Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, December 13, 2014

PEGUAM PAKATAN CUBA BODOH-BODOHKAN RAKYAT MALAYSIA DALAM ISU PENGGUGURAN KERAKYATAN DAN PEMBATALAN PASPORT ALVIN TAN SERTA ALI ABDUL JALIL!!!


Seperti yang diketahui, negara ini sebenarnya tidak sahaja diancam oleh anasir-anasir subversif yang bergiat menerusi platform anarkis mahupun politik, tetapi juga sedang diancam oleh kuasa yang berpakaian hitam putih dan menguasai saluran perundangan negara.

Dari sehari ke sehari, barisan peguam yang bernaung di bawah Majlis Peguam sedang bertungkus lumus untuk menadikan negara ini huru-hara dan kacau-bilau apatah lagi menerusi saluran undang-undang yang ramai kurang arif mahupun ambil peduli.

Setiap ada isu perundangan, peguam-peguam pro-Pakatan akan segera tampil untuk melakukan pengeliruan dan oleh kerana mereka sedar, tidak ada atau terlalu jarang pihak yang mahu menyanggah pendapat mereka, kebanyakan pembohongan yang mereka lakukan akan diterima sebagai satu kebenaran.

Dengan menggunakan portal berita seperti The Malaysian Insider yang sudah diketahui siapa majikan mereka, beberapa orang peguam mula bercakap dan mengulas bagi menimbulkan persepsi sekaligus mewujudkan ketidakpercayaan kepada penjelasan atau tindakan yang dibuat oleh Kerajaan nanti.

Nama-nama yang disebutkan oleh The Malaysian Insider kali ini adalah M.Manoharan yang merupakan ADUN Kota Alam Shah, Andrew Khoo dan Eric Paulsen yang juga Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty bijak mengambil kesempatan untuk berbohong. (RUJUK SINI)

Mereka sebulat suara menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai hak untuk menggugurkan kerakyatan Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil dengan alasan kewarganegaraan mereka diperolehi menerusi keturunan dan kelahiran. Malahan membatalkan pasport mereka juga dikatakan sebagai melanggar dan mencabuli Perlembagaan.

Peguam-peguam berkenaan berbohong besar!!!

Artikel 25 Perlembagan Persekutuan (Pelucutan kewargenegaraan yang diperolehi dengan cara pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau dengan cara masukan)

(a) Bahawa orang itu telah membutikan dengan perbuatan atau percakapan sebagai seorang yang tidak setia dan tidak suka kepada Persekutuan. 

(b) Bahawa orang itu dalam masa sesuatu peperangan dalam mana Persekutuan sedang atau telah mengambil bahagian, telah berniaga atau membuat perhubungan dengan musuh dengan menyalahi undang-undang atau telah mengambil bahagian atau menyertai dalam sesuatu urusan yang dia ketahui telah dijalankan secara yang boleh menolong musuh dalam peperangan itu; atau

(c) Bahawa orang itu dalam tempoh lima tahun mulai dari tarikh pendaftaran atau dari tarikh perakuan diberi, telah dihukum penjara di mana-mana negeri selama tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan atau denda sebanyak tidak kurang daripada lima ribu ringgit atau senilai dengan matawang negeri itu dan orang itu tidak mendapat ampun mengenai kesalahan yang kerananya dia telah dihukum sedemikian. 

Sebenarnya dari Artikel 14 sehingga Artikel 28A Perlembagaan Persekutuan menunjukkan dengan jelas tentang hak dan bolehnya Kerajaan Persekutuan memansuhkan kerakyatan dan menarik balik pasport, baik yang mendapat ewarganegaraank menerusi cara kuatkuasa undang-undang, pendaftaran (isteri dan anak warganegara), pendaftaran (orang-orang yang lahir di Persekutuan sebelum Hari Merdeka), pendaftaran (bagi orang-orang yang bermastautin di Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia), masukan mahupun percantuman wilayah. 

Peguam-peguam berkenaan mempunyai niat jahat yang cuba mengelirukan rakyat Malaysia memandangkan sudah terlalu lama Kerajaan Malaysia tidak mengambil tindakan melupuskan kerakyatan dan membatalkan pasport golongan yang sebenarnya bersifat subversif dan memerangi negara ini walaupun tanpa menggunakan senjata.

Maka persoalan yang timbul, apa yang sudah berlaku kepada 'PENASIHAT PERUNDANGAN' Kerajaan Malaysia?

4 comments:

Anonymous said...

Batalkan semua citizenship pendatang terutama dapshit yang hari2 memerangi negara dan subversif. Halau semua keluar dari Malaysia

Anonymous said...

KERAKYATA MELALUI KETURUNAN BERMAKSUD KETURUNAN PRIBUMI.
KETKYATAN YG DIBAGI OLEH PERLEMBAGAAN BOLEH DITARIK BALIK DAN BOLEH DIAMBIL TINDAKAN BUANG NEGERI DI BAWAH AKTA BUANG NEGERI ATAU BANISHMEN ACT.
MANAKALA KERAKYATAN MELALUI KETURUNAN ATAU PRIBUMI TIDAK BOLEH DIAMBIL TINDAKAN DIBAWAH AKTA BUANG NEGERI. KERANA DI SINI TANAH TUMPAH DARAHNYA.

Anonymous said...

Letih dah dgn kerajaan sekarang ni lembut sgt..sampai dah kene pijak pun senyap je..Rasulullah senang2 aje di kutuk di cemuh olih kapir lahnatullah pun senyap je..ape nak jadi tak tau lah tu sebab kapir bangsat terutama dap naik tocang...die org ni try dulu dan tengok org islam melatah tak? Senyap..try lagi pun senyap lame2 tak yah try lagi dah ..memang dah tau takan ada ape2 yg harus dibimbangkan oleh kapir ni..cina2 nak ajar senang aje contoh mcm peristiwa di Cina di dataran Tienyamen dulu ingat tak? Rakyat tunjuk perasaan sebab tak puas hati dgn kerajaan ..behari2 tanpa menghirau amaran ..last2 senang je ubat nye langgar ngan keta kebal habis senyap..man man la..jadi kapir kat sini pun itu gak lah caranye sebab dah terlalu kurang ajar..dan yg sedihnye yg buat die org kurang ajar ialah org melayu kita sendiri..

Anonymous said...

Letih dah dgn kerajaan sekarang ni lembut sgt..sampai dah kene pijak pun senyap je..Rasulullah senang2 aje di kutuk di cemuh olih kapir lahnatullah pun senyap je..ape nak jadi tak tau lah tu sebab kapir bangsat terutama dap naik tocang...die org ni try dulu dan tengok org islam melatah tak? Senyap..try lagi pun senyap lame2 tak yah try lagi dah ..memang dah tau takan ada ape2 yg harus dibimbangkan oleh kapir ni..cina2 nak ajar senang aje contoh mcm peristiwa di Cina di dataran Tienyamen dulu ingat tak? Rakyat tunjuk perasaan sebab tak puas hati dgn kerajaan ..behari2 tanpa menghirau amaran ..last2 senang je ubat nye langgar ngan keta kebal habis senyap..man man la..jadi kapir kat sini pun itu gak lah caranye sebab dah terlalu kurang ajar..dan yg sedihnye yg buat die org kurang ajar ialah org melayu kita sendiri..

 
Blogger Templates