Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 22, 2014

NURUL IZZAH BENGANG BILA KETUA MENTERI SABAH DEDAHKAN KONFLIK DALAMAN PKR SABAH!!!


Jangan menyibuk, kata Nurul Izzah kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman!

Nurul Izzah memberi amaran itu kepada Musa Aman setelah Musa Aman menyatakan PKR Sabah sedang dilanda konflik dalaman yang teruk. Musa Aman mengulas tentang perletakan jawatan ADUN Inanam, Roland Chia Ming Shen pada minggu lepas atas alasan kesihatan.

Pengumuman perletakan jawatan tersebut dibuat oleh Roland Chia sendiri menerusi Twitter dan Facebook. Bagaimanapun, dia tidak memberikan tarikh sebenar perletakan jawatannya. Pengumuman berkenaan dibuat pada ketika Anwar Ibrahim dan keluarganya sedang melakukan perjalanan untuk bercuti di New Zealand.

Masalah PKR di Sabah bukannya perkara rahsia lagi. PKR di Sabah sudah semakin kronik sehinggakan Lajim Ukin yang merupakan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sabah, dituduh sebagai trojan horse UMNO dan Musa Aman yang ditugaskan untuk menghancurkan PKR dari dalam.

Perebutan jawatan mahupun peruntukan di kalangan para pemimpin PKR dari awal lagi telah menyaksikan beberapa pemimpin utama seperti Jeffrey Kitingan bertindak keluar dari PKR.

Usaha-usaha memujuk Roland Chia telah dimulakan sebaik-baik sahaja berita perletakan jawatannya selaku ADUN Inanam didedahkan kepada awam. Rafizi Ramli selaku Setiausaha Agung PKR telah menghantar delegasi untuk memujuk Roland Chia agar menarik kembali keputusannya.

Menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, tidak sah. Cukup dengan sekadar berbohong dan menegakkan benda yang basah kemudian memberi amaran agar hal ehwal PKR tidak dicampuri. Mereka campur halehwal orang lain, tak mengapa sebab mereka Pakatan Rakyat.

Dan itulah yang dilakukan oleh Nurul Izzah. Sekalipun konflik dalaman PKR Sabah sudah menjadi rahsia umum, namun dia masih cuba berlagak menerusi ego yang membuak-buak untuk menutup masalah dan kelemahan parti pimpinan ibu bapanya!!!


6 comments:

Anonymous said...

Musa Aman bkn menyibuk,dia menyanyi..appadaa PKR,kata dulang paku serpih. Wlpun umno byk ksalahan rkyat msih sudi bnaung,Pkr pun bkn malaikat,2x5,dua2 sama..yg pnting rafizah ramlah kecut telor x jd wat phmpunan bkt jalal bru ni..hidup umyes.

Anonymous said...

Dalam UMNO dan BN je tak ada konflik sebab merekatak boleh menegur pemimpin..........

Anonymous said...

PKR PANGAYUK KURUDUNG RUBUH

Anonymous said...

Tanya sama Anwar apa sebab goyang
Anwar nanti kata PKR Sabah dah hilang

azid barja said...

Tergoda pulak tengok bibir janda ni. Eeehemmmm.

Anonymous said...

pkr parti suci mana boleh kacau...pemimpin plg atas anugerah tuhan, presiden ada kipas magis anak naib presiden menang dgn cara fitnah calon lawan...suci ya mat...klu xnak bg org lain jgn menyibuk ko punya parti, ko n geng ko pun jgn la menyibuk parti lain...tunggu pru 14 la pl nak sibuk pun..skrg kasi chance yg perintah laksanakan keje diaorg jgn tau nak menyibuk je...ckp mcm haram tak tgk diri sendiri langsung...celaka punya org..

 
Blogger Templates