Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, December 12, 2014

LIM GUAN ENG TERKANTOI LAGI... BERBELIT-BELIT DIA MENJAWAB BILA DIPERSOALKAN 'KALIMAH ALLAH' DI PULAU PINANG!!!


Inilah rupanya Lim Guan Eng...

Dia kalau bab mengata orang lain, memang hebat. Sekali dengar macam dia sahaja yang tahu serba-serbi. Macam pandangannya sahaja yang di luar kotak. Dan yang paling menarik, macam DAP sahaja yang betul semua dan selain daripada DAP, semuanya bodoh-bodoh belaka.

Hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP yang tidak boleh dicabar, Lim Guan Eng mengecam MCA kerana kononnya menipu setelah pemimpin MCA menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal dikuatkuasakan pengharaman penggunaan beberapa kalimah Islamik oleh bukan Islam termasuklah ALLAH di negeri itu. (RUJUK SINI)

Konon-kononnya dia terkejut dengan tuntutan yang dibuat daripada ahli Majlis Pusat MCA, Ti Lian Ker yang juga merupakan seorang peguam.

"Saya kecewa kerana dia tidak lagi menjadi seorang peguam yang berkredibiliti. Mengapa harus dia berbohong tentang perkara ini membabitkan enakmen tersebut," kata Lim ketika diminta mengulas tentang perkara berkenaan.

"Enakmen tersebut hanya untuk masyarakat Islam dan bukannya kepada bukan Islam. Pulau Pinang tidak pernah meluluskan undang-undang yang perlu dikuatkuasakan ke atas bukan Islam," katanya lagi.

Maksud mudah Lim Guan Eng ialah, MCA BERBOHONG!

Namun kalau anda masihinat, Karpal Singh pernah mendesak dan meminta Lim Guan Eng untuk mencabar pengharaman tersebut. (RUJUK SINI dan SINI)

Memandangkan Ti Lian Ker dianggap Lim Guan Eng sebagai 'peguam yang tidak berkredibiliti', adakah itu bermaksud Karpal Singh juga seorang 'peguam tidak berkredibiliti' ketika dia masih hidup dahulu kerana ia percaya enakmen tersebut dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.

ATAU ADAKAH NST BERBOHONG DALAM LAPORAN MEREKA? (RUJUK SINI)

Jurucakap Jabatan Mufti Pulau Pinang berkata, selain dilarang daripada menggunakan kalimah-kalimah tersebut, bukan Islam juga dilarang daripada menulis atau menerbitkan sebarang kalimah tersebut dalam apa-apa bentuk, versi atau terjemahan dalam mana-mana bahasa atau digunakan dalam mana-mana material penerbitan dalam sebarang medium termasuklah percetakan, elektronik dan sebarang bentu yang boleh menghina kedaulatan Islam.

Enakmen tersebut telah dikuatkuasakan pada 29 April 2010.

Sesiapa yang didapati melanggar enakmen tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 3, Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 yang mana jikalau didapati bersalah, sama ada orang itu beragama Islam atau tidak, yang mewujudkan doktrin atau kepercayaan selain doktrin keagamaan Islam atau kepercayaan di kalangan umat Islam, setelah dibicarakan di mahkamah sivil, akan didenda tidak kurang RM3,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Jadi, jikalau undang-undang di Pulau Pinang tidak melibatkan bukan Islam, adalah ini bermakna undang-undang yang hampir sama Selangor tidak wajar dikuatkuasakan ke atas bukan Islam?

Kalau menurut otak kepandaian Lim Guan Eng, undang-undang tersebut tidak boleh dikuatkuasakan ke atas bukan Islam, bukankah itu bermakna tidak timbul sebarang isu tentang penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible berbahasa Melayu di Pulau dan secara tidak langsung, Lim Guan Eng tidak perlu gusar dengan pengharaman kalimah ALLAH di dalam Bible yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan (perkara itu tidak berlaku pun).

Ada mana-mana bahagian yang tertinggal atau Lim Guan Eng sebenarnya sudah terkantoi, terperangkap dan seperti biasa cuba mencari kesalahan orang lain untuk dituding bagi menutup kelemahannya sendiri?

Adakah otak Cina pembelitnya berfungsi menurut kaedah yang dia sendiri tidak faham.

Kalau undang-undang di Pulau Pinang itu dikuatkuasakan ke atas bukan Islam, ini bermakna Lim Guan Eng berbohong dan semua orang bukan Islam di Pulau Pinang dilarang sama sekali daripada menggunakan kalimah 'ALLAH'.

Sekiranya undang-undang Pulau Pinang itu tidak dikuatkuasakan ke atas bukan Islam, ini bermakna Lim Guan Eng berbohong juga memandangkan tiada undang-undang di peringkat Persekutuan yang melarang bukan Islam daripada menggunakan kalimah ALLAH.

No comments:

 
Blogger Templates