Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, November 27, 2014

BAGUSLAH AKTA HASUTAN DIPERKUKUHKAN, TETAPI JANGAN LUPA UNTUK KUATKUASAKANNYA!!!

Perdana Menteri telah mengumumkan pendirian Kerajaan yang sudah tentu akan membuatkan para penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat melolong sakan sambil mengungkit-ungkit janji pemansuhan akta tersebut. Mereka akan melabelkan Perdana Menteri sebagai seorang yang mungkir janji kerana gagal memansuhkan Akta Hasutan sepertimana yang mereka inginkan.

Akta Hasutan 1948 tidak akan dimansuhkan. Itu adalah ketetapan terkini dan mutakhir oleh Perdana Menteri Malaysia yang sudah tentu mewakili suara anggota kabinet dan juga Kerajaan Malaysia yang dikuasai oleh Barisan Nasional.

Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri lagi, akta tersebut akan diperkukuhkan dan diperkuatkan lagi dengan sekurang-kurangnya memasukkan dua perkara iaitu:

(1) Memasukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan menghalang agama lain daripada dihina bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan masyarakat majmuk negara ini.

(2) Memasukkan peruntukan yang membolehkan tindakan diambil ke atas mereka yang berusaha mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

Selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat dimansuhkan, keadaan di dalam negara menjadi tidak aman dengan semakin bertambahnya elemen-elemen anarki dan subversif. Fahaman Komunisme yang suatu ketika dahulu, cuba diselindungi dan bergerak di bawah tanah, sekarang ini telah disambut secara terang-terangan, malahan diraikan atas alasan kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun.

Para penyokong anarki dan subversif menerima sokongan daripada barisan peguam yang juga merupakan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Ditambah pula dengan beberapa keputusan ganjil melibatkan beberapa orang hakim mahkamah dan kelemahan dari Pejabat Peguam Negara sendiri, Akta Hasutan bukannya sesuatu yang mudah untuk dikuatkuasakan.

Penghapusan undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kurang berkesannya SOSMA, menyaksikan Akta Hasutan 1948 turut ditekan agar dimansuhkan hanya dengan alasan undang-undang berkenaan sudah lapuk. Padahal dengan masalah sosial yang semakin kompleks dan pelbagai elemen daripada hasutan boleh menyebabkan negara yang mempunyai perbilangan dalam kaum, budaya, agama, bahasa dan latar belakang berhadapan dengan huru-hara yang amat mudah dicetuskan, sepatutnya undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 disokong oleh penggubal undang-undang bagi memastikan negara ini menjadi sebuah 'rumah besar' yang selesa didiami dan menjadi tempat berhabitat.

Syukurlah, pengumumkan telah dibuat, Akta Hasutan akan dikekalkan dan ditambahbaikkan dari keadaannya sekarang. Bagaimanapun, penambahbaikan sahaja tidak wajar kerana SOSMA juga diikrarkan lebih baik dari I.S.A tetapi sehingga sekarang SOSMA tidak berfungsi. Sebaliknya Akta Hasutan perlu dikuatkuasakan dan sebarang cubaan untuk menghapuskan Akta Hasutan atau memperlekehkan Akta Hasutan terutama menerusi keputusan-keputusan mahkamah yang 'ganjil', perlu dikenakan tindakan yang jauh lebih tegas.

Wednesday, November 26, 2014

SUSAHNYA JADI AHLI UMNO BILA PEGUAM MUDA DEDAHKAN HALANGAN DARI UMNO SENDIRI JADI PENYEBABNYA!


Presiden kata lepas ni keahlian adalah secara Online. Patut dari awal benda ni dibuat. Karenah birokrasi utk keahlian amat menyusahkan. Pengalaman sendiri membuktikan. Beberapa cubaan telah dibuat utk menjadi ahli ternyata gagal.

