Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, December 17, 2014

ADUN PKR INANAM 'MOHON' LETAK JAWATAN... BAYANGAN PRK DI SABAH SUDAH MENJELMA!!!


ADUN Inanam, Roland Chia diberitakan sedang berkira-kira hendak meletak jawatan sekembalinya dari luar negara nanti. Alasan yang diberikan adalah MASALAH KESIHATAN.

Bagaimanapun, menurut sumber, Roland Chia tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan sebaliknya pening kepala kerana peruntukan dan masalah kewangan yang semakin meruncing. Apatah lagi dengan sikap lepas tangan Anwar Ibrahim.

Dikatakan juga, dia tidak berpuas hati dengan Anwar Ibrahim dan masalah dalaman PKR Pusat serta PKR Sabah selain tidak pernah dibantu oleh Anwar. Lebih masalah lagi ialah apabila dia terpaksa mengeluarkan duit kocek sendiri sebagai ADUN.

Pada PRU-13 yang lalu, Roland Chia marah apabila gagal melobi DUN Kepayan. Bagaimanapun hasil kompromi dengan DAP, dia dapat juga bertanding dan menang di DUN Inanam.

Difahamkan juga, Roland Chia yang merupakan seorang doktor gigi dan mempunyai klinik pergigian di Penampang, merupakan penyokong kuat Azmin Ali. Walaupun menang sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, dia jelas kecewa apabila permintaannya untuk dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah ditolak mentah-mentah. Sebaliknya Anwar melantik Lajim Ukin yang tidak stabil ke jawatan tersebut. Dipercayai juga, tindakannya mengumumkan perletakan jawatan itu kerana mengharapkan Azmin melantiknya ke dalam mana-mana GLC Selangor.


Pada PRU-13 lalu, Roland Chia mewakili PKR berjaya memperolehi undi sebanyak 8,926 berbanding Joseph Paulus Lantip dari BN yang memperolehi undi sebanyak 5,724 dan Enchin Majimbun @ Eric dari SAPP yang memperolehi undi sebanyak 5,003.

Berita ini belum dapat disahkan memandangkan Roland Chia masih lagi berada di luar negara. Melihat kepada Twitternya itu, Roland Chia seperti mahukan Anwar Ibrahim memujuknya. Apatah lagi beberapa orang Ahli Parlimen BN telah mendedahkan tawaran puluhan juta ringgit untuk mereka melompat, pastinya membuatkan ADUN PKR seperti Roland Chia berasa terpinggir dan memerlukan perhatian Anwar Ibrahim pada kadar segera!!

No comments:

 
Blogger Templates