Pepatah orang Melayu mengatakan, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata, buat-buat buta.
Begitulah kisahnya dengan Teresa Kok yang langsung tidak berani mengkritik Lim Guan Eng yang merupakan pelindungnya.
Hari ini, Teresa Kok mengutuk Najib Abdul Razak kerana menjanjikan pengukuhan dan penambahbaikan Akta Hasutan 1948. Kata Teresa Kok, Najib akan menggunakan Akta Hasutan untuk bertindak zalim dan menutup mulut para pengkritik. (RUJUK SINI)
"Bagaimana Najib hendak mendapatkan kepercayaan rakyat apabila dia telah mungkir janjinya pada tahun 2012 untuk menghapuskan Akta itu? Bagaimana seorang Perdana Menteri boleh memungkiri janjinya?" soal Teresa Kok.
Kalau dengan puak-puak seperti Teresa Kok, apa-apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin UMNO-BN semuanya tak ena. Yang betul mereka sahaja. Kalau mereka terutama sekali Lim Guan Eng mungkir janji, itu adalah untuk negeri dan rakyat. Malah kalau tak boleh jawab, segera dicari isu lain yang membolehkan orang seperti Teresa Kok untuk menyalahkan UMNO-BN.
Ketika Najib mengatakan dia akan menggantikan Akta Hasutan dengan Akta Keharmonian Kebangsaan, haram tak ada seekor pun pemimpin Pakatan Rakyat, termasuklah Teresa Kok yang menyokong kewujudan akta berkenaan. Akhirnya bila Perdana Menteri menyatakan Kerajaan akan menggubal semula Akta Hasutan memandangkan ia adalah akta yang perlu untuk mengekang dan mentawal keamanan terutama sekali membabitkan hubungan kaum dan agama selain mempertahankan Perlembagaan Malaysia, Pakatan Rakyat masih juga menentang.
Berdosa dan salah besarkah Najib sekiranya dia mengambil langkah-langkah perlu walaupun tidak popular demi keamanan negara ini daripada golongan subversif dan anarkis yang merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat?
Ternyata Teresa Kok sama seperti kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, amat bimbang Akta Hasutan akan mengurangkan peluang merek auntuk menghasut dan melakukan ketidaktenteraman dalam negara.
Bagaimanapun, elok juga kalau kita tanyakan, atas ukuran apa pula, masyarakat dan rakyat harus mempercayai Ketua Menteri Pulau Pinang apabila HARAM TIDAK SATU PUN JANJINYA, dipenuhi? Dalam tempoh yang terdekat, sekurang-kurangnya LIMA KALI sudah Lim Guan Eng mungkir janjinya sendiri? Bagaimanakah seorang Ketua Menteri boleh berulang-ulang kali memungkiri janjinya sendiri?
Berikut adalah bukti-buktinya:
PEMBOHONGAN PERTAMA: Dalam perutusan Tahun baru 2014 pada 31 Disember 2013 (RUJUK DI SINI), Lim Guan Eng berkata:
"Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan meningkatkan kadar sewa, tarif air, kadar anggaran atau lesen untuk tahun ini dan tahun hadapan."
Bagaimanapun, tiga bulan kemudian, Lim Guan Eng pada 3 April 2014 mengakui, dia telah memungkiri janjinya untuk tidak menaikkan tarif air. (RUJUK SINI)
PEMBOHONGAN KEDUA: Masih lagi berkaitan dengan perutusan Tahun Baru untuk tidak menaikkan kadar bayaran bagi tahun 2015. Bagaimanapun pada September 2014, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menaikkan kadar bayaran sewa untuk peniaga dan penjaja dari 20% sehingga 100%. (RUJUK SINI)
PEMBOHONGAN KETIGA: Juga masih lagi berkaitan dengan perutusan tahun baru berkenaan tidak menaikkan kadr bayaran.
Namun pada 24 November 2013, Pulau PInang telah menaikan kadar bayaran anggaran yang berkuatkuasa ke atas 274,000 pemilik kediaman dan premis perniagaan di Pulau Pinang. (RUJUK SINI)
PEMBOHONGAN KEEMPAT: Pada 6 Ogos 2014, Lim Guan Eng mengumumkan yang mereka tidak akan menerima mana-mana calon selain Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. (RUJUK SINI)
Namun tidak sampai 2 bulan kemudian, Lim Guan Eng menyatakan DAP menyokong kuat dan sepenuhnya Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor. (RUJUK DI SINI)
PEMBOHONGAN KELIMA: Pada 31 Mac 2009, Lim Guan Eng dengan penuh bangga dan angkuh mengumumkan yang Pulau Pinang telah menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya menghapuskan kemiskinan tegar. (RUJUK SINI)
Namun pada 8 Julai 2014, Lim Guan Eng mendermakan RM20,000 kepada kumpulan pemberi makan golongan gelandangan, The Lighthouse di Georgetown, bahkan turut sama mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan dan miskin. Tidak cukup dengan itu, Lim Guan Eng telah merakamkan gambar sambil menangis untuk menunjukkan kononnya dia sangat prihatin dengan golongan miskin dan gelandangan. (RUJUK SINI)
Jadi, apakah golongan miskin dan gelandangan yang dijamu makan itu, telah diimport dari negeri lain bagi menunjukkan keprihatinan Lim Guan Eng?
Buta pulak mata si Nyonya siput sedut tua itu dengan pembohongan demi pembohongan Lim Guan Eng. Mentang-mentanglah Najib jarang bertindak balas dan mengerjakan lawan-lawannya sepertimana Lim Guan Eng mematikan kerjaya seteru-seteru politiknya menerusi saman dan cantas, berani pulak Teresa Kok mengutuk Najib, tetapi langsung tidak berani menyentuh Lim Guan Eng?
Atau sebenarnya Teresa Kok memberi isyarat yang lebih besar kepada Lim Guan Eng memandangkan tentangan dan tekanan agar Lim Guan Eng meletakkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan menyerahkan jawatan tersebut kepada Chow Kon Yau semakin kuat?
Ada banyak lagi pembohongan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng termasuklah banjir, penghapusan kegiatan maksiat dan jenayah, Pulau Pinang tidak bergantung kepada penjualan tanah dan sebagainya. Namun cukuplah untuk lima pembohongan ini terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment