Ingat senang ke nak cari seorang ADUN yang sangat 'berkualiti' seperti Wan Azizah. Bukan sahaja tidak mengaku yang dia mengabaikan pengundi-pengundi di kawasannya iaitu Kajang, bahkan dia telah mendedahkan taktik utama PKR demi meraih sokongan terbesar daripada para pengundi.
Dan itulah sebenarnya yang gagal diaplikasikan oleh hampir kesemua ADUN atau Ahli Parlimen dari Barisan Nasional - kalau mengikut standard Presiden PKR ler!
Wan Azizah yang juga merupakan ADUN Kajang menafikan, penduduk Kajang tidak berpuas hati dengannya, sebaliknya dia menyatakan kesemua penduduk yang ditemuinya menyanjunginya kerana layanan yang diberikannya. Walaupun dia tidak berada di kawasan yang diwakilinya, tetapi penduduk berpuas hati apatah lagi menurutnya, dia mempunyai sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan sehingga tidak mampu menjejakkan kaki ke Kajang.
"Saya ingat kenduri selalunya saya datangnya. Mereka kata, "eh, dia datanglah"... saya tahu mereka tak jangka. Alhamdulillah," beritahu Wan Azizah dengan gembira. (RUJUK SINI)
Wan Azizah bagaimanapun menyatakan, rungutan tentang khidmatnya yang teruk di Kajang selain ketiadaannya untuk ditemui oleh penduduk Kajang adalah disebabkan oleh penduduk Kajang yang tidak cukup matang.
Menurutnya lagi, penduduk Kajang perlu lebih matang untuk menilai khidmatnya di kawasan itu kerana sudah menjadi kebiasaan seorang wakil rakyat mempunyai tanggungjawab lain yang harus dipikul.
Dengan kata lain, Wan Azizah memberitahu, sebagai wakil rakyat, tumpuan kerjanya yang lebih utama bukanlah rakyat yang diwakili, sebaliknya kerja-kerja lain. Jadi, penduduk dan pengundi jangan banyak merungut walaupun wakil rakyat menghilang tanpa dapat dikesan. Wakil rakyat bukanlah tempat mengadu dan bukan juga wakil menyuarakan masalah rakyat, sebaliknya wakil rakyat hanyalah bertindak untuk menjadikan sesebuah parti sebagai pemerintah atau penguasa semata-mata.
Itu maksud Wan Azizah.
Justeru, penduduk dan pengundi Kajang harus belajar mematangkan diri. Mereka tidak boleh merungut dan komplen itu ini tentang Wan Azizah. Sebaliknya mereka perlu berlapang dada kerana Wan Azizah sudah penat berkempen dan berada di Kajang tempoh hari. Kalau nak jumpa Wan Azizah, tunggulah sampai PRU nanti.
Lagipun, sesekali Wan Azizah pergi kenduri di Kajang juga. Wan Azizah memang ada datang di Kajang sesekali, itu pun kerana kenduri. Penduduk dan pengundi di Kajang sahaja yang tidak matang kerana banyak komplen!
Jadi,penduduk Kajang kenalah belajar mematangkan diri. Jangan salahkan Wan Azizah kerana sebagai isteri Anwar Ibrahim apatah lagi sebagai Presiden PKR, dia tidak wajar dituding jari... ADA FAHAM?
4 comments:
Senang nya jadi wakil rakyat cuma datang sewaktu kenduri jeeee
Aku nak tanya Wan Azizah dan kalo dier xdapat jawap memang lah dier pembohong besar. Kamu dah hidup sebumbung dgn Anwar berpuluh2 tahun lamanya dan xkan lah kamu xtahu langsung tentang perangai, hobinye,minatnye,gaya berjalan,gaya berpakaian,makanan favouritenye,posisi kesukaannye semasa bersama,cubaan untuk menyondol dari belakang,hubungannye dgn anak2 ikannye. Aku harap kamu jangan jadi munafik dan bersekongkol dengan perbuatan2 haram supaya sekurang2nye dapat mencium syurga kelak.Otherwise all yr effort will go into the drain. Remember you wont live forever, you are old now. Kalau tersilap eloklah bertaubat.Anwar xnak bertaubat itu hak dier.Kamu jangan bersubahat nnti kamu juge yg rugi.Amiin.
sungguh Malang nasib pengundi2 Kajang yang begitu pemurah dan cukup bersempati dengan pujukan dan rayuan air mata c jijah kipas ni, sehingga pengundi sanggup mengetepikan anak2 tempoatan yang lebih 1000 kali layak untuk memimpin di Kajang. Perbuatan pemurah dan sempati yang begitu taksub telah Allah tunjukkan yang pengundi2 Kajang adalah manusia2 yang agak BODOH dan mudah DIPERBODOHKAN sehingga begitu mudah hilang akal dan fikiran yang diberikan Allah untuk memikirkan mana yang baik dan mana yang benar, atas sebab politik kumuh dan dendam kesumat. dan sekarang rasakan lah bagaimana kebodohan yang kamu orang berikan telah memakan dan menampakankan kebodohan kamu semua.So...jangan banyak komplen.Itulah nasib kamu di sana.
Saya baru je pindah Kajang, ikut suami bertugas, tu la manusia hanya tau bercakap dimulut, kononnnnn ada org bertugas, sape tu?????? Org Kajang bergembira parit tu penuh dgn emas berlian batu permata rumput pun dah jd kayu jati....semua brg bernilai ada dlm longkang, nyamuk ish takde seekor pun takde, hebat nenek jah ni
Tapi ingat di akhirat nanti mulut tu tak boleh bercakap
Post a Comment