Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 8, 2014

SUDAHLAH PASUKAN HARIMAU MALAYA BERTUKAR JADI KAMBING PATAH KAKI MALAYA, PENYOKONGNYA PUN SAMA JUGA PERANGAINYA!!!

Mungkin melepaskan geram kerana pasukan bolasepak Malaysia yang digantung harapan besar agar lebih baik daripada berpuluh-puluh pasukan kebangsaan yang telah ditubuhkan berpuluh-puluh tahun dahulu sebenarnya tidak lebih baik dan peningkatan permainan langsung tidak melepasi tahap 1970-an dan awal 1980-an, maka mengamuklah sebahagian penyokong yang datang ke stadium.

Ini bukan cerita baru dan bukan juga perkara baru. Rusuhan melibatkan penyokong Malaysia sememangnya sudah lama berlaku. Bagaimanapun, sebelum ini ia hanya melibatkan pasukan-pasukan negeri dan pembabitan dengan pasukan negara, agak kecil dan sangat jarang.

Sebenarnya ketidakrasionalan penyokong di samping corak dan mutu permainan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain pasukan negara, menjadi punca kepada tindakan ganas sekumpulan penyokong Malaysia ke atas sekumpulan penyokong Vietnam.

Menteri boleh bercakap apa-apa sahaja. FAM juga boleh memberikan pelbagai alasan. Bagaimanapun, semua keputusan akhir terletak di tangan FIFA yang mungkin akan mengenakan tindakan keras ke atas pasukan Malaysia dan FAM.

Dan alangkah baiknya jikalau FIFA menggantung Malaysia daripada sebarang kejohanan antarabangsa. Walaupun diberi peluang, Malasyia tidak pernah berjaya menempah atau mencapai tahap yang lebih tinggi berbanding ASEAN. Menentang Vietnam dan Thailand pun, Malaysia sudah terpaksa berhempas pulas dan membazirkan banyak wang membentuk sebuah pasukan bolasepak yang longlai dan tidak bermaya. Apatah lagi dengan politik dalaman FAM serta lemahnya penapisan dan kejurulatihan bolasepak Malaysia.

Setidak-tidaknya dengan tindakan FIFA itu akan menyedarkan Malaysia khususnya FAM bahawa mereka tidak boleh lagi terus berkhayal dan beretorik sebaliknya benar-benar mempergunakan sumber kewangan dan peruntukan yang ada untuk menambahkan kualiti pasukan bola sepak Malaysia. Setidak-tidaknya FAM dan Kementerian Belia dan Sukan benar-benar menggunakan duit rakyat dan otak mereka untuk meningkatkan pasukan bolasepak Malaysia ke tahap yang lebih baik, bukannya seperti sekarang!!!

Sudah lebih setengah abad, mengapa mutu pasukan bolasepak Malaysia tidak pernah meningkat... itu persoalan yang seringkali ditanyakan oleh para peminat bolasepak negara ini.

Tak guna melabelkan pasukan bolasepak Malaysia dengan gelaran HARIMAU MALAYA. Sebabnya kalau HARIMAU tahulah nama mereka digunakan oleh pasukan bolasepak Malaysia, sudah tentu haiwan itu dan seluruh spesies serta keturunannya akan malu besar kerana pasukan bolasepak Malaysia tidak lebih baik daripada sekumpulan kambing patah kaki.

Ini bukan soal patriotik atau sebaliknya. Tetapi mempersoalkan jumlah masa dan kewangan yang diperolehi daripada cukai rakyat yang sepatutnya digunakan secara lebih baik.

9 comments:

Anonymous said...

Macam mana nk menang? Asar dan magrib diabaikan terus, kerana bola.Berpuluh ribu org sudah lupa tanggung jawab mereka. Jangan lupa, Tuhan tidak tidur .

mae said...

