Pengarah Perkhidmatan Global BBC, Peter Horrocks menyifatkan langkah penapisan itu adalah satu perbuatan disengajakan.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan China yang mahu menyekat akses bebas berita dan maklumat sebenar kepada pengguna di negara itu," katanya.
Difahamkan, portal berita BBC dalam bahasa Cina turut menerima nasib sama sejak ia dilancarkan pada 1999.
Dalam perkembangan lain, Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying membuka semula tawaran rundingan bersama kumpulan penunjuk perasaan seminggu selepas kerajaan menarik diri daripada proses itu yang bertujuan untuk menamatkan krisis di bandar tersebut.
Chun-ying berdepan tekanan selepas penyokong prodemokrasi menggesa beliau meletak jawatan susulan daripada kebangkitan Revolusi Payung sejak bulan lalu. - AFP
-JJ-
NOTA TFK:
Malaysia sepatutnya mencontohi ketegasan Republik Rakyat China yang berjaya mendisiplinkan dunia dan menerima China sebagai sebuah negara berdaulat, bukanya akur dengan apa-apa sahaja tuntutan terutama daripada PBB, SUHAKAM, Human Right Watch dan sebagainya yang tidak mempunyai sebarang autoriti!
No comments:
Post a Comment