Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, December 11, 2014

ADUN BA'KELALAN DIKHUATIRI HILANG, USAHA MENCARI SEDANG GIAT DIJALANKAN!!!


Kalau dengar sembangnya, dialah bakal Ketua Menteri Sarawak. Dia juga digambarkan sebagai seorang ADUN yang sangat komited dengan masyarakat Bumiputera Sarawak terutama sekali yang membabitkan tanah-tanah NCR, walaupun akhirnya terbukti bahawa dia sebenarnya bekerja bagi membolehkan DAP menguasai Sarawak, mengubah status tanah-tanah NCR dan kemudiannya ditukar milik serta dijual sebagaimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang membabitkan tanah-tanah wakaf yang tidak berdokumen.

Penduduk di Ba'kelalan yang telah digula-gulakan oleh Baru Bian dan PKR kini tertanya-tanya ke mana menghilangnya Baru Bian yang pandai bercakap itu. Dari tahun 2011, Baru Bian boleh dihitung berapa kali sahaja menjenguk kawasan yang diwakilinya walaupun sesekali kelihatan juga mukanya di media massa apabila Anwar Ibrahim membuat penjelajahan dan penfitnahan di Sarawak baru-baru ini.

Barangkali kerana penggunaan gereja dan pastor-pastor di Ba'kelalan dan Lawas untuk berkempen dan menanam kebencian kepada pemerintah, membuatkan Baru Bian berasa selamat dan tidak perlu menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Malangnya, bukan semua jemaah gereja di Ba'kelaan dan Lawas yang mudah terpedaya dengan hasutan yang dijalankan menggunakan bantuan pastor-pastor, sebaliknya mereka mempersoalkan tentang integriti dan kemampuan Baru Bian sebagai wakil rakyat.

Kali terakhir Baru Bian mengamuk adalah pada Julai lepas apabila bekas ADUN Ba'kelalan, Nelson Balang Rining meminta penduduk dan pengundi di Ba'kelalan yang bencikan retorik berlebihan agar kembali menyokong Barisan Nasional.

Baru Bian segera mempersoalkan tentang aktiviti ekonomi dan pembangunan di Ba'kelalan sepanjang BN berkuasa. Katanya lagi, kalau Nelson Balang benar-benar mahukan penduduk Ba'kelalan memilih BN, sepatutnya perkara-perkara berikut disegerakan perlaksanaannya:

(1) Menurap jalan dari Lawas ke Bario dalam tempoh 2 tahun iaitu sebelum Pilihanraya Negeri. Menariknya, Baru Bian sekadar melalak di media, tidak di JKR dan tidak juga kepada Pejabat Daerah mahupun Menteri yang berkaitan.

(2) BN perlu memberikan status semua tanah NCR di semua perkampungan di DUN N.70 bermula dari Lawas ke Bario, sedangkan akta dan kanun membabitkan tanah berstatus NCR telah jelas terpampang.

(3) BN perlu menyediakan fasiliti mini-hidro bagi setiap perkampungan di N.70 sedangkan umum mengetahui kedudukan perkampungan-perkampungan berkenaan jauh-jauh dan kecil-kecil. Perjalanan antara satu kampung ke kampung boleh mengambil masa antara 6 jam sehingga 8 jam. Bayangkanlah kalau setiap perkampungan yang jumlah penduduknya hanya beberapa orang, disediakan mini-hidro? Bukankah lebih baik sekiranya perkampungan-perkampungan berselerak dan bersifat mini perkampungan itu, disatukan dengan penduduknya ditempatkan di suatu kawasan berpusat? Mengapa Baru Bian tidak mengusahakan ke arah itu?

Baru Bian juga melalak tentang infrastruktur sekolah-sekolah di pedalaman seperti SK Long Sebangang dan SK Long Tuma. Tetapi dia sekadar melalak dan langsung tidak mengusahakan untuk memenuhi keperluan infrastruktur tersebut. Sebaliknya dia meminta agar BN yang menyelesaikan masalah berkenaan walaupun sebenarnya dialah wakil rakyat kawasan tersebut yang sepatutnya berhubung dengan Pejabat Daerah, JKR dan Kerajaan Negeri.

Jadah apa dia jadi ADUN kalau semua masalah tersebut perlu ditinjau dan diselesaikan oleh pihak lain, khususnya Barisan Nasional?

Begitu juga dengan masalah doktor-doktor di klinik-klinik pedalaman, masalah dadah, lesen pembalakan di tanah-tanah di N.70. Baru Bian turut berbohong tentang mini hdiro yang telah dibina oleh Rotary Club dan menidakkan projek-projek kerajaan negeri yang telah menelan belanja sebanyak RM300 juta.

Selepas membangkitkan isu-isu berkenaan, Baru Bian yang menggunakan platform gereja, telah menghilangkan diri.

Kini dia sedarng dicari. Kalau dia sudah mati, kuburnya hendak ditanda. Kalau dia masih hidup, tubuh badannya hendak dilihat.

Walaupun ada yang mengatakan, Baru Bian akan muncul semula pada kempen PRN yang tidak lama lagi akan menjelang, yang pasti, khidmat dan keberadaannya amat ditagih oleh para pengundinya di Ba'kelalan!!!

No comments:

 
Blogger Templates