Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 28, 2015

RESTORAN MAMAK DI RAHANG, NEGERI SEMBILAN HIDANG AYAM BERULAT DAN CABAR PELANGGAN BUAT LAPORAN POLIS!!!



Satu klip video menunjukkan hidangan ayam madu di sebuah restoran mamak di Rahang, Negeri Sembilan mengandungi ulat-ulat hidup, telah dimuatnaik oleh Friends of Waghih.

Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, kejadian berlaku di NKI Bistro, yang dahulunya merupakan Restoran Azhar Maju terletak berhampiran dengan Pejabat RISDA, Padang Bolasepak Rahang, Balai Bomba Rahang dan Balai Polis Rahang. 


Pengirim turut melaporkan bagaimana pemilik restoran mamak tersebut dengan sombongnya mencabar agar kes tersebut dipanjangkan dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Tidak itu sahaja, dia juga enggan mengakui bahawa makanan yang dijualnya tercemar, sebaliknya menyalahkan pembekal kononnya telah membekalkan ayam yang tidak elok. 


Seorang pembaca mencadangkan agar restoran tersebut diboikot. Bagaimanapun, seorang pembaca yang lain menyindir tentang perangai hangat-hangat tahi ayam sebahagian besar pelanggan yang hanya berasa jijik apabila melihat klip video tetapi tidak lama kemudian kembali mengerumuni dan mendatangi restoran mamak yang telah terbukti kotor itu. 

Pengguna mempunyai kuasa untuk memboikot dan melaporkan kepada pihak berkuasa tentang mana-mana premis makanan yang bukan sahaja telah melanggar tatacara kebersihan dalam penyediaan makanan mahupun yang berharga mahal, tetapi juga untuk menyebarkan pencemaran tersebut bagi mengingatkan para pengguna yang lain agar tidak terkena sama. 


Gunakan kuasa pengguna yang ada pada kita dengan sebaik-baiknya. 

Jangan harap sangat dengan penguatkuasa daripada Jabatan Kesihatan atau KPDNKK... mereka terlalu sibuk dengan kerja lain!



ISU 2 KERJA SUDAH MELARAT DAN LARI DARI KONTEKS SEBENAR, KATA MAT MASLAN YANG TERUK DIGIAT DAN DISINDIR WARGA NETIZEN!!!



Isu #2kerja disifatkan sudah terlampau melarat dan lari daripada konteks asal seperti yang disyorkan pada awalnya.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tajuk yang digunakan beberapa media juga perlu ditukar agar selari dengan ucapannya dalam satu ucapan di Johor Bahru baru-baru ini.

"Saya kata kerja sedia ada ditambah perniagaan online. Itu yang cerita asalnya. Sekarang sudah melarat macam-macam," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.


Dalam satu majlis baru-baru ini, Ahmad berkata, kementeriannya mengesyorkan semua agensi kerajaan yang berurusan dengan usahawan mikro, kecil dan sederhana agar memberi fokus kepada perniagaan dalam talian.

Jelasnya, perniagaan atas talian, pemasaran elektronik atau e-dagang dilihat akan menjadi trend perdagangan masa depan.

Ujarnya lagi, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga menyediakan geran tertentu kepada kumpulan usahawan berkenaan.

Isu #2kerja mendapat pelbagai reaksi termasuk daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Kata Presidennya, Datuk Azih Muda, produktiviti kakitangan awam yang melakukan dua kerja dibimbangi akan terjejas kerana melakukan tugasan melebihi kemampuan diri.





Terdahulu di dalam Twitter, Ahmad memberitahu dia juga mempunyai tiga kerja iaitu Ahli Parlimen Pontian, Timbalan Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Ketua Penerangan UMNO.

"JIka kerja sedia ada waktu siang, boleh business online waktu malam dan hujung minggu asal tak jejas prestasi, boleh tambah pendapatan," katanya ketika dipetik dari laman Twitternya. - AWANI


ISLAM-KRISTIAN SAMBUT KRISMAS DI GEREJA DI SARAWAK... KALAU DI SEMENANJUNG, DAH TENTU BERPERANG DAN DIKAFIR-KAFIRKAN NIH!!!



