Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, December 17, 2014

PRO-ANWAR GUAN ENG DALAM PAS ZAHIRKAN KEBENCIAN KEPADA GENG USTAZ YANG JADI PRO-ULAMA!!!

PAS semenjak membuka pintu kepada orang-orang Anwar Ibrahim dan meletakkan mereka ke jawatan-jawatan utama dalam parti itu bermula dari tahun 1996, kini sedang berhadapan dengan masalah terbesar selepas krisis 1979 yang menyaksikan beberapa orang pemimpin utama parti itu bertindak keluar parti termasuklah Presiden PAS pada waktu itu, Asri Muda pada tahun 1982.

Selepas kemasukan orang-orang Anwar Ibrahim yang bertindak keluar dari UMNO dan menyeberang ke dalam PAS seperti Kamaruddin Jaafar, PAS berasakan mereka telah mendapat kekuatan baru untuk menumbangkan UMNO. Keyakinan yang diberikan oleh Anwar Ibrahim yang ketika di dalam UMNO dan menjadi anggota kabinet kuat menfitnah PAS, membolehkan PAS memasang angan-angan.

Sedangkan hakikatnya, Anwar yang sedar masalah syahwatnya akan memberikan kesan buruk kepada kerjaya politiknya jikalau dia tidak mengambil langkah-langkah perlu, telah merancang untuk mempergunakan PAS bagi tujuannya. Kejayaan pertamanya ialah apabila Presiden PAS pada waktu itu, Fadzhil Noor telah menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepadanya, malah membantu menubuhkan ADIL dan Keadilan pada tahun 1999.

Selepas itu, semuanya menjadi sejarah!

Orang-orang Anwar Ibrahim dan pro-Lim Guan Eng menguasai jawatan-jawatan utama kecuali Dewan Ulama. Hasil daripada itulah, ramai pemimpin-pemimpin utama PAS yang pro-ulama, mulai tersingkir seorang demi seorang dengan kejayaan besar mereka adalah menyingkirkan Nasharuddin Mat Isa.

Ketika kemelut Menteri Besar Selangor berlaku, golongan pro-Anwar Guan Eng telah menunjukkan belang gila kuasa mereka. Pada ketika itulah PASMA muncul dan memberikan tekanan kepada kepimpinan PAS agar akur kepada Anwar Ibrahim dan Guan Eng. PASMA diketuai oleh bekas Exco Kedah dan ADUN Pengkalan Kubor, Phahrolrazi Zawawi yang juga merupakan musuh ketat Allahyarham Tan Sri Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Mungkin ramai yang tidak tahu selain PASMA, juga muncul GENG USTAZ (GU) yang merupakan pro-ulama dan musuh utama PASMA. Kebanyakan penggerak GU terdiri daripada golongan yang kuat menyokong kepimpinan ulama dan sangat pro-Hadi Awang.

Sedar yang PASMA tidak mungkin dapat bergerak bebas selagi ada GU, golongan pro-Anwar Guan Eng mula mendesak kepimpinan utama PAS mengambil tindakan tatatertib ke atas GU. Kata mereka, PASMA jauh lebih baik berbanding GU kerana PASMA adalah NGO berdaftar sedangkan GU pula adalah 'pertubuhan haram'.

Yang tidak disebutkan ialah, GU mempertahankan PAS sebagai sebuah parti politik mandiri manakala PASMA pula mahu menjadikan PAS sebagai side-kick Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim semata-mata. GU mahu menjadikan PAS sebagai dominan, manakala PASMA pula sedang berusaha untuk memastikan PAS sentiasa ikut cakap Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Keengganan GU untuk bekerjasama meramaikan orang yang berdemonstrasi dan mendengar ucapan serta ceramah Anwar Ibrahim, menyebabkan PASMA diperlekehkan oleh tuan mereka sendiri. Justeru itulah, mereka merengek-rengek agar kepimpinan PAS sendiri menyekat GU daripada terus menghalang kerja-kerja merepek mereka dalam PAS.

Yang pastinya, walaupun PAS mempunyai kekuatan yang tersendiri, namun campurtangan dan kerana terlalu terdesak untuk menumbangkan UMNO, PAS sendiri membawa masuk musuh ke dalam parti itu yang akhirnya menyebabkan PAS dilemahkan oleh orang-orangnya sendiri.

UMNO macam mana?

No comments:

 
Blogger Templates