Cubaan pertama: 10 Januari 2013 menyerahkan Borang Keahlian kpd Ketua Penerangan UMNO di PWTC bersama Sdr Sam Shariff dengan ada liputan media sekali. Tiada sebarang maklum balas keahlian selepas itu. Sudahnya, esok terus difitnah dlm blog jalanpulang1978 dgn tajuk "Pecah Berita: Peguam Carik Makan Merajuk Masuk UMNO". Dan dikongsi dan viral dlm blog2 pro PR yg lain. I was so close to file defamation suit that time, tapi kesian kpd blogger ni..kang susah pulak nak byr pampasan. Lagipun bkn x kenal blogger nih, bekas kwn sekolah my partner jugak. Biarlah fitnah yg dia tulis tu dijawab di akhirat kelak. Blog dia pun dah dipadamkan, mungkin takut dgn kemungkinan diambil tindakan undang-undang sebab byk sgt fitnah dan mengata kat org. Matlamat sendiri utk sertai UMNO adalah jelas dan hanya Allah saja yang tahu. Tidak perlu sesiapa di bawah langit utk menilai dan menghukum meski UMNO dilihat secara persepsi kian parah & kurang upaya. Meski pernah ditempelak rakan-rakan lain dgn sindiran kasar, "Kalau dah org tak mau, kenapa masih terhegeh-hegeh?".

Cubaan Kedua: Bulan Mac 2013, sebulan sebelum Parlimen dibubarkan. Borang Ahli siap ditandatangani Ketua Cawangan & S/U Bahagian ketika itu. Siap cop bagai. Ketua Cawangan diminta S/U Bhg utk majukan borang ke pusat. Mungkin hilang di tgh jalan atau Ketua Cawangan mmg x hantar, seminggu selepas PRU13 selesai, baru dpt tahu bahawa borang keahlian tidak pernah diproses ie nama tidak ada dlm data keahlian.

Cubaan Ketiga: Sendiri cari borang, minta dan ambil sendiri. Sendiri jugakla cari Ketua Cawangan lain utk tandatangan, jumpa sendiri dgn Ketua Bhg utk dptkan tandatangan bahagian. Tinggal satu lagi proses, mahu serahkan sendiri borang ke PWTC nanti. Apa begini payahnya utk sertai sebuah Partai 'elit' sedangkan rakan-rakan dalam Partai 'marhain' PKR, PAS hatta DAP pernah terus memegang tangan mengajak utk bersama tanpa byk bicara...

Monday, November 24, 2014

BUDAK 3 TAHUN DIBUNUH DAN MAYATNYA DICAMPAK KE ANAK SUNGAI SEBAB DENDAM DIA SUKA BUAT BISING!!!

BEAUFORT: Suspek pembunuhan kanak-kanak Mohd Shahriqal Sidek, 3, mengakui menampar mangsa berulang kali sehingga pengsan. Suspek kemudian mencampak mangsa ke anak sungai di Kampung Jempangah, Beaufort, Jumaat lalu.

Hasil siasatan awal mendapati, dendam terhadap terhadap keluarga mangsa menjadi punca suspek yang berusia 30 tahun itu bertindak sedemikian pada Jumaat lalu termasuk mencampak mangsa ke anak sungai berhampiran Sekolah Menengah St John, 7 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan yang menyayat hati dan mengembung selepas 56 jam kehilangannya dilaporkan.

Suspek mendedahkan, mangsa kerap mengejeknya sebelum ini sehingga menyebab lelaki itu berang dan bertindak menyerang mangsa.

Suspek kini direman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan.

Sumber mymediahubonline.blogspot.com

Saturday, November 22, 2014

SEEKOR LAGI PEMIMPIN DAP GAGAL BAHASA KEBANGSAAN.... PERSOALKAN DENGAN FITNAH PUN DIA TAK FAHAM MAKSUDNYA!!!