Semenjak Malaysia diserang oleh fahaman Taliban dan Wahabi totok walaupun ramai yang enggan memperakuinya, boleh dikatakan ramailah orang Islam di negara ini yang cukup berminat untuk mengeluarkan fatwa dan mereka memilih atau cenderung untuk memilih HARAM berbanding HARUS berdasarkan kepada hukum-hukum Google dan ustaz-ustaz berbayar yang diupah memberi ceramah dalam pelbagai majlis. 

Bagaimana pula dengan berita ini?

Ia telah menjadi satu tradisi unik di Miri apabila umat Islam dan Kristian mengadakan majlis Krismas bersama-sama di sebuah gereja di Miri pada petang Ahad lalu.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh jemaah Islam dari Masjid An-Naim dan Kristian daripada Gereja Good Shepherd Anglican, Katholik, SIB dan Methodist Lutong.

Majlis itu juga telah diadakan di halaman Gereja Good Shepherd.

Masjid An-Naim dan Gereja Good Shepherd terletak lebih kurang 100 meter antara satu sama lain dan 10 kilometer dari pusat bandar.

Menteri Muda Komunikasi Sarawak, Datuk Lee Kim Shin merupakan tetamu kehormat bersama-sama dengan Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting dan para pemimpin dari Persatuan Buddha, Tua Pek Kong dan India Miri.

Lee yang juga merupakan ADUN Senadin berkata, Kerajaan Negeri amat gembira dengan perpaduan kaum dan agama yang unik di Miri dan Sarawka.

"Di mana lagi kita boleh temui gereja, masjid dan tokong berkongsi fasiliti dan makanan serta persefahaman bagaikan sebuah keluarga besar? Kita perlu mengekalkan nilai-nilai ini kerana ini adalah harta yang sangat unik. Menikmati keamanan beragama dan kepelbagaian kaum adalah sesuatu yang tidak bernilai," katanya.

Pastor gereja, Donald Jut berkata, masjid dan gereja telah berkongsi tempat meletak kereta selama lebih 50 tahun.

"Ini telah menjadi cara hidup kami untuk berkongsi tempat meletak kereta dan mengadakan majlis bersama-sama. Bagi kami, umat Islam dan Kristian adalah satu keluarga besar," katanya.

Pastor Donald juga berkata, sudah menjadi kebiasaan bagi masjid dan gereja untuk saling tolong-menolong antara satu sama lain dalam mengadakan majlis awam.

"Semangat saling menerima yang diamalkan di sini sudah menjadi kebiasaan," katanya lagi.

Pengerusi Majsid, Ithnaini Bohari berkata, sudah menjadi kebiasaan bagi umat Islam setempat untuk berkongsi apa-apa sahaja fasiliti dan majlis dengan kaum Kristian dan Cina di situ.

"Kami sudah biasa kerana ini adalah sebahagian daripada cara hidup kami di sini," katanya.

Menurut Lee pula semangat moderat di Sarawak akan dikekalkan dan Kerajaan Negeri di bawah Ketua Menteri, Adenan Satem tidak akan membiarkan elemen-elemen ekstremisme dari negeri-negeri lain menular ke Sarawak. (THE STAR)

IDENTITI PENGANTIN KELEDAI TERBONGKAR... PATUTLAH BAJU PENGANTIN SAMA KALER NGAN BENDERA PKR WALAUPUN PENGANTIN PEREMPUANNYA PEKERJA BANK SIMPANAN NASIONAL!!!



Jeng Jeng... terbongkar juga akhirnya identiti kedua dua KALDAI, walaupun tak penuh namun cukup untuk orang ramai mengenali kaldai UPAHAN.... Dalam Kebodohan menunjuk KEDANGKALANYA..

