Satu klip video menunjukkan hidangan ayam madu di sebuah restoran mamak di Rahang, Negeri Sembilan mengandungi ulat-ulat hidup, telah dimuatnaik oleh Friends of Waghih.
Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, kejadian berlaku di NKI Bistro, yang dahulunya merupakan Restoran Azhar Maju terletak berhampiran dengan Pejabat RISDA, Padang Bolasepak Rahang, Balai Bomba Rahang dan Balai Polis Rahang.
Pengirim turut melaporkan bagaimana pemilik restoran mamak tersebut dengan sombongnya mencabar agar kes tersebut dipanjangkan dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Tidak itu sahaja, dia juga enggan mengakui bahawa makanan yang dijualnya tercemar, sebaliknya menyalahkan pembekal kononnya telah membekalkan ayam yang tidak elok.
Seorang pembaca mencadangkan agar restoran tersebut diboikot. Bagaimanapun, seorang pembaca yang lain menyindir tentang perangai hangat-hangat tahi ayam sebahagian besar pelanggan yang hanya berasa jijik apabila melihat klip video tetapi tidak lama kemudian kembali mengerumuni dan mendatangi restoran mamak yang telah terbukti kotor itu.
Pengguna mempunyai kuasa untuk memboikot dan melaporkan kepada pihak berkuasa tentang mana-mana premis makanan yang bukan sahaja telah melanggar tatacara kebersihan dalam penyediaan makanan mahupun yang berharga mahal, tetapi juga untuk menyebarkan pencemaran tersebut bagi mengingatkan para pengguna yang lain agar tidak terkena sama.
Gunakan kuasa pengguna yang ada pada kita dengan sebaik-baiknya.
Jangan harap sangat dengan penguatkuasa daripada Jabatan Kesihatan atau KPDNKK... mereka terlalu sibuk dengan kerja lain!
No comments:
Post a Comment