Kemain lagi Mahfuz Omar mengulas dan menyokong kenyataan Tun Mahathir menerusi persepsi dan pemahamannya yang amat terbatas dan diketahui, dibuat berdasarkan tahap intelektualnya yang lebih baik dan pandai sedikit dari kambing jamnapari.
Mahfuz mengulas kekecewaan Tun Mahathir berhubung perlantikan warga asing untuk mengemudi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang telah mengalami banyak kerugian ekoran pelbagai fakta, termasuklah yang paling utama melibatkan pengurusan, pentadbiran dan kesatuan sekerja. Mahfuz cuba mengambil kesempatan dengan menyindir 'MALAYSIA BOLEH' sebagai 'MALAYSIA BODOH'.
Malangnya, Mahfuz Omar tidak melihat dirinya sendiri. Dia cuba menilai berdasarkan di luar penglihatannya. Dia tidak tahu bahawa 'MALAYSIA BODOH' itu merupakan sebahagian daripada dirinya.
Ketika pembangkang di negara-negara lain bertungkus lumus untuk menyatukan negara dan rakyat, selain bekerjasama dengan kerajaan dalam menghadapi inflasi global, pembangkang di Malaysia pula bertungkus lumus untuk memecahkan kesatuan Malaysia menerusi pelbagai kempen kebencian termasuklah mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.
Walaupun ada ahli, pemimpin dan penyokong pembangkang yang bersifat positif, menegur dan mengkritik untuk melihat negara lebih maju terutama membabitkan kelemahan kerajaan, tetapi lebih ramai yang bersifat anarkis dan subversif. Mereka beranggapan anarkis dan subversif itu adalah cara untuk memajukan negara dan rakyat, sedangkan tidak ada satu bukti pun anarkis dan subversif berjaya memajukan negara dan rakyat di dunia ini. Sebaliknya anarkis dan subversif menjadi faktor utama keruntuhan sesebuah negara sepertimana yang dapat kita lihat di Timur Tengah, mahupun di Eropah sendiri.
Justeru tidak hairanlah mengapa negara-negara Eropah termasuklah Amerika Syarikat memperketatkan dan memperkukuhkan pelbagai akta pembendungan dan pencegahan bagi menghalang anarkis, subversif dan terroris serta ekstremis berleluasa.
Malangnya di Malaysia, sebaliknya.
Bukankah itu sahaja sudah cukup membuktikan betapa BODOHNYA MALAYSIA kerana membiarkan golongan berkenaan bermaharajalela dan berada di mana-mana terutama sekali dalam bidang perundangan melibatkan peguam?
Desakan agar menghapuskan Akta Hasutan yang diberikan pelbagai alasan dan sebab, sudah cukup untuk menunjukkan BODOHNYA MALAYSIA. Cuma agak aneh, mengapa hanya Akta Hasutan yang hendak dihapuskan, mengapa AKTA-AKTA LAIN termasuklah Kanun Acara Jenayah, Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah dan sebagainya, tidak pula didesak untuk dihapuskan. Bukankah kesemua undang-undang tersebut boleh disalahguna dan mencabuli hak asasi manusia?
Bukankah keinginan membunuh, merogol, merompak, menyamun, membakar secara sengaja dan sebagainya, merupakan hak asasi kepada penjenayah dan mereka yang mengalami masalah jiwa? Justeru, mengapa tidak dipelihara hak-hak dan kebebasan mereka untuk melakukan jenayah?
Mengapa hanya Akta Hasutan sahaja yang mahu dihapuskan kerana bimbang pencabulan hak asasi manusia, sedangkan undang-undang jenayah yang banyak memberikan keuntungan kepada barisan peguam, mahu dipergiatkan?
Bukankah itu sahaja sudah cukup untuk menunjukkan MALAYSIA BODOH?
No comments:
Post a Comment