Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 2, 2015

EDISI KE-20 LE TOUR DE LANGKAWI YANG PENUH KONTROVERSI!!!


Artikel semalam adalah dirujuk. (DI SINI)

Biarpun kelihatan seperti kurang publisiti dan limpahan lampu kamera tempatan, tetapi hakikatnya perjalanan LTDL Edisi Ke-20 pada tahun ini berjalan lancar. Tidak terbabit dengan politik, tiada orang politik di dalam entiti berkenaan serta tiada permainan serta masalah politik seperti yang berlaku dalam beberapa persatuan sukan termasuklah sukan berbasikal, membolehkan LTDL Edisi Ke-20 2015 diuruskan dan ditadbirselia secara lebih profesional. Sambutan daripada beberapa pasukan profesional dan ternama dunia untuk menyertai LTDL Edisi Ke-20 juga dikatakan hangat.

LTDL Ke-20 akan bermula pada 8 Mac di Langkawi dan berakhir pada 15 Mac di laluan Kuala Kubu-Kuala Lumpur yang bakal juga 'menemukan' Tun Dr. Mahathir dan Najib Abdul Razak.

Kali pertama LTDL diperkenalkan adalah pada tahun 1996 daripada idea Tun Dr. Mahathir.

LTDL walaupun kurang mendapat perhatian tempatan, tetapi di peringkat dunia ia diletakkan sebaris dengan Tour De France, Tour De Italia dan Tour De Spain, tiga siri jelajah basikal dunia ternama. Pada peringkat awal, LTDL begitu mengujakan, tetapi lama-kelamaan kejohanan berprestij itu kurang diperkatakan dan dirasai.

Dengan lebih 20 pasukan profesional akan menyertai LTDL pada tahun ini, hak penyiaran tempatan telah diberikan kepada RTM. Daripada maklumat yang diterima, beberapa stesen penyiaran sukan antarabangsa turut akan menyiarkan LTDL di stesen masing-masing.


Laluan yang akan digunakan adalah seperti berikut:

8 Mac - Jelajah Langkawi 98 kilometer
9 Mac - Alor Star ke Sungai Petani
10 Mac - Grik ke Tanah Merah
11 Mac - Kota Bharu ke Kuala Berang
12 Mac - Kuala Terengganu ke Kuantan
13 Mac (Jumaat) - Maran ke Karak (perlumbaan dibuat selepas solat Jumaat)
14 Mac - Shah Alam ke Genting Highland
15 Mac - Kuala Kubu ke Kuala Lumpur.

Mungkin bagi yang kurang mencermati, industri sukan, terutama sekali jelajah basikal merupakan antara kaedah yang seringkali digunakan oleh pelbagai negara. Selain daripada untuk industri sukan itu sendiri, industri hiliran utamanya adalah pelancongan.

Laluan-laluan 'klasik' seperti Grik ke Tanah Merah misalnya, akan melalui kawasan hutan yang menjadi nadi negara ini. Beberapa lokasi indah termasuklah beberapa tasik buatan manusia, menyajikan dan menyediakan lokasi pelancongan antarabangsa baru yang boleh diperkenalkan secara tidak langsung menerusi siaran dikeudarakan. Manakala laluan ke Kota Bharu- Kuala Berang dan Kuala Terengganu-Kuantan pula akan menyajikan keindahan pantai serta perkampungan tradisional yang turut boleh menggamit pelancong ke kawasan berkenaan.

Justeru, tidak hairanlah seandainya beberapa negara termasuklah China turut mahu mengadakan jelajah mereka sendiri kerana menyedari potensi penggalakan ekonomi kesan daripada sukan berbasikal itu sendiri.


Seharusnya kita berbangga dengan LTDL kerana ia adalah Siri Jelajah Dunia tempatan yang telah menempatkan Malaysia dalam peta dunia, terutama menerusi bintang-bintang tempatan seperti Anuar Manan.

Jom kita meriahkan lagi LTDL sekaligus menyumbang bakti kita kepada negara walaupun sekadar memeriahkan tepian jalan dengan bersorak kepada para peserta dan pasukan yang mengambil bahagian.


No comments:

 
Blogger Templates