Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 22, 2014

KURANG BERETORIK TETAPI SEKALI KELUAR KENYATAAN, ISMAIL SABRI NAMPAK LEBIH BERANI DAN TEGAS BERBANDING ZAHID HAMIDI!!!


Walaupun berjawatan dalam kabinet, nampaknya Ismail Sabri, Menteri Pertanian yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO tahu apa yang diperlukan oleh rakyat Malaysia. Dia tidak sekadar bercakap tentang kepentingan pertanian dan industri berkaitan tetapi juga sebagai pemimpin UMNO, Ismail Sabri bercakap tentang keperluan akta dan undang-undang dalam memastikan negara ini berada dalam keadaan selamat dan menjadi kawasan berhabitat serta tamadun yang aman.

Barangkali tidak keterlaluan jikalau dikatakan, Ismail Sabri merupakan antara Menteri Kabinet pertama yang mengakui tentang kepincangan dan kesilapan penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri berbanding pembesar-pembesar negara yang lain.

Cadangannya agar kerajaan memperkukuhkan Akta Hasutan dan beberapa akta yang lain demi kesejahteraan hidup di Malaysia, sememangnya tepat.

Pakatan Rakyat telah menjalankan kempen agresif agar kerajaan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dengan memberikan pelbagai umpan termasuklah kononnya rakyat Malaysia sudah matang dan ancaman subversif tidak lagi wujud, akhirnya akta yang telah berjaya mengamankan negara lebih lima dekad dihapuskan.

Akhirnya yang ditakuti dan dibimbangi oleh banyak pihak berlaku. Tidak sebagaimana gambaran yang diberikan oleh Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan DAP, negara semakin terancam dengan pelbagai aktiviti anarki, subversif dan hasutan yang amat keterlaluan sehinggakan muncul pula gerakan mengeluarkan beberapa buah negeri dari Malaysia, yang mana kalau di negara lain, khususnya di Amerika Syarikat, dalangnya akan dicari sehingga ke lubang cacing dan kemudian dikenakan hukuman yang paling berat atau hilang terus dari muka bumi.

Sebagai pemimpin UMNO dan kerajaan, ternyata Ismail Sabri tahu apa yang harus dilakukannya. Mungkin dia tidak akan popular di kalangan mereka yang memerangi segala undang-undang di Malaysia, tetapi di mata majoriti rakyat Malaysia, Ismail Sabri akan dipandang betul.


No comments:

 
Blogger Templates