PAS Kelantan sudah hampir hendak membentangkan undang-undang syariah (hudud) dalam sidang khas DUN Kelantan pada 29 Disember nanti. UMNO pula telah menyatakan memberi sokongan kepada usaha PAS itu. PAS dari tahun 1990 telah menjadikan hudud sebagai isu utama mereka dan ia telah dipolitikkan semenjak itu.
DAP benar-benar tidak senang hati. Bukan kerana hudud sangat memandangkan PAS Kelantan dari awal lagi telah menyatakan bahawa undang-undang tersebut hanya melibatkan orang Islam, manakala orang bukan Islam hanya tertakluk di bawah undang-undang sekular. Sekalipun undang-undang hudud jikalau dikuatkuasakan perlu melibatkan golongan bukan Islam, tetapi memandangkan persediaan belum mencukupi, maka golongan bukan Islam akan dikecualikan.
Penentangan DAP kepada hudud adalah kerana DAP mahu kekal menjadi tuan kepada PAS. Seandainya PAS benar-benar mengotakan keinginan mereka itu, kehebatan DAP di mata para penyokong mereka akan terjejas. Kedegilan PAS untuk terus melaksanakan hukuman hudud, akan memberikan persepsi bahawa DAP hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai mengawal PAS sebagaimana yang seringkali digambarkan oleh Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pemimpin-pemimpin DAP ketika berucap dalam Bahasa Cina kepada para penyokong parti chauvinist tersebut.
Maka sebab itulah, kita seringkali dapat melihat bagaimana Lim Guan Eng cuba membuktikan kepada para penyokong DAP bagaimana hebatnya ketuanan DAP ke atas PAS. DAP boleh berbuat apa-apa sahaja kepada pemimpin dan ahli-ahli PAS. Malah Lim Guan Eng dan DAP juga bebas mengutuk, mencerca dan memperkecil-kecilkan Hadi Awang mahupun anak Nik Aziz, Nik Abduh. Tetapi apabila PAS tidak peduli dengan desakan DAP, maka pelbagai ugutan dan caci nista dilontarkan oleh DAP kepada PAS.
PAS mengetuai Kerajaan Negeri Kelantan dan memiliki 32 kerusi DUN daripada 45 kerusi DUN. Manakala UMNO-BN pula menguasai 12 kerusi DUN. Satu lagi kerusi dimiliki oleh PKR. Gabungan PAS-UMNO di Kelantan bukan sahaja 2/3 bahkan 9/10 yang menjadikan undang-undang hudud yang dibentangkan akan diluluskan dan digazetkan dengan mudah. Tentangan daripada PKR, tidak akan mendatangkan kesan kerana satu suara PKR di DUN Kelantan hanyalah umpama suara seekor cengkerik di reban ayam.
Barangkali kerana itulah, Lim Kit Siang cuba membuat tekanan kepada parti-parti komponen BN dengan mencabar mereka untuk keluar dari Barisan Nasional sekiranya UMNO bersetuju dengan PAS dalam hal hudud di Kelantan. Lim Kit Siang cuba menakut-nakutkan UMNO menerusi penentangan parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain terhadap UMNO.
Masalah si bebal tua itu ialah, undang-undang yang hendak dibentangkan oleh PAS di Kelantan adalah milik negeri Kelantan, bukannya Malaysia. Di Kelantan, Barisan Nasional hanya diwakili oleh UMNO dan bukannya parti-parti komponen yang lain. MCA dan GERAKAN sekalipun merungut serta menentang hudud, namun mereka juga sedar bahawa penentangan tersebut tidak mendatangkan sebarang makna kerana ianya berlaku di Kelantan, bukannya di peringkat Pusat. Di Kelantan, MCA dan GERAKAN tidak ada wakil.
Daripada si tua bebal itu menyibuk tentang undang-undang yang hendak dikuatkuasakan di Kelantan, mungkin lebih baik dia memberikan nasihat kepada anaknya yang jadi Ketua Menteri Pulau Pinang, agar lebih berani mencadangkan di DUN Pulau Pinang untuk menggubal enakmen kesalahan jenayah syariah terutama membabitkan 40 kalimah termasuklah kalimah ALLAH yang cuba dipolitikkan oleh Lim Guan Eng sendiri.
Bukankah DAP merupakan kuasa utama yang gabungannya dengan PKR adalah 2/3 di DUN Pulau Pinang? Mengapa tidak digunakan kesempatan itu untuk menghapuskan Islam terus di Pulau Pinang? Mengapa perlu menunggu sehingga menguasai Putrajaya untuk melaksanakan impian DAP semenjak dari tahun 1965?
Tak berani ke?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment