Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, December 21, 2014

ROSYAM NOOR PULA DEDAHKAN DISKRIMINASI TERHADAP GADIS ISLAM BERTUDUNG!!!


Cerita tentang diskriminasi berdasarkan kaum dan agama di Malaysia dalam sektor pekerjaan bukanlah cerita baru pun. Malahan ianya sudah menjadi rahsia awam di kalangan rakyat Malaysia.

Walaupun ada pihak yang menyatakan, golongan minoriti di negara ini tertindas, hakikatnya yang berlaku adalah sebaliknya. Golongan majoriti yang terdiri daripada warga Melayu-Bumiputera, baik yang beragama Islam mahupun bukan, seringkali ditindas menerusi skim gaji yang berbeza berbanding bukan Melayu-Bumiputera terutama sekali di dalam sebuah firma yang dimiliki oleh bukan Melayu-Bumiputera. Menariknya, bebanan kerja mereka lebih berbanding rakan sejawat dari kalangan bukan Melayu, tetapi tangga gaji dan kadar upah mereka pula, jauh lebih rendah.

Itu cerita tentang gaji. Bagaimana pula dengan cerita larangan bersolat, penutupan ruang sebagai surau atau tempat solat kerana dikatakan membazir, bahkan waktu rehat pada hari Jumaat yang sengaja disingkatkan bagi menghalang solat Jumaat terutama sekali di kalangan kakitangan lelaki?

Semalam, aktor terkenal, Rosyam Noor mendedahkan bagaimana sebuah premis perniagaan yang terletak di sebuah gedung membeli belah terkenal, enggan menerima pekerja dari kalangan gadis bertudung. Bahkan gadis-gadis beragama Islam bertudung yang ingin bekerja di premis perniagaan tersebut, dipaksa menanggalkan tudung mereka.

Menariknya, dikatakan juga premis dan syarikat tersebut adalah milik Melayu-Islam.

Stigma bahawa gadis-gadis Melayu-Islam bertudung menghalang pengembangan dan prestasi perniagaan, sudah lama tertanam. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Anehnya, syarikat-syarikat besar gemar pula melabur di negara-negara Arab yang kaya raya walaupun terpaksa menggaji pekerja wanita yang bertudung litup dan tidak terdedah sana sini. Bahkan mereka yang menganggap negara Islam sebagai negara jumud, mundur dan tidak akan maju kerana mempunyai garis panduan serta tatacara berpakaian yang 'ketinggalan zaman', menjadi tumpuan untuk berniaga serta melabur.


Kejadian melibatkan anak perempuan Rosyam Noor berlaku di Malaysia, sebuah negara yang pernah menyaksikan komuniti peniaga bukan Melayu, gusar dengan tindakan serta kempen memboikot barangan dan produk bukan Melayu-Bumiputera sehinggakan ada menteri yang 'diupah' oleh pihak berkenaan agar bercakap dan menasihatkan supaya kempen boikot tersebut ditarik balik.

Ketika pemimpin-pemimpin bukan Islam khususnya dari DAP meminta agar penganut Kristian tidak didiskriminasi dan dizalimi, mengapa pula penganut Islam yang merupakan kelompok majoriti di negara ini secara bebas dizalimi hanya kerana agama dan amalan mereka yang tidak menyerupai kaum bukan Islam? Apakah kerana mereka beragama Islam dan berbangsa Melayu-Bumiputera, maka bebas jugalah mereka ditindas dan dihina sedemikian rupa?

Bukankah sepatutnya dalam sistem demokrasi, minoriti patuh kepada majoriti?

Mengapa keadaan di Malaysia berlaku sebaliknya?

8 comments:

Anonymous said...

Suruh hamley tulis kat atas kedai nya yg dia nti islam... Senang kita halau balik negara...

Anonymous said...

Boikot Hamleys sepertikita boikot McDonalds dulu. Boikot mana2 pernigaan yang rasis supaya peniaga2 yang KURANG AJAR dan BIADAP akan tahu supaya menghormati Bangsa Melayu dan Agama Islam.

salleh said...

Xtau plak ape tu kedai hamley...ape dijualnye. Hari ni baru tau. Xpnh terpikir nk bawa ank2 ke kedai2 cmtu...mcm mahallll je.

Anonymous said...

Byk lg keje lain bang oi..aku pun cri pkrja..warung char kue teow..pkai tdung lg manis,jubah cntik,telekung tipu sgt,,pkai stokin memang thorbaik.

Anonymous said...

Boikot Kedai ni. Jangan beli apa2 bagi dia bungkos n bankrap

Anonymous said...

Inilah akibatnya apabila menerima org kafir sbg warga negara. Bukan sorang dua malahan ratusan ribu org. Nah skrg rasakan...

Anonymous said...

Aku dh lama praktis anti kominis dgn anti pariah...anda bila lg???

Anonymous said...

Ini lah akibat orang2 hanyut Indonesia di beri KP sejak pemerintahan Madey.....

 
Blogger Templates