1- Dengar citer pengantin lelaki bekerja dengan PKR...

2- Pengantin perempuan bekerja dengan BSN disalah sebuah cawangan di IPOH...

**Buat pengantin perempuan, mu kerja dengan bank milik kerajaan sepenuhnya dan dibawah pemerintahan BARISAN NASIONAL... jika tak setuju dan asyik pertikai elok sahaja berhenti atau puan didesak untuk letak jawatan... mana kredibiliti puan sebagai seorang kerani atau pegawai bank????** lepas tu kau nak melalak sampai kebukit cina pun tak apa , sapa pun tak marah.... malah lebih ramai akan melihat betina garik meleleh ditepi jalan...Belajar tinggi tinggi tetapi masih lagi otak selut yer.... !!!

Ramai dari kalangan penduduk Tanah Kebun, Parit Buntar... amat kecewa dengan sikap kedua dua pengantin dan tuan rumah itu sendiri .. seolah olah tidak menghormati kehadiran orang ramai dalam majlis tersebut...

Salah seorang penduduk yang tidak mahu dikenali, beliau merasa kecewa dan tiada rasa hormat kepada tetamu lain yang hadir dan beliau berkata adakah ini adalah majlis politik atau majlis perkahwinan??,

kita hidup bermasyarakat bukan hidup dalam 1 kelompok sahaja.. beliau amat kesal dengan tindakan kedua dua pengantin yang mengangkat poster 2.6 billion tersebut, seolah olah itu adalah kenduri politik pembangkang... luahan seorang penduduk ketika ditemui petang semalam...

Sunday, December 27, 2015

SAYANGNYA KHIR TOYO TAK SEHEBAT ANWAR IBRAHIM!!!



Sehingga ke hari ini, Khir Toyo kekal di dalam penjara setelah mahkamah mendapati, dia bersalah kerana membeli hartanah di bawah harga pasaran. Kalau mengikut kepada logik Pakatan dan pihak-pihak tertentu, dosa Khir Toyo sangat besar kerana telah membeli sebuah hartanah pada harga tidak mengikut harga pasaran. Justeru, Khir Toyo perlu terus disimpan dalam penjara agar tidak mengancam keselamatan orang awam.

Berbanding Anwar Ibrahim yang telah didapati bersalah kerana air maninya berada sedalam 4cm di dalam dubur mangsa liwatnya, Khir Toyo tidak menikmati 'kebebasan' dan 'keistimewaan' sepertinya. Malahan banduan-banduan lain termasuklah banduan-banduan yang kesalahan serta jenayah mereka jauh lebih ringanjuga tidak menikmati keistimewaan yang diberikan kepada Anwar Ibrahim.

Sudah beberapa kali layanan istimewa yang diberikan oleh pihak berkuasa, khususnya Jabatan Penjara dan Penjara Sungai Buloh kepada Anwar Ibrahim diperkatakan. Setiap kali itulah juga, pihak berkenaan memberikan pelbagai alasan yang dikira logik tetapi apabila mengambil kira tiada layanan yang diberikan kepada mana-mana banduan yang lain, setiap penjelasan mereka, tidak ubah seperti JENAKA MAHARAJA LAWAK musim baru.

Semuanya terlalu bertentangan.

Sudah dua hari gambar-gambar Anwar Ibrahim melawat anak perempuannya yang terjatuh dan terhentak kepalanya, disiarkan oleh Netizen. Selama dua hari itulah juga, Netizen mempersoalkan kewajaran pihak penjara memberikan layanan seistimewa itu kepada Anwar Ibrahim, pada ketika banduan-banduan lain, terpaksa terus berada di dalam sel kurungan masing-masing walaupun anak, isteri atau ibu bapa mereka meninggal dunia.

Tiada sebarang sungutan atau komplen daripada para penyokong Anwar Ibrahim walaupun pada masa yang sama, Nurul Izzah menerusi satu kenyataan memberitahu, adiknya, Nurul Nuha sedang berehat setelah dinasihati oleh doktor swasta yang merawatnya.