Pernahkah anda berhadapan dengan seorang pekedai atau pembeli yang tidak fasih berbahasa kebangsaan? Walaupun anda menerangkan pelbagai perkara yang anda tidak puas hati kepada mereka, mereka akan tetap mempunyai hujah berdasarkan kesimpulan mereka sendiri. Dan mereka amat malu untuk mengakui yang mereka sebenarnya tidak faham sepatah haram pun apa yang dicakapkan atau apa yang dibaca!

Begitulah yang berlaku kepada DAP!

Hampir keseluruhan DAP tidak faham Bahasa Kebangsaan. Walaupun terdapat beberapa ekor Melayu muda berada dalam DAP, kesemua mereka hanya ditugaskan untuk mengumpulkan sokongan Melayu di kampung dan sub-bandar sahaja tanpa boleh mengajar pemimpin-pemimpin utama DAP tentang maksud atau frasa dalam Bahasa Kebangsaan.

Lim Guan Eng cuba mengambil kesempatan untuk melakukan pembohongan dan putar belit secara bodoh-bodoh. Tetapi bagi orang yang kurang berfikir, kurang membaca dan kurang pengetahuan, memanglah akan mudah tertipu atau terpedaya dengan cerita Lim Guan Eng itu.

Perihal Tony Pua disaman Najib Abdul Razak, DAP dan Lim Guan Eng cuba membayangkan isu tersebut sebagai cubaan untuk menutup tembelang dan kebobrokan urusan dalam 1MDB membabitkan Najib Abdul Razak.

Sedangkan saman Najib Abdul Razak kepada Tony Pua adalah kerana fitnah Tony Pua ke atas peranan Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bukannya sebagai pengoperasi 1MDB.

Lim Guan Eng menyatakan bahawa DAP tidak akan berhenti bercakap dan mempersoalkan tentang 1MDB walaupun Najib menyaman Tony Pua.

Apa bodoh sangat Setiausaha Agung DAP ini?

Kau nak cakap, kau nak persoalkan sampai terkeluar anak tekak pun, buatlah. Itu memang kerja kau sebagai pembangkang. Memang itu pun tujuannya pembangkang wujud dalam Parlimen Malaysia. Yang menjadi masalahnya, Tony Pua fitnah Najib.

Lainlah kalau 1MDB yang saman Tony Pua dan mengambil injuksi agar Tony Pua langsung tak boleh sebut tentang 1MDB. Ikrar yang dibuat oleh Lim Guan Eng itu barulah nampak realistik.

Sudahlah tak faham Bahasa Kebangsaan, tetapi berlagak macam master sangat....

TERESA KOK BIJAK AMBIL KESEMPATAN TONJOLKAN NAMANYA SELEPAS TONY PUA 'BERPUASA' SELAMA 14 HARI!!!

Dalam DAP, individu yang dibenarkan bercakap dan menzahirkan pandangan parti itu hanya beberapa kerat sahaja. Antara mereka termasuklah Teresa Kok, Tony Pua, Ong Kian Min, Anthony Loke, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang sendiri. Manakala pemimpin-pemimpin DAP yang lain sekadar mangkuk tambah dan menjadi penyokong. Isu-isu baru hanya akan dibangkitkan oleh nama-nama di atas.

Setelah Tony Pua bakal disaman oleh Perdana Menteri Malaysia berhubung fitnahnya tentang 1MDB, Teresa Kok mengambilalih peranan Tony Pua. Teresa Kok yang juga bertanggungjawab untuk memantapkan DAP Sarawak, mula memperkatakan tentang 1MDB dan Perhimpunan Agung UMNO yang akan turut mempersoalkan berhubung kewujudan Sekolah-Sekolah Vernakular yang langsung tidak menyumbang kepada perpaduan kaum di negara ini, bahkan menjadikan negara ini berjuzuk-juzuk sehinggakan ada sebahagian besar daripada pelajar-pelajar dan produk-produk sekolah vernakular, langsung tidak boleh berbahasa kebangsaan - sama ada kefahaman, penulisan mahupun pertuturan.

