Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, December 21, 2014

KALAHNYA PASUKAN MALAYSIA SUDAH DIJANGKA AWAL, WALAUPUN RAMAI JUGA CUBA PUJUK HATI SENDIRI!!!

Akhirnya seperti yang ramai ramalkan, Malaysia tumbang di tangan Thailand menerusi agregat 4-3 dalam aksi kedua perlawanan akhir Piala AFF Suzuki di bumi Malaysia sendiri setelah tumpas di Thailand minggu lepas. Ramai yang kecewa, tetapi lebih ramai yang tersenyum sinis, terutama sekali kaki bola yang mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia dari zaman Ghani Minhat, Mokhtar Dahari, Zainal Abidin Hassan, Farizul Kassim, Azman Adnan dan kini Shafee Salee.

Tiada sebarang perkembangan meningkat yang ditunjukkan oleh pasukan bolasepak Malaysia. Malaysia hanya jaguh di Asia Tenggara tetapi seringkali dibuli oleh Thailand, Vietnam, Singapura dan Indonesia. Bahkan seringkali juga kecut perut melawan Myanmar. Keluar dari garis Asia Tenggara, Malaysia hanyalah pasukan belasahan dan tempat latihan pasukan-pasukan kelab ternama dunia bercuti sambil membelasah pemain-pemain bola sepak bertaraf profesional yang taraf permainan dan skil tidak lebih baik daripada novice.

Apa masalah pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia?

Mungkin ramai yang tidak tahu, sekitar 1970-an, Malaysia telah menghantar jurulatih dan jurutunjuk ke Jepun. Kini Jepun merupakan antara gergasi bolasepak dunia, manakala Malaysia pula terus merosot walaupun kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk pembangunan mahupun membina infrastruktur sokongan terutama sekali stadium.

Dari bertaraf kelab dan negeri, bertukar menjadi Semi-Pro pada pertengahan 1980-an, kini profesional, nampaknya perubahan-perubahan status tersebut sekadar satu gimik dan kosmetik semata-mata, sedangkan takah sebenar prestasi pasukan kebangsaan terlalu jauh ketinggalan.


Mujur jugalah pasukan Malaysia tidak ketandusan sokongan sekalipun sekitar 1990-an, tidak ramai yang mahu menonton atau mengambil peduli dengan perlawanan membabitkan pasukan Malaysia. Pestabola Merdeka yang suatu masa dahulu cukup gah dengan Korea Selatan sebagai peserta tetap, kini hanya dilangsungkan untuk bernostalgiakan kehebatan silam.

Kini peminat-peminat dan penyokong yang amat patriotik dan meletakkan harapan besar kepada kemajuan bolasepak negara, menubuhkan pelbagai kumpulan dengan kumpulan yang paling terkenal adalah ULTRA MALAYA. Mereka adalah penyokong tegar yang tidak berganjak walaupun Malaysia sentiasa kalah. Sokongan mereka bukan kerana kalah atau menang tetapi kerana nama MALAYSIA yang dipikul oleh pasukan bolasepak kebangsaan. Malangnya, sokongan yang diberi dibalas dengan pelbagai kelemahan pasukan kebangsaan yang kurang dicermati dan kurang pula dipedulikan untuk pengatasian.

Sekitar 1970-an, pasukan bolasepak Malaysia memang digeruni. Pernah melangkah ke pusingan akhir Olimpik dan Piala Asia, menjuarai sebarang kejohanan di Asia Tenggara, bahkan pemain-pemainnya diintai oleh kelab-kelab bolasepak dari negara-negara Arab, kini, Malaysia lebih banyak membeli berbanding menjual.

Apa sebenarnya yang terjadi kepada pasukan Malaysia?

Sekalipun menang dalam perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, sesuatu yang amat ketara dilihat ialah kelemahan pasukan itu sendiri.


Ada yang menyalahkan jurulatih dan tidak kurang juga dengan pemain-pemain terutama sekali pemain barisan hadapan. Namun semakin ramai yang menuding jari kepada kelemahan pengurusan dan perancangan termasuklah pembangunan bolasepak negara dari peringkat sekolah.

Tahun demi tahun berlalu namun peningkatan tidak dapat dilihat langsung. Ketika negara-negara lain, termasuklah negara-negara yang padang bolasepaknya jauh lebih teruk berbanding padang berharga mahal Malaysia mampu mencapai keputusan memberangsangkan malahan mampu pula melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia, Malaysia sekadar jadi penonton dan terus berangan-angan.

Sukan merupakan bidang yang paling sesuai menyatukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, bahasa, budaya mahupun kiblat politik. Kalau benar kerajaan mahukan rakyat bersatu padu dan bersatu hati, mengapa tidak kerajaan memberikan perhatian serius kepada perkembangan dan kemajuan bolasepak negara?

Saiz tubuh badan bukanlah penanda aras memandangkan banyak pasukan yang mempunyai pemain-pemain yang bertubuh kecil namun mereka tetap berjaya. Jangan hanya infrastruktur sahaja bertaraf dunia, sedangkan mutu permainan masih kekampungan seperti yang ditunjukkan sekarang... BUAT BAZIR DUIT RAKYAT SAHAJA!!!

6 comments:

Anonymous said...

betul la tu bungkus team sukan2 yang tak perform bukak facilities untuk public use, lagi bagus

Anonymous said...

Kita jgn lupa. Malaysia menang mlm tadi. Dlm final.

Malaysia kalah kerana aggregate.

Tak lah teruk spt Blogger gmbrkan.

Harap Malaysia lebih baik selps ini.

Orang melayu said...

Sbb pasukn malaysia d wakili oleh satu kaum sahaja , ini semua d sebbkn oleh system pendidikn itu sendri . Faham aps saya maksudkn

Anonymous said...

Betul3,xda smgt kesukanan lgsung..bkn selalu menang lwn gajah duduk tu..cuma mlm td mengaum kuat sgt smpai lupa ptahanan..

Anonymous said...

tak paham ..cuba huraikan dengan lebih lanjut kenapa sistem pendidikan jadi mangsa

Unknown said...

SETUJU SANGAT DGN ARTIKEL NI." NASIB BAIK KALAH" KALAU TAK RAMAI DARI KITA YG TERUS TERBUAI DGN PERSEPSI PADA 2010 KONON KITA HEBAT SETELAH JADI JUARA.PADAHAL KITA HANYA LAH JAGUH ASIA TENGGARA ,TAK LEBIH DARI TU INGAT! ADA HIKMAH NUA KITA KALAH SEMALAM.MUDAH MUDAHAN KEKALAHAN NI MENGEJUTKAN BANYAK PIHAK DDARI LENA YG PANJANG.KHUSUS NYA FAM.

 
Blogger Templates