Golongan yang terlupa bahawa kerajaan yang jadi majikan mereka, waimma kerajaan itu dari Pakatan Rakyat yang mereka cintai, sukai, taksubbi dan gilai pun, mempunyai satu persamaan yang sangat jelas.... berhak mengenakan tindakan, gantung tugas atau pun pemecatan.
Barangkali disebabkan UMNO-BN yang menjadi kerajaan dan tindakan pemecatan kurang dilakukan ke atas kakitangan awam, maka ungkapan-ungkapan seperti itu, biasa kita dengar dan keangkuhan sebahagian besar kakitangan awam, juga dapat dilihat dengan mudah.
Secara dasarnya, ini adalah amalan yang sudah lama dipraktikkan di negara-negara maju. Bukan sahaja pemancing dikenakan lesen, bahkan tangkapan juga perlu mengikut kuota dan tidak boleh berlebih-lebihan sehingga merosakkan alam semulajadi sepertimana yang berlaku di Malaysia.
Malaysia juga sebenarnya ada undang-undang tersebut, tetapi tersangat jarang kita mendengar tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Perikanan. Kisah bot tunda melanggar kawasan, kisah bot pukat jerut memasuki kawasan nelayan pesisir, kisah kemusnahan terumbu, kisah penangkapan ikan dengan menggunakan pukat rimau dan sebagainya, bukanlah cerita-cerita luar biasa. Ia kerap berlaku dan masih lagi berlaku.
Tidak salah rasanya untuk mengenakan lesen kepada pemancing sepertimana yang dilakukan oleh negara-negara maju. Namun kalau lesen hendak dikenakan, bagaimana pula dengan pemantauan, penguatkuasaan dan kawalan daripada pihak berkuasa yang sangat lemah?
Apatah lagi, Menteri Pertanian sendiri mengakui, keputusan berkenaan di luar pengetahuannya. Dan Menteri Pertanian dengan segera mengarahkan agar peraturan tersebut DIBATALKAN SERTA-MERTA!
Sepatutnya pihak berkenaan kuatkuasakan dahulu undang-undang sedia ada. Pastikan undang-undang sedia ada dipatuhi sebelum menambah undang-undang yang lain. Ini tidak, undang-undang yang ada, tidak dipedulikan tetapi sibuk untuk mencipta lawak jenaka yang akhirnya memalukan perkhidmatan awam sendiri!!!
No comments:
Post a Comment