Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, December 17, 2014

MASALAH BESAR MELAYU!!! GAGAL TENGOK DIRI SENDIRI PUNCA SYED ROSLI JAMALULLAIL MINTA NAJIB LETAK JAWATAN!!!


Sudah tiga hari, kisah Ketua Penerangan UMNO Cawangan Pandan yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO dari tangan Khairy Jamaluddin, begitu viral dan 'menyeronokkan' untuk dilihat, dikaji, diulas dan diteliti.

UMNO Pandan merupakan antara Bahagian yang paling bermasalah. Walaupun suatu ketika dahulu, UMNO Pandan merupakan penyumbang utama kemenangan calon Barisan Nasional, namun selepas 2008, UMNO Pandan yang kalah dalam merebut DUN Cempaka selama dua PRU berturut-turut, tidak ubah seperti harimau tua yang tidak berkuku dan bertaring.

Mungkin suara sahaja kuat tetapi cengkaman dan gigitannya hanya mampu membuatkan mangsa tergelak-gelak geli!

Syed Rosli Jamalulail telah menulis sepucuk surat terbuka di Facebook mendesak Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO meletak jawatan kerana kononnya, Najib gagal melaksanakan tugasnya dan akan menjadi punca kekalahan UMNO pada PRU akan datang.

Barangkali elok juga Syed Rosli melihat dirinya sendiri. Kita tidak mahulah menghina kekalahan UMNO di DUN Cempaka terutama pada PRU lepas menerusi calon tangkap muat, tetapi kita mahu jugalah memerhatikan hasil kerja UMNO Pandan yang dia menjadi Ketua Penerangan.

Sebelum dia mendesak Najib letak jawatan, apakah jawatan Ketua Penerangan Cawangan telah dipenuhinya? Berapa ramailah pengundi-pengundi baru yang telah didaftar dan dikepung berbanding PKR dan DAP serta PAS? Apakah program-program penerangan di Bahagian Pandan yang melibatkan orang ramai dan bukannya syok sendiri di mana penglibatannya sekadar ahli-ahli UMNO?

Sudah dua penggal berturut-turut UMNO Pandan sekadar menjadi malukut tepian gantang. Mengapa tidak bekerja lebih keras agar suara UMNO Pandan atau sekurang-kurangnya Ketua Penerangan UMNO Cawangan Pandan dapat didengar dan menjadi suara penentu?

Sepatutnya, Syed Rosli bukannya menyibukkan diri dengan Najib Abdul Razak kerana yang akan membuatkan Najib letak jawatan atau kehilangan jawatan adalah rakyat. Dan UMNO sebagai organisasi perlu bekerja untuk memastikan mereka tidak hilang kuasa, bukannya memberi alasan Najib perlu letak jawatan agar UMNO menang.

Alasan bodoh apakah itu?

Lim Kit Siang dari tahun 1965 sehingga sekarang, tidak pernah meletak jawatan. Anwar Ibrahim, walaupun penuh dengan pelbagai perkara-perkara karut, tidak juga didesak melepaskan kuasa dan jawatannya. Hadi Awang walaupun terdapat gerakan menggulingkannya, tetapi ahli-ahli PAS gigih mempertahankan maruah Presiden mereka sekalipun pada masa yang sama, mereka telah dikecam sebagai PELINDUNG UMNO kerana menentang Anwar Ibrahim-Lim Guan Eng apabila membela Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Mengapa pula Syed Rosli tiba-tiba mahu menonjolkan diri dengan kaedah kuno dan pemikiran singkat?

Lebih baik dia majukan UMNO Pandan berbanding terlalak-lalak seperti anjing patah gigi... buat sahaja kerja yang diamanahkan dan diburu dengan lebih baik, berbanding melalak-lalak tentang mutu kerja orang lain!

Lawan DAP, PKR dan PAS tak sepandai mana, tetapi lawan geng sendiri, pandai pulak!!!

UMNO ooo UMNO!!!

4 comments:

Anonymous said...

sama perangai dengan laki Umi Aida di Bt Kawan tuuuuuu....

Anonymous said...

Memang diakui UMNO Pandan bermasaalah, malah sangat banyak umno di bahagian dan cawangan di seluruh negara juga bermasaalah.... dalam keadaan sekarang, walaupun setiap cawangan membuka 10 tempat mendaftar pengundi baru sekalipun, mungkin hanya 4,5 orang sahaja yang akan mendaftar... sebabnya ialah masaalah umno pusat yang telah hilang kepercayaan....

Anonymous said...

Umno dah tak de sokongan selagi Najib jadi presiden. Penyokong umno akan boikot pru14 dan umno akan dikuborkan oleh orang Melayu sendiri kecuali Najib letak jawatan sekarang n jangan syok sendiri.

Unknown said...

Dulu masa zaman pemerintahan Tun M , sibuk org tertentu suruh Tun M letak jawatan...bila Tun lepaskan jawatan ..meroyan suh ambil balik tmpok pimpinan...hi..macam Ambingai

 
Blogger Templates