Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, November 29, 2014

SI PENGECUT BERNAMA HISHAMUDDIN RAIS RANCANG AMBIL TINDAKAN TERHADAP NAJIB KERANA POPULARKAN GAMBARNYA DALAM PERSIDANGAN AGUNG UMNO!!!

Aktivis sosial Hishamuddin Rais akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kerana menyiarkan klip videonya di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Video yang dimainkan ketika Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan memberi gambaran Hishamuddin bersalah atas kes hasutannya walaupun kes berkenaan masih dalam perhatian Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

“Saya menghubungi peguam saya. Hasil daripada perbincangan dengan peguam, kami bersependapat untuk menghantar surat tuntutan kepada Najib.

“Surat peguam saya ini bertujuan memberi amaran kepada Najib agar memberhentikan penyebaran klip video yang bersangkutan dengan diri saya yang ditayangkan di Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung di PWTC sekarang ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut firma guaman yang mewakili Hishamuddin, Daim dan Gamany, klip berkenan memaparkan Hishamuddin sebagai pesalah di bawah Akta Hasutan.

Dalam penyata tuntutan kepada Najib semalam menyatakan kenyataan dan tindakan perdana menteri itu menyebabkan prejudis kepada proses perbicaraan yang belum selesai.

Menurut firma guamannya Daim dan Gamany, klip tersebut “menjadikan parah lagi imej Hishamuddin sebagai pelanggar Akta Hasutan.”

Dalam notis permintaan kepada perdana menteri semalam, ia tertulis kata-kata dan tindakan Najib mewujudkan risiko yang besar dan benar dalam mendatangkan prejudis semasa proses mahkamah.

Notis tersebut juga mengatakan mainan klip tersebut semasa ucapan Najib, yang disiarkan di televisyen dan dilaporkan meluas dalam media, merupakan subjudis dan menghina mahkamah, dan beliau menimbulkan lebih rasa benci dan prejudis terhadap Hishamuddin.

“Kami diarahkan untuk memberikan anda notis yang mengatakan anda tidak boleh menyiarkan, menunjukkan, mengedarkan atau menyebarkan klip video tersebut di Perhimpunan Agung Umno, yang masih berjalan ataupun di mana-mana kejadian ataupun membuat dakwaan yang serupa terhadap anak guaman kami sementara kes masih berjalan di mahkamah.

“Sekiranya anda gagal mematuhi, kami mempunyai arahan untuk memulakan prosiding komitmen terhadap anda,” kata firma guaman tersebut dalam notis, menambah Hishamuddin mengekalkan haknya untuk mengambil tindakan yang perlu, termasuk tetapi tidak terhad kepada prosiding komitmen atas klip tersebut serta ucapan Najib.

Hishamuddin, 63, sedang menjalani perbicaraan ekoran dakwaan untuk menumbangkan kerajaan pada 13 Mei tahun lepas, kurang dua minggu dari Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berakhir dengan kemenangan Barisan Nasional ke atas Putrajaya.

Semasa membuat kenyataan 13 Mei itu, Hishamuddin dan beberapa lagi peserta di forum di Kuala Lumpur didakwa menghasut orang ramai untuk menjatuhkan kerajaan melalui protes jalanan.

Beliau diarahkan membela diri bulan lepas selepas mahkamah memutuskan pihak pendakwa membuktikan kes prima facie.

Pada Khamis, Najib mengumumkan di Perhimpunan Agung Umno yang Akta Hasutan akan dikekalkan dan diperkukuhkan termasuk peruntukan menghina agama sebagai kesalahan undang-undang.

Seruan supaya pemisahan Sabah dan Sarawak juga termasuk dalam peruntukan di bawah akta yang diperkukuhkan tersebut.

Presiden Umno itu berkata akan terus-menerus memperjuangkan bangsa Melayu dan tidak akan membenarkannya untuk “jahanam” dan “dihina” di atas bumi sendiri, lapor TMI. (SUMBER)

4 comments:

Anonymous said...

Buto la isam rais. Masa ko merusuh, burukkan pimpinan ngan negara ada ko pikir pasal undang2? Bila kena batang idung sendri tau pulak guna undang2. Manusia bangsat yg hidup secara ateis mmg celaka orangnya.

Jentayu

Anonymous said...

Video yang dimainkan bukan memberi gambaran Hishamuddin bersalah..... tetapi bagaimana mudahnya diaorang menghasut.

hangkedee said...

Kenapa makan cili terasa pedas...

Anonymous said...

Boleh mampos la mamat hisam rais ni. Sape peduli. Politik yang dah tak laku. Mahathir dah lama write off hisam ni.

 
Blogger Templates