Kashturi Patto hanya melihat Najib Abdul Razak sebagai sasaran untuk melepaskan kekecewaan kerana kedudukan masyarakat India yang tidak ke mana-mana dalam DAP sebaliknya sekadar menjadi PARIAH kepada Dinasti Lim. Kashturi Patto sepanjang menjadi Ahli Parlimen Batu Kawan telah gagal sama sekali melihat dan menjaga kebajikan masyarakat India Batu Kawan yang telah memberikan undi kepadanya, sebaliknya lebih memikirkan kaedah untuk memelihara kedudukan serta jawatan Dinasti Lim dalam politik Malaysia.
Bodohnya anak perempuan P.Patto ini ketara jelas apabila dia menyatakan, Najib Abdul Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana hanya 26 hari berada di Parlimen sepanjang menjadi Perdana Menteri.
Kashturi Patto cuba menyamakan kedudukan seorang Perdana Menteri yang dibantu oleh Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha, Setiausaha, Ketua Pengarah, Pengarah dan sebagainya dengan Ahli-Ahli Parlimen yang lain, khususnya yang hanya berjawatan Ahli Parlimen seperti dia sendiri.
Dalam sebuah negara demokrasi berparlimen, tidak ada Perdana Menteri yang setiap hari berada di Parlimen sepanjang tempoh bersidang. Bahkan mempunyai kelonggaran bagi membolehkan tugasnya selaku Perdana Menteri dilaksanakan dan dijalankan. Kecuali untuk hari-hari persidangan penting, termasuklah pembentangan bajet tahunan, barulah Perdana Menteri akan berada di Parlimen.
Mengapa agaknya, Kashturi Patto tidak melihat perangai suka memonteng di kalangan Ahli-Ahli Parlimen DAP sendiri? Mereka tidak berjawatan Perdana Menteri, tidak berjawatan Menteri, tidak berjawatan Exco, tidak juga berjawatan Ketua Menteri (kecuali Lim Guan Eng) tetapi jumlah kehadiran mereka di Parlimen, amat rendah. Bahkan kalau hadir pun, mereka sekadar hadir untuk mencari alasan membuat tuntutan bayaran dan elaun sebagai Ahli Parlimen.
Kashturi Patto sendiri, berapa hari dia hadir di Parlimen berbanding jumlah hari dia tidak hadir? Begitu juga dengan Lim Kit Siang
Dia mempersoalkan Najib melarikan diri untuk berdebat dengan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim ketika sidang Parlimen. Bodohnya betina seekor nih....
Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim tidak sepatutnya ponteng walau sehari pun dari sidang Parlimen. Mereka hanyalah Ahli Parlimen biasa. Mereka tidak ada tanggungjawab lain selain daripada menjadi Ahli Parlimen.
Berbeza benar dengan bapanya, P.Patto yang lebih bersikap rasional sehingga akhirnya Lim Kit Siang melihat P.Patto sebagai ancaman kepada Karpal Singh dan dirinya sendiri. Kashturi Patto langsung tidak mempunyai otak untuk berfikir sebaliknya sekadar mencari laluan mencipta persepsi sensasi!!!
No comments:
Post a Comment