarat DUN. Bagaimanapun, jumlah (dalam penyata Anggaran Perbelanjaan Selangor) dari 2012 sehingga 2017 tidak mencatatkan apa-apa. Justeru, saya menggesa Menteri Besar untuk menerangkan perkara ini seandainya ia merupakan satu penyelewengan peruntukan MARRIS. Kita bimbang sekiranya berlakunya penyelewengan, ia boleh menimbulkan kekecohan sekiranya tidak dijelaskan," katanya. (RUJUK SINI) 

Menurut Nadzari, Selangor telah menerims RM500 juta setiap tahun di bawah MARRIS memandangkan peruntukan tersebut adalah satu kewajipan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. 

Bercakap kepada para wartawan kemudiannya, dia berkata orang ramai seharusnya mengambil tahu ke mana wang RM2.95 bilion itu digunakan dan mengapa tidak direkodkan. 

Katanya lagi, Menteri Besar Selangor Azmin Ali wajib menerangkan kepada DUN ke mana peruntukan itu telah dipindahkan dan digunakan dan mengapa tidak tercatat dalam dokumen rasmi negeri. 

Nadzari turut berkata, isu tersebut turut membangkitkan persoalan sama ada Bajet Negeri dari 2012 sehingga 2017 sebenarnya bertentangan dengan dengan Seksyen 14 dan 15 Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan. 


KERAJAAN YANG DIKATAKAN GILA, TIDAK SIUMAN, MEROMPAK, RASUAH & KLEPTOKRASI ITULAH YANG DATANG MENOLONG!!!



Sebulan yang lepas, Guan Eng kata kerajaan BN sebagai gila dan pemimpin BN sebagai tidak siuman. Selama tujuh minit Guan Eng berucap tidak kurang 20 perkataan 'gila' dan 'tidak siuman' terbit daripada mulutnya ketika Demo Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017.

“Kita berhimpun di sini, kerana kita mahu Malaysia jadi ‘nobel’ balik, kita mahu Malaysia tidak mau dipimpin oleh satu parti pemerintah yang sudah gila” kata Guan Eng pada malam tersebut.

Selain itu, Guan Eng berkata lagi “Kalau mabuk dia boleh ubat balik, kalau sudah gila, tiada ubat boleh ubat sama dia”. Nampaknya Guan Eng mempertahankan lagi orang yang mabuk dan minum arak masa Oktoberfest. Malah menghina pemimpin BN sebagai gila yang tidak boleh diubat dan lebih teruk dari minum arak.

“Gila punya parti lah...yang gila dan tidak siuman..tidak ada hak untuk memerintah negara..kita buang sama dia..kita ganti dengan Pakatan Harapan” teriak Lim Guan Eng lagi ketika berucap dalam majlis tersebut.


Sehari selepas berucap kata kerajaan BN sebagai gila dan tidak siuman di Petaling Jaya, Guan Eng buat satu lagi kenyataan mempertahankan pesta arak, Oktoberfest yang dianjurkan di Pulau Pinang. Guan Eng kata Pulau Pinang bukan “negeri Taliban”

"Pelampau ini mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak akan berjaya di Pulau Pinang. Pulau Pinang tidak berminat melarangnya, atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia. Kami bukan negara Taliban," kata Guan Eng mempertahankan pesta arak di Pulau Pinang.

Banjir yang berlaku di Pulau Pinang bukan banjir yang biasa. Apakah ini balasan kepada keangkuhan Guan Eng dan pesta arak? Air banjir itu berwarna coklat. Air itu bersalut lumpur.

Dari mana datangnya lumpur? Turun bersama dengan air hujan? Semua rakyat Pulau Pinang harus menyalahkan sikap rakus Guan Eng yang membenarkan semua projek projek mewah di lereng bukit.

Air itu dari projek mewah milik kontraktor kaya di lereng bukit. Siapa yang gadai tanah tanah di lereng bukit itu untuk dibangunkan? Hasil keseluruhan industri jual tanah oleh Guan Eng ini sudah bernilai RM16 billion. Orang kaya yang dapat untung, rakyat dapat banjir lumpur sahaja.

Elok sangatlah seorang wakil rakyat DAP dimaki dua hari berturut turut di Pulau Pinang kerana isu banjir ini. Wakil rakyat DAP pergi melawat dan selfie sahaja. Kemudian bila diminta tolong dan bantuan, mereka kata mereka tiada kuasa. Memang kena maki hamunlah dengan rakyat.

Wakil rakyat DAP tiada kuasa? Habis itu mahu minta tolong siapa? Guan Eng kata kerajaan yang ada di Putrajaya sudah gila dan tidak siuman.

Sekarang ini, bila ditimpa musibah dan bencana banjir di Pulau Pinang, siapa yang jadi ‘gila dan tidak siuman” di waktu malam menelefon pemimpin BN meminta bantuan? Guan Eng tidak telefon pun, kerajaan BN sudah bersiap siaga untuk membantu rakyat di Pulau Pinang.

Guan Eng telefon jam 3.00 pagi, bantuan datang sebelum itu lagi. Angkatan Tentera Malaysia menerusi pasukan pemantau 509 Askar Wataniah telah diatur gerak seawal jam 1.30 pagi lagi untuk membantu mangsa banjir di Pulau Pinang. Bilik gerakan dibuka diaktifkan jam 4.30 pagi untuk menyelamatkan mangsa mangsa banjir.


Semalam, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri turun melawat Pulau Pinang. Bukan main lagi Guan Eng memeluk erat Timbalan Perdana Menteri, kemudian makan nasi bersama sama di pusat pemindahan banjir.

Hari ini, Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri pula datang melawat mangsa banjir di Pulau Pinang. Guan Eng tunggu awal lagi di tangga kapal terbang untuk menyambut Perdana Menteri dan isteri. Kemudian bila Datin Seri Rosmah turun dari pesawat, terus Guan Eng bersalam dan memperkatakan sesuatu kepada Datin Seri Rosmah.

Dengan muka yang penuh sugul, entah apa yang disebut oleh Guan Eng kepada Datin Seri Rosmah. Inilah jiwa besar pemimpin pemimpin Barisan Nasional. Tidak pun menyimpan dendam terhadap orang yang menuduh mereka sebagai gila dan tidak siuman.

Bantuan kepada mangsa banjir dihulurkan tanpa mengira parti dan jumlahnya. Kalau hendak kira bantuan yang kerajaan Barisan Nasional salurkan, jumlahnya jauh berkali ganda lebih banyak dari hanya RM1 juta yang disumbangkan oleh Azmin Ali.

Dimana kawan-kawan Guan Eng yang lain? Di mana Mahathir? Dimana ayahnya Lim Kit Siang? Mereka sibuk dengan acara menyelamatkan orang lain di Sungai Buloh. Kroni Mahathir kaya raya, mana sumbangan mereka?

Akhirnya kerajaan Barisan Nasional juga yang datang membantu. Elok rakyat Pulau Pinang serah baliklah kerajaan negeri Pulau Pinang kepada BN dalam PRU14 nanti. Sudah terbukti kerajaan DAP gagal sepenuhnya menjaga rakyat di Pulau Pinang.

Guan Eng kena minta maaf balik secara terbuka kepada pemimpin BN sebab cakap gila dan tidak siuman ini. Rakyat ternanti nanti permohonan maaf Guan Eng ini.


 
Blogger Templates