1. aku dah ckp jangan tutunkan safee dan nurshahrul. dua2 ni asyik jatuh. gesel sikit jatuh. ini mengganggu rentak permainan pemain2 lain.
2. kedua2 ni bila diberi bola, akan tunggu bola datang ke kaki barulah buat gerakan. ini cara main penyerang tahun 60an. penyerang sekarang cari bola dan lanjutkan gerakan, bukan tunggu bola, pusung2 pastu jatuh.
3. hairan kenapa dollah masih buat experiment diperingkat separuh akhir.

Anonymous said...

KEKALAHAN KITA DISEBABKAN FAM. BILA KITA BUANG RAJA GOPAL KITA DIWARKAN AKAN MELANTIK JURULATIH BARU YG GAGAH2 DARI LUAR NEGARA. PERLANTIKAN MEMAKAN MASA YG LAMA. AKHIRNYA KITA LANTIK DOLLAH SALEH. SEBENARNYA DOLLAH SALEH MACAM JUGA RAJAGOPAL JUGA. KEBOLIHAN DIA TAK KEMANA. SEKARANG HARAP DOLLAH BOLIH BUAT KIRA2 UNTUK BERUNDUR. KAU LEBIH TERUK DRP RAJAGOPAL.

Anonymous said...

Aku pon solat slm kat stadiom...... ada beribu yg solat..

Yg x solat tu org luar... boleh jamak qasar... sangka baik...

tapi masalah nya msia main mcm felirrr smlm...

main.mcm fantattt.....

Anonymous said...

Aku berada dalam stadium ketika itu,rata2 amat kecewa prestasi pasukan Harimau Malaya.JIka kita perhatikan,kebanyakan tidak mempunyai staminia yang cukup kuat,cuma diwaktu akhir2nya setelah hujan turun,nampak pasukan kita baru nak bernafas,itu pun setelah berhempas pulas.Kita kena sedarlah,dimana pasukan kita berada,FAM tak perlulah bererotik dengan pelbagai alasan.Kena akui bahawa pasukan kita masih lemah.Dan penyokong2 Harimau Malaya yang aku perhatikan,ketika itu aku berada diatas penyokong Vietnam marah bukan kerana Vietnam,tapi persembahan pasukan kita yang cukup lemah.Tapi tidak boleh jadikan penyokong mereka dalam ketakutan,sehingga diluar stadium aku perhatikan ada penyokong mereka terpaksa tukar baju sebab ketakutan,bahkan mungkin mereka datang cari makan ditempat kita ada yg sah dan sebaliknya.Maaf aku katakan,FAM kena terima hakikat,pasukan kita sudah jauh ketinggalan.

Anonymous said...

Begitulah kalau jawatan presiden untuk diwarisi..hanya Kat Tanah Melayu saja jawatan presiden persatuan diwarisi..itu Dari segi pengurusan..dari segi taktikal pulak nampaknya Koch Dollah seperti pilih kasih..80% pemain yg diturunkan adalah bekas2 pemain dibawah bimbingsnya didalam liga M Dan Koch Dollah juga lebih suka menurunkan pemain yang hya kuat berlari2 Dan meminggirkan pemain yg mempuyai skil tapi kurang kekuatan fisikal.

Anonymous said...

Buat apa Dollah masih menaruh harapan pada Safie n Mat yo lagi,,,penyudah mereka bdua sgt tumpul,,,,lebih baik masukan indra n manaf lebih awal,,,mungkin ada goll menyusul,,,jgn pakai lagi dah safie n mat yo tuu,,,buang current je,,,

Johan said...

Yang salah adalah Vietnam. Kenapa shoot bola masuk. Jika bola keluar barulah betul. Lagi satu yang betul betul salah adalah keadaan bola itu... kenapa guna bola bulat.. gunalah bola lonjong.... Padang bola pun rata je kenapa padang bola tak senget.... CARI SALAH SANGAT MUDAH.....

Anonymous said...

Aku sokong kalo FIFA gantung m'sia dari apa2 perlawanan antarabangsa 5 tahun...nak buat apa pun dok lawan bola tu, sama je tahap permainan..org lain dah jauh ke depan...m'sia mcm tu jugak la..so, baik gantung je..buat ngabihkan boraih jo..

 
Blogger Templates