Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, December 7, 2014

HEBAT BETUL PENDATANG DARI MYANMAR, DAH BOLEH POTONG DAN LAPAH MANUSIA DENGAN BEBASNYA DI MALAYSIA!!!

Mereka datang ke negara ini dengan alasan melarikan diri daripada kekejaman di negara mereka. Mengambil kesempatan kelonggaran dan baiknya hati Kerajaan Malaysia, warganegara Myanmar beramai-ramai memasuki negara ini dan kemudian bertindak seolah-olah Malaysia sudah berada di bawah jajahan mereka. 

Bermula dengan penawanan Pasar Borong Selayang dan pekan Selayang yang menjadi tempat utama mereka berkoloni, pendatang-pendatang dari Myanmar kemudiannya mula terlibat dengan jenayah. Bermula dengan mencuri besi, apa-apa sahaja yang diperbuat dari tembaga, mencuri surat-surat dari peti surat terutama di kawasan rumah pangsa selain mencuri wayar elektrik dan telefon untuk dijual sebagai logam terpakai, kini sudah mula melangkah lebih maju dengan penemuan mayat yang dipotong-potong dan dilapah-lapah.

Jikalau mendengar cerita-cerita daripada pendatang-pendatang Myanmar itu sendiri, kes-kes penculikan sesama mereka untuk mendapatkan wang tebusan, bukanlah kes terpencil. Malah mereka dengan bangganya menceritakan bagaimana mereka memasuki negara ini terutama menerusi Kelantan dengan mudah dan tidak mahu menjadikan Thailand sebagai pusat pelarian kerana di Thailand mereka akan diletakkan di dalam sebuah kawasan berpagar dan mereka tidak boleh bekerja secara bebas seperti di Malaysia.

Hanya Malaysia yang membenarkan mereka bergerak bebas seperti babi hutan, menyondol ke sana ke mari dan mereka juga tidak takut dengan pihak berkuasa kerana kata mereka, semuanya boleh diselesaikan dengan mudah.

Mutakhir ini, berita kekejaman dan jenayah yang melibatkan warga Myanmar begitu menggerunkan.  Berita penemuan mayat yang dipotong-potong dan dilapah-lapah terutama di Pulau Pinang, mempunyai hubung kait dengan warga Myanmar yang berada di negara ini.

Seharusnya langkah-langkah pengawasan, pembendungan, penguatkuasaan dan langkah yang lebih ketat dilaksanakan tanpa perlu ada desakan daripada pihak pembangkang seperti RCI di Sabah membabitkan kad pengenalan palsu. Rakyat sedang melihat dan semakin meluat dengan tindakan pihak berkuasa khususnya dalam menangani pendatang asing terutama dari Myanmar.

Geng lapah manusia tersungkur
Oleh Salman Hamat

Bukit Mertajam: Misteri penemuan beberapa anggota badan manusia termasuk kepala tangan dan kaki di merata-rata tempat termasuk dekat balai polis, minggu lalu terungkai apabila polis menahan sekumpulan warga Myanmar dan menemui lokasi penjenayah itu membunuh dan memotong tubuh mangsa.

Dalam gerakan khas polis melalui Ops Kelar itu, seramai 17 lelaki warga Myanmar berusia 20 hingga 45 tahun termasuk dalang yang berusia dalam lingkungan 40-an ditangkap di sekitar negeri ini dan Rawang, Selangor sejak minggu lalu hingga awal pagi Isnin.

Malah, serbuan terbaru polis ke sebuah daripada dua rumah di Kampung Pisang, Machang Bubok, awal pagi Isnin lalu turut menemukan tiga parang dipercayai digunakan untuk memotong tubuh mangsa.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan awal polis mendapati tubuh mangsa yang dikerat itu akan dicampak ke beberapa lokasi oleh anggota kumpulan penjenayah itu dengan menaiki motosikal.

Menurutnya, siasatan polis mendapati pembunuhan kejam itu bermotifkan dendam lama, masalah hutang atau rasa tidak puas hati dan suspek juga mengenali mangsa.

Abdul Rahim berkata, seramai 13 suspek ditahan di sekitar negeri ini dan dua lagi di Rawang, Selangor sejak minggu lalu manakala dua tangkapan terbaru dilakukan di Georgetown, awal pagi ini.

Katanya, polis juga merampas tiga parang disyaki senjata digunakan untuk memotong mangsa serta motosikal yang digunakan untuk membuang bahagian badan yang sudah dikerat itu.

“Berikutan penangkapan semua suspek berkenaan, kami percaya kes penemuan anggota badan manusia itu dapat diselesaikan,” katanya.

Operasi khas yang dinamakan Ops Kelar itu dilancarkan polis Pulau Pinang itu selepas masyarakat gempar dengan penemuan anggota badan manusia seperti kepala, tangan dan kaki dalam parit serta tepi kubur. (SUMBER)

2 comments:

Unknown said...

Hahaha..bgs2.ni lah dikatakan malaysia.

Anonymous said...

Inilah padah kalau pihak berkuasa jenis pondan.

 
Blogger Templates