Melihat kepada gerak kerja admin laman Facebook 'KIUB BATU ITU BERHALA', ternyata kebanyakan daripada mereka merupakan pemurtad yang tida mempunyai ilmu, dangkal dan sekadar mencari nama untuk dilihat sebagai orang bijak pandai. Hukum-hakam dan gerak kerja melakukan pemurtadan dan gerak saraf pemurtadan masih terlalu mentah dan hanya bersifat provokasi.
Cubaan merekamembangkitkan kecurigaan terhadap ajaran serta ibadah umat Islam sebenarnya sekadar mencabar umat Islam untuk marah dan kemarahan itulah yang digunakan untuk akhirnya memperlekehkan Islam dan umatnya sebagai kaum yang cepat marah, agama yang sukakan pertumpahan darah dan ajaran yang menekankan keganasan.
Laman Facebook
tersebut bersifat 'CLOSED GROUP'. Dengan kata lain,
hanya golongan yang
dibenarkan admin-admin page
itu sahaja boleh melihat kandungannya. Sebarang perdebatan yang akan memperlihatkan kedangkalan serta huru-haranya hujah mereka, segera akan dipadam sekaligus meninggalkan hanya hujah-hujah mereka yang kelihatan seperti tidak berjawab.
'KIUB BATU ITU BERHALA' merupakan hanyalah sebahagian daripada laman Facebook yang digunakan untuk menyerang Islam, umat Islam, Melayu dan Bumiputera di negara ini. Keterbukaan dan dasar kerajaan tentang penggunaan Internet, nampaknya sedang meratah setiap inci kehidupan masyarakat di negara ini dengan anasir-anasir subversif, anarkis dan hasutan yang akhirnya akan menjadikan negara ini huru-hara, sekaligus mewujudkan perang saudara.
Sudah ramai yang mendesak agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan ke atas laman-laman di Facebook yang seperti ini!!!
5 comments:
pemimpin2 bn/umno tak akan berani....takut pd pembangkang mengalahkan org jumpa hantu...kalau negara jadi huru hara kacau bilau..mereka dgn senang hati bawa anak bini lari ke luar negera...apa susah... harta berkoyan tak habis makan tujuh keturunan...rakyat yg bertelagah sesama sendiri juga yg akan kempunan kelaparan...nak harapkan pemimpin2 pembamgkang????rakyat juga yg terpaksa terjun longkang.....puiii....
Persepsi. Bila nak laksana Akta Hasutan? Habis himpunan agung, senyap sunyi sepi tak berbunyi apa-apa lagi...
PEMIMPIN MANA YG NAK AMIK TINDAKKAN TU? KALAU KERAJAAN YG ADA SEKARANG NI BOLEjH JALAN DAA! PADAHAL BARU LEPAS PAU DARI PEMIMPIN PALING ATAS SAMPAI KEBAWH KAN MAIN LAGI BERKOKOK SAKAN NAK KEKAL KAN AKTA HASUTAN. TAPI SETAKAT KEKAL SAJA LAH .TINDAKKAN ? YILEK!
banyakkan membaca dari pelbagai sumber. Ingat, Quran adalah Universal dan bukannya buku sejarah...dan renungkan ayat 6:116.
Pemimpin Melayu PH sekarang lebih teruk sebab duduk bawah tapak kaki DAPigs
Post a Comment