Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, December 11, 2014

BELAJAR CIKAI, TAPI BAB DEMONSTRASI THUMBS-UP!!!

Itulah namanya Melayu...

Zaman dahulu sebelum merdeka, orang Melayu hidup selesa walaupun susah kerana mereka ada banyak tanah. Nak ke Makkah, jual tanah. Nak kahwinkan anak, jual tanah. Alasan mereka, tanah banyak lagi dan Melayu adalah tuan di negara ini.

Prinsip hidup Melayu agak mudah... cukup pakai makan, ada kediaman, boleh beli beras, gula dan garam, dah cukup. Ramai yang buta huruf kecuali baca al Quran dan al Quran pun dibaca tak lepas daripada tenggorok semata-mata. Bab yang lain, kosong....

Bila pemerintah adakan kelas pelajaran, sekali lagi prinsip mudah Melayu berfungsi. Asal boleh membaca, menulis dan mengira, sudah cukup. Anak-anak perempuan pula diberikan penekanan, sepandai manapun mereka belajar tempat mereka hanyalah di ceruk dapur dan menjadi ABDI KEPADA SUAMI.

Zaman selepas merdeka, perangai ambik mudah masih juga berlaku. Bila masuk dan selepas 1990, perangai Melayu terutama generasi baru semakin menjadi-jadi. Kemudahan dan kelonggaran yang diberikan kerajaan dalam bidang pendidikan dan pelajaran bukan sahaja telah disalahgunakan tetapi juga diambil mudah. Boleh dikira berapa ramai pelajar Melayu yang mendapat ijazah kelas pertama berbanding ijazah kelas dua bawah.

Alasan paling bangang yang diberikan atas kegagalan dan sikap sambil lewa ini ialah KALAU BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH PUN BUKANNYA MENJAMIN PEKERJAAN BERGAJI BESAR.

Mentaliti belajar tinggi untuk bergaji besar masih menebal. Lebih memalukan lagi, kebanyakan yang bersikap sebegini adalah golongan yang mengambil kursus-kursus mudah lulus termasuklah linguistik dan persuratan.

Menariknya sebahagian besarnya sangat sibuk untuk jadi pejuang rakyat berbanding memperjuangkan rakyat dari segi peningkatan sosial. Mereka sangat cenderung dan ekstrim dengan idea-idea politik yang menurut mereka, sistem dan idea yang ada sekarang bersifat lapok dan hanya layak berada di rak muzium. Untuk menyelamatkan diri daripada kelihatan bodoh mereka turut cenderung kepada elemen-elemen agama walaupun ada sesetengah daripada merek bab fiqh taharah pun tidak lulus tetapi sangat pandai bercakap tentang siyasah syariah yang kemudiannya dihubungkan pula dengan tauhid serta syurga dan neraka.

Contoh-contoh kebodohan generasi muda Melayu ini sedang dipertontonkan menerusi acara OCCUPY di pintu masuk Universiti Malaya dalam apa yang mereka labelkan sebagai Solidariti Kepada Fahmi Zainol.

Entah bila mentaliti bodoh dan comfort zone Melayu akan berakhir... bukan makin bertambah baik, bahkan semakin teruk. Anehnya yang bukan Melayu khususnya Cina, tidak pula semacam pelajar-pelajar Melayu!!!

Kenapa ya?

6 comments:

Anonymous said...

Gantung jer yg buat demo..depa nak merasa sama macamana kena gantung..

Anonymous said...

Ni la bahalol bongok lagi, yg melalak menjerit pecah sana pecah sini anak melayu, anak cina dibelakang, yg dpt hasil yg makan hasil yg kaya yg berkuasa yg bercakap dlm Pakatan ORG CINA, anak Melayu dlm pakatan jd barua, tu didikan nuor.

Tengok gambar tu mana ada anak cina, um takde anak cina ke, dulu masa merempuh um, anak Cina dibelakang, nuor kan ketua pembangkang mana yg dikata solidariti melalak berguling berkhemah sekat sana sekat sini anak cina,,,,,,,, ,,,,,,,, lol lol, sibarua kena hukum sinuor enjoy ke luar negara labu labu

Anonymous said...

Bakar sahaja lah Universiti yang tak guna kpd umat manusia dan hanya jadi bahan propaganda UMNO...............Tahniah kpd Mahasiswa2

Johan said...

Elok le awak jadi propaganda DAP...

Anonymous said...

Betul tu.
Bakar saja UM dengan pendemo-pendemonya, termasuk kau sekali.
Habis cerita, aman dunia.

Anonymous said...

Universiti Maksiat di bawah naungan UMNO.

 
Blogger Templates