PM bersama-sama MB Kelantan mendengar taklimat banjir di Kota Baharu.
KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI BANJIR SEMASA
26 DISEMBER 2014
----------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Pada 26 Disember 2014, kejadian banjir telah melibatkan enam (6) negeri iaitu Terengganu, Pahang, Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak .
2. Jumlah pasukan operasi kesihatan dan perubatan adalah sebanyak lima ratus tiga puluh tiga (533) pasukan iaitu dua ratus tujuh puluh empat (274) perubatan dan dua ratus enam puluh satu (261) pasukan kesihatan yang bertugas untuk menjalankan aktiviti di kawasan semasa banjir.
3. Sehingga pada 26 Disember 2014 seramai tiga ribu sembilan ratus sembilan belas (3919) mangsa banjir telah diberi rawatan. Pemeriksaan dan rawatan diperolehi daripada pasukan perubatan. Tiada penyakit berjangkit seperti leptospirosis, HFMD, tifoid, measles, denggi atau penyakit berjangkit yang perlu dinotifikasi berlaku di kalangan mangsa banjir.
4. KKM juga menjalankan aktiviti pemeriksaan di pusat pemindahan bagi mengesan pembiakan nyamuk, keselamatan dan kualiti makanan, keselamatan mutu air minum dan menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan.
5. KKM ingin menasihatkan orang ramai yang tinggal di kawasan-kawasan yang terjejas dengan banjir atau yang berisiko banjir hendaklah sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan-arahan pihak yang berwajib, khususnya keperluan untuk berpindah awal. Ini dapat mengelakkan sebarang kesulitan serta mengelak daripada berlakunya kemalangan dan kehilangan jiwa. Orang ramai juga dinasihati supaya mengelak makan makanan yang tidak dimasak dan hanya minum air yang dimasak atau air botol mineral sahaja. Sila awasi anak-anak supaya tidak bermain air banjir kerana dikhuatiri tercemar dan risiko penyakit berjangkit seperti cirit birit, kolera, tifoid dan leptospirosis.
6. KKM juga menasihatkan orang ramai terutama mangsa banjir termasuklah golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita mengandung , wargatua serta mereka yang mengidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan lain-lain yang memerlukan pemeriksaan serta rawatan susulan yang masih berada di pusat pemindahan dan yang telah pulang ke rumah masing-masing hendaklah terus menjaga kebersihan dan kesihatan, sekiranya sakit hendaklah segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran. Perhatian perlu diambil untuk mengelakkan kecederaan terutamanya semasa membuat kerja-kerja pembersihan selepas banjir.
7. Pada 25 Disember 2014 Pengurusan Tertinggi KKM telah memutuskan supaya pemindahan pesakit kritikal dari Hospital Kuala Krai (HKK) dan penghantaran bekalan diesel ke HKK dilaksanakan segera. KKM dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berjaya memindahkan 4 pesakit dari HKK ke Hospital USM (HUSM) dengan menaiki helikopter ATM pada jam11.50 malam. Bekalan diesel sebanyak 640 liter sampai di HKK pada jam 12.00 malam.
8. Hari ini 26 Disember 2014, YB Menteri Kesihatan bersama-sama dengan YBhg Datuk Ketua Pengarah Kesihatan telah berlepas ke Hospital Kuala Krai pada jam 4 petang untuk meninjau keadaan di sana dan turut membawa bersama bantuan makanan, air minum dan ubat-ubatan. YBhg Datuk Ketua Setiausaha KKM juga berada di Kelantan dan menyelaras bantuan yang diperlukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
YBhg. Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
26 Disember 2014
Nota: Heran jugak eh, mana muka Nga Kor Ming, Lim Kit Siang, Liew Chin Tong dan para pengikut mereka khususnya Melayu penjilat pi?
Kali ini Najib salah apa pula? Najib berlakon? Pakatan berjaya desak PM pulang?
