Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, December 21, 2014

ALASAN TERBANGANG WAN AZIZAH SELAKU ADUN KAJANG YANG SEDANG BERHONEYMOON BERSAMA ANWAR DI NEW ZEALAND!!!

Tak susah menjadi wakil rakyat Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan DAP. Mereka tidak perlu bekerja, tidak perlu tunjuk muka dan tidak pernah mengusahakan apa-apa untuk rakyat yang diwakili. Cukup dengan menimbulkan isu-isu sensasi sambil mencantikkan isu-isu tersebut dengan perjuangan menentang rasuah, perjuangan menentang penyelewengan, perjuangan rakyat, dan sebarang ungkapan-ungkapan retorik yang lain. Kalau dah terdesak dan terkantoi, cukup dengan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional kerana setidak-tidaknya para penyokong mereka akan segera bersorak dan berguling-guling di atas lantai kerana mendapat 'hujah' yang paling hebat bagi mereka.

Wan Azizah, Anwar Ibrahim dan ahli-ahli keluarga mereka sekarang ini sedang bercuti dan makan angin di New Zealand. Pada masa yang sama, DUN Kajang yang diwakili oleh Wan Azizah pula terlibat dalam banjir. Permatang Pauh jangan ceritalah... memang Anwar Ibrahim tidak pernah jenguk dan peduli kecuali untuk mengatur strategi memenangkannya dari segi politik serta berceramah dan menghasut. Selain daripada itu, Anwar Ibrahim tidak pernah peduli sekalipun ketika dia masih dalam Kabinet 17 tahun lalu.

Banjir di Kajang yang berselang dalam tempoh yang amat dekat, telah merugikan kebanyakan perniagaan termasuklah perbankan. Namun jawapan yang diberikan oleh Wakil Rakyat Kajang, amat memalukan. Bukan sahaja tidak setaraf dengan kipas hikmat tetapi juga langsung tidak layak berbanding sarung tangan putih yang tersarung menutup parut kesan kezaliman suaminya pada tangan kanannya.

Jawapan yang diberikan oleh Wan Azizah menerusi twitternya, amat menggelikan hati. Sekaligus memperlihatkan betapa bodohnya seorang bekas doktor gigi yang menjadi isteri kepada Anwar Ibrahim sekaligus menyaksikan transaksi pembodohan akibat terlalu mempertahankan suaminya.

Alasan Wan Azizah yang sedang bercuti di New Zealand bersama-sama Anwar Ibrahim tentang banjir yang kerap melanda Kajang:

"Banjir di Kajang biasanya akan surut dalam tempoh setengah jam. Ia tidak sama seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang kadang-kadang berhari-hari tenggelam. Banjir di pekan Kajang akibat sistem sungai dan perparitan yang dibina sejak zaman BN."

Woi nenek kipas!!!


Dah dua penggal Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Projek, kontrak dan tender telah meragut nyawa Teoh Beng Hock, kakitangan Ean Yong Hian Wah yang kemudian cuba disabitkan dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Takkan setelah kurang 3 bulan daripada 7 tahun Pakatan Rakyat ambikalih Selangor dan Pulau Pinang, masih lagi alasan menyalahkan Barisan Nasional? Habis tu, Pakatan jadah apa yang dibuat untuk membetulkan 'kepincangan' projek BN setelah mereka ambikalih negeri? Takkan setakat bina kandang babi mega sahaja dan naikkan semua cukai dan premium tanah semata-mata? Lebih daripada itu tak reti?

Secara logiknya, semua masalah melibatkan kekerapan banjir, isu-isu kutipan sampah, perparitan, perkhidmatan PBT, kejatuhan pelaburan negeri, perbelanjaan tidak terkawal, rasuah dan salahguna kuasa kerajaan tempatan, enakmen agama, keadaan jalanraya yang teruk, tidak cukup bekalan air, tidak mempunyai perumahan mampu milik yang cukup... KESEMUANYA ADALAH MASALAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT dan majoriti 2/3 mereka.

Tak perlulah bertaichi dan menyalahkan pihak lain seperti yang dilakukan oleh Wan Azizah dalam kes banjir di Kajang!!!

12 comments:

Anonymous said...

Padan muka orang kajang..dah keturunan bulu dan bangang..apa nak kata...

Anonymous said...

Kalau tenggelam pun takpe. Diaorag ni klau batu pun depa undi. Balasan kpd org2 ni.

Anonymous said...

May KIFARAH meets them soon. AIB sendiri didedahkan oleh mereka sendiri. Rakyat tempatan hadaplah hakikat hasil pilihan sendiri.

Anonymous said...

Madey dah tanam benih untuk kemusnahan Malaysia, apa Kak Wan nak buat........sebagai ADUN je. Kawasan aliran &tadahan air dijadikan bandaraya, inilah dikatakan mengengkari suruhan Allah supaya mengikut jalan kesederhanaan. Sebab itulah boleh dikatakan Madey itu Pesuruh Syaitan............Harap gempa bumi berlaku di Malaysia, makan semua org2 UMNO sekali gus lebih baik.

Anonymous said...

Nak wat cmna kbtulan bnjir masa bcuti.sabo je laahh..

Anonymous said...

Anon 1:22pm

Berdoa malaysia gempa bumi...hang dok kat mana?
Kelantan , terengganu.bawak bertauba, jangan asyik tengok porno.....siang dengan serban jubah..mlm qiamulail dalam internet.

Anonymous said...

Hahaha qiamulail hhaha. Parti islam org tak respect

Anonymous said...

Teruknya hang ni..awat dok harap gempa ,harap la bnda baik,harap kbaikan..mak ayah hg pendatang haram ka.,.ke dah lama x dpt jimak.

Anonymous said...

Kalau ada gempa bumi , sudahlah org2 UMNO dapat buat kerja2 haram mereka bawah Tanah.

Anonymous said...

Saya tak faham ada orang yang masih terlalu LOW MENTALITY...bawah paras kosong. Masih boleh komen blog, maknalah otaknya KOSONG dengan fakta tapi penuh dengan sampah termasuk porno.

Sebodoh2 manusia meminta doa akan bala bencana pada Negara sendiri. Orang KAFIR pun tak minta musibah menimpa Tanah air mereka. Inilah bahananya politik benci...lahir rakyat yang terlalu bodoh tetapi tak mahu menerima kebodohan diri sendiri dan asyik sibuk mencari aib orang.

RUGI Malaysia ada rakyat bodoh macam ni, memang dah tak ada harapan orang yang berdoa pada musibah. Kalau di ICU...cabutlah je lah wayar2 biar MAMPUS!!

Anonymous said...

Lebih kurang sama bahlul parti yg mendoakan org supaya KO.

Anonymous said...

Kak Wan bukanlah JIN yang boleh mengangkat Kajang dan letak di atas Gunung. Dia hanya ADUN, bukan MB , bukan PM. Banjir bukan sahaja di Kajang tapi seluruh Negara telah pun terdedah kepada bencana alam kerana angkara PM Projek yang terdahulu tak ikut EIA, bagi projek runding terus kpd yang kawan2 dia , jadi faktur keuntungan itu dijadikan perkara pokok, supaya keuntungan dapat di bagi balik kpd Madey dan kawan2 dia. Projek 100 juta jadi 300 juta sebab org2 politik buat projek. Dimanakah kita nak letakan kualiti kerana Malaysia adalah Negara yang korup bermula dari atas.

 
Blogger Templates