Teresa Kok sendiri adalah hasil produk sekolah vernakular. Dan sekalipun dalam Wikipedia tercatat kononnya dia boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih, sebenarnya ia adalah pembohongan sama sekali. Seandainya kalau negara ini benar-benar mengikut Perlembagaan, kerakyatan Teresa Kok boleh digugurkan secara automatik kerana melanggar Perkara 16 (d) iaitu gagal mempunyai pengetahuan asas berbahasa Kebangsaan.

Teresa Kok mencabar Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak untuk mendebatkan tentang 1MDB berbanding sekolah vernakular yang menurutnya jauh lebih bermutu berbanding sekolah-sekolah aliran kebangsaan. Menurutnya, UMNO perlu memikirkan perkara yang lebih besar mengapa ibu bapa lebih memilih sekolah vernakular berbanding sekolah aliran kebangsaan.

Seperkara yang langsung tidak disebut oleh Teresa Kok atau mana-mana pejuang sekolah vernakular ialah, penggredan lebih rendah telah dibuat membabitkan beberapa matapelajaran untuk sekolah-sekolah vernakular, sekaligus menjadikan kebanyakan sekolah-sekolah vernakular sekadar mampu ke Taiwan, China, Macau atau Hong Kong untuk melanjutkan pelajaran. Untuk ke negara-negara lain, mereka perlu mengambil peperiksaan yang lain.

Teresa Kok tidak pernah menceritakan bagaimana dia bergelut untuk lulus matapelajaran Bahasa Malaysia bagi membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang yang lebih 'ringan' kemasukannya berbanding universiti-universiti awam yang lain.

Universiti Sains Malaysia merupakan satu-satunya universiti awam di negara ini yang berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

Pembohong besarlah jikalau Teresa Kok menyatakan bahawa taraf dan mutu pendidikan sekolah-sekolah vernakular lebih tinggi berbanding sekolah-sekolah aliran kebangsaan.

Yang sebenarnya, Teresa Kok sangat takut, bahkan DAP berasa sangat terancam sekiranya kerajaan memansuhkan dan menghapuskan terus aliran vernakular, sebaliknya menyerap semua kurikulum ke dalam aliran kebangsaan dengan Bahasa Melayu sebagai pengantar utama.

Itu yang ditakuti sangat oleh DAP. Kalau dari kanak-kanak lagi sudah bersatu, macam mana Teresa Kok dan produk-produk chauvinist lain hendak memberitahu masyarakat Cina yang mereka adalah bangsa SUPREME di Malaysia?

Itu sebenarnya!!!

ADUN PEKAN NANAS MARAH CADANGAN LUCUT KEWARGANEGARAAN KERANA TIDAK BOLEH BERBAHASA KEBANGSAAN!!!

Cadangan ADUN Jorak kepada Kerajaan agar melucutkan kewarganegaraan mereka yang tidak boleh berbahasa Kebangsaan telah menimbulkan kemarahan kepada ADUN DAP Pekan Nanas. (SARAWAKIAN MARKS)

Yeo Tung Siong membuat laporan polis ke atas Shahruddin Md. Salleh di Balai Polis Nusajaya.

Sememangnya cadangan ADUN Jorak itu merupakan satu perkara yang TERBAIK dan paling berani daripada seorang rakyat Malaysia.


Apa sebenarnya yang ADUN DAP Pekan Nanas tu sakit hati sangat dengan cadangan ADUN Jorak? Adakah ADUN Pekan Nanas itu sebenarnya tidak boleh berbahasa kebangsaan dan dia bimbang sekiranya undang-undang baru perlucutan kewarganegaraan dibuat, maka dia akan terbabit sekali atau hampir 75% penyokong DAP tidak lagi boleh mengundi?

Ketakutan luar biasa yang ditunjukkan oleh ADUN DAP Pekan Nanas itu pastinya mempunyai 'tangan ghaib' di belakang yang melihat kerugian besar kepada mereka sekiranya cadangan melucutkan kewarganegaraan bagi rakyat Malaysia yang tidak boleh berbahasa kebangsaan seperti di Brunei Darussalam.