Doktor swasta?


Mengapa doktor swasta? Semenjak bila pula, doktor swasta dan bukannya doktor kerajaan yang diambilkira kenyataan mereka bagi mengesahkan sesuatu penyakit atau kecederaan sehingga membolehkan Anwar Ibrahim 'dibebaskan' dari penjara?

Dengan sejarah penipuan dan lakonan hebat Anwar Ibrahim serta seluruh keluarganya, layanan istimewa yang diberikan kepada Anwar Ibrahim juga nampaknya penuh lakonan dengan lakonlayar dan skrip hebat!

Siapa agaknya yang menulis lakonlayar dan skrip untuk 'pembebasan' Anwar kali ini setelah tidak lama dahulu, dia dilaporkan mendatangi pejabat peguamnya yang sudah tentu bukannya berada di pekarangan kompleks Penjara Sungai Buloh?

Adakah berbeza tahap KEBANDUANAN Anwar Ibrahim dengan Khir Toyo sehinggakan Anwar boleh berada di mana-mana, manakala Khir Toyo pula terus terperosok dalam penjara sehingga tempoh hukumanya selesai?


PPIM KESAL TINDAKAN POLIS TAHAN DUA AKTIVITISNYA SELAMA 24 JAM KERANA DIDAKWA UGUT PENIAGA KEDAI BIMBIT PENIPU!!!



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kesal dengan tindakan polis menahan dua aktivisnya selama 24 jam kerana didakwa mengugut peniaga kedai telefon bimbit semasa membantu seorang pembeli yang ditipu menuntut kembali wangnya di Kompleks Kota Raya, di sini pada 15 Disember lalu.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan undang-undang seharusnya dikenakan kepada peniaga yang menipu dan bukan kepada persatuan pengguna yang hanya membantu.

Tambahan pula menurutnya, pengadu berkenaan mendapat surat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Sehubungan itu, beliau merayu kepada pucuk pimpinan pasukan keselamatan supaya perkara tersebut diteliti dengan sewajarnya.

“Perkara ini sangat ganjil kerana tidak pernah berlaku. Atas alasan apa kami disiasat? Jika disebabkan terdapat laporan polis daripada peniaga terbabit yang menyatakan diugut, kami sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya.

“Lebih dikesalkan apabila polis memohon untuk menahan reman aktivis kami,” katanya kepada Ming­guan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Nadzim, polis tidak seharusnya menahan aktivis selama sehari untuk membantu siasatan tetapi boleh memanggil mereka pada bila-bila masa berikutan individu yang dipanggil itu mempu­nyai masalah lain yang perlu dise­lesaikan.

Katanya, pasukan polis juga perlu menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan persatuan supaya tidak ada lagi yang melanggarnya sehingga terpaksa ditahan di lokap seperti yang telah berlaku.

Semalam, dua aktivis PPIM dibebaskan selepas ditahan pada pukul 4 petang, Khamis lalu kerana didakwa membuat ugutan terhadap peniaga telefon terbabit yang membantu seorang lelaki mengambil semula wang yang dibayar bagi empat buah telefon bimbit pada 15 Disember lalu. - UTUSAN


DIKURUNG EMPAT JAM OLEH PENIAGA PENIPU KOTA RAYA, KEMUDIAN DILOKAP PULA EMPAT HARI DAN DIDENDA OLEH PIHAK BERKUASA... MENGAPA JADI BEGINI?



Seperti biasalah, setiap kali timbul isu peniaga menipu pengguna yang dihebahkan oleh media, maka muncullah cerita-cerita puji diri sendiri bagi mengelakkan mereka dimalukan kerana pincang, gagal memikul amanah dan gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Kenyataan seperti 'KPDNKK BERJAYA SELESAIKAN 70 ADUAN' (RUJUK SINI) sebenarnya tidak memberikan sebarang impak kepada orang ramai. Bahkan ramai pula yang mencebik bibir memandangkan lebih banyak kes tidak diambil peduli atau diabaikan berbanding yang telah diselesaikan.

