Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, March 1, 2015

AZMIN ALI KENA TROLL PENYOKONG PKR SEMATA-MATA KERANA PERUNTUKAN!!!



Sekarang ini, Azmin Ali sedang berada di Sarawak. Semuanya kerana kempen yang sedang dilakukan oleh Azmin Ali bagi membolehkan dia merampas jawatan Presiden PKR daripada Wan Azizah yang lebih sibukkan laki dia daripada parti.

Berbanding Nurul Izzah yang juga dilihat sedang bertungkus lumus untuk mengekalkan jawatannya dan mencari rakan sekongkol, Azmin Ali yang mempunyai dana dan peruntukan bergerak lebih pantas mengumpulkan para penyokongnya sendiri bagi memastikan, jawatan Presiden PKR ada dalam genggamannya.

Apatah lagi sekarang ini sudah wujud desakan agar jawatan Presiden PKR diserahkan kepada Azmin Ali yang dilihat lebih berketrampilan dan lebih berkebolehan untuk memimpin berbanding Wan Azizah yang tidak habis-habis dengan lakinya, si BANDUAN JENAYAH LIWAT yang sekarang ini bermastautin di Penjara Sungai Buloh selama 5 tahun.

Namun kehadiran Azmin Ali di Sarawak nampaknya tidak menyenangkan. Kalau hendak disalahkan UMNO, di Sarawak, UMNO tidak ada. PBB yang merupakan parti tulang belakang Barisan Nasional Sarawak pula, tidaklah 'seganas' UMNO yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai musuh seperti di Semenanjung.

Sebaliknya PKR di Sarawak hanya berhadapan dengan musuh dalam selimut. Musuh PKR sebenarnya adalah ahli-ahli PKR sendiri.

Cerita tentang PKR Sarawak yang sudah lumpuh, tidak bergerak dan terpaksa menumpang DAP, bukanlah cerita baru. Sekalipun PKR masih cuba mendabik dada kononnya mereka kuat dan mereka jauh lebih berpengaruh berbanding PAS, hakikatnya, PKR Sarawak ibarat malukut di tepi gantang. Pengundi dan rakyat Sarawak lebih memilih parti-parti tempatan berbanding parti-parti pendatang seperti PKR dan PAS. Manakala DAP pula terpaksa bergantung kepada masyarakat pengundi Cina yang mengharapkan mereka dapat memecahkan sejarah dengan menguasai pentadbiran negeri buat kali pertama semejak 1841.

Beberapa pemidang dengan ayat-ayat memalukan, menyambut kedatangan Azmin Ali. Sekalipun ada kalangan PKR yang cuba menyalahkan UMNO, tetapi berdasarkan kepada perkembangan semasa, yang menjadi masalah adalah pertentangan antara fraksi-fraksi dalam PKR. Meskipun Azmin Ali dilihat mempunyai sokongan kuat PKR Sarawak, tetapi sebahagian daripada PKR Sarawak juga menyokong Nurul Izzah dan Wan Azizah.

Ditambah pula, terdapat khabar-khabar angin yang menyatakan, peruntukan PKR Pusat kepada PKR Sarawak selama ini, banyak dikekang oleh Azmin Ali sehinggakan pelbagai aktiviti parti yang telah dirangka dan diprogramkan, gagal dilaksanakan kerana kekangan kewangan.

Justeru, kedatangan Azmin Ali yang turut berkempen dengan menyebut dan mengulang kembali iltizam Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak, menjadi peluang terbaik untuk meluahkan perasaan.

Maka tidak hairanlah apabila ramai berpendapat, pemidang-pemidang provokatif itu sebenarnya dibuat oleh PKR sendiri tetapi kerana mereka kecut telur, mereka cuba menyalahkan UMNO yang tidak wujud di Sarawak.


1 comment:

Anonymous said...

Min aiskrim satu.....

 
Blogger Templates