Malaysia seharusnya tidak boleh terlalu lembik lagi dalam hal penguatkuasaan Bahasa Kebangsaan. Undang-undang sepatutnya lebih jelas dan pemaksaan ke atas penggunaan, kefasihan dan kefahaman menggunakan Bahasa Kebangsaan perlu dilakukan. Mereka yang tidak boleh berbahasa kebangsaan tidak selayaknya mendapat sebarang keistimewaan sebagai rakyat, walaupun taraf penduduk mereka dikekalkan.

Masakan setelah lebih setengah abad berada di Malaysia, masih ada lagi yang tidak boleh berbahasa kebangsaan?

Kalau sekolah vernakular mereka pertahankan, mengapa pula keberadaan mereka di negara ini tidak dipertahankan menerusi penguasaan Bahasa Kebangsaan terutama sekali generasi muda mereka yang cukup aktif berpolitik?

Friday, November 21, 2014

NAJIB NAK SAMAN TONY PUA DAN TONY PUA TAK TAKUT SIKIT PUN!!!

Macam deja vu...

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengesahkan yang dia telah mendapat surat tuntutan kerana didakwa menfitnah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Abdul Razak dalam sebuah klip video, TONY PUA: NAJIB IS CREATING THE BIGGEST SCANDAL EVER IN THE HISTORY OF MALAYSIA.

Menurut Tony Pua, peguamnya, Gobind Singh Deo sedang meneliti perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sesuai.

Surat berkenaan telah dihantar oleh Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak bagi pihak Najib Abdul Razak.

Terdapat enam perkara dalam surat tersebut iaitu: berhenti daripada terus menfitnah; menarik semua tuduhan, memberhentikan semua penyiaran material fitnah; memohon maaf; berjanji tidak akan mengulanginya; dan menawarkan gantirugi yang bersesuaian.

Sekiranya keenam-enam tuntutan tersebut gagal ditunaikan, plaintif berhak mendapat pengadilan mahkamah termasuklah mendapatkan injunsi untuk menghentikan semua serangan.

Video tersebut telah dirakamkan sewaktu jamunan makan malam untuk mengutip derma bagi DAP pada 3 November lalu di Petaling Jaya dan dimuatnaik oleh Media Rakyat. Di dalam klip video tersebut, Tony Pua memperkatakan tentang dana dan bon kedaulatan di bawah Kementerian Kewangan yang menterinya adalah Najib Abdul Razak.

Tony Pua menuduh Najib sebagai pemimpin yang gagal, kejam, kasar, kuku besi dan tidak terbuka untuk kritikan selain telah mewujudkan skandal terbesar dalam sejarah negara ini sekaligus membawa maksud Najib adalah seorang pemimpin yang mengamalkan rasuah, perompan dan telah menyeleweng wang rakyat serta menyalahgunakan kuasanya.

Surat berkenaan menuntut Tony Pua memenuhi semua tuntutan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tersebut diterima.

Berdasarkan rekod yang ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat setiap kali mereka disaman ialah, mereka akan melipatgandakan jumlah hasutan dan fitnah sebelum sampai tempoh akhir tuntutan. Pada hari terakhir, barulah mereka akan meminta maaf dan mengaku salah selain meminta agar tidak dikenakan saman yang besar.

Najib Abdul Razak tidak harus bagi muka kepada Tony Pua. Sudah terlalu banyak fitnah yang dilakukannya dan dia terlepas begitu sahaja kerana dasar toleransi sebelum ini. Orang seperti Tony Pua perlu dimufliskan, sebagaimana Lee Kuan Yew lakukan terhadap musuh-musuhnya!

Tidak salah untuk Najib mengikuti jejak Lee Kuan Yew memandangkan DAP cukup hormat dan meneladani perbuatan bekas Perdana Menteri Singapura dan Menteri Mentor Singapura itu.
 
Blogger Templates