Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, November 29, 2014

NUR FARHANA MOHD ANUAR BAKAL MENJADI AHLI UMNO MUDA YANG DIRATAH DAN DIBUNUH OLEH UMNO YANG LAIN!!!


Kepetahan dan kebijaksaan Nur Farhana Mohd Anuar ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2014, yang memasuki hari kedua hari ini, menambat hati Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Penuntut tahun kelima First Moscow State Medical University, Rusia, itu 'mencuri' hati Badruddin apabila menyelitkan bahasa Rusia dalam perbahasannya dan setiap kali itu juga terpaksa mengucapkan 'mohon izin pengerusi' selepas diingatkan beberapa kali bahawa perbahasan mestilah dalam bahasa Melayu.

Badruddin juga beberapa kali mengajukan perkataan tertentu kepada Nur Farhana untuk mengetahui maksudnya dalam bahasa Rusia dan bila cuba menyebutnya, seluruh hadirin di dalam dewan tertawa kerana sebutan dan bunyi Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan itu kedengaran pelik serta melucukan.

Dalam perbahasannya selama 15 minit, Nur Farhana dengan lantang berkata, Umno tidak boleh berbangga dengan jumlah anggota yang ramai iaitu 3.47 juta orang kerana mendakwa belum tentu semua anggota itu adalah 'orang Umno'.

"Anggota Umno sepatutnya menjadi 'orang Umno' yang akan berjuang demi bangsa, agama dan negara," katanya ketika berucap di hadapan perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Wakil Kelab Umno Luar Negara Moscow itu menarik perhatian apabila menyatakan program anjuran Umno terlalu 'syok sendiri', stereotaip, kurang mesra golongan muda, tidak strategik kerana kebanyakannya dianjurkan semata-mata untuk memenuhi tuntutan program tahunan.

"Ramai mahasiswa muda mempunyai persepsi bahawa Umno tidak mempunyai idea yang segar dan tiada idea baharu, matlamat serta perjuangan parti juga semakin pudar," katanya.

Selesai sahaja perbahasan gadis itu, Badruddin memuji Nur Farhana yang menurutnya berucap dengan penuh beradat serta beradab dan mahu jurucakap yang lain mencontohinya. - Bernama

ULASAN: 

Nur Farhana tidak bernasib baik kerana dia menyertai UMNO. Kalau dia menyertai DAP, sudah tentu dia akan disambut, diberikan penggalakan, diberikan sokongan, bahkan akan diberikan publisiti besar-besaran seperti yang diberikan kepada Jamilah, Rara dan Dyana Sofya.

Selepas ucapannya dalam PAU, ramai orang UMNO yang sakit hati kepadanya, terutama sekali yang terlibat dalam dunia blog. Sudah ada yang mula bertanyakan itu ini, sebagai tanda ego mereka sedang tercalar dengan kenyataan Nur Farhana. 

MALAH SUDAH ADA YANG BERTANYA, apa blog, berapa lama berblog dan berapa ramai pengikut. 

Jangan hairan, kerana dalam tempoh beberapa hari ini, Nur Farhana akan terus menjadi bahan untuk diratah, dipancung, dicincang, dan dimakan ramai-ramai...


4 comments:

Melayu Selangor said...

Org macam ni yang patut dijaga, dididik dan ditatang. Hanya org UMNO yg ada PHD saja yang sanggup bunuh bangsa sendiri.

Melayu Selangor said...

Org macam ni yang patut dijaga, dididik dan ditatang. Hanya org UMNO yg ada PHD saja yang sanggup bunuh bangsa sendiri.

Anonymous said...

Si penakut dan si haloba dalam umno sahaja yang takut jika ada bakal profesional mula menunjukkan bakat kepimpinan dalam parti. Takut jawatan dan kuasa tergugat. Sebab itu umno semakin tidak relevan kepada orang muda. Orang muda yang bijak tiada tempat dalam umno selagi pemimpin2 tua dalam umno belum mati. Ada yang sedar dalam PAU kali ini, tapi setakat sedar sahajalah. Tiada apa yang mampu dibuat.

Anonymous said...

kalau UMNO tak nak jom ikut saya join DAP

 
Blogger Templates