Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 15, 2014

LIM KIT SIANG TERPAKSA CIPTA CERITA 'MELAYU' DALAM KONVENSYEN DAP, TAPI TAK SEBUT LANGSUNG TENTANG HANYA 34.2% YANG HADIR!!!


DAP sudah menggerakkan langkah untuk meninggalkan PKR dan PAS. Walaupun tidak mengakuinya, DAP menerusi orang-orang mereka dalam PAS, telah melakukan tekanan agar PAS menyerahkan beberapa kerusi boleh menang kepada DAP manakala PKR pula diyakini DAP, tidak akan ke mana-mana, bahkan akan kalah teruk memandangkan sambutan untuk parti tersebut, semakin merosot.

Ceramah terbaru melibatkan Anwar Ibrahim, Tian Chua dan beberapa orang pemimpin besar PKR di Kuantan , Pahang dua hari lepas, amat memalukan Anwar Ibrahim yang sebelum ini digambarkan sebagai penarik utama ribuan orang datang untuk mendengar ceramahnya. Jumlah kehadiran sangat memalukan walaupun yang beria-ia memberi ceramah adalah Anwar Ibrahim.

Lim Kit Siang yang sejarahnya adalah meminggirkan sesiapa sahaja yang dilihat mengancam dan mengurangkan popularitinya atau anaknya, Lim Guan Eng, kembali bercakap tentang Melayu dalam DAP. Seolah-olah Melayu dalam DAP baru sangat wujud menerusi pembabitan Dyana Sofya dan beberapa orang anak muda yang lain.

Sedangkan zaman kemuncak Melayu di dalam DAP adalah antara tahun 1976 sehingga 1986 apabila DAP berjaya menarik pembabitan pemimpin-pemimpin Melayu dari kesatuan sekerja ke dalam parti tersebut, menang menerusi pilihanraya sebagai wakil rakyat dan bersuara lantang di Parlimen atau DUN dengan menghakis pengaruh Lim Kit Siang.

Akhirnya Lim Kit Siang dan konco-konconya mengambil jalan menyingkirkan mereka sebagai laluan kepada anaknya, Lim Guan Eng.

Keadaan yang sama sedang berlaku sekarang. Lim Kit Siang semakin sedar, semangat berpolitik orang Cina tidak akan tahan lama, sepertimana mereka tidak tahan lama apabila bercakap soal kenegaraan. Sikap materialistik orang Cina di Malaysia terlalu sukar untuk dihakis. Walaupun wujdnya pembabitan golongan muda Cina dalam politik tetapi mereka hanyalah mahu berfungsi sebagai pemimpin bukannya macai atau pengikut. Dalam apa juga program yang menjadi macai dan pengikut adalah Melayu dan India.

Untuk mengekalkan kuasa dan kedudukan, golongan akar umbi perlu melibatkan Melayu dan India seratus peratus kerana Melayu dan India sangat suka berpolitik dan main politik. Melayu dan India sukar memberikan perhatian kepada perniagaan dan ekonomi tetapi mereka boleh hidup sepanjang masa dengan politik.

Taktik chauvinist terpaksa dikurangkan dengan memasukkan elemen baru iaitu generasi muda Melayu yang mabuk dengan idea-idea kesamarataan dan keterbukaan setelah mereka sendiri tidak pernah hidup dalam kesusahan.

Barangkali kerana itulah Lim Kit Siang cuba berbangga-bangga kononnya konvensyen DAP kini dihadiri lebih ramai anak muda Melayu (BACA DI SINI) tanpa sedikit pun menceritakan bagaimana dia menghalau dan menyingkirkan semua Melayu dari DAP kerana 'tidak percayakan Melayu' dan kerana 'kecenderungan Melayu untuk menumbangkannya dan menghalang laluan Lim Guan Eng'.

Namun yang lebih menarik lagi ialah, Lim Kit Siang langsung tidak memperkatakan tentang jumlah perwakilan dalam AGM DAP yang hanya 34% daripada jumlah keseluruhan perwakilan yang hadir. Secara tidak langsung, kebanyakan cerita-cerita dalam kain DAP membabitkan tentangan ke atas Lim anak beranak 'kelihatan' hampir benar!

Pun begitu, pasangan anak beranak tersebut masih mempunyai harapan besar untuk terus berkuasa memandangkan keaktifan dan keagresifan mereka mendaftar pengundi-pengundi baru yang akan memilih DAP, bukannya sebagai ahli-ahli DAP yang akan memilih pemimpin sebagaimana yang diamalkan oleh UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional.

Dalam bahasa yang lebih mudah, Lim anak beranak mencipta penyokong tegar DAP, bukannya penyokong tegar pemimpin-pemimpin dalam DAP kerana jikalau dibiarkan sokongan dicipta untuk pemimpin, Lim anak beranak akan tercampak dan tersingkir dari parti!


3 comments:

Anonymous said...

Kalau di-ikutkan sejarah PKR adalah serpihan UMNO..mengikut pengalaman yang lalu semua serpihan UMNO akan luntur perlahan-perlahan dan tutop kedai.

Anonymous said...

SIAPA YANG HALAU MELAYU MASUK HUTAN.
SIAPA YANG PIJAK GAMBAR GAMBAR ORANG MELAYU.
BLOGGER PATUT SIARKAN GAMBAR GAMBAR INI.

Anonymous said...

selagi ada melayu2 pas/pkr yg bodoh...selagi itu lah dapigs hidup....

 
Blogger Templates