Kes melibatkan penipuan di Kompleks Kota Raya, membabitkan pengurungan, pemerasan dan pemerdayaan serta pencatutan, bukan sahaja telah mengecohkan seluruh Malaysia pada ketika insiden di Low Yat Plaza masih lagi hangat, bahkan mendedahkan bagaimana lemahnya penguatkuasaan.

Malah lebih memalukan ialah apabila perlaksanaan undang-undang pula menjadikan, mangsa sebagai sasaran, manakala yang melakukan penipuan, pemerasan, pengurungan secara haram dan pemerdayaan, dilihat bebas dan tidak tertakluk kepada undang-undang.

Sudah ada yang tidak berpuas hati, mengambil jalan singkat dengan menjadikannya sebagai satu isu perkauman yang amat sensitif dengan pihak berkuasa menjadi sasaran kemarahan kerana kegagalan keadilan.

Berbanding dengan berita tentang penangkapan mangsa yang telah ditipu oleh peniaga di Kota Raya oleh pihak polis, malah ada yang dilokapkan atas tuduhan melakukan ugutan, termasuklah penangkapan dan perlokapan seorang ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang bersemuka dengan peniaga penipu untuk mendapatkan semula wang yang telah ditipu daripada pengguna, berita tentang tindakan undang-undang ke atas peniaga penipu, nampaknya langsung tidak ada.

Mana peniaga-peniaga penipu tersebut? Di mana mereka dilokapkan? Di mana mereka ditahan? Apakah perbuatan mereka berjaya dihilangkan kerana mereka terlebih dahulu membuat laporan polis berbanding mangsa-mangsa mereka?



Malah, mereka 'hilang' tanpa dapat dikesan dengan premis mereka telah pun bertukar milik kepada syarikat baru. 

Netizen menyuarakan ketidakpuasan berhubung penguatkuasaan undang-undang yang diamalkan apabila membabitkan pengguna.

Apakah undang-undang di negara ini memberikan kebebasan kepada satu pihak semata-mata walaupun yang menjadi punca adalah mereka? Mengapa dalam hal ini, mereka tidak dikenakan tindakan yang serupa walaupun mereka yang membuat laporan polis terlebih dahulu?

PPIM seharusnya dipuji kerana telah berani menggalas tanggungjawab dan amanah yang gagal dipikul oleh KPDNKK apabila bertindak membela pengguna. Walaupun terdapat retorik kononnya PPIM seharusnya bekerjasama dengan KPDNKK tetapi dalam beberapa kes termasuklah dalam isu Kota Raya, KPDNKK yang seharusnya bekerjasama dengan PPIM.



Ini adalah kerana KPDNKK terlalu lemah, terlalu lambat dan terlalu lembik untuk bertindak. Penguatkuasaan KPDNKK langsung tidak berbaloi, tidak berkesan dan langsung tidak ampuh berbanding PPIM yang berjaya membela pengguna dalam tempoh yang singkat.

Apatah lagi dalam banyak keadaan, yang menjadi mangsa adalah pengguna, manakala pemangsa pula adalah peniaga. Pemangsa pula sentiasa terlepas dan kalaupun terkena, penguatkuasaan undang-undang ke atas mereka pula, kelihatan tidak ubah seperti melepaskan batok di tangga. Sedangkan pada masa yang sama, para pengguna terus kekal dimangsai dan terpaksa menanggung secara paksa keuntungan para pemangsa.

Justeru, tidak hairanlah mengapa semakin hari semakin banyak pula rakyat awam mempersoalkan fungsi sebenar KPDNKK dipertikaikan... adalah KPDKK juga sama seperti SPAD yang fungsi mereka hanyalah untuk memastikan dan melindungi kepentingan pemangsa terjaga?


 
Blogger Templates