Kita akan dengar pelbagai versi cerita syok sendiri para pecacai DAP-Pakatan!!!
15 comments:
AlhamdulillahiRobbilAlamin! Syukur PMku telah selamat tiba dari luar Negara. Kesian tak sempat hilang jet-lag kena pergi pula ke KB. Inilah Jihad DS pada Negara.
PEDULIkan apa mereka nak kata, Allah swt Maha Mengetahui, Allah swt akan bersama mereka yang benar. Allah swt juga mencatat setiap perkataan apa pun yang keluar dari mulut mereka, apa yang mereka taip dari lap top mereka.
Kami doakan DS Najib sihat walAfiat, dipanjangkan usia dan terus diberikan Allah swt kurniaan luar biasa untuk mempimpin Negara!!
Tolonglah Bantulah Kelantan tu DS Najib, biarlah apa pun mereka hina DS. Pernah satu stadium doakan pecah perut pada PM. Sekarang stadium itu dipenuhi Air banjir dan DS Juga yang mereka perlukan untuk mengeringkannya.
Allah Maha Berkuasa, di dunia lagi DIA bayar CASH!!!!
Alhamdulilah
Sbg blogger.. kaki jilat tahap bewak
Sah.. salah sorang yg dok mkn duit kerajaan
Tahniah kepada DS Ah Jib Gor kerana mendengar denyut nadi rakyat.
Kehadiran DS bukan sebab tekanan pembangkang tetapi kerana tanggungjawab beliau sebagai KETUA NEGARA.
Rakyat ni kalau susah, PM tunjuk mukapun dah senang hati, rasa disayangi, rasa dilindungi, rasa dihargai. Itu pentingnya PM/ketua kena tunjuk muka. Kerja beri pada orang lain. Kehadiran batang tubuh tu yg penting.
Biarkan la pembangkang meroyan sorang2, memekak dr longkang. yang penting PM jalankan tanggungjawab.
Tahniah & terima kasih DS Ah Jib Gor!
Taniah pm moga d permudahkan
Patutnya x yah balik pun....timbalan ada....mintri2 ada....lg pun pas kan gang ngan nuar skrg kat nz cuti guan eng paris cuti....mat sabutoh mana.....moga pm di permudahkan
Mat sabu bercuti di Iran kot
Tahniah Najib kerana mendgr rintihan dan laungan syahdu puak spesis PR yg meminta tolong dia balik ke tanah air. PM memendikkan percutian beliau dan terus ke Kelantan. Aku rasa kalau dia tak ada appt dgn Obama yg telah diatur berbulan lamanya tentu dia dah cancel lawatan nya lebih awal.
PKR dan Fitnah berpisah tiada. Fitnah dan PKR ibarat aur dgn tebing. Tiada PKR tiada Fitnah
Aku umno...
Pesal ? Nko ingat semua org umno kaki angguk ncm beruk mcm nko ker
cibai !!
Anon 4.28
X payahlah berlakon orang UMNO, bahasa ko pun menunjukkan ko macai hina pembangkang. Najib pecah perut juga yg Kelantan harapkan
Watever. Tuhan maha melihat. Thanks najib for listenin. Sbenar u tkde pun we can do it but ade u konfiden sikit.
Ic.. nak jd org umno jena bahasa mcm nko yer.. kesian... tahap bewak air
Sbg pemimpin.. kena adalah dlm negara.. bukan perlu pikul beras pun..
KJ apa cerita.. budak ni ckp pndi.. gila nak jawatan... stkt nak peraga fesyen.. nak zumba... nak ice bucket... x perlu ada jawatan
Apa boleh buat.. itu jer level Pemuda Umno
Menteri ada ?
Menteri KBS ?
Menteri KDN ?
Menteri MINDEF?
Menteri.Luar Bandar ?
Menteri Pelancongan ?
Berapa kerat jer Menteri yg ada...
Post a Comment