Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, October 17, 2014

PEGAWAI KERAJAAN BERPANGKAT 'DATUK' BERCUTI SETAHUN UNTUK REKRUT RAKYAT MALAYSIA SERTAI KUMPULAN MILITAN!!!


Anggota Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman menahan seorang individu bergelar Datuk di Damansara kerana disyaki terlibat merekrut rakyat Malaysia untuk menyertai kumpulan militan:-

KUALA LUMPUR: Pegawai kerajaan yang ditahan kerana disyaki merekrut ahli untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) tidak bekerja selama hampir setahun dengan alasan ‘masalah keluarga’.

Lelaki berusia 37 tahun itu memohon cuti dari kementerian tempat dia bekerja iaitu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), kononnya untuk menjaga ibunya.

Namun, polis percaya lelaki itu berada di selatan Filipina bertemu dengan anggota militan warga Malaysia yang dikehendaki termasuk pensyarah Dr Mahmud Ahmad (atau lebih dikenali sebagai Abu Handzalah) dan pemilik kedai runcit, Mohd Najib Husen, masing-masing berusia 36 tahun.

Mereka dipercayai menjadi penggerak utama kumpulan militan tempatan yang melatih anggotanya untuk berjuang di Syria dan Iraq.

Individu ketiga adalah bekas pekerja Majlis Perbandaran Selayang, Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, atau lebih dikenali sebagai Abu Nur.

Kakitangan kerajaan itu yang memegang jawatan Penolong Pengarah Kanan di salah sebuah jabatan dibawah kementerian itu hanya kembali bekerja pada bulan lalu.

The Star difahamkan bahawa pegawai itu yang juga seorang Datuk merupakan seorang jurutera dengan gred 44.

Beliau dikatakan berasal dari Pekan, Pahang.

Menterinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, beliau dimaklumkan mengenai penangkapan itu pada Rabu dan mengarahkan kementerian untuk memberi kerjasama penuh kepada polis.

“Pegawai itu bercuti hampir setahun dan kita tidak melihatnya sehingga dia kembali bertugas pada 25 September lalu.

“Kami tidak tahu apa yang berlaku atau apa aktivitinya sepanjang dia tidak bekerja tetapi akan membantu polis dalam apa jua cara sekali pun,” katanya ketika ditanya untuk mengulas mengenai penangkapan pegawai di kementerian itu.

Sumber mendedahkan dua wanita, antara 14 suspek militan yang ditahan di Shah Alam dan Damansara, yang dikenal pasti sebagai dua daripada perekrut utama kumpulan militan di negara ini.

Kedua-dua suspek – seorang suri rumah dan janda – adalah penggerak utama dalam mendapatkan pelajar wanita warga Malaysia untuk berjihad ke Syria bersama kumpulan IS.

“Biasanya hanya lelaki yang menjalankan aktiviti perekrutan.

“Namun, perekrut wanita ini mempunyai sifat keibuan yang berjaya memperdaya sesiapa sahaja dengan kata-kata mereka,” kata sumber.

Difaham, wanita tersebut menyertai kumpulan militan sejak awal tahun ini.

Sumber mendedahkan selain seorang penganggur berusia 34 tahun yang baharu kembali dari Syria, polis turut mengenal pasti seorang lain yang berjuang bersama IS di Syria.

“Ahli militan yang baharu sahaja kembali dari Syria, dijadikan sebagai tarikan dalam merekrut ahli baharu. Mereka akan berkongsi pengalaman dalam usaha untuk menarik perharian rakyat Malaysia untuk menyertai mereka,” kata sumber.

Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman berjaya menahan 14 individu yang disyaki anggota militan dalam satu operasi khas tiga hari yang dilakukan di sekitar Shah Alam dan Damansara, Selangor mulai Isnin lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan lewat petang Rabu berkata kesemua yang ditahan adalah rakyat negara ini, berumur antara14 dan 48 tahun, terdiri daripada peniaga, petugas majlis, tukang masak, pereka grafik, pelajar, suri rumah dan jurutera.

Mereka yang ditahan termasuk tiga individu disyaki penggerak utama yang bertanggungjawab merekrut, membiayai dan mengatur pemergian rakyat Malaysia ke Syria.

Suspek termuda adalah seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

No comments:

 
Blogger Templates